Peningkatan Prestasi kerja di kedai
Café KIAS dan kerja di Pusat Arab Mikro.
Waktu saya
bertugas sebagai tenaga pengajar kursus bahasa Cina PKPII KIAS, saya sudah
mohon Bantuan OKU Bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 setiap
bulan. Sesungguhnya Bantuan OKU Bekerja ini adalah suatu amanah dan pihak
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan melakukan audit semula terhadap klien yang
menerima Bantuan OKU Bekerja ini. Penerima Bantuan sepatutnya perlu pergi
Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk audit semula bantuan 3 bulan sebelum tamat
tempoh. Kesilapan penulis tidak berbuat demikian. Maka pada bulan Mei 2019 dua
orang pegawai wanita dari Jabatan Kebajikan Masyarakat datang KIAS berjumpa
dengan Ustaz Amiri Ketua Bahagian Korporat KIAS untuk penyasiatan dan akibatnya
Bantuan saya telah ditamatkan.
Saya mendapat
kerja sambilan di Kedai Café KIAS dan Pusat Arab Mikro ini adlah melalui
sokongan Puan Nurasyikin Nurudin dan Dr. Mohd Rosdi Ismail. Hari bekerja saya
dari hari Ahad hingga khamis. Kerja di kedai Café KIAS bermula dari pukul 8
pagi hingga pukul 1 tengah hari dengan gaji harian RM15 serta makan tengah hari
percuma RM5. Manakala kerja di Pusat Arab Mikro dikira dua jam dengan gaji
harian RM20 yang dibagi Dr. Rosdi setiap hari. Untuk mohon cuti kerja di kedai
Café KIAS perlu mengikut prosedurnya manakala untuk mohon cuti kerja di Pusat
Arab Mikro cukup dengan memaklumkan kepada Saudara Najmi dan Dr Rosdi sahaja.
Gaji di Kedai Café KIAS boleh diambil dengan Pejabat PKPII KIAS pada hujung
bulan atau awal bulan.
Kerja di
Kedai Café KIAS adalah mudah sahaja manakala kerja di Pusat Bahasa Arab Mikro
adalah sangat mencabar. Penulis perlu sentiasa belajar dengan saudara Najmi
Ariffin di samping mengulangkaji dan melakukan revisi Buku Kemahiran Hidup PMR
dan PT3 sebagai buku manual. Pengalaman kerja di Pusat Arab Mikro menunjukkan
saya perlu banyak bersabar, focus pada tunjuk ajar saudara Najmi, dan
menjalankan tugas dengan lebih cekap jangan sambil lewa. Tugas di Pusat Arab
Mikro terbahagi kepada tugas rutin harian seperti mengelap cermin, membuang
sampah dan menyapu tangga Belakang serta tugas jadual harian dari hari Ahad
sampai hari Khamis telah saudara Najmi bagi pada saya. Disamping itu saya ada
tugas khas yang perlu dilaksanakan seperti membantu saudara Najmi membaiki
mozek, meracun rumput dan membaiki penghawa dingin atau saluran air kumbahan di
belakang bangunan.
Macam-macam
yang dimainkan dalam fikiran saya setiap kali ditegur oleh saudara Najmi dan
Dr. Rosdi atas prestasi kerja yang tidak berapa memuaskan. Pada mulanya saya
kerja di Pusat Arab Mikro, saya tidak berapa focus dengan tunjuk ajar saudara
Najmi dan saya melakukan tugas dan kerja dengan lambat dan perlahan-lahan.
Selepas 6 bulan bekerja di Pusat Arab Mikro, saya sudah mampu bagi focus dan
ingat apa yang ditunjuk ajar oleh saudara Najmi. Selain itu saya juga mampu
melakukan tugas dan kerja dengan lebih cekap, iaitu tidak terlalu lambat dan
tidak terlalu cepat sehingga sambil lewa. Maka dengan kerja cekap dan
sistematik ini banyak tugas boleh diselesaikan dlam masa yang singkat iaitu dua
jam bekerja pada waktu petang lepas zohor di Pusat Arab Mikro. Masalah yang
biasa dihadapi ialah kurang peralatan atau peralatan mudah rosak dan hilang.
Dr. Rosdi
pernah menegur saya kenapa saya suka berlengah-lengah dan banyak khayal
termenung seorang diri? Penulis memang mengakui inilah kelemahan diri saya yang
perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Yang utama saya perlu terima pengaruh
positif dan menyingkirkan pengaruh negatif. Rupa-rupanya kebanyakkan ahli
Jemaah Tabligh ada pengaruh negatif. Dahulu memang mereka ajak saya keluar
tabligh 3 hari dengan mohon cuti. Kemudian apabila saya kerja Café KIAS duduk
berbual dan bersembang dengan para pensyarah KIAS, mereka melarang saya
berbicara tentang Jemaah Tabligh dengan pensyarah KIAS dan majikan saya.
Padahal saya perlu utamakan tugas kerja
saya dan baiki prestasi kerja. Kemudian bila saya bising dalam media sosial
mereka kata saya sakit teruk sebab meninggalkan usaha tabligh. Ahli Jemaah juga
marah saya membuat Kad perniagaan dan sulam Baju ves.
Apa yang
lebih penting dalam Meningkatkan prestasi kerja saya ialah perlu mengenalpasti
visi dan misi tempat kerja saya. Setakat pemerhatian saya, visi dan misi Pusat
Bahasa Arab Mikro adalah menjadi Pusat Bahasa Arab yang terulung di Malaysia
dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang cepat dan berkesan
berdasarkan kajian yang terbukti. Kemudian menyediakan kelas dan tempat
penginapan yang kundusif dan selesa kepada tenaga pengajar dan peserta kursus.
Kemudian setakat pemerhatian penulis visi dan misi Café KIAS ialah menyediakan
perkhidmatan penyediaan makanan yang enak dan berkhasiat kepada para pelanggan
dengan persekitaran tempat makan yang bersih, kemas dan selesa. Itulah yang
perlu penulis kenal pasti dalam kedua-dua organisasi tempat kerja saya supaya
saya dapat menjaga etika kerja dan tidak melanggar peraturan dan sentiasa
bersopan.
Menurut
Jurulatih keusahawanan untuk menghasilkan pekerja mahir kita perlu bagi mereka
kursus latihan. Sesungguhnya kursus latihan itu lebih menjimatkan masa dan
kewangan. Pekerja dapat menambah pengalaman dan ilmu dalam diri mereka. Waktu
saya mula bekerja pada bula Julai 2019 memang saya jadikan keluar tabligh 3
hari itu sebagai kursus latihan. Selepas berlaku insiden perselisihan faham
dengan ahli Jemaah maka mereka tidak lagi memaksa saya keluar 3 hari penuh.
Akibat tekanan stress saya pernah isytihar mufaraqah daripada Jemaah Tabligh.
Kemudian saya gabung semula dengan Jemaah. Untuk masa depan memang saya buat
kertas kerja kursus latihan yang dilaksanakan di rumah sahaja. Walaupun ahli
Jemaah melarang saya buat kertas kerja. Oleh itu keluar 3 hari itu diubah
menjadi Kursus latihan, keluar 40 hari itu diubah menjadi latihan praktikal
jangka pendek dan keluar 4 bulan diubah menjadi latihan praktikal jangka
panjang.
Pandemik
COVID-19 telah memberikan ancaman kepada manusia sejagat serta menjejaskan
ekonomi Negara. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang menjadikan Malaysia Berjaya
menurunkan lingkungan jangkitan kes COVID-19. Masalahnya apabila kerajaan
memberikan banyak kelonggaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP) maka kes baharu COVID-19 telah naik secara mendadak lagi dan kemungkinan
besar akan lockdown lagi. Penulis lihat masalah kesihatan begitu penting bagi
pekerja untuk menjaga intergriti dan prestasi pada masa depan. Pekerja perlu menjaga diri daripada jangkitan
penyakit Korona Virus dengan menjaga etika batuk dan bersin, menjaga penjarakan
social 1 meter, kerap basuh tangan dengan sabun, memakai mask apabila dalam
kenderaan awam dan tempat awam atau tempat sesak. Selain itu pihak majikan juga
perlu memastikan pekerja mematuhi SOP.
Konsep kerja
dalam Islam mementingkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Sebenarnya dengan membina hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia ini
kita sebenarnya boleh mendapat sokongan dan jaminan bahawa pekerjaan kita itu
halal dan rezeki kita adalah berkat. Maka manfaatkanlah waktu senggang kerja
untuk membaca al-Quran, zikir dan wirid. Boleh juga sambil kerja sambil membaca
al-Quran dalam hafalan dan berzikir. Jangan lepaskan peluang berbual dengan
pensyarah KIAS waktu kerja pagi di Café KIAS. Begitu juga dengan Tuan Rumah
sewa dan jiran tetangga kita. Balik kerja bantu siram pokok bunga dan ziarah
rumah jiran. Sekali-sekala perlu menelifon keluarga asal Non Muslim terutamanya
ibubapa dan saudara mara melalui telefon, surat menyurat dan media sosial.
Pemakaian pakaian yang sesuai untuk kerja juga penting kerana dengan menjaga
penampilan diri maka kita lebih yakin dan bersemangat untuk bekerja.
Akhirnya
penulis meletakkan matlamat untuk membuka Kedai Café dan Pusat Bahasa Cina
apabila sudah ada attitude dan disiplin diri. Penulis tidak merancang untuk
tukar kerja lain. Apa yang penting ialah saya perlu mendapat pengalaman kerja
dan menabung sejumlah wang sebelum tukar kerja. Maka habis Ijazah dan
Konvokesyen nanti penulis masih kerja di Café KIAS dan Pusat Arab Mikro.
Peluang belajar dan menimba pengalaman sudah terbentang luas depan mata saya.
Maka saya perlu sentiasa fokus dan memerhati bagaimana pekerja lain memberikan
tunjuk ajar. Kerja dua tempat ini menyebabkan saya mempunyai pelbagai
pengalaman kerja dalam waktu yang singkat jika saya benar-benar mengambil tahu
dan memberikan perhatian dalam kerja dan tugas. Kata orang tua-tua kita bahawa
dalam khidmat terdapat keberkatan ilmu.
No comments:
Post a Comment