Saturday, 14 November 2020

Kajian Kecil Perkahwinan

 

Faktor Penyebab Putus Cinta Dan Tidak Jadi Berkahwin Dengan Pasangan Yang Diingini. Suatu Analisis.

Semakin lanjut usia dengan keadaan masih belum berkahwin serta takut terjerumus dalam zina itu dilihat sebagai dilemma dan Cabaran penulis masa kini. Penulis bukan seorang lelaki yang tidak arif untuk menambat hati wanita tetapi disebabkan beberapa halangan yang menyebabkan penulis sering putus cinta dan tidak jadi berkahwin. Usaha-usaha perlu dilakukan dengan menyerap kuasa halangan tersebut untuk transformasikannya menjadi semangat juang yang tinggi. Tidak dinafikan tenaga halangan itu tidaklah mematahkan semangat penulis untuk berumah tangga dan membina mahligai syurga bersama teman hidup yang sejati. Jangan ragu-ragu dan fikiran celaru dalam memilih pasangan hidup. Kita sepatutnya menerima jodoh yang ditetapkan Allah.

Punca yang pertama ialah disebabkan tiada pendirian dan fikiran bercelaru dalam membuat keputusan yang tepat dan membuat pilihan yang betul. Sedangkan kita kaum lelaki inilah yang bakal menjadi ketua keluarga dengan membimbing isteri dan anak dalam mengharungi Cabaran hidup di era kemajuan material dan kemajuan sains ini. Dalam hal berumah tangga ini penulis perlu membuat perubahan dengan mesyuarat bawa berbincang dengan orang tua yang berpengalaman dalam masalah rumah tangga. Dan sebelum ini pun penulis telah meminta pendapat dengan warden asrama IDIP iaitu Ustaz Ahmad Daud Leman dan juga meminta pendapat dengan bapa kandung yang pernah cerai dengan isteri pertamanya. Memang waktu belajar ini tidak digalakkan kahwin dan lebih baik tumpu dalam pengajian. Dan jika kita memang rasa diri tidak mampu kahwin lebih baik tundakan hasrat berumah tangga itu dahulu.

Faktor kemiskinan juga antara faktor kenapa penulis tidak jadi berkahwin pada masa lalu. Memang dari pemerhatian penulis kemampuan kewangan sangat penting dalam membina rumah tangga yang kukuh dan bahagia. Waktu sekolah menengah lagi penulis sudah berpacaran dengan rakan sekelas serta rancang hendak berkahwin. Hal ini diketahui oleh pendeta di tokong cina lalu penulis dinasihatkan supaya tangguhkan dahulu hasrat untuk berkahwin dan biar habis belajar dahulu. Penulis memang berasal dari keluarga miskin dan lepas memeluk agama Islam pun masih tiada usaha untuk Meningkatkan usaha membina impian kaya dan Berjaya dengan menabung kewangan. Itulah kesilapan penulis selama ini. Baharu sekarang penulis mula membina kemampuan kewangan dan menabung kewangan. Bah kata jika anda rancang nak beli rumah, kahwin dan dapat lessen memandu tujuh tahun akan datang maka andaa harus menabung dari sekarang dan menjana pendapatan.

Sakit mental berulang juga dilihat sebagai faktor kenapa penulis putus cinta dan tidak jadi berkahwin. Sebenarnya sewaktu belajar di Institut Dakwah Islamiah PERKIM bermula tahun 2006 memang penulis ada bercinta dengan rakan sekuliah. Penulis tidak mahu sebut namanya lagi. Maklumlah pelajar IDIP ini terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang yang rumit. Penulis lihat antara pelajar IDIP ini memang saling rasis-merasiskan, saling prejudis-memperprejudiskan, dan saling provokasi-memperprovokasikan. Dengan takdir Allah, waktu bercinta dengan cina kacukan Dusun Sabah itu penulis justeru dipersalahkan kerana dikatakan penulis yang memulakan dahulu. Akhirnya sakit penulis pun berulang pada awal tahun 2008 dan akhir tahun 2009 akibat tekanan stress lalu dia pun berkahwin dengan lelaki lain dengan menjadi isteri muda. Akan datang dalam soal cinta ini penulis tidak akan memulakannya dan biarkan sahaja. Jika si dia boleh terima maka biarkan dia yang mulakan.

Walaupun sudah menerima rawatan secara berkala, tekanan stress tetap datang sesekali dalam hidup. Sintom tidak normal ketika kedatangan stress itu juga antara faktor penulis putus cinta dan tidak jadi berkahwin. Ternyata selama ini bila berdepan dengan tekanan hidup penulis banyak merapu dalam media sosial. Ini tidaklah membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaliknya warga Net dan Netizen akan membuat penilaian dari sudut lain bukan lagi penilian dari sudut kesihatan mental. Betapa pentingnya mencari hiburan untuk mengatasi tekanan stress dengan mendengar muzik. Walaupun ulama khilaf dalam bab berhibur dengan muzik untuk mengatasi tekanan stress. Malahan ahli Jemaah Tabligh ada fahaman bahawa semua muzik itu iblis dan syaitan. Penulis telah pun muat turun lagu nasyid, lagu tema dan muzik dalam tablet serta mendengar muzik setiap hari secara konsisten. Dan ternyata ia berkesan dalam mengatasi stress.

Niat kahwin yang salah juga punca kenapa penulis putus cinta dan tidak jadi berkahwin. Ketahuilah perkahwinan itu adalah tanggungjawab. Berkahwin semata-mata untuk memenuhi kepuasan seks sahaja boleh merosakkan rumah tangga yang dibina. Dahulu penulis melakukan kesilapan kerana tergesa-gesa hendak kahwin untuk menyelesaikan masalah seks yang dihadapi akibat pornografi. Kemudian Ustaz Ahmad Daud Leman telah menempelak penulis lalu penulis tangguhkan dahulu hasrat kahwin ini dengan usaha keluar dari ketagihan pornografi dan masalah seks. Penulis telah menyekat video porno dan Youtube dan siaran facebook. Dan ternyata semua tindakan ini membuahkan hasilnya dimana sekarang penulis tidak lagi ketagihan seks. Kejayaan ini perlu dikekalkan dan janganlah lalai leka dengan media Youtube dan facebook. Kemahiran menahan nafsu begitu penting dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah berkahwin dan bergelar suami.

Berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup dan janganlah ikuti kehendak ibubapa yang mahukan penulis berkahwin dengan keturunan raja. Dalam nikah ini lebih baik pilih yang ada agama. Nescaya lebih selamat. Kita boleh bawa diri dan si dia pun boleh dibimbing dengan mudah. Suami dan isteri boleh saling hormat-menghormati dan boleh saling bagi sokongan. Masakan ikut kehendak ibubapa yang mahu supaya penulis kahwin dengan puteri raja sedangkan penulis berasal dari keluarga miskin dan orang kurang berada. Dan jika ini berlaku sudah tentu sakit akan berulang akibat tekanan dan terlalu rendah diri. Yang penting asalkan ada wanita nakkan kita, maka kita terimalah seadanya. Dan apabila sudahpun bertemu jodoh dan sampainya seruan berkahwin maka kita segera uruskan permohonan nikah mengikut prosedur yang ditetapkan Majlis Agama Islam supaya mendapat keberkatannya.

Orang bujang juga harus belajar berdikari sebelum berhasrat hendak berkahwin. Terutamanya mesti ada kemahiran memandu dengan mendapatkan lessen memandu. Banyak perubahan berlaku setelah penulis mendapat lessen motosikal pada awal tahun 2019. Pada bulan Julai 2019 penulis mendapat kerja sambilan di Café KIAS dan Pusat Bahasa Arab Mikro akibat terpaksa bekerja kerana Bantuan OKU telah ditamatkan. Kemudian pada awal tahun 2020 penulis telah tinggal di rumah sewa murah akibat terpaksa keluar asrama setelah Hal Ehwal Pelajar KIAS bagi menghuni asrama selama 8 tahun. Bayaran sewa pun murah hanya RM220 sebulan. Semenjak kerja semula waktu perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) ini penulis sudah mampu bangun awal solat Subuh dan tidur pun kembali normal. Akhirnya dapat keluar daripada masalah kesan sampingan ubat. Kehidupan menjadi lebih berkat dan ceria jika kita merebut keberkatan awal pagi.

Untuk berumah tangga pasangan harus mempunyai kemahiran asas seperti memasak, menjahit, menyelengara rumah dan berkebun. Menurut saudara Rafie Saljuan berdasarkan pemerhatiannya kebanyakan kes cerai di Malaysia adalah berpunca dari kurangnya kemahiran kendiri antara pasangan. Pasangan yang berhasrat berumah tangga sepatutnya sudah menguasai kemahiran kendiri itu sewaktu di sekolah lagi. Dan jika tidak dapat bersekolah di sekolah aliran biasa pun sepatutnya sudah menguasai kemahiran kendiri ini pada umur belasan tahun lagi. Ilmu pengurusan juga penting kerana pasangan suami isteri perlu bersama membina impian dan memikul tanggungjawab bersama dalam menanggung nafkah keluarga, menguruskan masa, kewangan, penjagaan kesihatan dan amalan ibadat secara bersama. Mewujudkan persefahaman antara suami isteri juga penting dan janganlah sampai secara zahirnya tidur sekatil tetapi mimpi berlainan.

Masalah perkahwinan ini hanya dapat diselesaikan berdasarkan sejauh mana kita berpegang teguh dengan ajaran agama yang sempurna dalam kehidupan. Membina rumah tangga dengan cara yang menepati Sunnah Rasulullah akan membuahkan kebahagiaan rumah tangga. Sebaliknya jika pasangan melanggar perintah Allah padahal tahu dan beragama Islam maka tunggulah amaran daripada Allah. Memang semua pasangan suami isteri mengimpikan cinta yang kekal sehingga ke syurga akhirat. Di dunia dapat hidup sebagai suami isteri kemudian di akhirat juga dapat bersama di dalam syurga dan kekal di dalamnya selamanya. Di samping itu keberkatan beertambah banyak dengan melahirkan anak-anak yang soleh solehah. Anak-anak itu adalah aset Negara dan pemimpin masa depan maka tarbiahlah anak-anak dengan keyakinan dan kesederhanaan.

 

No comments:

Post a Comment