Saturday, 2 February 2019

Ringkasan Socio Emotional Development Of Children


Bab 1: PERKEMBANGAN EMOSIONAL
Ringkasan
 Emosi merupakan suatu perasaan yang sedar seperti kegembiraan, kesedihan, takut, benci atau sebagainya yang dialami oleh seseorang.
 Perasaan Kompleks merupakan perasaan berjaya (kerana jangkaan seseorang dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan seseorang tidak dipenuhi).
 Takut sekolah menyebabkan kanak-kanak enggan pergi ke sekolah dan biasa dalam kalangan budak lelaki dan juga perempuan, dan lebih berkemungkinan berlaku antara umur 5 hingga 11 tahun.
 Ada kanak-kanak yang enggan pergi ke sekolah kerana mereka terlalu bimbang.
 Keengganan ke sekolah ditakrifkan sebagai kelakuan menolak atau enggan menghadiri kelas yang khusus atau berada di sekolah sepanjang hari.
 Ekspresi wajah adalah salah satu komponen emosi.
 Tidak kira daerah atau budaya, semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang sama untuk marah, sedih dan gembira.
 Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi yang umum: seronok atau sedih.
 Kajian telah menunjukkan bahawa bayi seawal 4 bulan dan tentunya menjelang 6 bulan boleh membezakan ekspresi wajah yang dikaitkan dengan emosi yang berlainan.
 Ibubapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali tentang pergi ke sekolah sebelumnya dan ia harus dibuat walaupun selepas sekolah bermula.
 Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan orang, tempat dan benda.
 Ikatan merupakan asas yang di atasnya semua jenis hubungan akrab dan berjangka panjang terbentuk.

Bab 2: KELAKUAN PROSOSIAL
Ringkasan
 Kelakuan prososial adalah kelakuan yang memanafaatkan orang lain seperti berkongsi, empati, altruisme, membantu dan sebagainya.
 Empati adalah keupayaan untuk mengalami emosi orang lain.
 Kanak-kanak akan membantu apabila mereka berasa bahawa mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk membantu seseorang yang memerlukan.
 Kawalan kendiri merupakan keupayaan untuk mengawal kelakuan seseorang dan untuk menunjukkan tindakbalas impulsif kepada godaan.
 Kanak-kanak yang ganas selalunya akan berkawan dengan kanak-kanak yang ganas.
 Kawalan kendiri timbul daripada peringkat bayi dan semakin bertambah baik semasa tahap prasekolah.
 Umumnya, ahli psikologi percaya bahawa kelakuan ganas adalah disebabkan oleh kekecewaan.
 Walaupun kebanyakan ibubapa dan guru akan mengatakan bahawa mereka menghargai kelakuan prososial pada kanak-kanak dan ingin menggalakkannya, adalah penting untuk memerhatikan bahawa tidak semua kelakuan prososial itu sama.
 Orang dewasa boleh mengambil peluang dengan ketika di mana kanak-kanak terlibat dalam tindakan prososial dengan mengaitkan tindakan sedemikian dengan suatu pendirian prososial.
BAB 3 PERKEMBANGAN SOSIAL
Ringkasan
 Perkembangan sosial menjejak bagaimana manusia daripada lahir sehingga dewasa belajar untuk berinteraksi dengan orang lain yang membolehkan mereka untuk akhirnya membentuk hubungan yang sihat dan memuatkan diri dalam situasi sosial dengan selesa.
 Pemahaman kendiri adalah suatu proses yang kompleks, melibatkan beberapa aspek tentang diri, merentas kemahiran dan/atau keupayaan kognitif, sosial, latar belakang dan budaya sosioekonomi.
 Konsep kendiri merujuk kepada penilaian khusus bidang tentang diri.
 Harga diri, juga dikenali sebagai nilai diri atau imej diri, merujuk kepada pentaksiran menyeluruh tentang diri sendiri.
 Harga diri boleh diukur dengan menggunakan ujian, melalui pemerhatian dan memeringkatkan kelakuan kanak-kanak dan remaja.
 Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai harga diri yang rendah adalah dimotivasikan oleh perasaan rendah diri yang memandu mereka untuk mencari pengesahan tentang nilai daripada orang lain atau dengan berbuat sesuatu.
 Erik Erikson (1902-1994) telah mencadangkan teori perkembangan psikososial yang menumpu kepada kematangan kognitif dan konteks social seorang individu.
 Faktor yang mempengaruhi harga diri termasuk perubahan hidup, restu rakan sebaya, kelakuan guru, prestasi fizikal dan pencapaian akademik.
 Kesan harga diri yang rendah termasuk gangguan makanan, prestasi rendah, kurangnya keyakinan diri dan kehidupan sosial yang lemah.
 Persepsi orang merujuk kepada cara kanak-kanak ‘menganggar’ atau menilai ciri-ciri orang yang mereka sudah terbiasa.
 Mengambil perspektif adalah keupayaan untuk membayangkan apa yang orang lain mungkin berfikir dan berasa.
 Penyelesaian masalah sosial adalah aplikasi strategi yang mengelakkan atau menyelesaikan perselisihan yang memanafaatkan kanak-kanak itu.
Bab 4: RESILIENSI DAN PERWATAKAN KANAK-KANAK
Ringkasan
 ‘Resiliensi’ berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘resiliency’.
 Resiliensi adalah kemampuan individu untuk dapat beradaptasi dengan baik meskipun dihadapkan dengan keadaan yang sulit
 Kanak-kanak yang resilien menggunakan sumber dari dalam dirinya sendiri untuk mengatasi masalah, konflik atau tekanan yang dihadapi supaya tidak menjejaskan kehidupan mereka.
 Dengan resiliensi, kanak-kanak dapat mengatasi trauma; tanpanya, trauma (kesusahan) akan menguasai mereka.
 Groteberg (1999) telah mencadangkan bahawa untuk mengatasi kesusahan atau masalah yang dihadapi, kanak-kanak merujuk kepada TIGA sumber untuk memperkukuhkan resiliensi atau ketahanan diri – Saya mempunyai, Saya adalah dan Saya boleh.
 Kajian oleh The International Resilency Project mendapati hanya 38% daripada beribu kanak-kanak yang ditanya mengatakan usaha dilakukan oleh orang dewasa untuk mempromosi resiliensi.
 Kanak-kanak itu dapat meluahkan pemikirannya dan perasaannya kepada orang lain.
 Kanak-kanak daripada semua peringkat umur tidak hanya memerlukan kasih sayang tanpa syarat daripada ibu bapa, penjaga, guru, adikberadik, kawan-kawan dan dewasa.
 Kanak-kanak dapat mengenali perasaannya sendiri, memberikan emosi-emosi itu nama, dan meluahkannya dalam perkataan serta kelakuan yang tidak melanggar perasaan dan hak orang lain mahu pun dirinya.
Bab 5: PENDERAAN KANAK-KANAK DAN GANGGUAN EMOSI
Ringkasan
Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial (Irene Cheah, 2012).
Penderaan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada EMPAT kategori: penderaan fizikal, penderaan seksual, pengabaian kanak-kanak dan penderaan emosi.
Penderaan seksual pula merujuk kepada perbuatan yang memaksa, mengugat dan memperdaya kanakkanak untuk melakukan hubungan seksual, sematamata untuk memenuhi kehendak nafsu seks orang dewasa.
Pengabaian merujuk kepada layanan buruk yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga, sama ada dengan sengaja atau kecuaian yang menyebabkan kanak-kanak menderita. Pengabaian boleh dikategorikan ke dalam tiga bentuk: Pengabaian Fizikal dan Perubatan, Pengabaian Peluang Pendidikan, dan Pengabaian Emosi.
Penderaan emosi atau mental atau psikologi ditafsirkan sebagai sebarang tindakan yang melukakan seorang kanak-kanak dari segi emosi atau mental. Keadaan seumpama ini merosakkan keupayaan kanak-kanak tersebut untuk berkelakuan baik, berfikir dengan waras dan berfungsi secara normal (Karmini Kassim, 1998).
LIMA tingkah laku ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak yang dikira sebagai penderaan emosi, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) dan merosakkan minda (corrupting the mind).
Tempoh masa sebelum proses penceraian berakhir selalunya merupakan tempoh masa yang amat genting. Dalam tempoh ini biasanya berlaku konflik, pergaduhan dan keganasan dalam rumah tangga.
Perbuatan ibu atau bapa yang mencerca dan melakukan keganasan di antara satu sama lain atau menyampaikan hal-hal kurang baik dihadapan anak seperti mengutuk ibu atau bapa kepada anak di belakang ibu atau bapa tersebut juga boleh membuat anak itu berasa cemas dan takut.
Tekanan tambahan bermula apabila anak-anak dipisahkan daripada ibu atau bapa mereka dan seterusnya apabila pihak ibu atau pihak bapa bertengkar untuk merebut hak penjagaan ke atas anak.
Kebanyakan kanak-kanak akan menyalahi sama ada ibu atau bapa yang menyebabkan penceraian dan akan memusuhi orang yang berkenaan.
Bab 6: Pengaruh Keluarga
Ringkasan
 Keluarga terdiri daripada orang yang mungkin berkait melalui darah, perkahwinan, atau pilihan.
 Keibubapaan autoritarian adalah apabila kanak-kanak dijangka mematuhi peraturan yang ketat yang diletakkan oleh ibubapa.
 Ibubapa yang autoritatif lebih responsif kepada anak-anak mereka dan bersedia mendengar soalan.
 Ibubapa permisif jarang mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka mempunyai jangkaan tentang kematangan dan kawalan diri yang secara relatifnya lebih rendah.
 Gaya keibubapaan yang tidak terlibat adalah dicirikan oleh permintaan yang sedikit, keresponsifan yang rendah dan komunikasi yang sedikit.
 Kanak-kanak banyak belajar daripada ibubapa mereka hanya dengan melihat dan memerhatikan mereka.
 Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai dan harus diteruskan ataupun tidak sesuai dan harus dihentikan.
 Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya mengekspresi ciri-ciri luaran seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan.
 Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal, seperti sifat ingin tahu, kebahagiaan, pengarahan kendiri dan kematangan kognitif dan sosial.
 Sebuah keluarga teradun merupakan suatu terma yang menerangkan sebuah keluarga di mana ibubapa yang telah berkahwin dengan pasangan yang lain sebelumnya, membawa anak-anak mereka daripada perkahwinan yang sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau 'teradun' bersama dalam struktur yang ada sekarang.
Bab 7 Lindungi Anak-Anak Kita daripada Risiko dan Pengaruh Media
10 Perkara Utama yang Perlu Diberitahu kepada Anak Anda
1. Jangan sesekali menjawab soalan-soalan atau apa jua borang dalam talian (online) atau memberi maklumat peribadi (seperti nama, umur, alamat, nombor telefon, sekolah, bandar, kata laluan dan jadual) tentang diri anda kepada orang lain tanpa kebenaran ibu bapa.
2. Elakkan daripada bersetuju untuk berjumpa dengan kenalan yang dikenali dalam talian tanpa kehadiran ibu bapa.
3. Jangan memasuki ruang sembang (chat room) tanpa kehadiran atau pengawasan ibu bapa. Sesetengah “kanak-kanak” yang anda kenali dalam ruang sembang mungkin bukan sebenarnya “kanak-kanak”, sebaliknya orang dewasa yang mempunyai niat yang tidak baik. Ingat, jangan mudah mempercayai seseorang berdasarkan apa yang diperkatakannya.
4. Jangan memberitahu sesiapa dalam talian di mana kamu akan berada atau apa yang akan kamu lakukan tanpa kebenaran ibu bapa.
5. Jangan menjawab atau menghantar e-mel kepada seorang yang baru dikenali dalam talian.
6. Jangan memasuki halaman dalam talian baru yang akan mengenakan bayaran tertentu tanpa mendapat kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.
7. Jangan menghantar gambar di internet atau e-mel kepada orang yang baru dikenali dalam talian tanpa kebenaran ibu bapa,
8. Jangan membeli atau membuat tempahan barangan dalam talian atau memberi maklumat kad kredit dalam talian tanpa kebenaran ibu bapa.
9. Jangan melayani sebarang komen atau sesuatu kontaks menyebabkan anda berasa tidak selesa atau curiga. Tamatkan dengan segera dan beritahu kepada ibu bapa secepat mungkin.
10. Biasakan memberitahu ibu bapa tentang sesuatu yang anda lihat yang boleh mengganggu fikiran anda. (Adalah baik untuk kesihatan minda anak anda sekiranya berbincang dengan mereka tentang kesan pendedahan terhadap imej pornografi, daripada membiarkan mereka dalam kekeliruan).
Bagaimana Ibubapa Boleh Menghadkan Tempoh Menonton Televisyen Televisyen dan Mengapa ia Penting:
Anda boleh mengurangkan pengaruh televisyen dengan menghadkan tempoh masa menonton yang dibenarkan kepada anak-anak.
Pastikan televisyen sentiasa dipadamkan ketika waktu makan.
Anak-anak yang berumur di bawah dua tahun sebaik-baiknya perlu dijauhkan daripada skrin televisyen sebanyak mungkin.
Apabila TV dijadikan sebagai suasana latar belakang ketika kanak-kanak bermain, sebenarnya ia mengganggu tumpuan mereka dan seterusnya boleh merencatkan perkembangan kecerdasan.
Jika boleh, elakkan daripada membawa anak-anak ketika membeli belah di kedai-kedai permainan besar.
Jangan meletakkan computer dalam bilik mereka.
Bab 8 DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK NEGARA
Ringkasan
Dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.
Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.
Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak.
Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak.
Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara menetapkan 7 objektif utama seperti berikut:
(i) meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama;
(ii) mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak;
(iii) menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing;
(iv) melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi;
(v) menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak;
(vi) meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan
(vii) meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak.
Bagi mencapai objektif-objektif di atas, 11 strategi dirangka berasaskan 4 aspek utama iaitu advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan.

No comments:

Post a Comment