Mencipta
persekitaran fizikal yang ideal dan positif merupakan salah satu langkah awal
yang harus dilakukan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika
guru telah berjaya mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif semasa
pengajaran dan pembelajaran bermakna guru itu telah berjaya mengajar. Namun
pekerjaan ini tidaklah mudah. Mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan
positif tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi
juga mengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secara terus
menerus, walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelah meninggalkan
sekolah. Untuk meyakinkan diri kita bahawa mencipta persekitaran fizikal yang
ideal dan positif merupakan tugas guru dan berkewajiban pula melaksanakannya,
maka pendekatan Behaviorisme perlu kita jadikan pedoman dalam mengajar. Para
pakar Behaviorisme mengemukakan bahawa motivasi ditentukan oleh persekitaran.
Guru merupakan persekitaran yang sangat berperanan di dalam proses belajar.
Oleh kerana itu, mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif dalam
pelajaran merupakan tugas yang sangat penting bagi guru.[1]
Pengajaran yang
dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari
kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis
sebagai media dalam penyampaian maklumat
murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa
dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar
secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid.
Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat
bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut
membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan mencipta
persekitaran fizikal yang ideal dan positif dalam proses pembelajaran.[2]
Secara semula jadi,
kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid
daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok
menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk
mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan
merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak
interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh
ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa
kepada konsep perpaduan.[3]
Apabila semua
murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan
positif yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa keter milikan
dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya
diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan
kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian
sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik
sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara
murid dengan murid dapat mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif dan
menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap
dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.[4]
Seterusnya, penerokaan
dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu
yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah.
Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu persekitaran fizikal yang ideal dan positif.
Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori
iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi
kandungan.[5]
Perasaan
merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia
atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber
manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar
murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai
aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas
daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan
cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan
aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap
dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya
dapat menjamin keberkesanannya dalam mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif.[6]
Kesimpulannya, persekitaran
fizikal yang ideal dan positif tumbuh dengan subur kalau pelajar memiliki
perasaan berjaya. Perasaan gagal dapat menghancurkan aspirasi pelajar dalam
belajar. Oleh kerana itu guru jangan menjadikan pelajar selalu gagal, walaupun
ini bukan bermakna guru harus menjadikan pelajar berjaya terus menerus. Suatu
konsep yang harus ditanam oleh guru kepada pelajar agar ia memiliki aspirasi
yang tinggi adalah bahawa kejayaan atau kegagalan ditentukan oleh usaha, bukan
oleh kemampuan atau kecerdasan. Persaingan yang sihat dapat mencipta
persekitaran fizikal yang ideal dan positif dalam belajar. Namun memupuk rasa
persaingan yang berlebih-lebihan, di kalangan pelajar dalam belajar dapat
menimbulkan persaingan yang tidak sihat, kerana pelajar bukan menjadi giat
belajar, tetapi dengan berbagai cara berusaha mengalahkan pelajar lain untuk
mendapatkan status. Membangun persaingan dengan diri sendiri pada setiap
pelajar akan mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif dalam
belajar.[7]
Rujukan:
No comments:
Post a Comment