Bagi mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang positif di kelas, adalah penting bagi guru dan
pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru
perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra
budaya. Umur, tahap persekolahan, minat
dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam
penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan
murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang daripada
segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat
yang harmonis dan aman serta berjaya.[1]
Jika di dalam
sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid- murid
tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Contohnya
dengan menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan
tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan mencampuradukkan murid- murid
yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan
berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran
positif antara mereka. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat
mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran
berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.[2]
Untuk membina
persekitaran pembelajaran yang positif, keselesaan, kegembiraan serta hasil
pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah
satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut
informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan-
ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan
ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid,
guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru
dan memperkembangkan bakat yang dimiliki.[3]
Persekitaran pembelajaran
yang positif juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh
murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara
berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan
peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke
kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini
kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati
dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat
demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai
menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih
berkat lagi.[4]
Persekitaran
pembelajaran yang positif bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi
juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan.
Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif bukan
hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang positif itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang positif, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi
pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang
dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid-
murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga
bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai
budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains
iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara
mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum
kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan ‘basou’ dengan cara
menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.[5]
Kaedah main
merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang positif. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan
dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan
kanak- kanak. Dengan menggunakan
permainan tradisi sesuatu kaum dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
positif, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada
masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum
itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek
Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid-
murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan
bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang
merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang
pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan pergerakan
bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti
Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.[6]
Kesimpulannya,
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding dengan
mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain jika persekitaran pembelajaran
yang positif dapat diwujudkan. Persekitaran pembelajaran yang positif merujuk
kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur
organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Persekitaran
pembelajaran yang positif, keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara
pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim
sekolah. Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk
yang saling berkaitan.[7]
Rujukan:
No comments:
Post a Comment