Islamik I Ching 64 Diagram
1: Allah Pencipta alam semester dan sekalian makhluk.
2: Bumi Allah ini luas, kita boleh cari rezeki
di mana saja.
3: Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan
fitrah kebaikan.
4: Dengan amalan membaca dapat membuka pintu
ilmu dan menutup kejahilan.
5: Kita perlu usaha atas iman dan amal
daripada menunggu kiamat tiba.
6: Dalam dakwah kita di galakkan berbahas dan
dialog untuk mencari titik pertemuan.
7: Orang tua perlu di hormati sebab banyak
pengalaman hidup.
8: Saling membantu untuk kebaikan.
9: Allah yang menurunkan hujan dan
menghidupkan bumi yang mati.
10: Orang yang serius tidak semestinya garang.
11: Kita perlu syukur atas nikmat keamanan
negara kita.
12: Tidak sama terang benderang dengan gelap
gelita.
13: Orang yang berkumpul dalam majlis ilmu
dapat rahmat Allah.
14: Allah berkati sedekah dan sempitkan riba.
15: Tawaduk dapat kemuliaan dan takbur dapat
kehinaan.
16: Bergembiralah dengan janji syurga Allah di
akhirat untuk orang beriman.
17: Ikuti Sunnah Nabi mendapat kejayaan.
18: Sedekahkan bacaan Surah Yasin dan Tahlil
untuk orang mati.
19: Dunia syurga orang kafir dan penjara orang
mukmin.
20: Berwuduk sebelum beribadah menambah
kesegaran dan kesucian.
21: Kunyahlah makanan sampai lumat sebelum
telan.
22: Sebelum bermusafir di sunatkan Solat Sunat
Musafir.
23: Pemimpin yang zalim adalah bala Allah atas
rakyat.
24: Kita semua akan mati dan kembali kepada
Allah.
25: Kita jangan bertindak sewenang-wenang
sebab Allah mengawasi kita.
26: Menabung kewangan untuk masa susah.
27: Membaiki diri untuk mendapat kejayaan
hidup di dunia dan akhirat.
28: Allah tidak menyukai orang yang melampaui
batas.
29: Kehidupan dunia penuh dengan perangkap
maksiat dan noda.
30: Cahaya Allah menerangi seluruh alam.
31: Allah menghalalkan akad nikah dan
mengharamkan zina.
32: Hanya Allah zat yang kekal abadi.
33: Jika tersesat kembalilah ke pangkal jalan.
34: Allah suruh kita bina kekuatan diri
sebagai persiapan jihad.
35: Maju ke depan sambut seruan agama tanda
syukur atas nikmat Allah.
36: Tiada siapa yang dapat menutup cahaya
Allah.
37: Bina keluarga bahagia dengan penghayatan
agama.
38: Mengubah ciptaan Allah mengundang
kemurkaan Allah.
39: Para sahabat sanggup mengembara jauh untuk
menuntut ilmu.
40: Menyelesaikan masalah dengan bijaksana dan
pengurusan yang baik.
41: Ketakwaan itu terletak dalam hati.
42: Iman bertambah dengan amalan kebaikan.
43: Beristikharah dan bermusyawarah untuk
membuat keputusan.
44: Wanita perlu tegas untuk jaga kehormatan
diri.
45: Berkumpul pada hari Jumaat untuk Solat Jumaat
dan dengar khutbah.
46: Peristiwa Israk Mikraj adalah kebenaran
tidak boleh sangkal.
47: Sabar ditimpa musibah mendapat pahala dan
janji syurga.
48: Di akhirat orang beriman dapat minum dari
telaga Kauthal.
49: Perubahan perlu di lakukan apabila menghadapi
jalan buntu.
50: Orang yang dekat dengan Allah mendapat
kemuliaan di sisi Allah.
51: Petir adalah tanda kebesaran Allah yang
perlu kita kagumi.
52: Orang munafik menghalang manusia di jalan
Allah.
53: Terdapat hikmatnya al-Quran diturunkan beransur-ansur.
54: Pernikahan menghalalkan hubungan suami
isteri.
55: Mentaati perintah Allah dalam mencari
rezeki mendapat keberkatan.
56: Mengembara di bumi Allah untuk melihat
kebesaran Allah.
57: Orang beriman sentiasa dengar dan taat
perintah Allah.
58: Kegembiraan dapat di kecapi bila mendapat
syurga akhirat.
59: Umat akhir zaman umpama buih di lautan.
60: Untuk berjaya kita perlu ada matlamat,
disiplin dan prinsip hidup yang benar.
61: Amalan yang ikhlas mendapat pahala
berlipat ganda.
62: Allah murka orang yang suka melampaui
batas.
63: Orang yang berjaya akan menyelesaikan
kerjanya sampai habis.
64: Orang yang gagal buat kerja separuh jalan.
( Konfusius, Si Shu Go Keng)
APA yang dimaksudkan dengan islamik 1 Chung 64 diagram
ReplyDelete