Empat puluh fasal ilmu tatabahasa bahasa arab,
melayu, Inggeris dan cina.
Fasal satu: terdapat dua jenis tulisan iaitu tulisan Ideogram dan
tulisan Phonogram.
Fasal dua: setiap bahasa Arab, Melayu, Inggeris dan cina mempunyai
bahasa klasik dan bahasa moden.
Fasal tiga: Makhraj huruf setiap bahasa terbahagi kepada makhraj
bibir, makhraj lidah, dan makhraj hidung.
Fasal empat: empat nada bahasa cina iaitu nada rata yin, nada rata
yang, nada naik, dan nada pergi.
Fasal lima: mempelajari 'irab bahasa arab untuk mengenal pasti
fungsi-fungsi perkataan di dalam ayat, membantu dalam kemahiran membaca dan
membina ayat.
Fasal enam: antara seni tulisan iaitu kaligrafi tulisan rumi, Khat
tulisan arab dan jawi, serta 'khai' tulisan cina.
Fasal tujuh: secara dasarnya kata terbahagi kepada kata nama, kata
kerja, kata sifat, kata tugas dan kata sendi.
Fasal lapan: manakala kata nama terbahagi kepada kata nama khas dan
kata nama am.
Fasal sembilan: manakala kata kerja terbahagi kepada kata kerla
lalu, kata kerja sekarang dan kata kerja akan datang.
Fasal sepuluh: manakala kata ganti diri terbahagi kepada kata ganti
diri pertama, kata ganti diri kedua, dan kata ganti diri ketiga.
Fasal sebelas: setiap perkataan terdapat kata sama erti dan kata
lawan erti.
Fasal dua belas: terdapat empat tanda bacaan utama iaitu tanda
koma, tanda noktah, tanda tanya dan tanda seru.
Fasal tiga belas: sistem ejaan setiap bahasa terbahagi kepada ejaan
lama dan ejaan baru.
Fasal empat belas: setiap bahasa terdapat bahasa baku dan bahasa
dialek tempatan.
Fasal lima belas: kata ganda terbahagi kepada kata ganda satu, kata
ganda dua dan kata ganda banyak.
Fasal enam belas: kata dari segi jantina terbahagi kepada kata
lelaki dan kata perempuan.
Fasal tujuh belas: gaya bahasa penulisan terbahagi kepada
perumpamaan, pengulangan, keselarasan rima akhir, penyerupaan, ancaman,
galakkan, penafian, persetujuan, perintah dan larangan.
Fasal lapan belas: kata hikmah itu dinukilkan daripada kata
pujangga, kata ulama, kata ahli hikmah, kata ahli falsafah, kata para sahabat
nabi dan sabdaan para nabi rasul.
Fasal sembilan belas: simpulan bahasa arab, Inggeris dan melayu
terdiri daripada dua kalimah, manakala simpulan bahasa cina terdiri daripada
empat perkataan.
Fasal dua puluh: peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang
mempunyai susunan yang tetap dan pengertian yang tertentu.
Fasal dua puluh satu: pepatah adalah peribahasa yang mengandungi
nasihat, ajaran perkataan orang tua-tua.
Fasal dua puluh dua: sajak adalah puisi moden berbeza daripada
pantun atau syair yang digubah dalam bahasa yang indah untuk menyatakan
fikiran, perasaan dan pengalaman.
Fasal dua puluh tiga: syair adalah karangan bersajak tiap-tiap
rangkap terdiri daripada empat baris yang sama bunyi hujungnya.
Fasal dua puluh empat: cerpen adalah cerita yang pendek.
Fasal dua puluh lima: novel adalah cerita dalam bentuk prosa,
biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan
kelakuan sosial.
Fasal dua puluh enam: kitab adalah buku suci yang mengandungi
perkara-perkara keagamaan seperti hukum dan ajaran.
Fasal dua puluh tujuh: risalah adalah karangan rencana ringkas
mengenai sesuatu perkara.
Fasal dua puluh lapan: hikayat adalah cerita khasnya cerita-cerita
lama dalam bentuk prosa, riwayat dan sejarah.
Fasal dua puluh sembilan: lagu adalah gubahan muzik biasanya dengan
seni kata dan nyanyian.
Fasal tiga puluh: nasyid adalah lagu biasanya dinyanyikan secara
kumpulan yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam.
Fasal tiga puluh satu: berita adalah maklumat mengenai sesuatu
kejadian yang disampaikan sama ada secara lisan atau dengan surat khabar dan
warta.
Fasal tiga puluh dua: surat terbahagi kepada surat kiriman rasmi
dan surat kiriman tidak rasmi dengan formatnya yang tertentu.
Fasal tiga puluh tiga: laporan adalah sesuatu yang dilaporkan.
Fasal tiga puluh empat: minit mesyuarat adalah laporan dan catatan
terhadap sesuatu sesi mesyuarat.
Fasal tiga puluh lima: kita perlu kuasai kemahiran membaca bahasa
arab tanpa baris.
Fasal tiga puluh enam: kita perlu kuasai kemahiran menyebut nada
bahasa cina dengan betul.
Fasal tiga puluh tujuh: kemahiran pronounsation bahasa Inggeris
perlu sentiasa dibaiki.
Fasal tiga puluh lapan: kita perlu kuasai kemahiran sistem ejaan
tulisan jawi dalam ejaan lama dan ejaan baharu.
Fasal tiga puluh sembilan: kita perlu mahir kegunaan empat bahasa
dalam membuat usaha dakwah.
Fasal empat puluh: kita perlu mahir kegunaan empat bahasa dalam
perniagaan dengan bilangan, mata wang dan barang.
No comments:
Post a Comment