Saturday, 14 November 2020

Kajian Kecil Tentang Jemaah Tabligh

 

Pandemik COVID-19 dan ancamannya terhadap manusia sejagat serta impaknya terhadap Jemaah Dakwah Tabligh pada masa depan.

Pandemik COVID-19 boleh dikatakan tamparan hebat ke atas manusia sejagat tanpa mengira latar belakang dan agama. Virus Korona ini yang dikenal pasti berasal daripada kelawar dan tenggiring telah mula menural di Wuhan, China pada bulan Disember 2019 yang kemudiannya merebak ke seluruh dunia. Buat masa ini belum ada vaksin yang terbukti berkesan dalam memberikan imunisasi kepada pesakit COVID-19. Kini Negara Rusia dan China serta Negara Kuasa Besar sedang menjalankan ujian klinikal vaksin Baharu yang dibangunkan untuk didaftarkan sebagai Vaksin COVID-19. Pertubuhan kesihatan sedunia mengatakan bahawa Pandemik seumpama COVID-19 ini berlaku sekali dalam satu abad dan memerlukan masa yang lama untuk membendung penularannya serta memberikan kesan selama beberapa dekad akan datang.

Ternyata haiwan kelawar dan tenggiring itu adalah makanan yang haram dimakan. Kita umat Islam telah sekian lama membiarkan orang cina memakan makanan yang haram yang kini kami terima padahnya dengan ancaman wabak COVID-19 ini. Manakala di Malaysia, kami umat Islam melakukan kesilapan dengan membiarkan Si Pondan Sajat pergi menunaikan umrah dengan berpakaian wanita. Jemaah Tabligh juga terima padahnya sehingga hampir keseluruhan kerja-kerja tabligh tergendala kerana krisis kepimpinan dan perpecahan yang berlaku dalam Jemaah Tabligh beberapa tahun kebelakangan ini. Jemaah tabligh berlaku krisis kepimpinan apabila Maulana Saad mengangkat dirinya sebagai Hadratji atau ketua Jemaah Tabligh dengan terkeluarnya Syura Alami yang tidak mengiktiraf kepimpinan Maulana Saad. Ketika ini Jemaah Tabligh terpecah kepada Syura Nizamudin dan Syura Alami yang masing-masing bertelingkah sesame sendiri.

Kerajaan seluruh dunia telah melakukan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19. Setelah berbulan-bulan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan menampakkan hasilnya dimana kerajaan Malaysia Berjaya mengawal kes jangkitan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisyam Abdullah dinobatkan sebagai Doktor terbaik dalam menghadapi penyakit COVID-19 ini. Malaysia antara lima Negara terbaik dalam usaha membendung penularan COVID-19. Walaupun tiada vaksin yang terbukti berkesan tetapi ubat yang mujarab dalam merawat penyakit COVID-19 ialah memakai pelitup muka ketika dalam tempat awam, kenderaan awam dan tempat sesak. Kemudian kerap mencuci tangan dengan sabun. Dan jaga penjarakan social sekurang-kurangnya satu meter. Saat ini di Malaysia semua sektor ekonomi telah dibuka semula setelah 3 bulan perlaksanaan perintah kawalan pergerakan yang menjejaskan ekonomi Negara.

Ada ahli Jemaah beranggapan bahawa Jemaah Dakwah Tabligh telah berakhir dengan penutupan Markaz Nizamudin di India akibat wabak COVID-19. Pihak Pimpianan Tabligh menyarankan supaya ikut dan patuh arahan pihak kerajaan dengan duduk rumah menghidupkan suasana agama di rumah. Buat masa ini kami ahli Jemaah hanya boleh membuat Tabligh di kediaman rumah sahaja. Dan apabila pihak pimpinan Tabligh mengarahkan supaya boleh keluar Tabligh dan menjalankan kerja Tabligh di Masjid dan surau maka ini telah menyebabkan kebimbangan pihak kementerian kesihatan Malaysia dan masyarakat umum kerana kes jangkitan COVID-19 telah menaik secara mendadak. Penulis telah mengambil tindakan proaktif dengan keluar Tabligh 40 hari seorang diri di rumah sewa sejurus habis puasa Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri. Kemudian bila lihat kes jangkitan COVID-19 membimbangkan maka penulis terus keluar 4 bulan IPB seorang diri di rumah sewa.

Penulis telah menyusun silibus lima amalan masjid dan rumah untuk memudahkan penilis menghidupkan suasana agama di rumah dan memakmurkan masjid pada masa hadapan. Isi kandungan silibus lima amalan masjid dan rumah ini meliputi Ta’lim kitabi, halaqah Tajwid Quran, Muzakarah 6 Sifat Sahabat, tasykil dan Fikir harian. Kemudian silibus ini dibuat dalam empat bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Sekarang penulis sedang menikmati keberkesanannya bacaan Buku Silibus Lima Amal Masjid dan Rumah ini. Dimana penulis sudah mampu bangun awal solat Subuh dalam waktu serta boleh komited pada kerja dan pelajaran. Daripada pengalaman mendapati pembacaan kitab agama lain boleh menyebabkan gangguan fikiran dan menjadi punca kenapa penulis sering terlajak subuh sebelum ini. Penulis sudah tahu kelemahan ini lalu menulis Nazam Ringkasan Pengetahuan Bible dan Nazam Ringkasan Empat Gudang.

Walaubagaimanapun penulis tetap minat belajar perbandingan agama tetapi tidak baca Bible dan Kitab Empat Gudang ini kerana penulis tahu kelemahan diri yang hati mudah goyah dan fikiran terganggu apabila membaca kitab agama lain. Maka penulis menghimpunkan kajian dan kritikan pengkaji-pengkaji Bible Muslim iaitu Sheikh Ahmad Deedad dan Dr. Zakir Naik dalam Nazam Ringkasan Pengetahuan Bible ini. Manakala Nazam Ringkasan Empat Gudang adalah isi kandungan kitab ini dengan analisis secara keseluruhannya. Dengan cara ini penulis dikira telah khatam keseluruhan isi kandungan Kitab Bible dan Kitab Empat Gudang. Selain itu kitab agama lain yang berada dalam perpustakaan peribadi penulis itu tidak boleh dibagi sewenang-wenangnya kepada orang yang bukan ahli perbandingan agama. Maka tanpa teragak-agak penulis simpan sahaja kitab tersebut dan akan digunakan buat ceramah perbandingan agama apabila dijemput.

Malaysia mencatat penurunan kes COVID-19 semula apabila masyarakat kembali mengambil langkah berjaga-jaga, mengekalkan norma baharu dan patuh arahan kerajaan. Penulis fikir bagaimana masa depan Jemaah Tabligh? Tidak boleh dipastikan samada adakah boleh kembali kepada cara tabligh sebelum ini. Ataupun perlu melakukan kerja tabligh dengan normal baharu. Penulis membuat keputusan bahawa buat Tabligh mana yang termampu. Apabila kes COVID-19 menurun, pihak pimpinan tabligh mula leka dan alpa dengan menyuruh ahli Jemaah menghidupkan amalan ziarah khusus ke rumah ahli Jemaah dan menghidupkan masjid serta keluar tabligh di masjid. Apabila perkara ini berlaku maka kes COVID-19 akan naik semula secara mendadak dan keadaan akan menjadi parah. Penulis telah menyusun silibus lima amal masjid dan rumah untuk memudahkan buat usaha agama pada masa depan. Dalam norma baharu ini menghidupkan lima amal rumah dan amalan memakmurkan masjid masih diperbolehkan dan tidak terhalang.

Habis pandemik COVID-19 bolehlah memulakan semula kerja-kerja Tabligh dalam norma baharu. Untuk amalan memakmurkan masjid, seorang sahaja pun mampu dilakukan. Buku rekod perlu disediakan yang dalamnya meliputi lakaran peta dan senarai nama ulama, warga emas, pesakit dan orang kelainan upaya. Begitu juga kertas kerja projek amalan memakmurkan masjid perlu dibuat untuk melancarkan kerja tabligh walaupun cara tabligh sebegini berlawanan dengan arahan syura dan markaz. Ahli Jemaah juga ada persepsi yang begitu jumud. Penulis tidak bermaksud hendak mengkritik Jemaah tabligh dan sebenarnya sudah sekian lama masyarakat mengadu tentang Jemaah tabligh. Disitu sudahpun ada suara-suara yang lantang mengkritik tentang Jemaah. Dimanakah salah silap Jemaah Tabligh yang menganggap mereka menjalankan kerja-kerja kenabian yang memang telahpun dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Pengalaman penulis selama terlibat dengan Jemaah Tabligh mendapati Jemaah Tabligh ini memang sangat Eksklusif kerana menganggap Jemaah ini sahaja yang benar-benar buat dakwah cara Rasulullah. Kemudian buat Tabligh perlu diselaraskan dengan “Nehech” Markaz Nizamudin. Disamping itu adanya “Tertib Nizamudin” dan “Tertib Sri Petaling”. Pengajaran yang dibayankan juga perlu selaras dan sama dengan apa yang dikatakan oleh Markaz Nizamudin dan Markaz Sri Petaling. Cara Tabligh ini juga tidak terlalu bergantung dengan penggunaan media. Setiap kali Jemaah Tabligh menganjurkan Ijtimak memang pihak penganjur memaklumkan tidak dibenarkan membuat siaran langsung, merakam video dan mengambil gambar untuk dikongsikan dalam media sosial. Tiada kutipan derma untuk dana dikutip daripada peserta Ijtimak dan biasanya ada notis daripada Majlis Agama Islam Negeri.

Dahulu fikiran penulis sentiasa terganggu dan mudah naik marah serta sangkaan buruk kerana melakukan kesilapan tidak menyelaraskan dan tidak mengimbangkan pendapat-pendapat yang berbeza. Maka sekarang penulis sedang menikmati kesan baik daripada penyelarasan yang dilakukan. Mungkin habis pandemik COVID-19 penulis akan terus kekalkan cara Tabligh ini. Penulis sedar dahulu penulis melakukan kesilapan dengan buat Tabligh secara kasar padahal kerja Tabligh ini sangat halus. Buatlah kerja Tabligh mengikut kemampuan diri masing-masing. Kerana kerja Tabligh ini adalah berpandukan perintah Allah, Sunnah Rasulullah dan kehidupan Para Sahabat. Malah tiada siapa yang memaksa diri kita buat Tabligh. Kerja Tabligh ini perlu dilakukan ikhlas kerana menjunjung perintah Allah.

 

No comments:

Post a Comment