Saturday, 14 November 2020

Himpunan Tip Motivasi Abdul Hadi Ong Abdullah

 

1. Kejayaan dan keselamatan semua manusia dalam ketaatan kepada tuntutan agama dari sumber yang sahih sebagaimana di syariatkan Allah kepada Utusan-Nya Nabi Muhammad s.a.w.

2.                 Sesungguhnya Para Sahabat adalah golongan permulaan yang telah mendapat kejayaan dan keselamatan dalam kehidupan mereka. Bila kita ikuti jejak langkah Para Sahabat yang Berjaya, kita mesti Berjaya seperti mereka.

3.                Kita boleh membina tabiat baru dan amalan kebaikan dalam masa setiap 40 hari. Tempoh 40 hari itu mengandungi rahsia perubahan yang besar keatas kejadian manusia.

4.                Maka baikilah tulisan, tabiat, amalan, percakapan dan pembelajaran diri secara istiqamah selama 40 hari, ia akan membawa perubahan besar dalam diri juga dunia sekitar anda.

5.                Daya tumpuan itu sangat penting dalam amalan agama, kerjaya, pembelajaran, rumahtangga dan perhubungan kita dengan orang lain.

6.                Beri tumpuan dalam amalan agama dinamakan khusyu’ dan khudu’.

7.                Beri tumpuan dalam kerjaya dinamakan professional.

8. Beri tumpuan dalam pembelajaran dinamakan konsentret.

9. Beri tumpuan dalam rumahtangga dinamakan kerukunan kekeluargaan.

10.            Beri tumpuan dalam perhubungan dinamakan keakraban persahabatan.

11.            Ceburi satu bidang terlebih dahulu, kemudian membuat kajian dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bidang yang kita ceburi. Kita perlu berlatih dalam suatu bidang kerja secara konsisten setiap hari selama 10 tahun serta memerlukan 10000 jam untuk menjadi pakar dalam suatu bidang. Apabila kita sudah pakar dalam bidang yang kita ceburi, Allah akan membuka untuk kita kepakaran dalam bidang lain.

12.           Sebaik-baik mentor adalah Rasulullah s.a.w. dan Para Sahabat R.a. Maka kita perlu menghayati sirah Nabi Muhammad dan kehidupan Para Sahabat sebagai penasihat, mentor dan tempat rujukan kita dalam pembelajaran, kewangan, rumahtangga, kerjaya keusahawanan, dan kesihatan diri kita supaya kita tetap bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi Cabaran yang kita hadapi.

13.           Mesyuarat dan istikharah sangat penting dalam menentukan kita mengambil keputusan yang tepat dalam setiap pilihan. Terlebih dahulu kita perlu mesyuarat iaitu berbincang dan meminta pendapat dengan orang yang berpengalaman. Kemudian kita Solat istikharah meminta petunjuk dari Allah.

14.           Dan akhirnya apabila kita telah bulat tekad dalam suatu keputusan yang kita buat maka kita seharusnya bertawakal kepada Allah.

15.           Mencuci dan mencerdaskan hati dan minda anda dengan amalan memaafkan orang lain sebelum tidur, zikir, wirid, pembacaan al-Quran dan hadis, selawat, doa yang berpanjangan, dakwah dan perbandingan agama.

16.           Orang yang beriman sentiasa mencari inspirasi dari Allah. Hakikatnya hanya Allah sumber inspirasi itu, bila Allah turunkan hidayah-Nya maka masalah kita dapat diselesaikan dan kita dikeluarkan dari kesempitan hidup.

17.           Kesyukuran itu sangat penting dalam semua situasi yang kita hadapi samada kesenangan atau kesusahan supaya kehidupan kita lebih sejahtera dan bahagia.

18.           Perubahan yang Berjaya hasil daripada niat yang tulus setelah menerima hakikat diri perlu berubah dan menyedari diri sebenarnya bermasalah.

19.            Tindakan berubah itu terasa sukar pada permulaan, sangat mencelarukan fikiran pada pertengahan, dan sangat indah mengasyikan pada kesudahannya.

20.           Kebenaran itu pada mulanya akan dipersendakan orang, kemudian akan ditentang sehabis daya, dan akhirnya pejuang-pejuang kebenaran itu memperolehi kemenangan dan dijulang sebagai pewira dan pahlawan.

21.           Gunakan dan manfaatkan potensi minda sebaik mungkin. Dan jangan takut dikatakan bodoh oleh orang lain lantaran kita gemar bertanya soalan yang kita tidak tahu.

22.           Sesungguhnya akal dan minda itu boleh diasah dengan aktiviti yang memerlukan kreativiti, dengan menjaga pemakanan yang halal lagi berkhasiat, dan dengan membaca bahan bacaan yang berfaedah.

23.           Jangan takut dan marah bila rawatan psikiatri ini memang memerlukan berterusan mengambil ubat untuk rawatan jangka panjang dan mempunyai kesan sampingan biasa seperti mengantuk dan payah bangun subuh.

24.          Mungkin tidak semua faham tentang penyakit skizofrenia sebaiknya kita perlu berterus terang dengan orang lain dan wujudkan interaksi positif dan hubungan baik.

25.          Usaha dakwah tabligh yang mulia ini semakin berkembang dan maju. Sekiranya kita tidak sambut takaza agama maka kita akan jauh ketinggalan ke belakang.

26.          Hakikatnya tanda kita mengsyukuri nikmat usaha agama adalah dengan kita maju sambut takaza agama.

27.          Dalam masa sama kita perlu ikhlas dalam melakukan usaha agama yakni kita melakukan usaha agama kerana menjunjung perintah Allah agar kita tidak merasa putus asa bila berdepan dengan tentangan, kepayahan, halangan, dan salah faham.

28.           Usaha dakwah tabligh ini perlu lakukan berdasarkan kemampuan diri masing-masing, tertib dakwah tabligh itu adalah tidak sama di setiap Negara dan tempat.

29.          Dengan adanya orang yang sanggup hijrah dan adanya orang yang sanggup bagi nusrah maka Allah turunkan hidayahnya.

30.           Para Nabi dan Rasul, Para Sahabat, dan Para Salafus Soleh terdahulu umumnya membahagikan waktu itu kepada tiga bahagian.

31.            8 jam untuk kerja dan urusan keduniaan, kemudian 8 jam untuk hubungan dengan keluarga dan 8 jam untuk ibadah, dakwah, dan menuntut ilmu.

32.           Janganlah suka bertangguh sehingga urusan kita menjadi kucar-kacir. Berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan sebelum diri ditimpa ujian.

33.           Tugasan harian kita sebaiknya selesaikan pada hari itu juga mengikut keutamaannya dan kuadrant tindakannya.

34.           Yang doktor psikiatri maksudkan kurangkan aktiviti berat adalah kurangkan aktiviti yang memerlukan kita berfikir secara berat dan memenatkan diri.

35.           Rancangkan aktiviti dan tugasan dengan teratur dan sistematik kerana tiada kejayaan tanpa perancangan yang rapi.

36.          Jimatkan masa maksudnya kita perlu manfaatkan masa untuk aktiviti berfaedah.

37.          Jimatkan wang maksudnya kita perlu belanjakan wang berdasarkan keperluan bukannya untuk bermewah-mewahan.

38.            Jimatkan tenaga maksudnya kita tidak mensia-siakan tenaga kita untuk kerja yang memudaratkan diri.

39.            Jimatkan percakapan maksudnya kita hanya berkata perkataan baik, tidak bercakap perkataan negatif dan sia-sia, dan diam jika tiada faedah bercakap.

40.           Jimatkan sumber maksudnya kita tidak menggunakan air berlebihan ketika berwuduk, tidak menghabiskan minyak kenderaan untuk destinasi tanpa halatuju dan tujuan, dan melupuskan dan mengitar semula sampah secara berhemah tanpa mencemari alam sekitar.

41.          Belajar secara kemas bukan belajar secara lasak. Sebab itu pelajar terbilang sentiasa mengenal pasti kemahiran belajar yang berkesan supaya tidak menjejaskan kesihatan diri sendiri.

42.          Masa tidur rehat yang cukup pada waktu malam, pembacaan yang berkesan dan mencukupi, penjagaan hafalan, pelaksanaan tugasan secara teratur dari awal lagi, membuat senaman setiap hari sebagai pelaburan kesihatan, mendapat dorongan dan sokongan keluarga, rakan, guru, dan jiran, serta membina hubungan dengan Allah melalui amalan ibadah fardu mahupun sunat.

43.           Pelajar hampir kecundang dalam pelajaran jika tidak menyedari kesilapan diri belajar secara lasak tanpa membaiki diri dan kembali ke pangkal jalan.

44.         Manfaatkan media sosial sebaik mungkin untuk tujuan perniagaan dan urusan peribadi.

45.          Menurut Jemaah tabligh tidak digalakkan menggunakan media sosial untuk tujuan tabligh. Jika mendapati tiada faedah lebih baik diam daripada posting status dan info yang tiada faedah dan negatif.

46.          Dan berhati-hatilah dengan pornografi sebab boleh merosakkan minda, jiwa dan akal. Video lucah tersebut perlu disekat dan diabaikan sahaja atau lebih baik dipadam.

47.         Orang beriman tidak akan membiarkan hidupnya tanpa tujuan dan tanpa matlamat yang jelas dan bermakna. Kita perlu menetapkan matlamat hidup kita secara spesifik dan terpenting jadikanlah agama Islam sebagai maksud hidup kita.

48.           Dan terakhir mati dengan kesudahan yang baik itulah impian semua orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

49.           Bah kata jika hidup kita ini hanya mengejar keduniaan semata-mata maka Allah bagi sekadar yang ditetapkan, sebaliknya hidup kita ini mengejar keakhiratan maka bukan sahaja akhirat kita dapat bahkan dunia akan mendatangi kita dari arah tidak disangka-sangka.

50.           Tetapi tiada ajaran rahbaniah dalam Islam kita perlu seimbangkan antara urusan keduniaan dan urusan akhirat.

51.           Orang beriman sentiasa mengenali kelebihan, kekurangan, kekuatan dan kelemahan diri secara mendalam melalui amalan muhasabah diri setiap hari dengan memperbanyakkan istighfar dan bertaubat kepada Allah.

52.           Bagaimana hendak mengenali Allah jika kita tidak mengenali ciptaan dan kejadian yang Allah tetapkan dalam diri kita?

53.           Sesungguhnya kehidupan kita berjalan dengan kekuasaan dan perancangan Allah. Allah adalah tempat bergantung kita sehingga ke akhirat.

54.          Setiap kali menghadapi kebuntuan dan hampir putus asa maka ingatlah bahawa Allah kan ada. Dalam sesetengah situasi dan keadaan kita perlu memcuba untuk melakukan tindakkan positif yang dirasakan payah dan sukar kerana kita tidak tahu sejauhmana kemampuan diri kita sebenar.

55.          Kawan yang jujur sangat penting dalam kehidupan kita. Kawan yang jujur itu umpama cermin diri kita. Jika kawan kata kita ini baik maka sesungguhnya kita memang baik, sebaliknya jika kawan kata kita ini jahat maka sesungguhnya kita memang jahat.

56.          Masalahnya isi hati setiap orang tidak sama dan boleh berubah jika kita sudah lama tinggalkan kawan kita itu.

57.          Kritikan yang jujur menunjukkan kita sedang didatangi masalah yang memerlukan kita ambil tahu tentang orang lain supaya orang lain tidak membenci kita. Jangan kita lekas naik marah bila dikritik orang lain kerana kritikan itu akan dibayar dengan harga yang setimpal dengan kritikan tersebut.

58.          Jika masyarakat masih ada stigma terhadap pesakit mental dan kadang-kadang mencemuh dan mengaibkan pesakit mental maka itulah peluang terbaik untuk kita melakukan Uzlah dengan mengasingkan diri daripada kawan jahat dan mendampingi orang soleh, berpaut kepada masjid, menghadiri majlis ilmu dan halakah zikir.

59.           Kita kena faham bahawa Uzlah itu bukannya mengasingkan diri daripada masyarakat semata-mata. Setiap orang yang hendak beruzlah perlu membekalkan diri dengan ilmu syariat supaya tidak terpesong dan sesat.

60.           Kita melakukan Uzlah ini untuk mencari kekuatan dan pengisian amalan rohani supaya diri kita tidak terus hanyut dalam masyarakat yang semakin mengasingkan agama dari semua aspek kehidupan mereka.

61.          Usaha dakwah tabligh dan gerakan haraki yang mulia ini adalah berdasarkan perintah Allah, Sunnah Rasulullah dan kehidupan Para Sahabat.

62.          Sesungguhnya usaha dakwah tabligh dan gerakan haraki ini bukan berdasarkan pendapat sesiapa. Tiada siapapun yang memaksa kita melibatkan diri dalam usaha dakwah tabligh dan gerakan haraki.

63.           Maka jika kita ada kelapangan masa dan bersedia boleh kita memberikan masa kita untuk halakah usrah, ziarah, bacaan kitab Fadilat Amal, mendengar bayan dan khuruj.

64.          Menurut ahli Jemaah Tabligh, memang eldes Jemaah Tabligh memberikan pesanan supaya jangan membawa pesakit mental keluar tabligh. Maka perlu tengok tahap sakit si pesakit mental tersebut, jika tidak kronik maka masih boleh keluar tabligh, jika kronik maka tidak digalakkan keluar tabligh.

65.         Kehidupan ini adalah tanggungjawab, dan dunia hanya persinggahan yang sementara. Di dunia inilah tempat kita beriman dan beramal. Kedatangan ajal memang tepat pada masanya tidak akan dipercepatkan walaupun sesaat atau ditundakan walaupun sesaat.

66.          Tanggungjawab kita terhadap Allah adalah menunaikan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah serta mengikuti Sunnah Rasulullah.

67.          Kemudian tanggungjawab kita terhadap alam sekitar adalah tidak membuat kerosakkan di atas muka bumi ini setelah Allah membaikinya.

68.           Seterusnya tanggungjawab kita terhadap makhluk dan sesama manusia adalah berlaku ihsan dengan tidak melakukan kezaliman terhadap makhluk dan sesama manusia.

69.           Dan akhirnya tanggungjawab kita terhadap diri sendiri adalah tidak mengabaikan kesihatan diri dan tidak menzalimi diri sendiri.

70.          Tidur dan rasa mengantuk adalah ketenangan yang dikurniakan oleh Allah. Tidur yang cukup pada waktu malam serta tidak tidur berlebihan pada waktu siang hari adalah sangat penting untuk kesihatan seseorang individu.

71.           Doktor psikiatri sentiasa beri pesanan bahawa waktu malam makan ubat awal kemudian tidur awal selepas solat Isyak pada pukul 10 malam. Ramai orang mengabaikan nasihat doktor ini sehingga orang normal sendiri pun tidur lewat untuk menghabiskan tugasan dan kerja sampai larut malam. Seterusnya terlajak subuh dan menyebabkan mengantuk sepanjang hari. Padahal keberkatan hari terletak pada waktu awal pagi, maka rancanglah untuk menyelesaikan urusan penting pada waktu awal pagi.

72.          Begitu juga elakkan tidur selepas solat Subuh dan selepas solat Asar selama 40 hari berturut-turut kerana boleh merosakkan minda dan jiwa.

73.         Kolam hati yang penuh dengan kekotoran akan menghalang rezeki sampai kepada kita. Oleh itu bersihkan hati kita dengan amalan nurani. Amalan nurani itu adalah amalan yang mendatangkan cahaya Allah, maka isilah hati kita dengan cahaya Allah tetapi bukan dengan perkara-perkara yang melalaikan kita dari mengingati Allah.

74.          Kita juga perlu faham bahawa rezeki itu bukan sekadar wang ringgit dan harta, malahan rezeki itu sangat luas, ilmu itu rezeki, kesihatan itu rezeki, kebolehan itu rezeki, buku agama itu rezeki, ada guru mursyid itu rezeki, rakan yang jujur itu rezeki, isteri solehah itu rezeki, anak yang soleh itu rezeki, ketenangan hidup itu rezeki, Negara yang aman itu rezeki, ekonomi kalis kegawatan itu rezeki, dan dapat menginfakkan harta di jalan Allah juga rezeki. Jadi kita boleh simpulkan di sini bahawa rezeki itu merangkumi semua aspek kehidupan kita.

75.         Jangan terlalu radikal dan melampau dalam sesuatu tindakan kerana ianya boleh melemahkan diri kita sendiri yang menyebabkan keadaan diri kita menjadi lebih teruk dari sebelum ini. Jangan terlalu memaksa diri kita mempertingkatkan amalan yang diluar kemampuan diri kita untuk melakukannya.

76.          Kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan terburuk yang bakal berlaku kerana kemungkinan itu adalah baik bagi kita.

77.         Dalam beramal ini kita perlu mempertimbangkan risiko yang perlu kita hadapi dan tahap mana kebosanan akibat tekanan hidup kerana mengabaikan hiburan.

78.           Memang ulama khilaf dalam bab mencari hiburan untuk mengatasi stres dan tekanan, tetapi hiburan tetap penting selagi tidak melalaikan. Tidak salah kita meluahkan hati dan perasaan tepat pada tempatnya dengan berhibur kerana dengan memendamkan perasaan jauh di dalam hati akan lebih menekan kehidupan ini.

79.          Begitulah kehidupan itu adalah pentas kita beraksi dan menulis cerita perjalanan hidup kita. Allah silih gantikan jatuhnya dan bangunnya kita supaya kita sentiasa mengingati kematian dan merindui kehidupan akhirat. Bahkata tiada kehidupan melainkan kehidupan akhirat.

80.            Mengingati kematian itu sangat berbeza dengan angan-angan mati atau keinginan membunuh diri. Apabila kita banyak mengingati kematian menyebabkan kita sentiasa berlumba-lumba untuk beramal dan Meningkatkan motivasi diri untuk memajukan diri kita sama seperti orang lain.

 

 

No comments:

Post a Comment