Perbezaan
individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam
bilik darjah. Bagi jangka masa pendek perbezaan yang wujud di kalangan murid
tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara. Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur
merenggangkan hubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari
peringkat awal. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif. Bagi
memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, setiap guru
perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak akan
wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan
oleh guru. Perbezaan gaya berfikir juga menentukan gaya pembelajaran seseorang
murid. Sehubungan itu, guru haruslah mengkaji perbezaan murid-muridnya bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.[1]
Bagi mengatasi
masalah perbezaan individu dalam kalangan murid, guru boleh menggunakan kaedah
kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan
memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. Kaedah
berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru. Sebahagian
besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid
secara individu. Tujuan pengumpulan ini ialah supaya setiap kelas mengandungi
murid yang homogen mengikut markah ujian pencapaian. Tiga aras pencapaian
dibentuk, iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Rasional mengumpulkan murid
sedemikian adalah agar dia memperbaiki kecekapan dan keberkesanan guru kerana
pengajaran guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan murid. Murid pencapaian
rendah memerlukan perhatian yang lebih, pengarak pengajaran yang agak lambat,
pengulangan serta latihan. Sementara kumpulan pencapaian tinggi pula memerlukan
autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks dan mencabar.[2]
Kaedah
seterusnya ialah kaedah Dalton. Melalui kaedah ini murid digerakkan dalam
pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu supaya mengetahui apa yang patut
dibuatnya. Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan perujuk kepada
kanak-kanak. Guru mencadangkan kegiatan murid serta mengadakan perbincangan
dengan mereka. Guru menyimpan graf kemajuan harian murid. Dengan cara ini
dianggarkan setiap murid belajar dan berjaya mengikut kebolehan dan minat
sendiri. Rancangan Dalton membolehkan murid bebas sediakan tugasannya dan guru
sebagai pembimbing murid sahaja.[3]
Seterusnya
Kaedah gerak balas. Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam suasana
pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat
daripada pengajaran guru. Oleh yang demikian mereka digalakkan merancang projek
menyelidik, merancang, menyusun dan membuat demonstrasi, dan melaporkan hasil
daripada projek yang berkenaan. Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan
membantu kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran
pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan
bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta
mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang
memuaskan. Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi
peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya
cipta serta bakat kepimpinan mereka. Pengayaan boleh merupakan pengayaan
mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran
berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran menegak
adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.[4]
Seseorang guru
perlu merancang strategi sama ada pendekatan,kaedah serta teknik yang bakal
digunakan sebelum melaksanakan sesuatu sesi pembelajaran dan pengajaran. Strategi
yang bakal digunakan haruslah pelbagai untuk menarik minat semua tahap murid
untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Setiap jenis
pembelajaran perlu keadaan dan kaedah yang berlainan untuk perkembangannya,
oleh itu program atau strategi pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza.
Guru perlu merancang penggunaan bahan dan alat bantu mengajar sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai seorang guru, penggunaan sudut pembelajaran juga
merupakan salah satu faktor yang perlu diberi perhatian kerana bahan yang
menarik dan pelbagai di sudut tersebut dapat mengatasi perbezaan individu dalam
kalangan murid. Penggunaan sudut
pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai perbezaan individu dapat
memberi keselesaan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar. Penilaian
merupakan satu perkara yang penting untuk memastikan tahap pencapaian murid.
Kadang kala guru perlu menilai murid berdasarkan minat atau kemahiran murid
belajar supaya murid yang lemah turut merasa diri mereka dihargai. Untuk itu,
semasa pengajaran dan pembelajaran guru harus memberi peneguhan positif untuk
membentuk tingkah laku serta minat murid untuk terus berusaha mempertingkatkan
diri mereka dalam pelajaran. Guru juga perlu mengagihkan tugasan yang
sesuai mengikut tahap murid dan
bervariasi. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan tugasan seperti lakonan,
nyanyian ataupun tugasan yang melibatkan penggunaan kecanggihan teknologi kini.
Tugasan yang diberi haruslah sesuai dengan tahap keupayaan murid. Guru perlu
mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan sediakan tugasan selaras dengan
setiap tahap.[5]
Pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru dan juga
pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
pasti segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru akan dapat diadaptasikan oleh
para pelajar. Demi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, diharapkan
beberapa tindakan yang dicadangkan di atas dapat membantu dalam melahirkan
modal insan cemerlang, berminda kelas pertama dan bebas dari kelemahan disiplin
dan gejala yang tidak sihat.[6]
Rujukan:
No comments:
Post a Comment