1. Kejayaan dan keselamatan semua manusia dalam ketaatan
kepada tuntutan agama dari sumber yang sahih sebagaimana di syariatkan Allah
kepada Utusan-Nya Nabi Muhammad s.a.w.
2.
Sesungguhnya Para Sahabat adalah golongan
permulaan yang telah mendapat kejayaan dan keselamatan dalam kehidupan mereka.
Bila kita ikuti jejak langkah Para Sahabat yang Berjaya, kita mesti Berjaya
seperti mereka.
3.
Kita
boleh membina tabiat baru dan amalan kebaikan dalam masa setiap 40 hari. Tempoh
40 hari itu mengandungi rahsia perubahan yang besar keatas kejadian manusia.
4.
Maka baikilah tulisan, tabiat, amalan,
percakapan dan pembelajaran diri secara istiqamah selama 40 hari, ia akan
membawa perubahan besar dalam diri juga dunia sekitar anda.
5.
Daya
tumpuan itu sangat penting dalam amalan agama, kerjaya, pembelajaran,
rumahtangga dan perhubungan kita dengan orang lain.
6.
Beri tumpuan dalam amalan agama dinamakan
khusyu’ dan khudu’.
7.
Beri tumpuan dalam kerjaya dinamakan
professional.
8. Beri
tumpuan dalam pembelajaran dinamakan konsentret.
9. Beri tumpuan
dalam rumahtangga dinamakan kerukunan kekeluargaan.
10.
Beri tumpuan dalam perhubungan dinamakan
keakraban persahabatan.
11.
Ceburi
satu bidang terlebih dahulu, kemudian membuat kajian dan penyelidikan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bidang yang kita ceburi. Kita perlu
berlatih dalam suatu bidang kerja secara konsisten setiap hari selama 10 tahun
serta memerlukan 10000 jam untuk menjadi pakar dalam suatu bidang. Apabila kita
sudah pakar dalam bidang yang kita ceburi, Allah akan membuka untuk kita
kepakaran dalam bidang lain.
12.
Sebaik-baik
mentor adalah Rasulullah s.a.w. dan Para Sahabat R.a. Maka kita perlu
menghayati sirah Nabi Muhammad dan kehidupan Para Sahabat sebagai penasihat,
mentor dan tempat rujukan kita dalam pembelajaran, kewangan, rumahtangga,
kerjaya keusahawanan, dan kesihatan diri kita supaya kita tetap bersemangat dan
bermotivasi untuk menghadapi Cabaran yang kita hadapi.
13.
Mesyuarat
dan istikharah sangat penting dalam menentukan kita mengambil keputusan yang
tepat dalam setiap pilihan. Terlebih dahulu kita perlu mesyuarat iaitu
berbincang dan meminta pendapat dengan orang yang berpengalaman. Kemudian kita
Solat istikharah meminta petunjuk dari Allah.
14.
Dan akhirnya apabila kita telah bulat tekad
dalam suatu keputusan yang kita buat maka kita seharusnya bertawakal kepada
Allah.
15.
Mencuci
dan mencerdaskan hati dan minda anda dengan amalan memaafkan orang lain sebelum
tidur, zikir, wirid, pembacaan al-Quran dan hadis, selawat, doa yang
berpanjangan, dakwah dan perbandingan agama.
16.
Orang yang beriman sentiasa mencari inspirasi
dari Allah. Hakikatnya hanya Allah sumber inspirasi itu, bila Allah turunkan
hidayah-Nya maka masalah kita dapat diselesaikan dan kita dikeluarkan dari
kesempitan hidup.
17.
Kesyukuran itu sangat penting dalam semua
situasi yang kita hadapi samada kesenangan atau kesusahan supaya kehidupan kita
lebih sejahtera dan bahagia.
18.
Perubahan
yang Berjaya hasil daripada niat yang tulus setelah menerima hakikat diri perlu
berubah dan menyedari diri sebenarnya bermasalah.
19.
Tindakan berubah itu terasa sukar pada
permulaan, sangat mencelarukan fikiran pada pertengahan, dan sangat indah
mengasyikan pada kesudahannya.
20.
Kebenaran itu pada mulanya akan dipersendakan
orang, kemudian akan ditentang sehabis daya, dan akhirnya pejuang-pejuang
kebenaran itu memperolehi kemenangan dan dijulang sebagai pewira dan pahlawan.
21.
Gunakan
dan manfaatkan potensi minda sebaik mungkin. Dan jangan takut dikatakan bodoh
oleh orang lain lantaran kita gemar bertanya soalan yang kita tidak tahu.
22.
Sesungguhnya akal dan minda itu boleh diasah
dengan aktiviti yang memerlukan kreativiti, dengan menjaga pemakanan yang halal
lagi berkhasiat, dan dengan membaca bahan bacaan yang berfaedah.
23.
Jangan takut dan marah bila rawatan psikiatri
ini memang memerlukan berterusan mengambil ubat untuk rawatan jangka panjang
dan mempunyai kesan sampingan biasa seperti mengantuk dan payah bangun subuh.
24.
Mungkin tidak semua faham tentang penyakit skizofrenia
sebaiknya kita perlu berterus terang dengan orang lain dan wujudkan interaksi
positif dan hubungan baik.
25.
Usaha
dakwah tabligh yang mulia ini semakin berkembang dan maju. Sekiranya kita tidak
sambut takaza agama maka kita akan jauh ketinggalan ke belakang.
26.
Hakikatnya tanda kita mengsyukuri nikmat usaha
agama adalah dengan kita maju sambut takaza agama.
27.
Dalam masa sama kita perlu ikhlas dalam
melakukan usaha agama yakni kita melakukan usaha agama kerana menjunjung
perintah Allah agar kita tidak merasa putus asa bila berdepan dengan tentangan,
kepayahan, halangan, dan salah faham.
28.
Usaha dakwah tabligh ini perlu lakukan
berdasarkan kemampuan diri masing-masing, tertib dakwah tabligh itu adalah
tidak sama di setiap Negara dan tempat.
29.
Dengan
adanya orang yang sanggup hijrah dan adanya orang yang sanggup bagi nusrah maka
Allah turunkan hidayahnya.
30.
Para
Nabi dan Rasul, Para Sahabat, dan Para Salafus Soleh terdahulu umumnya
membahagikan waktu itu kepada tiga bahagian.
31.
8 jam untuk kerja dan urusan keduniaan,
kemudian 8 jam untuk hubungan dengan keluarga dan 8 jam untuk ibadah, dakwah,
dan menuntut ilmu.
32.
Janganlah suka bertangguh sehingga urusan kita
menjadi kucar-kacir. Berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan sebelum diri
ditimpa ujian.
33.
Tugasan harian kita sebaiknya selesaikan pada
hari itu juga mengikut keutamaannya dan kuadrant tindakannya.
34.
Yang doktor psikiatri maksudkan kurangkan
aktiviti berat adalah kurangkan aktiviti yang memerlukan kita berfikir secara
berat dan memenatkan diri.
35.
Rancangkan aktiviti dan tugasan dengan teratur
dan sistematik kerana tiada kejayaan tanpa perancangan yang rapi.
36.
Jimatkan
masa maksudnya kita perlu manfaatkan masa untuk aktiviti berfaedah.
37.
Jimatkan wang maksudnya kita perlu belanjakan
wang berdasarkan keperluan bukannya untuk bermewah-mewahan.
38.
Jimatkan tenaga maksudnya kita tidak
mensia-siakan tenaga kita untuk kerja yang memudaratkan diri.
39.
Jimatkan percakapan maksudnya kita hanya
berkata perkataan baik, tidak bercakap perkataan negatif dan sia-sia, dan diam
jika tiada faedah bercakap.
40.
Jimatkan sumber maksudnya kita tidak
menggunakan air berlebihan ketika berwuduk, tidak menghabiskan minyak kenderaan
untuk destinasi tanpa halatuju dan tujuan, dan melupuskan dan mengitar semula
sampah secara berhemah tanpa mencemari alam sekitar.
41.
Belajar
secara kemas bukan belajar secara lasak. Sebab itu pelajar terbilang sentiasa
mengenal pasti kemahiran belajar yang berkesan supaya tidak menjejaskan
kesihatan diri sendiri.
42.
Masa tidur rehat yang cukup pada waktu malam,
pembacaan yang berkesan dan mencukupi, penjagaan hafalan, pelaksanaan tugasan
secara teratur dari awal lagi, membuat senaman setiap hari sebagai pelaburan
kesihatan, mendapat dorongan dan sokongan keluarga, rakan, guru, dan jiran, serta
membina hubungan dengan Allah melalui amalan ibadah fardu mahupun sunat.
43.
Pelajar hampir kecundang dalam pelajaran jika
tidak menyedari kesilapan diri belajar secara lasak tanpa membaiki diri dan
kembali ke pangkal jalan.
44.
Manfaatkan
media sosial sebaik mungkin untuk tujuan perniagaan dan urusan peribadi.
45.
Menurut Jemaah tabligh tidak digalakkan
menggunakan media sosial untuk tujuan tabligh. Jika mendapati tiada faedah
lebih baik diam daripada posting status dan info yang tiada faedah dan negatif.
46.
Dan berhati-hatilah dengan pornografi sebab
boleh merosakkan minda, jiwa dan akal. Video lucah tersebut perlu disekat dan
diabaikan sahaja atau lebih baik dipadam.
47.
Orang
beriman tidak akan membiarkan hidupnya tanpa tujuan dan tanpa matlamat yang
jelas dan bermakna. Kita perlu menetapkan matlamat hidup kita secara spesifik
dan terpenting jadikanlah agama Islam sebagai maksud hidup kita.
48.
Dan terakhir mati dengan kesudahan yang baik
itulah impian semua orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
49.
Bah kata jika hidup kita ini hanya mengejar
keduniaan semata-mata maka Allah bagi sekadar yang ditetapkan, sebaliknya hidup
kita ini mengejar keakhiratan maka bukan sahaja akhirat kita dapat bahkan dunia
akan mendatangi kita dari arah tidak disangka-sangka.
50.
Tetapi tiada ajaran rahbaniah dalam Islam kita
perlu seimbangkan antara urusan keduniaan dan urusan akhirat.
51.
Orang
beriman sentiasa mengenali kelebihan, kekurangan, kekuatan dan kelemahan diri
secara mendalam melalui amalan muhasabah diri setiap hari dengan memperbanyakkan
istighfar dan bertaubat kepada Allah.
52.
Bagaimana hendak mengenali Allah jika kita
tidak mengenali ciptaan dan kejadian yang Allah tetapkan dalam diri kita?
53.
Sesungguhnya kehidupan kita berjalan dengan
kekuasaan dan perancangan Allah. Allah adalah tempat bergantung kita sehingga
ke akhirat.
54.
Setiap kali menghadapi kebuntuan dan hampir
putus asa maka ingatlah bahawa Allah kan ada. Dalam sesetengah situasi dan
keadaan kita perlu memcuba untuk melakukan tindakkan positif yang dirasakan
payah dan sukar kerana kita tidak tahu sejauhmana kemampuan diri kita sebenar.
55.
Kawan
yang jujur sangat penting dalam kehidupan kita. Kawan yang jujur itu umpama
cermin diri kita. Jika kawan kata kita ini baik maka sesungguhnya kita memang
baik, sebaliknya jika kawan kata kita ini jahat maka sesungguhnya kita memang
jahat.
56.
Masalahnya isi hati setiap orang tidak sama
dan boleh berubah jika kita sudah lama tinggalkan kawan kita itu.
57.
Kritikan yang jujur menunjukkan kita sedang
didatangi masalah yang memerlukan kita ambil tahu tentang orang lain supaya
orang lain tidak membenci kita. Jangan kita lekas naik marah bila dikritik
orang lain kerana kritikan itu akan dibayar dengan harga yang setimpal dengan
kritikan tersebut.
58.
Jika
masyarakat masih ada stigma terhadap pesakit mental dan kadang-kadang mencemuh
dan mengaibkan pesakit mental maka itulah peluang terbaik untuk kita melakukan
Uzlah dengan mengasingkan diri daripada kawan jahat dan mendampingi orang
soleh, berpaut kepada masjid, menghadiri majlis ilmu dan halakah zikir.
59.
Kita kena faham bahawa Uzlah itu bukannya
mengasingkan diri daripada masyarakat semata-mata. Setiap orang yang hendak
beruzlah perlu membekalkan diri dengan ilmu syariat supaya tidak terpesong dan
sesat.
60.
Kita melakukan Uzlah ini untuk mencari
kekuatan dan pengisian amalan rohani supaya diri kita tidak terus hanyut dalam
masyarakat yang semakin mengasingkan agama dari semua aspek kehidupan mereka.
61.
Usaha
dakwah tabligh dan gerakan haraki yang mulia ini adalah berdasarkan perintah
Allah, Sunnah Rasulullah dan kehidupan Para Sahabat.
62.
Sesungguhnya usaha dakwah tabligh dan gerakan
haraki ini bukan berdasarkan pendapat sesiapa. Tiada siapapun yang memaksa kita
melibatkan diri dalam usaha dakwah tabligh dan gerakan haraki.
63.
Maka jika kita ada kelapangan masa dan
bersedia boleh kita memberikan masa kita untuk halakah usrah, ziarah, bacaan
kitab Fadilat Amal, mendengar bayan dan khuruj.
64.
Menurut ahli Jemaah Tabligh, memang eldes
Jemaah Tabligh memberikan pesanan supaya jangan membawa pesakit mental keluar
tabligh. Maka perlu tengok tahap sakit si pesakit mental tersebut, jika tidak
kronik maka masih boleh keluar tabligh, jika kronik maka tidak digalakkan
keluar tabligh.
65.
Kehidupan
ini adalah tanggungjawab, dan dunia hanya persinggahan yang sementara. Di dunia
inilah tempat kita beriman dan beramal. Kedatangan ajal memang tepat pada
masanya tidak akan dipercepatkan walaupun sesaat atau ditundakan walaupun
sesaat.
66.
Tanggungjawab kita terhadap Allah adalah
menunaikan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah serta mengikuti Sunnah
Rasulullah.
67.
Kemudian tanggungjawab kita terhadap alam
sekitar adalah tidak membuat kerosakkan di atas muka bumi ini setelah Allah
membaikinya.
68.
Seterusnya tanggungjawab kita terhadap makhluk
dan sesama manusia adalah berlaku ihsan dengan tidak melakukan kezaliman
terhadap makhluk dan sesama manusia.
69.
Dan akhirnya tanggungjawab kita terhadap diri
sendiri adalah tidak mengabaikan kesihatan diri dan tidak menzalimi diri
sendiri.
70.
Tidur
dan rasa mengantuk adalah ketenangan yang dikurniakan oleh Allah. Tidur yang
cukup pada waktu malam serta tidak tidur berlebihan pada waktu siang hari
adalah sangat penting untuk kesihatan seseorang individu.
71.
Doktor psikiatri sentiasa beri pesanan bahawa
waktu malam makan ubat awal kemudian tidur awal selepas solat Isyak pada pukul
10 malam. Ramai orang mengabaikan nasihat doktor ini sehingga orang normal
sendiri pun tidur lewat untuk menghabiskan tugasan dan kerja sampai larut
malam. Seterusnya terlajak subuh dan menyebabkan mengantuk sepanjang hari.
Padahal keberkatan hari terletak pada waktu awal pagi, maka rancanglah untuk menyelesaikan
urusan penting pada waktu awal pagi.
72.
Begitu juga elakkan tidur selepas solat Subuh
dan selepas solat Asar selama 40 hari berturut-turut kerana boleh merosakkan
minda dan jiwa.
73.
Kolam
hati yang penuh dengan kekotoran akan menghalang rezeki sampai kepada kita.
Oleh itu bersihkan hati kita dengan amalan nurani. Amalan nurani itu adalah
amalan yang mendatangkan cahaya Allah, maka isilah hati kita dengan cahaya
Allah tetapi bukan dengan perkara-perkara yang melalaikan kita dari mengingati
Allah.
74.
Kita juga perlu faham bahawa rezeki itu bukan
sekadar wang ringgit dan harta, malahan rezeki itu sangat luas, ilmu itu
rezeki, kesihatan itu rezeki, kebolehan itu rezeki, buku agama itu rezeki, ada
guru mursyid itu rezeki, rakan yang jujur itu rezeki, isteri solehah itu
rezeki, anak yang soleh itu rezeki, ketenangan hidup itu rezeki, Negara yang
aman itu rezeki, ekonomi kalis kegawatan itu rezeki, dan dapat menginfakkan
harta di jalan Allah juga rezeki. Jadi kita boleh simpulkan di sini bahawa
rezeki itu merangkumi semua aspek kehidupan kita.
75.
Jangan
terlalu radikal dan melampau dalam sesuatu tindakan kerana ianya boleh
melemahkan diri kita sendiri yang menyebabkan keadaan diri kita menjadi lebih
teruk dari sebelum ini. Jangan terlalu memaksa diri kita mempertingkatkan
amalan yang diluar kemampuan diri kita untuk melakukannya.
76.
Kita perlu bersedia menghadapi kemungkinan
terburuk yang bakal berlaku kerana kemungkinan itu adalah baik bagi kita.
77.
Dalam beramal ini kita perlu mempertimbangkan
risiko yang perlu kita hadapi dan tahap mana kebosanan akibat tekanan hidup
kerana mengabaikan hiburan.
78.
Memang ulama khilaf dalam bab mencari hiburan
untuk mengatasi stres dan tekanan, tetapi hiburan tetap penting selagi tidak
melalaikan. Tidak salah kita meluahkan hati dan perasaan tepat pada tempatnya
dengan berhibur kerana dengan memendamkan perasaan jauh di dalam hati akan
lebih menekan kehidupan ini.
79.
Begitulah
kehidupan itu adalah pentas kita beraksi dan menulis cerita perjalanan hidup
kita. Allah silih gantikan jatuhnya dan bangunnya kita supaya kita sentiasa
mengingati kematian dan merindui kehidupan akhirat. Bahkata tiada kehidupan
melainkan kehidupan akhirat.
80.
Mengingati kematian itu sangat berbeza dengan
angan-angan mati atau keinginan membunuh diri. Apabila kita banyak mengingati
kematian menyebabkan kita sentiasa berlumba-lumba untuk beramal dan
Meningkatkan motivasi diri untuk memajukan diri kita sama seperti orang lain.