Betapa
pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada
pelajar-pelajar dan mencorakkan mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin
yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap
perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Imam
Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif,
kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat
umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran. Guru
merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan
hanya sekadar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam
merubah tingkah laku serta pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan
kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam
organisasi sekolah iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk
membantu dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi
membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.[1]
Mereka melayan
semua pelajar dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan menghormati dan
pemahaman tentang kepelbagaian individu dalam diri seseorang pelajar. Mereka
menunjukkan sikap, nilai dan tingkah laku yang positif yang mereka harapkan
dari pelajar mereka. Mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara
berkesan dengan ibu bapa dan penjaga, menghormati peranan, tanggung jawab dan
minat mereka dalam pembelajaran pelajar. Mereka dapat menyumbang tenaga dan
buah fikiran serta bertanggung jawab dalam sebarang tugas yang berkaitan dengan
sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Kementerian
Pelajaran Malaysia. Mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dengan cara menilai semula amalan pengajaran
masing-masing, mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang
dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkongsi pengalaman dengan
rakan setugas yang lain. Mereka sentiasa bermotivasi dan boleh menjalankan
tugas tambahan untuk perkembangan profesionalisme masing-masing. Mereka
sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggung jawab berkaitan tugas harian yang
berhubung dengan profesionalisme perguruan.[2]
Sebelum
seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pemahaman
tentang kepelbagaian individu itu. Pengetahuan dan kemahiran tersebut boleh
mereka perolehan melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu
tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam
bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Pada asasnya tugas
utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi
insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara
penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah
sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai
seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. Untuk
menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukan
peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk
melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab
maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran,
ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi
pekerti.[3]
Satu perkara
lagi yang mencabar guru ialah pemahaman tentang kepelbagaian individu yang
berkaitan dengan kecerdasan spesial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik,
interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan
banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Perkembangan semasa
menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan pemahaman
tentang kepelbagaian individu dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik
yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh
kerana pelbagai aspek pendidikan sering kali berubah-ubah seperti program
pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususan
guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan
pembelajaran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah.
Ini semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi
cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku
secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati kebanyakan guru di sekolah
sering merungut kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan dan
dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input
mengenai perubahan dalam pendidikan. [4]
Kesimpulannya,
Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implementasikan
sepenuhnya Insya Allah akan dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja
kita dan Negara kita dari sebarang anasir negatif yang tidak diingini
sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun dalam segala bidang
kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan, pembinaan dan
lain-lainnya kerana falsafah itu tidak sedikit pun menghalang kemajuan duniawi
juga tidak menghalang untuk kita menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana
kata-kata hikmat ada menyatakan: Bekerjalah kamu bersungguh-sungguh untuk
mencapai kecemerlangan bagi dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat kamu seolah-olah kamu akan
mati esok hari. Ini bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak terpisah atau tidak
boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya adalah jelas bahawa kejayaan umat Islam
pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka mahu cemerlang di dunia
dan di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut
menghadapi seberang risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat
dunia semata-mata itulah yang membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh
bangsa lain.[5]
Rujukan:
No comments:
Post a Comment