Friday, 22 April 2016

Akhlak Rasulullah SAW terhadap golongan bukan Islam.

Pengenalan.
Masyarakat kini mendahagakan contoh tauladan, yang boleh diikuti sebagai panduan untuk melayari kehidupan menuju ke alam akhirat. Islam telah menunjukkan satu bentuk akhlak dan batasan pergaulan terhadap golongan bukan Islam untuk dipraktikkan. Dalam konteks ini Rasulullah S.A.W mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama akhlak dan batasan pergaulan terhadap golongan bukan Islam yang mengutamakan Islam dan hak kemanusiaan daripada kepentingan individu. Sirah kehidupan baginda sering di sorot oleh ramai penulis sejak zaman dahulu lagi hingga sekarang, sama ada oleh sarjana Islam atau bukan Islam. Maka itu, tidak menghairankan jikalau Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah S.A.W sebagai manusia “pertama” dalam senarai manusia yang dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia. Sirah baginda mempunyai keistimewaan yang wajar digali dan dilihat, terutama akhlak dan batasan pergaulan terhadap golongan bukan Islam.[1]
Akhlak Rasulullah terhadap golongan bukan Islam.
Islam merupakan agama yang dipenuhi dengan rahmat, maka pertemuan para ulama dengan pimpinan agama yang lain atas tujuan mewujudkan keharmonian, keamanan serta toleransi dalam kerangka  yang dibenarkan oleh syarak’ adalah diharuskan. Ini juga menunjukkan kepada dunia akan keindahan Islam itu sendiri dalam pergaulan sesama manusia. Al-Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan hadis di dalam Sahihnya peristiwa kedatangan delegasi Nasrani Najran datang ingin bertemu dengan Rasulullah SAW. Mereka datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW tidak pula menghalau, menyuruh mereka pulang ke Najran bahkan berlaku dialog, antara mereka dan kisah ini masyhur dan dikenali dengan kisah al-Mubahalah.[2]
Al-Imam al-Bukhari Rahimahullah pernah meriwayatkan sebuah hadis mengenai kisah bagaimana perjumpaan pendeta Yahudi, Abdullah bin Salam bersama Rasulullah SAW setelah berita ketibaan Baginda SAW ke kota Madinah tersebar. Ianya sebuah hadis  yang telah diriwayatkan oleh  Anas bin Malik R.A. Baginda melayani permintaan Abdullah bin Salam, bahkan di dalam hadis tersebut, Ibnu Salam telah menanyakan tiga soalan kepada Nabi SAW yang mana soalan itu hanya diketahui jawapannya oleh para nabi dan Baginda SAW telah menjawabnya dengan betul. Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh Baginda SAW, maka terbuktilah kebenaran risalah Nabi SAW dan akhirnya Abdullah bin Salam telah memeluk Islam. Begitulah akhlak yang telah ditonjolkan oleh Nabi SAW dalam bermuamalat  bersama orang bukan Islam. Rasulullah SAW tidak pernah menolak pelawaan dan permintaan dari mereka bahkan Rasulullah SAW meraikan mereka seadanya. Inilah antara punca kejayaan dakwah Rasulullah SAW iaitu berdakwah melalui akhlak yang mulia.[3]
Akhlak Rasulullah dalam menjalankan dakwah kepada bukan Islam.
Seseorang pendakwah perlu mengetahui dengan jelas asas-asas ilmu dakwah dengan mempelajari metodologi-metodologi tertentu seperti mana yang telah diguna pakai oleh Baginda Nabi s.a.w kerana Baginda merupakan perintis kepada ilmu dakwah. Metodologi dakwah yang sama boleh diguna pakai dalam usaha berdakwah kepada golongan non Muslim dengan menerapkan sedikit elemen  atau disesuaikan dengan persekitaran semasa. [4]
Antara metodologi yang boleh diguna pakai ialah Hikmah dan Pengajaran yang Baik. Cara hikmah yang dimaksudkan ialah perkataan yang tegas dan benar yang membezakan antara yang hak dan yang batil. Dakwah harus disampaikan dengan cara yang berhikmah dan tidak menimbulkan perkara yang samar-samar dan boleh mengelirukan golongan Non Muslim. Pengajaran daripada cerita yang disampaikan juga harus dalam bentuk yang penuh hikmah dan lemah-lembut tanpa mengabaikan amaran yang terkandung dalam risalah dakwah.[5] Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui firmannya:
Maksudnya:” Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (al-Nahl; 16:125) Peranan akhlak yang ditonjolkan pendakwah dapat membantu kejayaan seseorang pendakwah dalam menyebarkan dakwah kepada golongan Non Muslim. Para pendakwah boleh menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan. Hal ini kerana Allah s.w.t sendiri telah memperakui Baginda sedemikian dalam al-Quran. Karakter yang ditonjolkan oleh Baginda menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan golongan Non Muslim bahawa melaksanakan ajaran Islam bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah yang sepatutnya diikuti oleh pendakwah masa kini dalam menyebarkan agama Islam kepada golongan Non Muslim.[6]
Membalas Kejahatan dengan Kebaikan Metodologi dakwah ini sesuai digunakan oleh seorang pendakwah dalam menarik golongan Non Muslim kepada Islam. Hal yang demikian juga telah diajarkan oleh Baginda Nabi s.a.w kepada seluruh umatnya iaitu membalas kejahatan dengan kebaikan. Seorang pendakwah perlu sentiasa berwajah ramah dan murah dengan senyuman serta sentiasa menjaga sopan dan santun ketika berinteraksi dengan masyarakat biarpun ketika itu pendakwah tersebut diuji dengan pelbagai cabaran daripada masyarakat. Kesabaran dan sifat pemaaf yang ditonjolkan oleh seorang pendakwah mampu mencairkan hati golongan Non Muslim untuk memeluk Islam. Sejarah dakwah Nabi s.a.w telah membuktikan bahawa membalas kejahatan dengan kebaikan mampu membawa seseorang individu kepada Islam. Kisah seorang pengemis buta yang sentiasa mencaci Rasulullah s.a.w boleh dijadikan iktibar. Dengan berkat kesabaran Baginda s.a.w yang terus berbuat baik kepada pengemis tersebut dengan member makan kepadanya telah melembutkan hati pengemis tersebut memeluk Islam. [7]
Tulisan Seorang pendakwah bukan sahaja boleh berdakwah melalui ucapan, bahkan mesej dakwah juga boleh disampaikan melalui tulisan yang ditulis kepada sahabat-sahabat dari golongan Non Muslim. Tulisan yang disampaikan kepada penerima dakwah boleh berbentuk seruan dan ajakan kepada agama Islam. Selain itu, pendakwah juga boleh menulis tulisan-tulisan yang berkaitan panduan dan ajaran yang terkandung dalam agama Islam agar lebih difahami oleh golongan sasar selain menceritakan kebaikan-kebaikan yang ada pada agama Allah ini berbanding agama yang mereka anuti. [8]
Kaunseling Untuk mencapai tujuan dakwah yang sebenar, ia memerlukan kepada peralatan dan prasarana yang mencukupi. Media dakwah ialah segala yang boleh digunakan sebagai alat untuk mencapai tujuan dakwah seperti yang telah ditentukan. Dakwah masa kini hendaklah sedikit berbeza berbanding dahulu. Selain lisan, dakwah boleh dilakukan melalui bimbingan dan praktikal dengan menggunakan cara yang lebih meluas. Kelompok-kelompok dalam masyarakat yang dikenal pasti boleh menjadi kumpulan sasar perlulah didekati. Kaunseling adalah salah satu metode dakwah yang sesuai bagi mendekati golongan sasar. Jangan menganggap bahawa kaunseling hanya kepada mereka yang bermasalah. Seorang pendakwah harus bijak menggunakan kaedah ini bagi menyebar luaskan ajaran Islam kepada golongan Non Muslim. Di samping menyampaikan nasihat, pendakwah juga boleh menyelitkan risalah-risalah dakwah di dalamnya. Metode ini telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya: Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (al-Nahl; 16:125) Perkataan nasihat pada ayat al-Quran di atas adalah sama konsepnya dengan kaunseling. Oleh itu dalam mendekati golongan Non Muslim, para pendakwah boleh menggunakan kaedah ini untuk menyebarkan dakwah di samping dapat membetulkan akidah manusia selain membantunya menyelesaikan kerumitan yang berlaku.[9]
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dengan adanya teknologi maklumat yang serba canggih kini, perhubungan antara manusia menjadi lebih mudah. Pelbagai medium komunikasi yang menggunakan teknologi seperti email, khidmat pesanan ringkas, facebook, twiter, blog dan sebagainya boleh dijadikan alat untuk berdakwah. Oleh yang demikian, para pendakwah perlu mengambil kesempatan dengan menggunakan segala medium ini untuk mendekati kumpulan sasar terutamanya golongan Non Muslim. Dengan adanya medium seperti ini risalah dakwah lebih mudah disampaikan dan cepat. Pendakwah tidak perlu lagi untuk keluar berjumpa golongan ini dan dakwah boleh dilakukan di pada bila-bila masa sahaja. Pendakwah boleh menulis kata-kata nasihat dan menceritakan kebaikan Islam dan disampaikan kepada golongan Non Muslim melalui email dan sebagainya.[10]
Batasan pergaulan dan akhlak dengan golongan bukan Islam.
Suatu kesalahan fatal yang terjadi pada sebahagian kaum Muslimin adalah melayani semua orang kafir atau Non Muslim dengan sikap yang sama. Padahal Allah dan Rasulnya membezakan orang kafir menjadi beberapa kelompok, sebagaimana dijelaskan para ulama: Kafir Harbi atau kafir Muharib, iaitu orang kafir yang berada dalam peperangan dan permusuhan terhadap kaum Muslimin. Kafir Zimmi, iaitu orang kafir yang hidup di tengah kaum Muslimin di bawah pemerintah Muslim dan mereka membayar jizyah setiap tahun. Kafir Mu’ahhad, iaitu orang kafir yang sedang berada dalam perjanjian dengan kaum Muslimin dalam jangka waktu tertentu. Kafir Musta’man, iaitu orang kafir yang dijamin keamanannya oleh kaum Muslimin. Masing-masing jenis orang kafir ini memiliki hukum dan sikap yang berbeza-beza. Namun secara garis besar, jika kita kelompokkan lagi, maka terbagi menjadi 2 kelompok besar sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhuma: “Dahulu kaum musyrikin terhadap Nabi shallallahu’alaihi wasallam dan kaum mukminin, mereka terbagi menjadi 2 kelompok: musyrikin ahlul Harbi, mereka memerangi kami dan kami memerangi mereka dan musyrikin Ahlul Ahdi, mereka tidak memerangi kami dan kami tidak memerangi mereka” (HR. Bukhari). Dalam kesempatan kali ini akan di bahas bagaimana kaedah-kaedah bermuamalat dengan orang  Non Muslim yang termasuk Ahlul  Ahdi, yang tidak dalam kondisi berperang dengan kaum Muslimin di negeri kita tercinta ini.[11]
Islam agama yang Samahah (toleransi), Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya agama Allah (Islam) itu Hanifiyah dan Samahah” (HR. Bukhari secara mu’allaq, Ahmad, Ath Thabrani). Hanifiyah maksudnya lurus dan benar, Samahah maksudnya penuh kasih sayang dan toleransi. Bahkan terhadap orang kafir yang tidak memerangi Islam telah diatur adab-adab yang luar biasa. Toleransi tentu ada batasannya. Dalam hal ibadah dan ideologi tentu tidak ada ruang untuk toleransi. Bahkan jika kita mahu jujur, seluruh agama tentu tidak memberi ruang kepada pemeluknya untuk meyakini aqidah agama lain, atau beribadah dengan ibadah agama lain. Demikian pula Islam, bahkan bagi kaum Muslimin telah jelas termaktub dalam Al Qur’an (artinya): “Untukmu  agamamu, dan untukku, agamaku” (QS. Al Kafirun: 6).[12]
Berikut adalah batasan-batasan dalam bermuamalat dengan orang kafir: Tidak menyetujui keberadaannya di atas kekufuran dan tidak Rida terhadap kekufuran. Karena Rida terhadap kekufuran orang lain termasuk perbuatan kekafiran. Membenci orang kafir, karena Allah Subhanahu wa Ta’ala juga benci mereka. Sebagaimana halnya cinta karena Allah, begitu juga benci karena Allah. Oleh karena itu, selama Allah Subhanahu wa Ta’ala membenci orang kafir karena kekufurannya, maka seorang mukmin harus juga membenci orang kafir tersebut. Tidak memberikan wala’ (kedekatan, loyalitas, kesetiaan) dan kecintaan kepada orang kafir. Allah Ta’ala berfirman :“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman akrab, pemimpin, pelindung, penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin.” (Qs. Ali Imran : 28) Bersikap adil dan berbuat baik kepadanya, selama orang kafir tersebut bukan kafir Muharib (orang kafir yang memerangi kaum Muslimin). Berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla,“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Qs. Al-Mumtahanah: 8) Ayat yang mulia lagi muhkamat (ayat yang maknanya jelas) ini membolehkan bersikap adil dan berbuat baik kepada orang-orang kafir, kecuali orang-orang kafir muharib. Karena Islam memberikan sikap khusus terhadap orang-orang kafir muharib.[13]

Mengasihi orang kafir dengan kasih sayang yang bersifat umum. Seperti memberi makan jika dia lapar, memberi minum jika haus, mengubatinya jika sakit, menyelamatkannya dari kebinasaan dan tidak mengganggunya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kasihilah orang-orang yang berada di atas bumi, nescaya Dia (Allah) yang berada di atas langit akan mengasihi kamu.” (HR. At-Tirmidzi, no. 1924) Tidak mengganggu harta, darah, dan kehormatan, selama dia bukan kafir Muharib. Karena itu merupakan kezaliman yang dilarang oleh Allah ‘Azza wa Jalla, berdasarkan hadis  kudsi  berikut ini: Dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau meriwayatkan dari Allah Ta’ala berfirman: “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman  atas diri-Ku, dan Aku menjadikannya sesuatu yang diharamkan di tengah kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi”. (HR. Muslim, no. 2577) Boleh memberikan hadiah kepadanya dan boleh juga menerima hadiah darinya serta dibolehkan memakan daging sembelihan ahli kitab. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al-kitab itu halal bagimu.” (Qs. Al-Maidah : 5) Tidak boleh menikahkan wanita Muslimah dengan laki-laki kafir (walaupun lelaki ini Ahli kitab) dan laki-laki Muslim tidak boleh menikahi wanita kafir, kecuali wanita ahli kitab.[14]
Kesimpulan.
Kesimpulannya, akhlak Rasulullah S.A.W  terhadap Non Muslim dan batasan pergaulan dengan Non Muslim sepatutnya dicontohi dan diikuti. Non Muslim dihormati dan dikasihi sebagai hak kemanusiaan. Amat wajar sekiranya akhlak baginda itu ditelaah, ditekuni dan diambil mutiara darinya untuk menerangi kehidupan.  Rasulullah S.A.W adalah manusia paling sempurna untuk dijadikan teladan umat manusia bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan yang berakhlak buruk sebagai contoh ikutan mereka yang  mendorong mereka kepada kebinasaan dan kelalaian semata-mata.[15]







Rujukan:
Imam Al-Ghazali, 2009, Ringkasan Ihya’ Ulumiddin, Kuala Lumpur, Darul Nu’man.
Muhammad Nidzam Abd. Kadir, 2009, Fiqah Berinteraksi Dengan Non Muslim,Shah Alam, Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ust. Hj. Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz, 2008, Panduan Berdakwah Di Malaysia, Selangor, HS Massyi Printing Sdn. Bhd.



[1] http://mahamadismail.blogspot.my/2011/12/kepimpinan-rasulullah-saw-sebagai-role_26.html
[2] http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=593:irsyad-al-fatwa-ke-99-hukum-ulama-islam-bertemu-dengan-pimpinan-agama-lain&catid=48&Itemid=395
[3] http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=593:irsyad-al-fatwa-ke-99-hukum-ulama-islam-bertemu-dengan-pimpinan-agama-lain&catid=48&Itemid=395
[4] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[5]http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[6] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[7] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[8] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[9] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[10] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[11]https://buletin.muslim.or.id/aqidah/toleransi-terhadap-non-muslim-dan-batasannya
[12] https://buletin.muslim.or.id/aqidah/toleransi-terhadap-non-muslim-dan-batasannya
[13] https://muslimah.or.id/2320-batasan-bermuamalah-dengan-orang-kafir.html
[14] https://muslimah.or.id/2320-batasan-bermuamalah-dengan-orang-kafir.html
[15] http://mahamadismail.blogspot.my/2011/12/kepimpinan-rasulullah-saw-sebagai-role_26.html

No comments:

Post a Comment