Tuesday, 5 September 2017

RUMUSAN THE SECRET DAN THE POWER

RUMUSAN THE SECRET DAN THE POWER
Allah Maha Kuasa, Allah Maha Rahsia.
Hanya Allah Yang Maha Kuasa, Tiada Yang Berkuasa Melainkan Allah.
Allah bertindak sebagaimana yang disangkakan oleh hamba-Nya, oleh itu kita perlu bersangka baik kepada Allah.
Apabila kita bersangka baik kepada Allah, maka Allah kurniakan kita perkara yang baik.
Apabila kita bersangka buruk kepada Allah, maka Allah menimpakan kita perkara yang buruk.
Allah pencipta segala perkara dan sekalian makhluk, oleh itu kita hendaklah hanya meminta kepada Allah segala yang kita hajati.
Kehidupan berjalan mengikut perancangan dan kekuasaan Allah, oleh itu kita perlu yakin bahawa Allah itu wujud dan sedang mengawasi kita.
Bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada orang lain adalah kunci kekuasaan Allah; Berterima kasih kepada orang adalah bersyukur kepada Allah, bersyukur kepada Allah maka Allah tambah lagi nikmat-Nya kepada kita.
Kekayaan itu datang dari khazanah Allah, perniagaan yang paling baik adalah menginfakkan harta kita mujahadah di jalan Allah.
Apabila kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungan kita sesama manusia.
Penyakit adalah ujian dan kafarah daripada Allah, manakala kesihatan adalah nikmat kurniaan Allah, oleh itu kita hendaklah menggunakan kesihatan kita untuk beramal soleh sebagai tanda syukur kepada Allah.
Allah adalah Rab kita, manakala kita adalah hamba Allah. Kehidupan, ibadah dan segala tindak tanduk kita hanya kerana Allah semata-mata.
Allah adalah pengenggam nyawa kita, apabila ajal kita sampai maka tiada siapa yang dapat menundakan dan mempercepatkan sesaat pun.
Hanya Allah Yang Maha Rahsia, setiap perkara yang berlaku terdapat kebijaksanaan dan rahsia Allah.
Oleh sebab Allah adalah rahsia, maka dalam kehidupan kita perlu ada fikir, zikir, syukur dan sabar.
Di sisi Allah ada rahsia kekayaan; Di sisi Allah ada rahsia perhubungan; Di sisi Allah ada rahsia kesihatan; Di sisi Allah ada rahsia keduniaan; Di sisi Allah ada rahsia kehidupan.
Allah Maha Mengetahui segala rahsia kita, oleh itu kita mesti berhati-hati ketika menyendiri, dan sentiasa berwaspada dengan setiap tindakan dan percakapan diri.

( Rhonda Byrne, The Secret and The Power)

No comments:

Post a Comment