Saturday, 26 May 2018

Ringkasan Pentaksiran dan Pengukuran Dalam Bilik Darjah


Bab 1 Pengenalan
RINGKASAN
 Bukti awal tentang ujian pendidikan telah dijalankan di China, digelar Sistem Peperiksaan Imperial atau sistem keju.
 Peperiksaan Imperial pada hakikatnya satu-satunya laluan untuk orang kebanyakan untuk menikmati kehidupan mewah sekiranya mereka lulus.
 Galton berhujah bahawa keupayaan mental manusia dan ciri-ciri peribadi adalah diturunkan melalui baka.
 Dalam tahun 1905 Alfred Binet telah menghasilkan skala Binet-Simon (bersama Theodore Simon) yang mengkehendaki pelajar membuat 30 tugasan pendek berkaitan pertimbangan.
 Lewis Terman telah mengkaji semula ujianBinet-Simon dengan mengubah beberapa item, menambah item yang lain dan membuat norma umur yang baru, dan menambah had umur kepada "superior adults". Ujian ini telah menjadi Ujian Stanford-Binet dikemaskini pada tahun 1916.
 Sebuah ujian boleh dilihat sebagai sekumpulan tugasan atau soalan yang bertujuan mendapatkan perlakuan tertentu dalam keadaan yang standard dan untuk mendapatkan markah yang mempunyai kendungan psikometrik tertentu.
 Pengukuran merupakan suatu proses di mana ciri-ciri seseorang diukur dan diberikan nombor.
 Pentaksiran dilihat sebagai suatu proses pengumpulan maklumat dengan tujuan membuat keputusan tentang pelajar.
 Pentaksiran bertujuan untuk membantu pelajar dan memperbaiki pengajaran.
 Pentaksiran sumatif adalah bercorak menyeluruh; memberi kebertanggung jawaban dan digunakan untuk menyemak tahap pembelajaran di akhir program.
 Pentaksiran formatif selalunya dilakukan pada permulaan tahun persekolahan, dengan itu memberi peluang untuk mendapatkan bukti segera tentang pembelajaran pelajar dalam subjek tertentu atau pada suatu ketika dalam program.
 Sebab utama ujian norm-referenced digunakan adalah untuk membahagikan pelajar. Ujian-ujian ini adalah direka bentuk untuk menunjukkan perbezaan dalam pencapaian di antara dan dalam kalangan pelajar untuk menghasilkan darjat pelajar secara berurutan.
 Ujian criterion-referenced memastikan apa pelajar boleh buat dan sebaliknya, dan bukan bagaimana mereka berbeza di antara satu sama lain.
Bab 2 Apa Untuk Ditaksir
RINGKASAN
 Pentaksiran hasil pembelajaran kognitif sentiasa menjadi fokus kebanyakan sistem pentaksiran di seluruh dunia sebab ia lebih mudah dilihat dan diukur.
 Setiap domain pembelajaran terdiri daripada banyak tahap perlakuan, bermula daripada perlakuan yang paling mudah sehingga ke yang paling kompleks sehingga membentuk suatu taksonomi hasil pembelajaran.
 Apabila kita menilai atau mentaksir manusia, kita mentaksir atau menilai perlakuan orang itu.
 Setiap bidang mempunyai sekumpulan fakta, konsep, prinsip, andaian, teori, peraturan, prosedur dan kaedah unik yang disampaikan kepada pelajar.
 Terdapat enam tahap dalam taksonomi hasil pembelajaran kognitif Bloom dengan tahap paling rendah dinamakan pengetahuan disusuli lima tahap keupayaan mental yang semakin kompleks: pemahaman, aplisasi, analisis, sintesis dan penilaian.
 Ciri-ciri afektif melibatkan perasaan atau emosi seseorang. Sikap, nilai, harga diri, lokus kawalan, tanggappan diri, minat, aspirasi dan keresahan adalah contoh ciriciri afektif.
 Lima kategori utama Domain Afektif daripada perlakuan yang paling mudah kepada yang paling kompleks adalah menerima, bertindakbalas, menilai, menyusun dan karakterisasi.
 Domain Psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan kecekapan motor.
 Tujuh kategori utama Domain Psikomotor daripada perlakuan yang paling mudah sehingga yang paling kompleks adalah persepsi, set, tindakbalas terpandu, mekanisma, tindakbalas overt kompleks, adaptasion dan originasi.
 Objektif yang baik harus mempunyai empat bahagian: Penonton, Perlakuan, Keadaan dan Darjah ketepatan.
 Situasi yang terbaik adalah terdapatnya keselarian di antara objektif, pengajaran dan pentaksiran.
Bab 3 Menggunakan Ujian Objektif
RINGKASAN
 Ujian objektif adalah ujian bertulis yang terdiri daripada item atau soalan yang memerlukan responden memilih daripada sebuah senarai jawaban yang berkemungkinan.
 Item atau soalan objektif adalah ‘tepat’ kerana ia tidak boleh dipengaruhi oleh kecenderungan peribadi dan prejudis penanda.
 Ujian objektif berbeza bergantung kepada bagaimana soalan ditulis. Tiga jenis soalan yang biasa digunakan dalam kebanyakan ujian objektif adalah soalan aneka pilihan, soalan memadankan dan soalan betul-salah.
 Soalan aneka pilihan mempunyai dua bahagian: stem yang mengandungi soalan dan 4 atau 5 pilihan yang mengandungi jawaban yang betul, dipanggil respon kekunci dan pilihan yang salah dipanggil pengganggu.
 Soalan aneka pilihan digunakan dengan meluas kerana ia boleh mengukur hasil pembelajaran daripada yang mudah kepada yang kompleks selagi soalan distruktur dengan baik dan tugasannya jelas dan menguji sample pencapaian yang berbagai tahap.
 Soalan aneka pilihan susah untuk dibina, selalunya mengukur hasil pembelajaran tahap rendah, mengundang pelajar meneka dan tidak mengukur kebolehan menulis.
 Soalan betul-salah adalah soalan yang mempunyai pernyataan dan pelajar mengindikasi samada pernyataan itu betul atau salah.
 Soalan betul-salah boleh ditulis dengan cepat dan senang ditanda. Oleh kerana ia diberi markah secara objektif, markahnya lebih tinggi kebolehpercayaannya berbanding item yang bergantung kepada pertimbangan guru.
 Elakkan mencedok terus daripada bahan bacaan, nota atau bahan kursus lain yang membolehkan pelajar menjawab melalui penghafalan sahaja.
 Soalan memadankan digunakan untuk mengukur keupayaan pelajar mengenal pasti hubungan di antara dua senarai terma, frasa, pernyataan, takrifan, tarikh, peristiwa, orang dan sebagainya.
 Bagi mengurangkan kemungkinan pelajar meneka jawaban, senaraikan lebih banyak respon daripada premis dan benarkan respondigunakan lebih daripada satu kali.
 Sebuah jadual spesifikasi dapat membantu memastikan agar ujian lebih tinggi keesahannya, mewakili objektif pembelajaran dan kandungan yang diliputi dalam ujian.
 Semasa menulis item ujian, guru harus peka tentang panjangnya ujian atau peperiksaan serta tahap pembacaan pelajar.
Bab 4 Mentaksir Hasil Pembelajaran Menggunakan Ujian Esei
RINGKASAN
 Sebuah ujian esei adalah sebuah item ujian yang memerlukan respon dikomposisi oleh pengambil ujian dan selalunya dalam bentuk satu atau lebih ayat sehinggakan tidak ada satu respon atau corak respon boleh disenaraikan sebagai jawaban yang betul, dan ketepatan serta mutu jawaban boleh dipertimbangkan secara subjektif sahaja oleh seorang yang ahir atau tahu dalam bidang.
 Terdapat dua jenis esei berdasarkan fungsinya: esei kerja kursus dan esei peperiksaan
 Soalan esei memberikan cara yang berkesan mentaksir hasil pembelajaran yang kompleks.
 Soalan esei memberikan pengalaman autentik kerana membina respon adalah lebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada memilih respon.
 Adalah mustahil mentaksir penguasaan pelajar tentang keseluruhan domain sesuatu bidang dengan hanya beberapa soalan.
 Soalan esei mempunyai dua elemen penting—sejauhmana tugasan distruktur dan sejauhmana cakupan kandungan difokuskan.
 Samada sebuah item esei mentaksir pemikiran tahap tinggi bergantung pada reka bentuk soalan dan bagaimana respon pelajar diberi markah.
 Menentukan had masa dapat membantu pelajar memperuntukkan masa menjawab beberapa soalan esei.
 Elakkan menggunakan soalan esei untuk mentaksir hasil pembelajaran yang lebih baik ditaksir menggunakan jenis pentaksiran yang lain.
 Pemarkahan analitikal adalah sistem yang paling selalu digunakan dalam peperiksaan awam yang besar dan juga digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Ciri-ciri asasnya adalah skema pemarkahan dan peruntukan markah untuk element-elemen dalam jawaban.
 Pendekatan menyeluruh kepada pemeriksaan soalan esei melibatkan membaca seluruh respon dan meletakkannya ke dalam kategori yang dikenal pasti mengikut markah atau gred.
Bab 5 Menggunakan Projek Dan Amali
RINGKASAN
 Sebuah projek adalah suatu aktiviti dimana kekangan masa telah dialihkan dan boleh diambil secara individu atau berkumpulan, dan ia selalunya melibatkan banyak kerja dibuat di rumah atau di luar sekolah.
 Projek Berasaskan Kajian adalah lebih teoretikal sifatnya dan mungkin melibatkan menyoal, merumus masalah atau membina hipotesis.
 Projek berasaskan projek merupakan penghasilan suatu objek yang nyata, suatu perkhidmatan, suatu persembahan tarian, sebuah filem, sebuah pameran, sebuah teater, perisian komputer dan sebagainya.
 Tugasan projek adalah pengalaman pembelajaran yang membolehkan perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang tertentu dan mempersiapkan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat dan cabaran hari muka: aplikasi pengetahuan, kolaborasi, komunikasi dan pembelajaran mandiri.
 Sebuah projek yang berkesan harus mengandungi element-elemen berikut: situasi atau masalah, penjelasan tentang projek dan matlamat, spesifikasi pelaksanaan, peraturan, peranan ahli dan pentaksiran.
 Enam A dalam projek: kegigihan akademik, pembelajaran beraplikasi, authenticity, pengembaraan aktif, hubungan dengan orang dewasa dan amalan pentaksiran.
 Bekerja dalam kumpulan sudah diterima sebagai sebahagian daripada pembelajaran lantaran kesedaran tentang manafaat kerja kumpulan kolaboratif kepada pembelajaran pelajar.
 Memperuntukkan markah dalam tugasan projek: markah kumpulan berkongsi, markah teragih, markah individu, markah individu (peperiksaan) dan kombinasi purata kumpulan.
 Pentaksiran kendiri adalah suatu proses di mana pelajar belajar tentang diri mereka; contohnya, apa mereka telah pelajari tentang projek, bagaimana mereka mempelajarinya dan bagaimana mereka bertindakbalas dalam situasi tertentu semasa menjalankan projek.
 Pentaksiran amali menumpu kepada persembahan masalah dan penyediaan peluang kepada pelajar mencadangkan dan menjustifikasi penyelesaian masalah.
 Keupayaan dan kemahiran yang ditaksir dalam kerja amali melibatkan pelajar merancang, melaksanakan, menganalisis dan menilai.
 Makmal menyediakan persekitaran yang optimal untuk memotivasi pelajar sambil mereka mengalami apa itu sains.
 Semangat sains diterapkan dalam pelajar yang menyertai aktiviti makmal secara bermakna.
Bab 6 Menggunakan Pentaksiran Senarai Semak Pemerhatian Ujian Lisan dan Portfolio
RINGKASAN
 Pemerhatian secara umumnya merujuk kepada suatu proses mendapatkan maklumat melalui deria seseorang khususnya, daripada melihat dan mendengar.
 Dalam pemerhatian kualitatif, pemerhati bermula tanpa tanggapan awal tentang apa yang akan diperhatikan dan menerangkan perlakuan yang nampak penting.
 Dalam pemerhatian kuantitatif, perlakuan yang akan diperhatikan ditentukan melalui sebuah senarai semak.
 Dalam pemerhatian obtrusif, pelajar sedar mereka sedang diperhatikan manakala dalam pemerhatian tidak obtrusif, pelajar tidak sedar mereka sedang diperhatikan.
 Perlakuan mungkin diperhatikan dan diukur berdasarkan empat dimensi: jangka masa, kelambatan, kekerapan dan kekuatan.
 Pemerhatian digunakan untuk mengumpul data tentang perlakuan yang sukar ditaksir menggunakan kaedah-kaedah lain, bagi memerhatikan dan merekod cara pelajar menyelesaikan masalah dan menyiapkan tugasan, dan bagi menentukan samada pelajar (secara individu atau dalam kumpulan) sedang mencapai objektif yang diinginkan menggunakan alat-alat pemerhatian.
 Ekspresi lisan merupakan “proses utama dalam memformulasi dan berkongsi pengalaman manusia”.
 Syarahan Lisan adalah lebih daripada sekadar bercakap tetapi juga termasuk bercakap tentang sesuatu kandungan.
 Pentaksiran lisan selalunya terbatas kepada seni bahasa.
 Takrif pentaksiran lisan telah diperluaskan bagi memasukkan pentaksiran kandungan.
 Pentaksiran lisan boleh dilaksanakan dalam pentaksiran mata-mata pelajaran seperti sains dan ekonomi.
 Sebuah portfolio merupakan suatu koleksi kerja-kerja yang dihasilkan oleh pelajar, yang mencerminkan usaha, kemajuan dan pencapaian mereka dalam bahagian-bahagian berlainan dalam kurikulum.
 Sebuah portfolio elektronik merupakan sebuah arkib digital tentang kerja pelajar dengan menggunakan suara tulen pelajar.
Bab 7 Kebolehpercayaan dan Kesahan Teknik Pentaksiran
RINGKASAN
 Markah sebenar merupakan konsep hipotetikal keupayaan, kecekapan dan kemampuan individu sebenar.
 Lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan ujian anda, lebih kemungkinan anda akan mengukur markah sebenar pelajar anda.
 Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi pengukuran. Sebuah ujian dianggap utuh sekiranya kita mendapat markah yang sama secara berulang.
 Dengan menggunakan teknik Uji-Uji Semula, ujian yang sama ditadbir sekali lagi kepada pelajar yang sama.
 Untuk teknik ini, dua ujian yang serupa (atau bentuk serupa) ditadbir kepada kumpulan pelajar yang sama.
 Konsistensi internal ditentukan menggunakan hanya satu ujian yang ditadbir satu kali kepada pelajar.
 Apabila dua atau lebih orang memeriksa soalan esei, sejauhmana terdapat persetujuan dalam markah yang diperuntukkan dipanggil kutuhan inter-pemeriksa.
 Sementara kebolehpercayaan inter-pemeriksa melibatkan dua atau lebih individu, kebolehpercayaan intra-pemeriksa adalah konsistensi penggredan oleh seorang pemeriksa.
 Kesahan merupakan sejauhmana sebuah ujian mengukur apa yang ia sepatutnya mengukur. Adalah penting bagi sesebuah ujian itu sah agar keputusan dapat diaplikasikan dan diinterpretsi dengan tepat.
 Kesahan konstruk berkait dengan samada ujian adalah cukup untuk mengukur konstruk yang mendasari.
 Kesahan kandungan adalah lebih terang dan berkemungkinan berkait dengan kebolehpercayaan konstruk; ia berkait dengan kesesuaian dan perlunya kandungan yang dicakupi.
 Ada yang menganggap kebolehpercayaan dan kesahan merupakan dua konsep yang berasingan. Hakikatnya, kebolehpercayaan dan kesahan adalah saling berkaitan.
Bab 8 Penyediaan, Pentadbiran dan Analisis Item
RINGKASAN
 Sebuah ujian yang baik adalah hasil daripada perancangan yang cermat dan teliti.
 Perancangan dilaksanakan melalui fasa-fasa berikut: memperjelaskan tujuan, menyediakan jadual spesifikasi, menentukan format ujian, menyemak semula, menghimpun, mereproduksi dan menyediakan garispanduan untuk pentadbiran.
 Analisis item merupakan suatu proses yang meneliti respon-respon setiap item atau soalan ujian agar dapat mentaksir mutu item-item tersebut dan ujian secara keseluruhan.
 Analisis item dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang setiap item atau soalan dalam ujian dan bagaimana ujian tersebut dapat diperbaiki.
 Indeks Kepayahan merupakan suatu indikator kuantitatif tentang tahap kepayahan sesebuah item atau soalan.
 Indeks Diskriminasi merupakan suatu ukuran asas yang menunjukkan sejauh mana sebuah soalan mengasingkan atau membezakan antara pelajar dalam kumpulan ‘Markah Tinggi’ dan kumpulan ‘Markah Rendah’.
 Secara teori, lebih payah sebuah soalan (atau item) ataupun lebih senang sebuah soalan (atau item), lebih rendah indeks diskriminasi.
 Dengan menghitung proporsi pelajar yang memilih setiap pilihan jawaban, guru dapat mengenal pasti pengganggu yang mana "bertugas" dan nampak menarik kepada pelajar yang tidak tahu jawaban betul, dan pengganggu yang mana sekadar mengisi ruang dan tidak dipilih oleh pelajar.
 Umumnya, sebuah pengganggu yang baik dapat menarik lebih ramai pelajar ‘Markah Rendah’ untuk memilih respon tersebut atau mengganggu pelajar ‘Markah Rendah’ agar memilih respon tersebut.
 Sebuah Bank Item merupakan sebuah koleksi soalan-soalan atau item-item yang telah ditadbir dalam masa yang lama.
Bab 9 Analisis dan Interpretasi Markah Pentaksiran & Melapor Pentaksiran Pelajar
RINGKASAN
 Statistik adalah suatu sains matematikal tentang analisis, interpretasi dan persembahan data.
 Data yang dikumpul tentang pelajar boleh dikenakan analisis statistik, yang memenuhi dua tujuan: deskriptif dan inferens.
 Terma ―tercondong pusat‖ merujuk kepada nilai ―pertengahan‖ dan diukur menggunakan min, median dan mod. Ia merupakan suatu petunjuk tentang lokasi markah-markah.
 Min adalah jumlah semua nilai (markah) dibahagikan dengan jumlah bilangan item (pelajar) dalam suatu set.
 Julat markah dalam sebuah ujian merujuk kepada markah terendah dan tertinggi yang diterima dalam ujian tersebut.
 Sisihan piawai merujuk kepada banyak mana markah-markah yang diterima oleh pelajar menyimpang atau terkeluar daripada min.
 Pencongan merujuk kepada suatu simetri penyerakan.
 Pencongan yang negative mempunyai ekor yang lebih panjang pada arah negatif.
 Pencongan positif mempunyai ekor pada arah positif.
 Markah standard merujuk kepada markah mentah yang telah dialihkan daripada satu skala kepada skala yang lain menggunakan min dan sisihan piawai.
 Mata Z memberitahu berapa sisihan piawai jauhnya daripada min letaknya sebuah markah.
 Mata T adalah suatu markah standard dengan min 50 dan sisihan piawai 10.
 Lengkungan normal (juga dipanggil ‗lengkungan loceng‘) merupakan suatu lengkungan hipotetikal yang sepatutnya mewakili semua fenomena lazim yang berlaku.
 Dalam pentaksiran merujuk norma, prestasi seorang individu dinilai dengan bandingan dengan prestasi orang lain.
 Norma-norma adalah ciri-ciri suatu populasi yang dianggar dengan tepat daripada ciri-ciri sebuah subset yang mewakili populasi (dipanggil sampel atau sampel norma).
 Penggunaan terancang dan aktif keputusan ujian merupakan sebahagian penting proses pengajaran.
 Matlamat laporan pentaksiran adalah untuk memperbaiki keputusan-keputusan dan membantu sekolah atau institusi memperbaiki dan membantu pelajar belajar dengan lebih lagi.
 Pendidik harus mereka bentuk dan menyediakan laporan tentang keputusan pentaksiran dengan cermat.
 Semasa menyediakan laporan pentaksiran, kita harus peka tentang siapa pembacanya.
 Format laporan pentaksiran akan mempengaruhi motivasi pembaca untuk membaca laporan tersebut serta persepsi yang pembaca perolehi daripada laporan tersebut.
 Orang yang menggunakan keputusan pentaksiran selalunya membuat rumusan tentang domain kandungan yang lebih luas daripada yang sebenarnya tercakup dalam pentaksiran.
 Kerahsiaan adalah sangat penting dalam melapor keputusan pentaksiran.

No comments:

Post a Comment