Bab 1 Pengenalan Ilmu Fiqh
Secara umumnya kalimah fiqh boleh
dibahagikan kepada dua definisi. Iaitu dari sudut bahasa dan istilah. Fiqh dari
sudut bahasa bermaksud faham. Manakala definisi fiqh dari istilah terbahagi
kepada dua maksud: Mengetahui hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan segala
perbuatan dan perkataan mukallaf berdasarkan dalill-dalil yang terperinci;
apabila seseorang mempelajari ilmu fiqh, bermakna dia mempelajari hukum syara’
yang dipelajari daripada kitab-kitab fiqh.
Di antara keistimewaan fiqh Islam
yang kita katakan sebagai hukum-hukum syari’at yang mengatur perbuatan dan
perkataan mukallaf- memiliki keterikatan yang kuat dengan keimanan terhadap
Allah dan rukun-rukun aqidah Islam yang lain. Allah jua yang dapat menjadikan
seorang Muslim berpegang teguh dengan hukum-hukum agama, dan memandu mereka ke
arah tuhan dengan penuh ketaatan dan kerelaan.
Al-Qur’an adalah Kalam Allah s.w.t.
dari segi lafaz dan maknanya yang disampaikan kepada Rasulullah s.‘a.w. dalam
bahasa Arab melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Individu yang membacanya
dengan bersungguh-sungguh diangap sebagai ibadah. Cara al-Qur’an dalam
menentukan sesuatu hukum ada tiga iaitu:
a.
Menerangkan
hukum secara keseluruhan (kulli) yang pada akhirnya menjadi suatu dasar atau
prinsip.
b.
Menerangkan
hukum secara umum (ijmal) sehingga memerlukan penjelasan yang lebij lanjut.
c.
Menerangkan
hukum secara terperinci.
Al-Sunnah adalah Setiap apa yang
datang daripada Rasulullah s.‘a.w. samada perkataan, perbuatan, pengakuan atau
sifatnya. Antara peranan utama al-Sunnah di dalam perundangan Islam adalah
untuk:
a.
Menegaskan
hukum yang telah terdapat di dalam al-Qur’an.
b.
Menjelaskan
perkara yang tidak diperincikan di dalam al-Qur’an.
c.
Menetapkan
hukum yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an.
Adapun mengenai fungsi As-Sunnah
terhadap Al-Qur’an dapat dihuraikan sebagai berikut:
a.
Menguraikan
Kemujmalan (keumuman) Al-Qur’an.
b.
Pengkhususan
Keumuman Al-Qur’an.
c.
Taqyid
(Pensyaratan) terhadap ayat Al-Qur’an yang mutlak.
d.
Pelengkap
Keterangan Sebagian dari Hukum-Hukum.
e.
Sunnah
Menetapkan Hukum-hukum Baru, yang tidak terdapat dalam Al-Qur’an.
Ijma‘ adalah permuafakatan atau
persepakatan pendapat di kalangan ulama’ pada suatu masa tertentu terhadap
permasalahan syarak yang wujud selepas kewafatan Rasulullah s.‘a.w. tetapi
masih berpandukan kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Terdapat dua jenis ijma’
iaitu ijma’ sarikh; apabila semua mujtahid memberi persetujuan mereka dan ijma’
sukuti; apabila sebahagian sahaja yang menyetakan persetujuan sedangkan yang
lain diam dan tidak membantah.
Ijtihad adalah usaha yang dilakukan
oleh seseorang Ulama’ atau mujtahid untuk mengeluarkan suatu pendapat hukum
terhadap permasalahan yang berlaku dengan berdasarkan kepada alQur’an dan
al-Sunnah. Ijtihad ini boleh ditakrifkan sebagai mencurahkan segala tenaga
(buah fikiran) untuk mengeluarkan hukum syarak melalui dalil-dalil syarak iaitu
al-Quran, As Sunnah dan Ijmak dengan cara-cara tertentu.
Setiap mujtahid itu mempunyai syarat tertentu dalam
berijtihad, antaranya:
a.
Mengetahui
Bahasa Arab Dalam Segala Segi.
b.
Mengetahui
ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan hukum syarak.
c.
Mengetahui
hadith-hadith Nabi (Hadis Hukum).
d.
Memahami
usul Fiqh.
e.
Memahami
objektif syariat.
Perkara Yang Boleh Diijtihadkan:
a.
Perkara
yang ada nas tetapi tidak qat'ie dan dalalahnya.
b.
Perkara
yang tiada nas dan yang tidak dijinakkan.
Dalam membincangkan persoalan pintu
ijtihad masih terbuka atau sudah tertutup, para cendiakiawan sama ada Islam
mahupun barat tidak sependapat mengenainya. Secara umumnya mereka boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan:
1.
Kumpulan
Pertama : pintu ijtihad sudah tertutup. Golongan ini terdiri daripada
cendiakiawan Barat mahupun Islam sendiri.
2.
Kumpulan
Kedua: pintu ijtihad tidak pernah tertutup. Golongan ini berpendapat pintu
ijtihad masih terbuka luas, ini kerana pada kurun kelima hijrah terdapat ramai
ulama masih mengamalkan ijtihad walaupun pada masa itu ada anggapan bahawa
ijtihad sudah tertutup.
3.
Kumpulan
Ketiga : golongan yang tidak jelas sama ada pintu ijtihad terbuka atau
tertutup. Golongan ini adalah kumpulan yang tidak konsisten.
Qiyas adalah menyandarkan sesuatu
permasalahan cabang (furu’) yang tidak ada hukum dalam nas dengan masalah asal
yang telah dinyatakan hukumnya di dalam nas kerana terdapatnya persamaan sebab
(‘illah) pada kedua-duanya.
Istishhab adalah penetapan (keberlakukan) hukum
terhadap suatu perkara di masa selanjutnya atas dasar bahwa hukum itu telah
berlaku sebelumnya, kerana tidak adanya suatu hal yang mengharuskan terjadinya
perubahan (hukum tersebut). Atau menetapkan suatu hukum sebelumnya, sehingga
yang baru merubahnya. Penetapan hukum bahawa sesuatu keadaan itu tetap seperti
sedia kala sehingga ada dalil yang menunjukkan bahawa keadaan itu tidak benar
dan perlu diberi hukum lain kerana wujudnya dalil.
Urf menurut bahasa beerti sesuatu
yang diketahui, dikenal, diangap baik dan diterima oleh fikiran yang sehat.
Sedangkan menurut para ahli ushul fiqh adalah sesuatu yang telah saling dikenal
oleh manusia dan mereka menjadi ia sebagai tradisi. Adat kebiasaan sesebuah masyarakat
setempat yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak boleh dijadikan
sebagai sumber hukum dalam Islam.
Syarat-syarat urf dapat diterima
oleh hukum Islam:
a.
Tidak
ada dalil yang khusus untuk suatu masalah sama ada dalam al Qur’an atau as Sunnah.
b.
Tidak
menyalahi nas syari’at dan juga tidak mengakibatkan kerosakan, kesulitan atau
kesempitan.
c.
Telah
berlaku secara umum (majority), bukan hanya dilakukan beberapa orang sahaja.
Masalih Mursalah adalah maslahah
yang tidak dinyatakan halal atau haramnya oleh Syarak. Adapun terhadap
kehujjahan maslahah al-mursalah, pada prinsipnya Jumhur Ulama menerimanya
sebagai salah satu alasan dalam menetapkan hukum syara’, sekalipun dalam
penerapan dan penempatan syaratnya, mereka berbeda pendapat.
Sad al-Zarai’ adalah mencegah
sesuatu kemungkaran dengan cara menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada
perkara kerosakan.
Istihsan adalah beramal dengan dalil
yang lebih kuat. Menurut bahasa, istihsan berarti menganggap sesuatu lebih baik
atau mencari kebaikan. Menurut ulama ushul fiqh, ialah berpaling pada sesuatu
masalah dari sesuatu hukum yang sama menuju hukum lain kerana ada alasan yang
lebih kuat”.
Bab 2 Konsep Ibadah
Ibadah adalah satu keyakinan yang
dapat memberi makna, sikap dan amalan yang dapat menjalin hubungan erat antara
Pencipta dan hambaNya. Allah s.w.t menjadikan sekelian makhluk adalah sebagai
tanda kekuasaanNya. Manusia yang dijadikan Allah s.w.t merupakan makhluk paling
istimewa daripada segi rupa, akal dan kejadian. Walaubagaimana pun kehidupan di
dunia lebih singkat berbanding kehidupan di akhirat. Maka semasa hayat di dunia
manusia perlu menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan Allah s.w.t untuk
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagai bekalan di alam akhirat yang kekal
abadi.
Islam adalah salah satu cara hidup
yang sempurna, merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat. Ibaratnya
dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai
dan dinikmati di hari akhirat kelak. Hakikatnya konsep ibadah dalam Islam amat
luas. Semua tindak tanduk yang dilaksanakan oleh seseorang hamba itu perlu
mendapat keredhaan Allah s.w.t. Tidak perlu disempitkan ibadah tersebut kepada
ibadah khusus semata-mata.
Ibadah khusus ialah kepatuhan dan
tunduk kepada hukum-hukum yang telah ditentukan. Ibadah ini adalah berbentuk
fardhu ain yang merangkumkan ilmu dan amal seperti shahadat, solat lima waktu
sehari semalam, berpuasa dalam bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan
menunaikan haji bagi yang berkuasa.
Ibadah umum pula bermaksud kegiatan
muslim dalam bidang yang lain daripada bidang yang telah disebutkan di atas.
Ibadah umum juga disebut sebagai fardhu kifayah. Bidang ini tentunya berkaitan
dengan urusan masyarakat, keluarga dan negara. Ringkasnya segala urusan manusia
dalam bidang tersebut tetap dihitung gerak-gerinya di sisi Allah s.w.t.
Penilaian dalam bentuk hukum berkaitan seperti hukum wajib, sunat, haram,
makruh dan harus akan ditanggung oleh setiap manusia tanpa terkecuali juga.
Ciri-ciri Ibadah dalam Islam:
·
Pekerjaan
atau ibadah yang dilakukan adalah diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t
·
Perlu
ada kaitan dan hubungan antara hamba dan PenciptaNya.
·
Tidak
lupa kepada Allah dan sentiasa tunduk pada Pencipta yang Satu dalam
melaksanakan lain-lain tuntutan atau pekerjaan.
·
Sentiasa
membuat hubungkait amalan di dunia ada kaitannya dengan hubungan di akhirat
serta mengambil kira sepenuhnya halal haram yang menjadi suruhan dan tegahan.
Jika manusia benar-benar menyedari hakikat ini, InsyaAllah sepanjang
kehidupannya akan diredhai dan diberkati Allah s.w.t.
Terdapat dua golongan yang salah
faham atau salah tanggapan tentang konsep ibadah Islam yang sebenar. Ada
golonganyang hanya menganggap ibadah dan ubudiyyah itu tercapa idengan hanya
unsur kecintaan, manakala golongan lain menganggap ia tercapai hanya dengan
unsur ketundukan dan ketakutan semata-mata tanpa sebarang cinta.
Ibn al-Qayyim (Madarij al-Sali-kin:
99) berkata: Asal-usul ibadah itu ialah kecintaan kepada Allah S.W.T.,bahkan
mentauhidkan-Nya dengan kecintaan, dan bahawasegala cinta itu hanya bagi Allah
S.W.T., maka janganlahdia (mukmin) mencintai orang lain selain-Nya.
Sesungguh-nya dia hanya boleh mencintai (orang lain) kerana-Nya dan pada-Nya
(pada perkara yang diredhai Allah S.W.T.)
Perlaksanaan ibadah yang baik mampu
memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat. Setiap individu Muslim
akan merasa sentiasa terikat dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Seterusnya
mendorong sesorang itu senantiasa memperbanyakkan amal solehnya. Ibadah boleh
menyuburkan keimanan seseorang Muslim. Pembentukan akhlak yang mulia adalah
terhasil daripada amalan ibadah yang menepati syariat dan diterima oleh Allah
s.w.t.
Akhlak seseorang mencerminkan kebersihan hati
seseorang juga. Akhlak yang baik menunjukkan hati yang luhur dan bersih.
Manakala akhlak yang kotor menunjukkan jiwa yang kotor. Melalui ibadahlah mampu
membentuk akhlak mulia seseorang.
Bab 3 Bersuci
Bersuci pada bahasa ialah bersih dan
bebas daripada segala kekotoran sama ada di dalam bentuk nyata seperti najis
atau bentuk ma'nawi seperti perkara yang mengaibkan atau sifat-sifat keji.
Bersuci pada syara' ialah perbuatan yang mengharuskan solat atau seumpamanya
seperti berwudhu' kepada sesiapa yang belum berwudhu',mandi kepada sesiapa yang
diwajibkan mandi dan menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan juga
tempat.
Islam sangat prihatin tentang suci
dan bersih sebagaimana keterangan berikut:
Perintah berwudhu’ untuk mendirikan
solat setiap hari beberapa kali. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah 6:
Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan
sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudhu'lah) iaitu basuhlah
muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian
dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Gesaan supaya mandi pada keadaan
tertentu. Firman Allah SWT: Maksudnya: Dan jika kamu junub (berhadas besar)
maka bersucilah dengan mandi wajib. (Surah al-Maidah 6)
Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya:
"Tanggungjawab setiap muslim kepada Allah ialah mandi sekurang-kurangnya
sekali dalam seminggu dengan membasuh kepala dan badannya." Riwayat
al-Bukhari (856) dan Muslim (849)
Perintah supaya memotong kuku,
membersihkan gigi dan pakaian. Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Lima
perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu
ketiak, memotong kuku dan menggunting misai. Riwayat al-Bukhari (5550) dan
Muslim (257)
Islam telah mensyariatkan bersuci
kerana hikmah yang banyak. Sebahagian daripadanya ialah:
1.
Pertama:
Bersuci adalah tuntutan fitrah.
2.
Kedua:
Memelihara kemuliaan dan kehebatan individu Muslim.
3.
Ketiga:
Memelihara kesihatan.
4.
Keempat:
Berdiri menghadap Allah SWT dalam keadaan suci dan bersih.
Jenis-jenis bersuci dalam Islam
terbahagi kepada:
1.
Bersuci
daripada najis.
2.
Bersuci
daripada hadas.
Erti najis dari segi bahasa adalah
semua benda yang kotor. Pada segi syara' pula adalah benda kotor yang
menghalang sah solat, seperti darah dan kencing.
Benda-benda Najis:
1.
Pertama:
Arak dan semua cecair yang memabukkan. Firman Allah SWT: Maksudnya: Bahawa
sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji). (Surah al-Maidah: 90)
2.
Kedua:
Anjing dan babi. Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Untuk membersihkan
bejana kamu apabila dijilat anjing hendaklah kamu membasuhnya sebanyak tujuh
kali. Basuhan pertama hendaklah dengan air bercampur tanah." Riwayat
Muslim (279)
3.
Ketiga:
Bangkai. Bangkai adalah semua binatang tidak halal yang mati dan binatang halal
yang mati tanpa disembelih dengan cara yang ditetapkan oleh syara'. Firman
Allah SWT dalam Surah alMaidah: 3. Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan)
bangkai (binatang yang tidak disembelih). Terdapat 3 bangkai yang tidak dihukum
sebagai najis: mayat manusia,ikan, dan belalang.
4.
Keempat:
Darah yang cair termasuk nanah. Firman Allah SWT dalam Surah al-An’am ayat 145.
Maksudnya: atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya ia
adalah kotor.
5.
Kelima:
Kencing dan najis manusia dan binatang. Hal ini berdasarkan hadith, seorang
Badwi terkencing di dalam masjid, lalu Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya:
"Jiruskan ke atas kencing itu setimba air." Riwayat al-Bukhari (217)
dan Muslim (284).
6.
Keenam:
Setiap bahagian yang terpisah daripada binatang semasa hidup adalah najis.
Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “apa-apa yang dipotong daripada binatang
adalah bangkai." Riwayat al- Hakim dan beliau mensahihkannya. Rambut dan
bulu bintang yang dagingnya halal dimakan dikecualikan daripada hokum tersebut.
Ia adalah suci.
7.
Ketujuh:
Susu binatang yang dagingnya tidak halal dimakan. Susu binatang yang dagingnya
tidak halal dimakan seperti keldai dan seumpamanya adalah najis. Ini kerana
hukum susu adalah sama dengan dagingnya dan dagingnya adalah najis.
Najis Aini adalah semua jenis najis
yang berjirim yang dapat dilihat atau mempunyai sifat yang zahir iaitu warna
atau bau. Najis hukmi adalah semua najis yang telah kering dan kesannya telah
dihilang. Dengan kata lain, kesan warna atau bau najis tersebut tidak ada lagi.
Pembahagian najis mengikut ringan
dan berat:
1.
Najis
Mughallazah adalah Najis berat. Mughallazah bermaksud berat Iaitu najis anjing
dan babi. Bukti menunjukkan ia berat ialah cara membasuhnya tidak memadai
dengan sekali basuh menggunakan air sebaliknya hendaklah dibasuh sebanyak tujuh
kali dan salah satu basuhan dengan menggunakan air tanah. Kenajisan khinzir
diqiyaskan kepada anjing.
2.
Najis
Mukhaffafah adalah Najis pertengahan, iaitu najis selain anjing dan babi dan
selain kencing kanak-kanak lelaki yang belum berumur dua tahun yang tidak makan
dan minum selain susu ibunya.(najis mukfaffafah) Maksud pertengahan ialah dari
sudut cara menyucikannya.
3.
Najis
Mutawassitah adalah najis ringan, iaitu kencing kanak-kanak lelaki yang belum
berumur dua tahun dan hanya minum susu ibu sahaja. Bukti yang menunjukkan
kencing tersebut najis ringan ialah memadai membersihkannya dengan hanya
merenjiskan air dan meratakannya ke semua tempat najis tersebut walaupun tanpa
mengalirkannya.
Erti istinja' ialah menghilangkan
najis atau mengurangkannya daripada tempat keluar air kecil atau air besar.
Istinjak menghilangkan najis pada tempat keluarnya selepas membuang air kecil
dan air besar dengan sesuatu yang bersih seperti air, kertas, batu dan
sebagainya sehingga bersih. Hukum beristinja’ adalah wajib. Kadar kebersihan
beristinjak ialah sehingga menghilangkan najis, rasa dan baunya.
Harus beristinja’ dengan air mutlak.
Ia merupakan cara asal bersuci daripada najis. Begitu juga harus istinja’
dengan menggunakan semua pepejal yang kesat dan boleh menghilangkan najis
seperti batu, daun dan seumpamanya. Cara istinja’ yang afdhal ialah beristinja’
dengan batu dan seumpamanya terlebih dahulu, kemudian menggunakan air. Ini
adalah kerana batu terlebih dahulu menghilangkan ain najis dan air yang
digunakan selepasnya pula akan menghilangkan kesan-kesannya tanpa bercampur
dengan ain najis tersebut.
Syarat beristinjak menggunakan batu:
a.
Batu-batu
istinjak tersebut berada dalam keadaan bersih dan kering;
b.
Najis
yang keluar dari qubul dan dubur masih belum kering;
c.
Najis
tidak berpindah ke tempat lain; dan
d.
Sapuan
hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali atau hendaklah diganjilkan
bilangan tersebut.
Benda-benda lain yang boleh digunakan untuk beristinjak.
Antaranya ialah:
1.
Benda
yang suci dan bersih (contoh: tisu);
2.
Bukan
benda yang dihormati (contoh: kertas);
3.
Bukan
cecair (contoh: kayu); dan
4.
Boleh
menghilangkan najis dan sifat-sifatnya iaitu warna, bau dan rasa (contoh: span,
kain).
Antara benda-benda yang tidak boleh
digunakan untuk beristinjak adalah seperti berikut:
1.
Tahi;
2.
Sebarang
jenis makanan;
3.
Tulang-tulang;
4.
Kertas-kertas
yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hadis;
5.
Anggota
haiwan yang masih belum terpisah daripada badannya; dan
6.
Anggota
badan manusia sama ada terpisah atau tidak dan lain-lain.
Yang dimaksudkan dengan tempat untuk
beristinjak ialah:
1.
Bukan
tempat laluan orang awam atau tempat istirehat;
2.
Bukan
di tanah berlubang yang dibuat oleh binatang atau serangga sebagai sarang atau
laluan mereka;
3.
Bukan
di bawah pokok yang berbuah kerana dikhuatiri akan mengotori buah itu apabila
ia gugur ke bumi;
4.
Bukan
dilakukan di air yang tenang yang tidak mengalir walaupun ia banyak kerana ia
tidak dapat dimanfaatkan oleh makhluk Allah SWT yang lain;
5.
Bukan
menghadap atau membelakangi kiblat.
Cara masuk dan keluar dari tempat
istinjak membawa maksud seperti berikut:
1.
Menggunakan
kaki kiri ketika masuk dan menggunakan kaki kanan ketika keluar;
2.
Jangan
membawa tulisan yang tercatit nama Allah dan namanamaNya yang lain;
3.
Membaca
doa-doa yang telah diajarkan Baginda sebelum masuk dan selepas keluar;
4.
Menggunakan
tangan kiri ketika membersihkan najis.
Jenis-jenis air dan hukumnya:
Air mutlak ialah air yang suci lagi
menyucikan dan kekal dengan sifat asal kejadiannya yang dijadikan oleh Allah
s.w.t. serta tidak berubah salah satu daripada sifatnya, iaitu warna, rasa dan
bau. Hukum air mutlak ialah suci dan menyucikan. Ini bermaksud air mutlak suci
dan boleh menyucikan sesuatu benda yang lain. Hukum menggunakannya pula adalah
harus. Jenis-jenis air Mutlak ialah: air hujan, air laut, air salji, air
sungai, air embun, air mata air, dan air perigi.
Air musta’mal ialah air yang telah
digunakan untuk berwuduk dan mandi serta kuantitinya sedikit, iaitu kurang daripada
dua kolah. Hukum air musta’mal adalah suci, namun ia tidak menyucikan yakni
tidak boleh digunakan untuk berwuduk dan mandi.
Air musyammas ialah air yang
diletakkan di dalam suatu bekas yang diperbuat daripada besi, tembaga dan semua
galian yang boleh ditempa di bawah cahaya matahari. Ringkasnya, air yang
terjemur panas di dalam bekas yang boleh berkarat. Air ini hukumnya suci lagi
menyucikan tetapi makruh digunakan ketika panas pada badan kerana dikhuatiri
mendatangkan penyakit. Namun, apabila air ini sudah sejuk, hukumnya tidak
makruh lagi. Air ini dinamakan air musyammas kerana menjadi panas setelah
berjemur di bawah panas matahari.
Air muqayyad ialah air mutlak yang
bercampur dengan sesuatu yang suci lalu berubah dengan nama-nama baru seperti
air kopi, air teh, air tebu dan sebagainya. Air ini adalah suci, namun ia tidak
mampu menyucikan.
Air mutanajjis ialah air yang jatuh
najis ke dalamnya atau air yang mengandungi najis, sama ada air yang sedikit
atau kurang daripada dua kolah atau air yang banyak iaitu cukup dua kolah atau
lebih.
Bab 4 Solat(1)
Perkataan solat dalam bahasa Arab
bererti doa, iaitu memohon kebaikan. Dalam istilah fuqaha' pula, perkataan
solat bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu, dan ia bermula
dengan takbir dan disudahi dengan salam. Solat merupakan amalan penting di
dalam Islam, kerana solat membezakan antara orang mukmin dan kafir.
Ibadah solat mengandungi banyak
hikmah dan keistimewaannya tersendiri. Antaranya ialah:
a.
Solat
menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang sebenar sebagai hamba kepunyaan
Allah SWT.
b.
Tanda
kepatuhan dan ketaatan kepada Maha Pencipta.
c.
Membentuk
sahsiah dan disiplin diri.
d.
Senaman
kesihatan.
e.
Mendapat
ketenangan jiwa.
f.
Menjauhkan
diri daripada sifat-sifat keji seperti sombong, takbur, riak dan sebagainya.
g.
Allah
s.w.t. telah memberi jaminan bahawa solat dapat mencegah daripada perbuatan
keji dan mungkar.
Waktu solat:
a.
Waktu
Zuhur apabila matahari gelincir sehingga bayang- bayang seseorang menyamai
ketinggiannya selama belum menjelang waktu Asar.
b.
Dan
waktu Asar ialah selama warna matahari
belum kekuning-kuningan.
c.
Waktu
Maghrib ialah selama syafaq belum hilang.
d.
Mula
waktu Isyak apabila hilang cahaya merah matahari dan berakhir hingga terbit
fajar sadiq, iaitu cahaya putih melintang di kaki langit sebelah matahari
terbit.
e.
Waktu
solat Subuh adalah dari terbit fajar selama matahari belum terbit.
Syarat wajib solat:
a.
Islam.
b.
Baligh.
c.
Berakal.
d.
Suci
daripada hadas kecil dan hadas besar.
Syarat sah solat:
a.
Suci
daripada haid dan nifas.
b.
Mengetahui
masuk waktu solat.
c.
Menghadap
kiblat.
d.
Suci
daripada najis (pakaian, badan & tempat solat).
e.
Menutup
aurat.
Masuk waktu solat boleh diketahui
melalui 3 cara berikut:
a.
Berpegang kepada dalil yang nyata seperti melihat
matahari yang sedang ghurub.
b.
Ijtihad,
iaitu berpegang kepada dalil yang kukuh yang mempunyai petunjuk tidak langsung
seperti bayang-bayang atau dengan mengukur lama masa bekerja.
c.
Hendaklah bertaqlid sama ada kepada orang yang
mengetahuinya melalui dalil-dalil yang nyata atau kepada seseorang mujtahid yang
berpegang kepada dalil-dalil yang kukuh.
Rukun-rukun solat adalah seperti
berikut:
1. Niat;
2. Berdiri;
3. Takbiratul ihram;
4. Membaca al-Fatihah;
5. Rukuk;
6. I'tidal selepas rukuk;
7. Sujud dua kali pada setiap rukuk;
8. Duduk antara dua sujud;
9. Duduk tahiyat akhir;
10. Membaca tasyahhud ketika duduk
yang penghabisan;
11. Berselawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. selepas tasyahhud akhir;
12. Salam yang pertama; dan
13. Tertib.
Sunat-sunat ab’ad ialah:
a.
Tasyahhud
awal;
b.
Berselawat
ke atas Nabi Muhammad s.a.w. selepas tasyahhud awal;
c.
Duduk
tasyahhud awal;
d.
Berselawat
ke atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w. selepas tasyahhud akhir; dan
e.
Membaca
qunut.
Sujud sahwi dilakukan untuk
menampung kekurangan yang berlaku dalam solat. Hukumnya adalah sunat. Sekiranya
tidak sujud, tidak membatalkan solat.
Sunat-sunat haiat ialah:
a.
Mengangkat
kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram,ketika rukuk dan ketika bangun
dari rukuk;
b.
Meletakkan
tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri;
c.
Memandang
ke tempat sujud;
d.
Memulakan
solat dengan bacaan doa iftitah selepas takbir;
e.
Membaca
isti’azah selepas doa iftitah;Menguatkan bacaan dan memperlahankannya pada
tempattempat tertentu;
f.
Mengucap
amin ketika selesai bacaan al-Fatihah;
g.
Membaca
al-Quran selepas bacaan al-Fatihah;
h.
Bertakbir
ketika berpindah rukun solat;
i.
Bertasbih
ketika rukuk dan sujud;
j.
Meletakkan
kedua-dua belah tangan di atas dua paha pada kedua-dua duduk tasyahhud; dan
k.
Duduk
tawaruk ketika duduk yang akhir dan duduk iftirasy pada duduk tasyahhud awal.
Perkara-perkara Makruh Ketika Solat:
a.
Menoleh
kepala ke kiri dan ke kanan kecuali dengan sebab yang munasabah.
b.
Memandang
ke atas.
c.
Mengusap
rambut dan melipat-lipat hujung pakaian ketika solat.
d.
Bersolat
berhampiran dengan makanan yang menyelerakan.
e.
Bersolat
sambil menahan air kecil atau air besar.
f.
Bersolat
ketika sangat mengantuk.
g.
Bersolat
di tempat yang kurang sesuai seperti di tandas, jalan, pasar, tempat najis dan
seumpamanya.
Perkara-Perkara Yang Membatalkan
Solat:
a.
Percakapan
yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa.
b.
Melakukan
perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.
c.
Gugur
salah satu daripada syarat-syarat sembahyang.
d.
Berlaku
kepincangan pada salah satu rukun sembahyang.
e.
Makan
dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf.
f.
Ketawa,
berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga
mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.
g.
Murtad
walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.
Wudhu’ berasal daripada perkataan
wadha’ah. Dari segi bahasa, ia bererti elok dan berseri. Sementara dari segi
syara’ pula ialah perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu
beserta dengan niat.
Rukun wudhu' mempunyai enam perkara
iaitu niat, membasuh muka, membasuh dua belah tangan hingga siku, menyapu
sebahagian daripada kepala, membasuh dua belah kaki hingga buku lali dan
tertib.
Wahai orang-orang yang beriman,
apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka
(berwudhu'lah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi
siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali. (Surah al-Maidah: 6)
Perkara sunat ketika berwudhu’
adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
1.
Membaca
“basmalah”.
2.
Membasuh
dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3.
Berkumur-kumur.
4.
Memasukkan
air ke dalam hidung.
5.
Menyapu
seluruh kepala.
6.
Menyapu
dua telinga.
7.
Menyelati
janggut yang tebal.
8.
Mendahulukan
anggota yang kanan daripada yang kiri.
9.
Menyelati
celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10.
Melebihkan
basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.
11.
Mengulangi
perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12.
Berturut-turut
iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan
anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.
13.
Menggosok
anggota wudhu’ supaya lebih bersih.
14.
Bersugi
dengan sesuatu yang kesat.
15.
Menghadap
qiblat.
16.
Membaca
doa selepas berwudhu’, iaitu Maksudnya:“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan
orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang
bersih.”
Perkara Yang Membatalkan Wudu:
1.
Keluar
sesuatu daripada lubang dubur atau qubul.
2.
Hilang
akal.
3.
Bersentuh
kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram)
walaupun telah mati.
4.
Menyentuh
kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan
sendiri.
5.
Murtad
iaitu keluar dari agama Islam.
Bab 5 Solat (2).
Solat terbahagi secara umumnya
kepada dua jenis sahaja iaitu solat fardhu dan solat sunat.
Solat fardu ialah solat yang wajib
dilakukan oleh setiap individu Muslim yang cukup syaratsyaratnya. Solat fardu
mesti ditunaikan 5 kali sehari. Sekiranya ditinggalkan tanpa keuzuran, hukumnya
adalah berdosa.
Solat fardhu mempunyai beberapa
bentuk ketika hendak melakukannya, iaitu:
1.
Solat
Berjama‘ah.
2.
Solat
Juma‘at.
3.
Solat
Musafir.
4.
Solat
Khauf.
Menurut pendapat yang sahih, hukum
solat berjemaah selain daripada solat Jumaat ialah fardhu kifayah. Justeru,
tuntutan melakukannya tidak gugur daripada semua penduduk setempat sehingga
suasana berjema'ah itu benar- benar kelihatan wujud di tempat tersebut. Jika
tidak dilakukan sama sekali atau dilakukan dalam keadaan yang tidak nyata
berdosalah semua penduduk, dan pemerintah wajib bertindak mengatasinya.
Syarat Imam:
1.
Imam
bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi
sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik
daripadanya.
2.
Imam
bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.
3.
Imam
yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.
Cara mengikut Imam:
a.
Ma’mum
hendaklah tidak berada di hadapan imam.
b.
Ma’mum
hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul ihram imam.
c.
Ma’mum
hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan dari satu rukun
kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy) dengan keadaan
perbuatan ma’mum hendaklah terkemudian daripada imam.
d.
Ma’mum
hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun.
e.
Jarak
tempat antara ma’mum dan imam itu hendaklah tidak terlalu jauh jika keduaduanya
sembahyang di luar masjid.
f.
Ma’mum
hendaklah berniat berjama‘ah atau mengikut imam ketika takbiratul ihram.
Syarat Wajib Juma‘at:
a.
Mukallaf,
iaitu seorang yang beragama Islam, baligh dan berakal.
b.
Kemerdekaan
yang sempurna. Hamba tidak diwajibkan Juma`at.
c.
Lelaki,
ia tidak diwajibkan ke atas wanita kerana mereka sibuk dengan anak-anak dan
urusan rumahtangga, seterusnya menimbulkan kesulitan kepada mereka.
d.
Sihat
tubuh badan, tidak sakit yang memudaratkan.
e.
Bermukim
di tempat Juma`at didirikan.
Syarat Sah Juma‘at
1.
Sembahyang
itu hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan dan binaan sama ada di
pekan atau di kampung yang penduduknya bertaraf mastautin.
2.
Bilangan
ahli Juma‘at yang cukup syarat tidak kurang daripada empat puluh orang yang
cukup syarat.
3.
Bilangan
ahli Juma‘at berkekalan dari awal khutbah hingga tamatnya sembahyang.
4.
Didirikan
dalam waktu Zuhur. Jika waktu Zuhur telah sempit, tidak cukup untuk didirikan
sembahyang Juma‘at, maka mereka wajib mendirikan sembahyang Zuhur.
5.
Tidak
berbilang-bilang Juma‘at pada satu tempat selama ia boleh dibuat dalam satu
jama‘ah kecuali penduduk terlalu ramai sedangkan tempat adalah sempit.
Fardhu Juma‘at terdiri daripada dua
fardhu, iaitu khutbah dan sembahyang dua raka‘at. Sembahyang Juma‘at hendaklah
didirikan dengan dua raka‘at secara berjama‘ah selepas khutbah. Untuk
mendapatkan jama‘ah dalam sembahyang Juma‘at, hanya disyaratkan mendapatkan
satu raka‘at yang penuh. Sekiranya ia diperolehi, maka sembahyang Juma‘at
adalah sah dan jika tidak, ia wajib ditukar kepada Zuhur.
Rukun Khutbah:
a.
Memuji
Allah SWT.
b.
Bersalawat
ke atas Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam.
c.
Berpesan
supaya bertaqwa kepada Allah.
d.
Membaca
satu ayat daripada Al-Qur’an.
e.
Berdoa
untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua.
Syarat Khutbah:
a.
Khatib
berdiri ketika berkhutbah.
b.
Tidak
dikemudiankan daripada sembahyang.
c.
Suci
daripada hadath kecil dan besar, serta najis.
d.
Rukun-rukun
khutbah dibaca dalam bahasa Arab.
e.
Berturut-turut
di antara rukun-rukun khutbah.
f.
Didengari
oleh empat puluh orang yang mencukupi syarat-syarat sah sembahyang Juma‘at.
Allah subhanahu wata‘ala telah
memberikan kepada orang yang bermusafir dua bentuk keringanan dalam sembahyang
seperti berikut:
a.
Memendekkan
bilangan raka‘at yang dinamakan qasar.
b.
Menghimpunkan
dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu dinamakan jama‘.
Perjalanan yang membolehkan
sembahyang jama‘ dan qasar disyaratkan :
a.
Jarak
jauh perjalanan hendaklah sampai dua marhalah iaitu lebih kurang 81 km atau
lebih.
b.
Perjalanan
hendaklah menuju ke arah tertentu dan diketahui bahawa tempat yang dimaksudkan
itu jauh.
c.
Perjalanan
itu bukan dengan tujuan maksiat. Bermusafir dengan tujuan berniaga arak,
mengambil riba atau menyamun adalah maksiat maka tidak diberi kelonggaran.
Syarat-syarat sah sembahyang qasar
seperti berikut :
a.
Sembahyang
itu telah masuk waktu ketika bermusafir dan hendaklah ditunaikan ketika
musafir.
b.
Orang
yang bermusafir hendaklah telah sampai ke sempadan bandar atau pecan yang
hendak ditinggalkan atau melepasi bangunan-bangunan di pekan tersebut.
c.
Orang
bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama empat hari atau
lebih, tidak termasuk hari sampai dan pulang.
d.
Orang
yang musafir tidak menjadi ma’mum kepada orang yang bermukim, maka sembahyang
wajib ditunaikan dengan bilangan raka‘at yang sempurna.
Sembahyang jama‘ bermaksud
menghimpunkan dua sembahyang tunai antara satu sama lain dalam satu waktu.
Sembahyang jama‘ terbahagi kepada dua bahagian:
a.
Jama‘
taqdim iaitu menunaikan sembahyang kedua dalam waktu yang pertama.
b.
Jama‘
ta’khir iaitu melewatkan sembahyang pertama ke dalam waktu kedua. Sembahyang
secara jama‘ ta’khir tidak disyaratkan tertib antara kedua sembahyang bahkan
boleh memulakannya dengan mana-mana sembahyang yang dikehendaki.
Solat Khauf bermaksud solat yang
dilakukan dalam keadaan peperangan menentang musuh. Ia diberikan beberapa
kemudahan khusus dan kelonggaran yang tidak terdapat pada solat-solat yang lain
terutamanya pada jemaahnya. Sembahyang khauf mempunyai dua keadaan berdasarkan
keadaan peperangan yang berlaku, iaitu:
a.
Keadaan
berjaga-jaga dan peperangan belum tercetus.
b.
Ketika
peperangan tercetus, saf-saf bertaburan dan suasana membimbangkan.
BAB 6: PUASA
Puasa dalam bahasa Arab al-saum الصومMaksudnya menahan diri daripada sesuatu sama ada
kata-kata atau makanan. Puasa dari segi syarak adalah menahan diri daripada
perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga
terbenam matahari disertai dengan niat.
Dalil pensyariatan puasa
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ
كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣
183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa,
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى
لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ
ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٖ فَعِدَّةٞ مِّنۡ
أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ
ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا
هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ١٨٥
185. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah)
bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara
kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia
berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia
berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya
itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak
menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan
hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu,
supaya kamu bersyukur.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
Maksudnya:
“Islam dibina atas lima perkara:
mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah
utusan Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan
berpuasa pada bulan Ramadan. (al-Bukhari dan Muslim dan selain keduanya).
Allah s.w.t menyatakan bahawa puasa
itu bukan sahaja dikenakan pada umat Nabi Muhammad tetapi juga umat-umat lain
yang terdahulu. Ini menggambarkan ajaran Tauhid itu satu walaupun risalah yang
disampaikan oleh nabinabi sepanjang zaman adalah berbeza. Kefarduan puasa
adalah sama, walau bagaimanapun tidak terdapat dalil yang jelas mengenai cara
dan proses berpuasa umat terdahulu.
Syarat Wajib Puasa:
1.
Islam.
2.
Akil
(Berakal).
3.
Baligh
(Cukup Umur).
4.
Tiada
Keuzuran yang diizinkan syara’.
Syarat Sah Puasa:
1.
Islam;
tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.
2.
Berakal;
tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz.
3.
Bebas
dari haid dan nifas.
4.
Puasa
dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa.
Rukun Puasa:
1.
Niat:
Bermula dari terbenam matahari hingga terbit waktu fajar.
2.
Menahan
diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga
terbenam matahari.
Perkara Yang Membatalkan Puasa:
1.
Makan
atau minum dengan sengaja.
2.
Jimak.
3.
Mengeluarkan
mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lain
dengan sengaja.
4.
Gila
atau hilang akal.
5.
Pitam
atau pengsan sepanjang hari.
6.
Keluar
darah haid atau nifas.
7.
Melahirkan
anak walaupun tidak keluar darah nifas.
8.
Muntah
dengan sengaja.
9.
Memasukkan
sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut, kecuali melalui
mata.
10.
Murtad,
iaitu keluar daripada Islam.
Amalan Sunnah ketika Puasa:
1.
keutamaan
sahur dan mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya fajar.
2.
segera
berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka.
3.
Berdo’a
sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
4.
Menjauhi
perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
5.
Bersiwak
atau menggosok gigi.
6.
Bermurah
hati dan banyak menderma.
7.
Menggandakan
amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
8.
Memberi
makan untuk berbuka puasa.
9.
Mendirikan
malam dengan solat sunnat (solat Tarawih).
10.
Giat
beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan.
11.
Beriktikaf
pada 10 terakhir Ramadhan.
Perkara-perkara Yang Dimakruhkan
Ketika Berpuasa:
1.
Keterlaluan
ketika berkumur semasa wuduk.
2.
Bersugi
selepas waktu Zohor.
3.
Berbekam.
4.
Merasai
makanan tanpa hajat.
5.
Mencium
dan memeluk pasangan.
6.
Cakap
banyak tanpa hajat.
7.
Tidur
banyak.
8.
Mengumpul
air liur dengan banyak kemudian menelannya.
Rukhsah Berbuka Puasa:
1.
Sakit
yang mendatang mudarat besar.
2.
Musafir
yang dibenarkan, dalam jarak yang tidak kurang daripada 83 km, dan mencakupi
seluruh hari.
3.
Tidak
berkemampuan untuk berpuasa, seperti orang tua yang sudah uzur atau orang sakit
yang tiada harapan sembuh.
Jenis-Jenis Puasa Sunat:
1.
Puasa
hari Arafah adalah pada 9 Zulhijah.
2.
Puasa
hari ‘Asyura dan Tasu’a. Asyura adalah 10 Muharam dan Tasu’a ialah 9 Muharam.
3.
Puasa
hari Isnin dan Khamis.
4.
Puasa
3 hari pada setiap bulan.
5.
Puasa
6 hari dalam bulan Syawal.
Puasa Yang Diharamkan:
1.
Puasa
dua hari ‘Aidil Fitri’ dan ‘Aidil Adha’.
2.
Puasa
pada 3 Hari Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
3.
Puasa
wanita yang dalam keadaan haid dan nifas.
4.
Diharamkan
berpuasa sunat bagi wanita jika suaminya melarang.
5.
Puasa
bagi orang sakit.
6.
Puasa
hari syak iaitu hari ke-30 pada bulan Sya’ban.
7.
Puasa
pada separuh kedua bulan Sya’ban.
Hikmah Berpuasa:
1.
Mendisiplinkan
rohani.
2.
Mendidik
hati agar sentiasa berkeinginan untuk melakukan kebajikan.
3.
Menimbulkan
keinsafan dalam diri.
4.
Dapat
mengawal nafsu syahwat.
5.
Mendisiplinkan
akhlak.
6.
Membina
kesihatan rohani dan jasmani.
Puasa qadha ialah puasa yang
dilakukan sebagai menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada
disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib
digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.
Fidyah bermaksud tebusan yang wajib
dikenakan untuk menebus atau membayar perkaraperkara yang makruh dan haram ke
atasnya (yang telah dilakukan).
Siapakah orang yang wajib qada’
puasa sahaja dan yang wajib qada’ disertakan dengan fidyah?
1.
Orang
yang musafir dirukhsahkan untuk tidak berpuasa.
2.
Orang
yang sakit diberi rukhsah untuk tidak berpuasa siang Ramadan diwajibkan
mengqada’ puasa yang ditinggalkan apabila dia telah sembuh.
3.
Orang
yang terlalu tua dan pesakit tiada harapan sembuh.
4.
Wanita
hamil dan menyusukan anak.
Penyebab kepada kaffarah ialah
apabila seseorang merosakkan puasanya dengan melakukan jimak pada siang bulan
Ramadan dalam keadaan dia mengetahui dirinya berpuasa, mengetahui perkara itu
diharamkan dan dia tidak diberikan rukhsah disebabkan musafir.
Bentuk bayaran kaffarah adalah
seperti berikut:
a.
Membebaskan
seorang hamba yang beriman sama ada lelaki atau wanita.
b.
Jika
hamba tiada sebagaimana zaman ini, ataupun dia tidak mampu, dia wajib berpuasa
dua bulan berturut-turut.
c.
Jika
dia tidak mampu juga, diwajibkan memberi makan 60 orang fakir miskin dengan
setiap orang satu cupak makanan asasi.
BAB 7: ZAKAT
Zakat dari segi bahasa ialah membersih
dan menyubur dan dari segi Syara' ialah mengeluarkan sebahagian dari harta yang
tertentu diberikan kepada yang berhak menerimanya.
Dalil pensyariatan zakat:
وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ
ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ٥٦
56. Dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat,
dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
٩
9. sesungguhnya beruntunglah orang yang
mensucikan jiwa itu,
Wajib/Fardhu Ain ke atas orang Islam
yang sudah sempurna syarat-syaratnya seperti cukup nisabnya,haulnya dan
lain-lain lagi.
Syarat wajib Zakat:
a.
Islam.
b.
Merdeka.
c.
Sempurna
Milik.
d.
Cukup
Nisab.
e.
Cukup
Haul (12 Bulan/1 Tahun).
Syarat sah zakat:
a.
Niat.
b.
Memberi
milik (Al-Tamlik) - diberi kepada orang yang berhak.
Nisab berdasarkan harga emas semasa
iaitu 85gm = 20 misqal = 25 mayam 2.7108 saga.
Zakat pendapatan adalah imbuhan atau
perolehan yang di peroleh oleh individu daripada majikan atau individu samaada
pemberian dalam bentuk tenaga atau perkhidmatan profesional atau fizikal dalam
tempoh harian, bulanan atau tahunan yang boleh dikenakan zakat. Jumlah
pendapatan darab dengan 2.5%.
Kaedah Pengiraan :
Kaedah 1 : (Tanpa penolakan).
Kaedah 2 : (Dengan penolakan).
Zakat wang simpanan adalah zakat
yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun
atau cukup nisab. Jumlah simpanan darab 2.5 %.
Kaedah Pengiraan :
a.
Bagi
simpanan tetap iaitu setelah cukup haul simpanan selama 354 hari dan melebihi
nisab wajib dikeluarkan zakat.
b.
Bagi
simpanan biasa pula, adalah berdasarkan jumlah baki terendah satu atau beberapa
akaun simpanan dalam tempoh satu tahun.
Zakat KWSP adalah zakat yang
dikeluarkan oleh pencarum melalui KWSP/LTAT setelah diperoleh wang caruman
tersebut dan cukup nisab serta haulnya.
Kaedah Pengiraan:
a.
2.5%
atas caruman KWSP ketika dikeluarkan samaada selepas bersara atau dikeluarkan
untuk tujuan-tujuan lain sebelum bersara. Zakat perlu dibayar setiap kali
pengeluaran dibuat.
b.
2.5%
atas wang simpanan KWSP/LTAT bagi setiap pekerja berdasarkan penyata tahunan.
Zakat emas dan perak merupakan zakat
barangan kemas dan perhiasan wanita. Zakat yang dikeluarkan ke atas emas
bergantung samaada emas yang dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah
cukup nisab dan haulnya.
a.
2.5%
atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar
nisab (85gram).
b.
2.5%
ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi
kadar nisab (624gram).
Zakat perniagaan adalah zakat yang
dikeluarkan oleh sesuatu perniagaan persendirian (tunggal) perkongsian,
Syarikat Berhad, Syarikat Sdn. Bhd, Koperasi dan persatuan yang telah genap
setahun operasi perniagaan dan cukup nisab yang mana barangan itu diniat untuk
diniagakan dan berkembang.
Kaedah Pengiraan :
2.5% atas harta perniagaan yang
layak di zakat yang telah melebihi nisab. (Harta Semasa –Tanggungan Semasa) x
peratus pemilikan ekuiti yang dimiliki oleh individu muslim.
Zakat saham adalah zakat yang
dikeluarkan ke atas pelaburan saham yang telah genap setahun dan cukup nisab.
Kaedah Pengiraan :
2.5% atas nilai terendah bagi semua
saham yang dimiliki dalam tempoh setahun setelah ditolak pinjaman membeli saham
dan tidak kurang dari kadar nisbah.
Zakat tanaman adalah zakat yang
dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sesebuah negeri yang
telah cukup 400 gantang seperti padi, gandum, biji-bijian dan sebagainya.
Kaedah Pengiraan :
5 ausuk bersamaan dengan 400 gantang
(setelah dibersihkan dari roman dan hampa) kadar nisab ialah 10% daripada padi
atau bijian yang ditanam jika di siram /diairi dengan air hujan semata-mata dan
5% jika diairi menggunakan tenaga.
Zakat ternakan adalah zakat yang
dikenakan ke atas ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang tidak
digunakan untuk tujuan kerja yang mana telah genap haulnya dan nisabnya.
Kaedah Pengiraan :
Zakat bagi ternakan ialah seekor
lembu/kerbau bagi setiap 30 ekor lembu/kerbau dan seekor kambing bagi tiap 40
ekor kambing yang tidak digunakan untuk bekerja.
Berbagai jenis zakat yang tidak
ditunaikan semasa ianya wajib berzakat dan jika bayaran zakat dikeluarkan
sekarang, ianya sebagai qadha zakat.
Zakat Fitrah ini di fardhukan pada
tahun ke 2 hijrah iaitu tahun di fardhukan puasa. Di fardhukan ke atas setiap
individu Muslim lelaki atau perempuan yang berkemampuan dengan syaratsyarat
yang telah ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah:
a.
Mempunyai
lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang
hariraya.
b.
Hidup
pada akhir Ramadhan & awal Syawal.
c.
Anak
yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan dan hidup hingga
selepasnya.
d.
Memeluk
Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
e.
Seseorang
yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Golongan Yang Layak Menerima Zakat:
a.
Orang
Fakir.
b.
Orang
Miskin.
c.
‘Amil
(pemungut zakat).
d.
Muallaf.
e.
Hamba.
f.
Orang
Yang Berhutang Banyak.
g.
Sabilillah.
h.
Ibnu
Sabil.
Hikmah Zakat:
a.
Dapat
mensucikan diri dari dosa, membersihkan diri dari perasaan bongkak dan tamak
pembayar zakat.
b.
Membersihkan
dan menyuburkan harta pembayar zakat.
c.
Sebagai
ungkapan rasa syukur ke atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu
Wataala.
d.
Sebagai
sokongan moral kepada orang yang baru masuk Islam (muallaf).
e.
Menambah
pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.
f.
Membentras
penyakit iri hati, rasa benci dan dengki orang fakir dan miskin terhadap orang
kaya.
g.
Memberikan
peluang kepada golongan kaya untuk beramal ibadat melalui mengeluarkan zakat.
h.
Mewujudkan
perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia
dengan manusia.
i.
Mewujudkan
kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
j.
Memberi
masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh Allah
SWT.
k.
Melahirkan
rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
BAB 8: HAJI DAN UMRAH
Haji menurut syarak adalah mengunjungi
Baitullah (Rumah Allah) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting)
dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.
Dalil pensyariatan haji umrah:
فِيهِ ءَايَٰتُۢ بَيِّنَٰتٞ مَّقَامُ إِبۡرَٰهِيمَۖ وَمَن دَخَلَهُۥ
كَانَ ءَامِنٗاۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ
إِلَيۡهِ سَبِيلٗاۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٩٧
97. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di
antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi
amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu
(bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa
mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak
memerlukan sesuatu) dari semesta alam.
وَأَذِّن فِي ٱلنَّاسِ بِٱلۡحَجِّ يَأۡتُوكَ رِجَالٗا وَعَلَىٰ كُلِّ
ضَامِرٖ يَأۡتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٖ
٢٧
27. Dan berserulah kepada manusia untuk
mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan
mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh,
Niat Haji dan Umrah:
Sahaja aku mengerjakan Haji dan
berihram dengannya kerana Allah Ta’ala.
Sahaja aku mengerjakan Umrah dan
berihram dengannya, kerana Allah Ta’ala.
Daku mengerjakan Haji dan Umrah
serta berihram dengan kedua-duanya, kerana Allah Ta’ala.
Pelaksanaan Ibadah Haji (Manasik
Haji):
1.
Melakukan
ihram dari mîqât yang telah ditentukan. Kemudian berangkat menuju arafah dengan
membaca talbiah.
2.
Wukuf
di Arafah. Dilaksanakan pada tanggal 9 Zulhijah, waktunya dimulai setelah
matahari tergelincir sampai terbit fajar pada hari nahar (hari menyembelih
kurban) tanggal 10 Zulhijah.
3.
Mabît
di Muzdalifah, Mekah (9 Dzulhijjah). Waktunya sesaat setelah tengah malam
sampai sebelum terbit fajar. Disini mengambil batu kerikil sejumlah 49 butir
atau 70 butir untuk melempar jumrah di Mina, dan melakukan shalat subuh di awal
waktu, dilanjutkan dengan berangkat menuju Mina.
4.
Melontar
jumrah ‘aqabah. Dilakukan di bukit ‘Aqabah, pada tanggal 10 Zulhijah, dengan 7
butir kerikil, kemudian menyembelih hewan kurban.
5.
Tahalul
adalah berlepas diri dari ihram haji setelah selesai mengerjakan amalan-amalan
haji. Tahalul awal, dilaksanakan setelah selesai melontar jumrah ‘aqobah,
dengan cara mencukur/memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai.
6.
Mabît
di Mina. Dilaksanakan pada hari tasyrik (hari yang diharamkan untuk berpuasa),
iaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah. Setiap siang pada hari-hari tasyrik
itu melontar jumrah ûlâ, wustâ, dan ‘aqabah, masing-masing 7 kali.
7.
Tawaf
ifâdah. Bagi yang belum melaksanakan tawaf ifâdah ketika berada di Mekah, maka
harus melakukan tawaf ifâdah dan sa’i. Lalu melakukan tawaf wada’ sebelum
meninggalkan Mekah untuk kembali pulang ke daerah asal.
Perkara yang membatalkan haji:
a.
Tidak
melakukan semua rukun haji dengan sempurna mengikut syarat-syaratnya.
b.
Tidak
melakukan dan hadir sendiri di tempat ibadat dan dalam masa yang ditetapkan,
walaupun boleh dengan bantuan orang lain.
c.
Melakukan
persetubuhan semasa ihram kecuali sesudah tahallul awal.
d.
Hilang
akal atau pengsan sepanjang menunaikan haji.
e.
Membatalkan
niat ibadat oleh sesuatu keadaan.
f.
Murtad.
Fadhilat Menunaikan Haji:
1.
Ibadat
haji itu dapat menghilangkan dosa sebagaimana air dapat menghilangkan segala
daki.
2.
Setiap
hari Allah menurunkan 120 rahmat untuk orang yang mengerjakan haji di
Baitullah; 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang
bersolat dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.
3.
Haji
yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur dengan dosa sejak ihram
hingga Tahalul.
4.
Sesiapa
yang mengerjakan haji kerana Allah dan dia tidak merosakkannya dengan sebab
bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak seperti
bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.
5.
Iringilah
hajimu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan
dan dosa, laksana relau yang membakar hangus segala kotoran besi, emas dan
perak.
6.
Tiadalah
ganjaran lain bagi haji yang mabrur melainkan Syurga.
7.
Hujjaj
dan Ummar (Jemaah Haji dan Umrah) semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa
kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan.
8.
Dari
umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Haji yang mabrur tiadalah
lain ganjarannya melainkan syurga.
9.
Sesiapa
yang sabar menanggung sakit sehari di Makkah, maka Allah tulis pahala amal
soleh yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun.
10.
Sesiapa
yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di Makkah, Allah akan
menjauhkan dia 100 tahun lamanya di neraka Jahanam.
11.
Sesiapa
yang meninggal dalam pelayaran ke Tanah Suci Makkah sama ada waktu pergi atau
balik, segala dosanya tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari
kiamat (diampunkan).
12.
Siapa
yang meninggal di Makkah seolah-olah dia telah meninggal di langit dunia.
13.
Baitullah
ini adalah tunjang Islam, siapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk
mengerjakan haji atau umrah, dia dijamin Allah, jika dia meninggal ia akan
dimasukkan ke syurga-Nya, jika dia pulang, pulang dengan ganjaran dan harta.
14.
Perbelanjaan
yang dikeluarkan untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untuk
fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700 X.
15.
Satu
dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; Apabila ia melakukan kebaikan dan
amalan melebihi dari sebelum pemergian ke Makkah dan tidak lagi terdorong ke
arah perkara-perkara maksiat.
Hikmah dan faedah haji serta umrah:
1.
Menghidupkan
hakikat persaudaraan Islam dan menzahirkannya di alam realiti.
2.
Perhimpunan
orang-orang Islam. Ketahuilah bahawa agamg tertegak di atas kesatuan dan kasih
sayang sesama muslim.
3.
Mengikat
seluruh umat Islam dari seluruh dunia dengan Makkah al-Mukarramah; tempat
terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam untuk
menjadi lambang kesatuan dan mengukuhkan pegangan mereka.
4.
Menjadi
salah satu lambang persamaan sesama muslim (orang Islam).
5.
Haji
merupakan sebesar-besar peringatan yang mengingatkan muslimin (orangorang
Islam) kepada keadaan bapa-bapa mereka dan para Nabi dan Rasul yang terdahulu.
6.
Manfaat
tambahan kepada semua ini ialah rezeki yang diperolehi oleh orang-orang fakir
di negeri itu pada musim yang mulia ini; rezeki yang mencukupkan keperluan
mereka selama setahun sebagai memenuhi seruan Nabi Ibrahim a.s.
7.
Haji
adalah tarbiah bagi jasad untuk hidup dalam keadaan susah, memikul keperitan
dan sabar terhadap perkara yang tidak disukai. Juga mentarbiah akhlak untuk
merendah diri, bertolak ansur, pergaulan yang baik dan saling memaafkan.
BAB 9: SUMPAH DAN NAZAR
Dari segi bahasa, sumpah bermaksud
kekuasaan. Manakala mengikut pengertian istilah pula, yamin diertikan sebagai
menguatkan maksud kata-kata yang tidak thabit dengan menyebut salah satu
daripada sifat Allah dalam lafaz yang tertentu. Lafaz yang menguatkan kata-kata
yang thabit seperti “demi Allah”.
Dalil pensyariatan kifarah sumpah:
لَا يُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغۡوِ فِيٓ أَيۡمَٰنِكُمۡ وَلَٰكِن
يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلۡأَيۡمَٰنَۖ فَكَفَّٰرَتُهُۥٓ إِطۡعَامُ عَشَرَةِ
مَسَٰكِينَ مِنۡ أَوۡسَطِ مَا تُطۡعِمُونَ أَهۡلِيكُمۡ أَوۡ كِسۡوَتُهُمۡ أَوۡ
تَحۡرِيرُ رَقَبَةٖۖ فَمَن لَّمۡ يَجِدۡ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٖۚ ذَٰلِكَ
كَفَّٰرَةُ أَيۡمَٰنِكُمۡ إِذَا حَلَفۡتُمۡۚ وَٱحۡفَظُوٓاْ أَيۡمَٰنَكُمۡۚ
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ٨٩
89. Allah tidak menghukum kamu disebabkan
sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum
kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar)
sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang
biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau
memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian,
maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat
sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu.
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur
(kepada-Nya).
Hukum sumpah:
1.
Pada
umumnya hukum bersumpah adalah makruh.
2.
Hukum
haram pula apabila bersumpah pada sesuatu yang haram yang mana meninggalkannya
adalah wajib atau sumpah bohong yang tidak berasas sama sekali.
3.
Hukum
wajib dalam bersumpah pula adalah apabila ia merupakan satu-satunya cara untuk
menyelamatkan orang yang teraniaya atau untuk membuktikan kebenaran.
4.
Manakala
hukum bersumpah harus apabila tujuan bersumpah untuk kebaikan, menjauhi
maksiat, membimbing kepada kebenaran atau menghindari kebenaran.
5.
Bersumpah
juga jatuh hukum sunat apabila untuk meyakini seseorang terhadap nasihat yang
diberikan dan jika diyakini ianya adalah satu-satu jalan yang dapat meyakinkan.
Sesuatu lafaz dianggap sumpah atau
sah sebagai sumpah dengan syarat-syarat berikut:
·
Orang
yang bersumpah waras dan baligh.
·
Sumpah
yang tidak sesia.
·
Bersumpah
dengan menggunakan nama atau sifat Allah SWT.
Terdapat dua jenis sumpah iaitu :
·
Nyata.
Setiap sumpah yang dilakukan dengan menyebut khusus nama Allah. Seperti “aku
bersumpah dengan nama Allah”. Sumpah nyata ini dianggap sah sebaik-baik sahaja
ia dilafazkan walaupun tanpa niat.
·
Tidak
nyata. Bersumpah secara umum dengan menjurus kepada maksud Allah SWT. Seperti
“aku bersumpah dengan pencipta”. Sumpah tidak nyata ini dianggap tidak sah
kecuali dengan niat dan tujuan bersumpah.
Sesiapa yang mendustai sumpah, maka
wajib membayar denda satu daripada empat perkara yang berikut :
·
Memerdekakan
seseorang hamba lelaki atau perempuan yang mu’min jika ada.
·
Memberi
makan kepada sepuluh orang miskin mengikut makanan asasi sebuah Negara tersebut
dengan kadar secupak. Member makanan disini bermaksud wajib memberi makanan
kepada orang miskin dan tidak memadai jika hanya menjemput mereka menikmati
jamuan makan dirumah.
·
Memberi
pakaian yang biasa dipakai kepada sepuluh orang miskin. Jika tidak mampu
melaksanakn ketiga-tiga hukuman diatas disebabkan halangan kesusahan, maka
wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa putus.
Menurut syarak, nazar membawa maksud
sebagai janji untuk kebaikan khasnya. Istilah ulama’ feqah pula ialah
beriltizam untuk mendekatkan diri dengan kewajipan yang tidak disyarakkan
secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu.
Dalil pensyariatan nazal:
وَمَآ أَنفَقۡتُم مِّن نَّفَقَةٍ أَوۡ نَذَرۡتُم مِّن نَّذۡرٖ
فَإِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُهُۥۗ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٍ ٢٧٠
270. Apa saja yang kamu nafkahkan atau apa saja
yang kamu nazarkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. Orang-orang yang
berbuat zalim tidak ada seorang penolongpun baginya.
إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٰنَ رَبِّ إِنِّي نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِي
بَطۡنِي مُحَرَّرٗا فَتَقَبَّلۡ مِنِّيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ
ٱلۡعَلِيمُ ٣٥
35. (Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata:
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam
kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). Karena
itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui".
فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ
ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ
أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا ٢٦
26. maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.
Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku
telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan
berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini".
Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah
yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar untuk melakukannya.
Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama sebulan.
Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar
berubah menjadi wajib.
Nazar disyariatkan oleh Islam dan
diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Oleh sebab ia itu para ulama’
feqah berpendapat tidak sah nazar orang kafir.
Rukun nazar:
1.
Orang
yang bernazar.
2.
Pekara
yang dinazarkan.
3.
Ucapan
yang diguna untuk bernazar.
Syarat orang yang bernazar:
1.
Islam,
tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.
2.
Lulus
memerintah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama menyembelih
kambing oleh orang yang ditahan daripada memerintah harta dengan sabab muflis
atau bankrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila.ilihan sendiri yakni tidak
dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.
3.
Boleh
memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan puasa
yang dia tidak kuasa lakukan.
Syarat ucapan yang diguna untuk
bernazar:
·
Disyaratkan
pada ucapan nazar hendaklah lafaz yang memberi tahu melazimkan (mewajibkan)
sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar “bagi Allah wajib atas ku
puasa”. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.
·
Tidak
sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka
syaratnya mesti berlafaz.
Syarat perkara yang dinazarkan:
1.
Hendaklah
perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan diri kepada
Allah yang tidak tertentu atasnya.
2.
Tidak
sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti
sembahyang fardu.
3.
Tidak
sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu, minum
arak dan lainnya.
4.
Tidak
sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi mereka
yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nafkah keluarga.
5.
Tidak
sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, berdiri atau duduk, sama ada
nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.
6.
Apabila
seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak
wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan,
sekalipun pada perkara yang harus.
Nazar dari segi amalan dan
penghayatannya terbahagi tiga, iaitu:
·
Nazar
melakukan kebajikan, misalnya ia berkata: Jika saya memperoleh kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan, saya akan berpuasa sebulan dan sebagainya atau
jika saya beroleh anak lelaki, saya akan membina sebuah masjid.
·
Nazar
melakukan sesuatu yang diharuskan, misalnya ia berkata: Jika saya disembuhkan
daripada penyakit ini, saya akan melancong ke luar negara dan sebagainya.
·
Nazar
melakukan maksiat, misalnya ia berkata: Jika saya mendapat bonus pada tahun
ini, saya akan tinggalkan sembahyang atau menajakan suatu perjudian (barang
dijauhi Allah).
Nazar terbahagi kepada 3 jenis iaitu
sebagaimana berikut:
1.
Pertama:
Nazar Lajaj (Nazar Perbantahan). Ia merupakan nazar yang berlaku ketika
seseorang itu berada dalam keadaan hilang pertimbangan diri akibat terlalu
marah.
2.
Kedua
: Nazar al-Mujazah (Pembalasan). Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu
bergantung pada sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia
berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah.
3.
Ketiga
: Nazar Mutlak (Semata-mata). Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh
seseorang bagi tujuan mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya
itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga bukan dilafaz ketika hilang
pertimbangan diri kerana terlalu marah.
Kafarah penebus nazar:
1.
Memberi
makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada
keluarga kamu.
2.
Memberi
pakaian kepada 10 orang miskin.
3.
Memerdekakan
seorang hamba.
4.
Mereka
yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa selama
tiga hari.
Hukum bagi setiap nazar:
Pertama : Nazar Lajaj. Hukumnya
bergantung kepada perkara yang dikaitkan dengannya iaitu apa yang dinazar. Jika
ia boleh berlaku maka wajib atas orang yang bernazar itu untuk melaksanakan apa
yang dinazarkan atau pun membayar kafarah sumpah.
Kedua : Nazar al-Mujazah. Hukumnya
ialah jika apa yang dikaitkan dengan apa yang dinazar berlaku seperti sembuh
daripada penyakit maka dia diwajibkan untuk melaksanakan apa yang telah dinazar
seperti sedekah seekor kambing.
Ketiga : Nazar Mutlak. Hukumnya
ialah wajib ke atas orang bernazar untuk melaksanakan apa yang telah dinazarkan
secara mutlak tanpa terikat pada sesuatu perkara.
BAB 10: QURBAN DAN AQIQAH
Penyembelihan dari segi bahasa
bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi
syara‘bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan
menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk
membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.
Dalil pensyariatan penyembelihan:
حُرِّمَتۡ عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَيۡتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحۡمُ ٱلۡخِنزِيرِ
وَمَآ أُهِلَّ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلۡمُنۡخَنِقَةُ وَٱلۡمَوۡقُوذَةُ
وَٱلۡمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا
ذَكَّيۡتُمۡ وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَسۡتَقۡسِمُواْ بِٱلۡأَزۡلَٰمِۚ
ذَٰلِكُمۡ فِسۡقٌۗ ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا
تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ
عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ فَمَنِ ٱضۡطُرَّ فِي
مَخۡمَصَةٍ غَيۡرَ مُتَجَانِفٖ لِّإِثۡمٖ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣
3. Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah,
daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang
tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas,
kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang
disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak
panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini
orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu
janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena
kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.
فَكُلُواْ مِمَّا ذُكِرَ ٱسۡمُ ٱللَّهِ عَلَيۡهِ إِن كُنتُم بَِٔايَٰتِهِۦ
مُؤۡمِنِينَ ١١٨
118. Maka makanlah binatang-binatang (yang halal)
yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada
ayat-ayat-Nya.
Rukun penyembelihan:
1.
Penyembelih.
Islam atau Ahli kitab. Berakal dan berfikiran waras. Tidak melakukan
penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).
2.
Binatang
Yang Disembelih: Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan
tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik,
lembu dan sebagainya.
3.
Alat
penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan
mengalirkan darah binatang tersebut.
4.
Bahagian
Yang Disembelih: Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran
pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular
dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala
memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.
Syarat sah penyembelihan adalah
seperti berikut:
·
Penyembelihan
dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
·
Dilakukan
dengan niat menyembelih kerana Allah.
·
Binatang
itu masih hidup ketika disembelih.
·
Binatang
itu adalah halal dimakan.
·
Menggunakan
alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
·
Putus
halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
·
Mati
dengan sekali sembelihan sahaja.
·
Tidak
dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
·
Tidak
dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Perkara sunat semasa penyembelihan:
·
Membaca
basmalah.
·
Menghadap
binatang tersebut ke arah qiblat.
·
Membaca
salawat ke atas Nabi.
·
Memutuskan
dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
·
Menggunakan
pisau yang tajam.
·
Binatang
itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
·
Melakukan
penyembelihan dengan segera.
Perkara makruh semasa penyembelihan:
·
Mengasah
pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
·
Menyembelih
hingga terputus kepala.
·
Penyembelihan
dilakukan oleh orang perempuan.
Hikmah penyembelihan:
1.
Untuk
menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir
dalam soal mematikan haiwan.
2.
Untuk
menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh
orang Islam.
3.
Untuk
memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika
disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
4.
Agar
darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat.
5.
Sebagai
meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah
makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.
Dari segi bahasa, qurban bermaksud
sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari sudut syara‘,
qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang
tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Dalil pensyariatan qurban:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ
٢
2. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan
berkorbanlah.
Hikmah qurban:
1.
Sebagai
tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang
berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.
2.
Ia
juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan
kesilapankesilapan yang telah dilakukan.
3.
Qurban
tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat
fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir.
Hukum melakukan qurban ialah sunnah
mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
Syarat Wajib/Sunat Qurban:
·
Untuk
dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu
melaksanakannya.
·
Orang
yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban
yang lebih daripada keperluannya.
·
Hendaklah
merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di
bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.
Syarat Sah Qurban:
1.
Hendaklah
binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang
menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap
kesihatan.
2.
Hendaklah
qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji
pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik
iaitu pada 13 Zulhijjah.
3.
Hendaklah
disembelih oleh orang Islam.
4.
Orang
yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di
mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
Syarat Mereka Yang Dituntut
Berqurban:
·
Islam.
·
Merdeka.
·
Aqil
Baligh.
·
Bermukim
atau Musafir.
·
Berkemampuan.
Waktu bagi menyembelih qurban
bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu
setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam
sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari
tersebut.
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah
qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang
jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan
semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina.
Umur binatang yang hendak diqurbankan
berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu: Unta disyaratkan telah berumur 5
tahun dan masuk ke umur 6 tahun. Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur 2
tahun dan masuk ke umur 3 tahun. Kibasy disyaratkan telah memasuki umur 2
tahun. Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur 2 tahun
lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan
bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang
sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh
orang.
Sifat–sifat binatang qurban sama ada
betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:
·
Tidak
cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau
sebagainya.Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
·
Gemuk,
tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
Perkara sunat ketika berqurban:
1.
Sunat
menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
2.
Digantung
tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
3.
Dibawa
dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
4.
Disunatkan
juga orang yang berqurban menyembelihnya.
5.
Sunat
dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
6.
Sunat
memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan
qurban.
7.
Sunat
digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
8.
Setelah
selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu
sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
9.
Sunat
bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong
kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
10.
Binatang
qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
Hukum daging qurban:
1.
Qurban
yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan
menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh
memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.
2.
Anak
kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya,
tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya
kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang
qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
3.
Bagi
qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah
memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat.
Aqiqah ialah sembelihan binatang
an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah
mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika
anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu
perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau
atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari
hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal
untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak
tersebut.
Syarat ‘aqiqah:
·
Berniat
‘aqiqah ketika menyembelih.
·
Hendaklah
binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta
sampai umur.
Perkara sunat semasa ‘aqiqah:
·
Berdoa
semasa hendak menyembelih.
·
Menyembelih
ketika matahari sedang naik.
·
Daging
‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
·
Tidak
mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya
menceraiceraikan sendi-sendinya.
·
Menyedekahkan
daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
·
Memasak
daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.
Perkara yang perlu dilakukan ketika
menyambut kelahiran anak:
·
Mengazankan
di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
·
Membaca
iqamah di telinga sebelah kirinya.
·
Membaca
doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.
·
Menyapu
lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar
atau pisang.
·
Menamakan
kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.
·
Mengadakan
jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
·
Mencukur
rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
·
Memberi
sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang
yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut.
·
Menyedekahkan
daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah,
antaranya:
·
Sebagai
tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
·
Untuk
mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh
Allah.
·
Untuk
memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.
·
Mengeratkan
hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang
dikurniakan anak.
·
Melahirkan
rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
·
‘Aqiqah
tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masamasa
tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13
Zulhijjah.
·
Daging
‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh
diberi kepada fakir miskin.
·
‘Aqiqah
dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi
Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
·
Daging
qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat
disedekahkan setelah dimasak.
Bab 11 PENGURUSAN JENAZAH &
KAIFIATNYA
Dalil kematian. Maksudnya: Tiap-tiap
diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Kami (untuk menerima balasan).
Fardu kifayah kepada orang yang
hidup di dalam sesuatu kawasan . Jika ada orang yang menguruskannya maka
terlepaslah org lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang
menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu.
Kewajipan terhadap jenazah:
·
Memandikan.
·
Mengkafankan.
·
Mensolatkan.
·
Mengkebumikan.
Tindakan awal ketika berlaku
kematian:
·
Menutup
mata mayat: Mulut ditutp dengan mengikat dari bawa dagu hingga atas kepala dgn
kain bersih agar mulutnya tidak terbuka.
·
Melembutkan
sendi-sendi anggota mayat:Semua sendi seperti jari, siku, lutut dan kaki
dilembutlan agar mudah ketika dimandi dan dikapankan.
·
Meletakkan
sesuatu yg sederhana berat di atas perut maya bertujuan menjaga dan mengawasi
perut mayat supaya tidak kembong.
·
Tubuh
badan mayat hendaklah ditutup agar auratnya tidak terdedah, diletakkan di atas
katil/ditempat yg sesuai dlm keadaan mengadap kiblat dgn keadaan kedua
tangannya di atas dada seperti qiam dalam solat.
Memandikan jenazah. Maksud
Memandikan Jenazah: Perbuatan meratakan air ke seluruh anggota tubuh jenazah
untuk menghilangkan najis & kekotoran serta mengangkat hadas. Tujuan :Untuk
membersihkan anggota tubuh mayat daripada najis & kekotoran serta
menyucikan daripada hadas, agar si mati
menghadapai Allah swt dalam keadaan suci.
Syarat-syarat wajib memandikan
jenazah:
·
Mayat
orang Islam.
·
Masih
ada anggota mayat walaupun sebahagian darinya.
·
Mayat
bukan mati syahid ( orang yang mati di medan peperengan untuk membela agama
Islam- tidak wajib dimandikan).
Kaifiat/cara memandikan mayat:
1.
Sekurang-kurangnya
: Ialah dengan meratakan sekali air ke seluruh badan mayat setelah dibersihkan
semua najis & kotoran.
2.
Sebaik-baiknya:
·
Letakkan
mayat ditempat yang tinggi & terlindung drpd pandangan orang ramai supaya
memudahkan air mengalir kecuali orang yg memandikan mayat & pembantunya.
·
Jenazah
dihadapkan ke arah kiblat.
·
Tutup
tubuh mayat sentiasa ditutup dgn kain basahan yg boleh melindungi auratnya.
·
Muka
jenazah sentiasa ditutp semasa dijirus air ke atasnya.
·
Bersihkan
najis yg ada pd mayat. Sebaiknya tekan sedikit perutnya supaya keluar
kotorannya.
·
Cuci
kemaluannya dengan tangan kiri yang bersarung (istinjak ).
·
Bersihkan
gigi , mulut mayat kuku, hidung, telinga dll.
·
Wudukkan
mayat dengan sempurna (sunat sahaja).
·
Jirus
kepala jenazah sambil berniat & kemudian , janggut serta rambutnya. (jika
gugur, letakkan semula ketika mengkafankan mayat).
·
Siram
/ Ratakan air keseluruh anggota badan, bermula dr sebelah kanan badan ke kiri
sebanyak 3 kali @ 5 kali. Sebaiknya guna air bercampur daun bidara, kapur barus
& sabun.
·
Berniat
ketika memandikannya.
·
Jenazah
hendaklah diwudu’kan dengan sempurna.
Hikmat:
·
Islam
mementingkan kebersihan.
·
Menghormati
manusia sebagi makhluk yang dimuliakan oleh Allah swt.
·
Membolehkan
jenazah disolatkan.
·
Menghadap
Allah dalam keadaan bersih dan suci.
Mengapankan jenazah. Maksud
Mengapankan Jenazah: Menutup seluruh tubuh badan jenazah. Tujuan:
Menjaga/memelihara maruah dan kehormatannya serta melindungi aib jenazah.
Kaifiat/cara mengapankan mayat:
1.
Sekurang-kurangnya:
Wajib Sehelai kain (lelaki @ perempuan).
2.
Sebaik-baiknya
:(sunat)
·
Kafankan:
(Lelaki : 3 helai) . (Perempuan : 5 helai)
·
Kain
kapan dihamparkan sehelai demi sehelai.
·
Setiap
lapisan kain ditaburkan dengan wangian seperti kapur barus & bau-bauan yang
harum kecuali yang meninggal dalam keadaan ihram.
·
Kedua-dua
tangan mayat diletakkan di antara dada dan pusatnya seperti qiam dalam solat.
Tangan kanan di atas tangan kiri @ kedua tangan diluruskan mengikut rusuknya.
·
Bagi
mayat lelaki yang mati ketika sedang berihram haji / umrah tidak boleh:
direnjis dengan bau-bauan & tutup kepala Kapankan jenazah dengan
berhati-hati dan lemah lembut dengan menutup seluruh tubuhnya.
·
Orang
yang Mati Syahid : hanya perlu dikafankan dengan pakaiannya yang berlumuran
darah.
Hikmat:
·
Memelihara
kehormatan dan kemuliaan jenazah.
·
Memberi
keinsafan bahawa manusia itu sama disisi Allah swt kecuali orang yang bertaqwa.
·
Menutup
aib jenazah.
Mensolatkan jenazah. Maksud
Mensolatkan Jenazah: Solat yang dilakuakn oleh orang hidup kepada orang yang
telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan
Allah swt. Tujuan: Memohon keampunan, keredaan serta rahmat Allah swt untuk si
mati. Ia juga merupakan penghormatan seorang muslim terhadap saudara
seagamanya. [Orang yang Mati Syahid : tidak perlu disolatkan].
Syarat sah solat jenazah:
·
Jenazah
telah dimandikan.
·
Jenazah
telah dikafankan.
·
Jenazah
menghadap kiblat.
·
Jenazah
berada di hadapan orang yang solat.
Rukun solat jenazah:
·
Niat.
·
Berdiri
bagi orang ayng berkuasa.
·
4 x
takbir.
·
Membaca
al-Fatihah selepas takbir pertama.
·
Bersalawat
ke atas Nabi selepas takbir kedua.
·
Mendoakan
mayat sesudah takbir ketiga.
·
Memberi
salam selepas takbir keempat.
Hikmat:
·
Memberikan
penghormatan dan kasih sayang kepada si mati.
·
Menimbulkan
keinsafan.
·
Memohon
rahmat Allah utk si mati.
·
Mengeratkan
silaturrahim dengan keluarga si mati.
Kaifiat/cara mensolatkan mayat:
i.
Niat
semasa takbir pertama.
ii.
Membaca
surah al-Fatihah selepas takbir pertama.
iii.
Takbir
kedua dan membaca selawat kepada nabi.
iv.
Takbir
yang ketiga dan berdoa untuk si mati.
v.
Takbir
yang keempat.
vi.
Memberi
salam ke kiri dan ke kanan.
Kedudukan Imam.
·
Jenazah
Lelaki: Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah.
·
Jenazah
Perempuan : Imam berdiri bertentangan dgn pinggang jenazah.
Kedudukan Jenazah.
·
Jenazah
Lelaki: Kepalanya di sebelah kiri imam.
·
Jenazah
Perempuan: Kepalanya di sebelah kanan imam.
SAF solat jenazah: Sunat membentuk 3
saf & meluruskannya. Setiap saf sekurangg-kurangnya terdiri dari 2 orang.
Boleh dilakukan secara berjemaah @ seorang diri.
Mengkebumikan jenazah. Tujuan: Untuk
menjaga keselamatan, maruah & kehormatan jenazah.
Perkara berkaitan pengkebumiaan
jenazah:
·
Masa
Pengkebumian: Harus dilakukan bila-bila masa Tetapi Makruh dilakukan diWaktu
:.Terbit Matahari, Matahari Tepat di kepala ( waktu syuruk) & Terbenam
Matahari.
·
Harus
menguburkan beberapa jenazah dalam satu kubur.
·
Sunat
meninggikan tanah perkuburan sekadar sejengkal.
·
Sunat
mendalamkan kubur untuk mengelakkkan dari berbau & tidak digali oleh
binatang buas / manusia.
·
Wajib
menghadapkan muka jenazah dalam liang lahat ke arah kiblat (mengereng di atas
rusuk kanan).
·
Sunat
mendoakan jenazah setelah selesai dikebumikan.
Cara mengkebumikan mayat:
·
Menggali
kubur dengan kedlaman yang sesuai supaya tidak berbau dan tidak boleh
dikorekoleh binatang buas.
·
Jenazah
dimasukkan ke dlam liang lahad.
·
Jenazah
diletakkan dalam keadaan mengereng di ats rusuk kanan menghadap ke arah qiblat.
·
Meninggikan
tanah kubur sekadar sejengkal.
PERINGATAN. Menziarah orang mati
adalah sunat. Apabila menziarah:
·
Ucapkan
takziah kepada keluarga si mati & menasihati supaya bersabar.
·
Membaca
al Quran.
·
Tidak
berbual kosong.
·
Mengiringi
jenazah ke kubur.
Hikmat:
·
Agar
tidak dimakan oleh binatang buas.
·
Supaya
tidak berbau.
·
Memuliakan
jenazah.
No comments:
Post a Comment