Aplikasi Teori Mikro Prof. Dr. Tamam
Hasan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin.
Penerokaan
dalam bidang Bahasa Cina begitu penting bagi menemui kaedah pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Cina Mandarin yang cepat dan berkesan serta memberikan
impak dalam kehidupan peserta kursus Bahasa Cina. Penulis mendapati begitu
terpanggil untuk memikul tugas ini memandangkan belum ada Pakar Bahasa Cina
Muslim yang menjalankan penyelidikan dan penerokaan dalam Bahasa Cina.
Sebenarnya orang Melayu yang bersekolah di Sekolah Aliran Cina memang mengambil
siswazah dalam bidang Bahasa Cina ketika menyambung pengajian di Institusi
Pengajian Tinggi Aliran Bahasa Cina dalam Negara atau di Negara China. Di Kolej
Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Puan Zaleha Mat Daud yang
bertahun-tahun mengajar subjek Bahasa Mandarin masih belum membuat penerokaan
dalam bidang Bahasa Cina.
Daripada Dr.
Rahaidi seorang ahli akademik di KIAS, penulis telah diberitahu bahawa Prof.
Dr. Tamam Hasan adalah seorang pakar Bahasa Arab di Mesir yang telah menemui
Teori Mikro dalam kaedah baharu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang
cepat dan berkesan. Dr. Mohd Rosdi Ismail yang merupakan anak murid Prof. Dr.
Tamam Hasan ketika menuntut ilmu di Mesir telah membawa Teori Mikro ini balik
Malaysia dengan membuat penyelidikan dan penerokaan dalam bidang Bahasa Arab
kemudian telah membuka Pusat Bahasa Arab Mikro yang telah beberapa kali
bertukar alamat dan sekarang bertempat di Nilam Puri, Kelantan. Dan Pusat
Bahasa Arab Mikro telah berkembang dan menjadi Pusat Latihan dan Kursus Bahasa
Arab terulung di Malaysia. Dr. Mohd Rosdi Ismail mengarap idea Teori Mikro ini
dalam merangka banyak modul Kursus Bahasa Arab untuk pelajar lepasan UPSR, SPM,
dan STAM yang ingin menyambung pengajian di IPT dalam Negara atau luar Negara.
Sebenarnya
dalam Bahasa Mandarin telah pun ada aplikasi Teori Mikro Cuma ianya belum
diteroka dan disusun dalam bentuk sebuah kajian yang kritis. Dari pengalaman
dalam membuat kursus Bahasa Mandarin di Pusat Pengajian Ilmu-ilmu Islam KIAS
pada tahun 2016 dan 2017, memang keempat-empat Modul Kursus Bahasa Cina yang saya
susun boleh dibaiki lagi untuk dijadikan Modul Kursus Bahasa Cina Mikro. Kerana
penulis lihat Modul tersebut masih relavan jika diaplikasikan dengan Teori
Mikro tersebut. Penulis telah mencetak keempat-empat Modul tersebut dalam satu
naskah buku dan mendapati ianya lebih menjimatkan kos modul. Dan Ustaz Amiri
ketua Bahagian Korporat KIAS mencadangkan supaya tulisan modul diperbesarkan
agar peserta program boleh meniru penulisan tulisan Cina dalam modul Kursus
Bahasa Cina ini. Walaupun sekarang bekerja setelah habis ijazah, penulis fikir
masih boleh lapangkan masa untuk menjalankan latihan ilmiah ini.
Selama ini
penulis tertanya-tanya Bahasa apakah seharusnya digunakan dalam menulis laporan
kajian dan menghasilkan penulisan latihan ilmiah berkaitan kaedah pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Cina. Dr. Rahaidi telah memberitahu bahawa biasanya
laporan kajian dan latihan ilmiah ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris di Malaysia. Mungkin para sarjana Cina di Malaysia berpendapat ianya
perlu ditulis dalam Bahasa Cina supaya hasil kajian tersebut diiktiraf oleh
kerajaan China. Penulis lihat para sarjana cina Malaysia memang masih memainkan
sentiment perkauman dan sangat rasis. Realitinya banyak Orang Cina Malaysia
yang tidak boleh berbahasa Cina terutamanya kaum Cina peranakan Malaysia
ataupun keturunan Cina campur. Selain itu Orang Cina yang bersekolah di sekolah
aliran Melayu dan Sekolah aliran Inggeris juga tidak arif berbahasa Cina dan di
sekolah Cina pun menghadapi krisis kekurangan tenaga pengajar subjek Bahasa
Cina.
Daripada
keluhan dan maklum balas peserta Kursus Bahasa Mandarin juga Natizen di
Facebook penulis tahu bahawa rata-ratanya masyarakat ada persepsi bahawa
belajar Bahasa Cina dilihat sangat payah. Semua ini adalah persepsi yang salah
jika anda hendak belajar sesuatu Bahasa. Kita semua perlu mengubah sikap dan
minda diri kita, janganlah kerana hendak pertahankan kekurangan diri kita tidak
mahu berguru. Kemudian janganlah kerana kedekutkan duit kita sebagai ibubapa
tidak menyekolahkan anak-anak kita. Untuk menganjurkan kursus Bahasa Cina pada
masa depan, peserta perlu dibekalkan kata-kata magik dalam modul seperti: “Aku
Tidak Takut Bahasa Cina.” “Aku Boleh Cakap Cina.” “Aku Boleh Tulis Cina.” “Aku
Boleh Bahasa Cina.” Dalam modul yang akan dikemas kinikan itu juga perlu
dimuatkan doa pelajar untuk diamalkan oleh peserta yang kebanyakkannya beragama
Islam da nada latarbelakang aliran agama.
Permulaan
belajar Bahasa Cina perlu belajar system ejaan cina terlebih dahulu. Sama
seperti belajar membaca al-Quran perlu belajar sebutan dan makhraj huruf
al-Hijaiyah terlebih dahulu. Secara keseluruhannya system ejaan Bahasa Cina
terbahagi kepada sistem ejaan Tulisan Sanskrit, system ejaan Tulisan Rumi dan
Sistem ejaan Tulisan Arab. Saya mendapat tahu daripada bekas pelajar etnik
Islam China yang belajar di KIAS bahawa etnik Islam di China memang menggunakan
Bahasa Cina Sistem Ejaan Tulisan Arab. Sebutan Huruf Konsonan dalam Bahasa Cina
juga terbahagi kepada makhraj bibir, makhraj lidah dan makhraj hidung. Selain
itu aspek nada juga perlu diambil perhatian kerana sebutan nada dalam Bahasa
Cina mandarin adalah panjang pendeknya sesuatu suku kata. Pelajaran Sistem
Ejaan tidak boleh dipandang remeh.
Pembelajaran
tulisan Cina tidak seharusnya dipisahkan daripada pembelajaran Bahasa Cina.
Penulis lihat kebanyakkan peserta Kursus Bahasa Mandarin merasakan belajar
tulisan Cina suatu yang sukar. Hal ini kerana mereka tidak pernah didedahkan
dengan tulisan Cina semenjak kecil. Antara aspek pembelajaran tulisan Cina bila
diaplikasikan dengan Teori Mikro adalah peserta kursus perlu diajar dengan
turutan menulis tulisan Cina, kemudian mengenali nama-nama radikal utama
tulisan Cina dalam Bahasa Melayu, dan belajar menghitung bilangan coretan
aksara tulisan cina. Ketahuilah walaupun terdapat 6000 aksara tulisan cina
tetapi yang wajib dipelajari dan didalami hanyalah 1000 aksara sahaja. Apabila
anda menguasai kegunaan lebih kurang 3000 aksara tulisan Cina sebenarnya anda
sudah boleh menulis dalam penulisan Bahasa Cina.
Banyak alat
bantu pelajaran Bahasa Cina yang boleh dimanfaatkan terutamanya penggunaan
kamus, google terjemah, audio, video dan tayangan power point. Terdapat banyak
kamus yang telah diterbitkan dan dijual di pasaran. Begitu juga terdapat
pelbagai kamus elektronik dalam gedung google. Guru perlu mengajar cara
penggunaan kamus dengan langkah-langkah membuat carian dalam kamus iaitu perlu
mengenal pasti bilangan coretan radikal utama kemudian menggira bilangan
coretan radikal sampingan. Dengan cara ini akan menghasilkan carian yang
berkesan. Dalam sesetengah kamus lain ada kamus yang hanya perlu menghitung
jumlah bilangan coretan aksara tulisan cina. Ada juga kamus yang hanya perlu
rujuk sebutan ejaan tulisan cina tersebut sahaja untuk membuat carian.
Waktu ini
penularan wabak COVID-19 telah memberikan ancaman kepada manusia sejagat. Dan
kaedah pembelajaran secara bersemuka ini dianggap ketinggalan zaman serta boleh
menyebabkan dijangkiti penyakit Korona Virus. Pusat bahasa perlu sentiasa
mematuhi perintah kerajaan yang berusaha untuk memutuskan penularan wabak
COVID-19 ini. Maka Pusat Bahasa perlu membangunkan kelas pengajian online
dengan menggunakan sahaja apa-apa aplikasi, akses internet dan peralatan
teknologi maklumat untuk melancarkan kelas online tersebut. Sebelum memulakan
kelas online ini tenaga pengajar perlu membuat persediaan kelas dengan memasang
peralatan talian dan pastikan kelas dijauhi daripada gangguan orang lain.
Pastikan semasa mengajar atas talian ini suara pengajar adalah cukup lantang
dan boleh didengari oleh pelajar yang berada dalam talian ini.
Penulis tahu
untuk menghasilkan kajian yang terbukti berkesan ini perlulah mengetahui kaedah
kajian dengan teori-teori yang berkaitan dengan pengkajian Bahasa. Penulis
perlu benar-benar memahami kegunaan sesuatu teori sebelum kajian dijalankan
sebagai langkah permulaan Teori Mikro Prof. Dr. Tamam Hasan dikenal pasti
sebagai teori yang sesuai digunakan dalam kajian dan penyedilikan bidang
pembelajaran dan pengajaran Bahasa Cina. Mungkin tesis Prof. Dr. Tamam Hasan
boleh dimuat turun daripada carian google dalam Bahasa Arab untuk dijadikan
bahan rujukan. Kemudian perbincangan perlulah dilakukan dengan Dr. Mohd Rosdi
Ismail di Pusat Arab Mikro untuk menjadikan beliau sebagai penyelia tesis
penulis apabila telah menyambung ke pengajian peringkat master dan doktor
falsafah nanti. Oleh itu perjalanan kajian ini harus diteruskan sehingga
selesai.
No comments:
Post a Comment