Saturday, 2 February 2019

Ringkasan Asas Kemahiran Jawi


Bab 1 Sejarah tulisan jawi
Berdasarkan catatan pedagang Arab seperti Yaqut (Mu’jam Al-Buldan), Abu al-Fida, (Taqwin Al-Buldan) dan Ibn Battutha (Rihlat Ibn Battutha), perkataan Jawi berasal daripada perkataan:
·         Al-Jawi yang dinisbahkan kepada pulau Jawa, atau
·         Al-Jawah yang merujuk kepada penduduk Melayu-Islam di Kepulauan Melayu.
Raffles pula berpendapat bahawa perkataan Jawi bagi orang Melayu bermaksud kacukan seperti dalam ungkapan Anak Jawi iaitu kacukan daripada bapa ‘India’ dan ibu Melayu. Dengan yang demikian timbul istilah Jawi Peranakan.
Skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama kedatangan Islam. Disebarkan oleh pedagang & pendakwah Muslim drpd Arab, India dan China – abad 7.
Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.
Tulisan   Jawi digunakan  secara  meluas  di  negeri-negeri  kesultanan Melaka,  Johor,  Brunei,  Sulu,  Patani & Aceh seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka.
Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British dan ia digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Tulisan Jawi telah tersebar melalui penggunaannya pada duit syiling sejak zaman pemerintahan Sultan Muzzafar Shah, Melaka (1455-1459M).
Kemudian ia digunakan oleh ulama dan pengarang Islam untuk menulis kitab agama spt kitab Sirat al-Mustaqim, Sabil al-Muhtadin, Hidayat al-Salikin, karya sastera spt Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dll yang telah tersebar ke seluruh Nusantara.
Bermula abad ke-19 pula muncul akhbar dan majalah seperti Nujum al-Fajar (1872), Jawi Peranakan (1876), Sekolah Melayu (1888) dan Majalah al-Munir (1911).
Kemerosotan tulisan Jawi dikatakan bermula selepas perang dunia kedua, akibat kemajuan sains dan teknologi di negara Barat yang menggunakan bahasa Inggeris dan tulisan Rumi. Anak-anak Melayu yang memasuki sekolah Inggeris banyak yang tidak tahu membaca dan menulis Jawi.
Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 mengiktiraf tulisan Rumi sebagai tulisan Rasmi bagi bahasa Melayu.
Bab 2 Mengenal kata dasar
Kata dasar adalah kata akar yang menjadi pokok kata.
Kata dasar terbahagi kepada 3 jenis:
1.      Eka suku.
2.      Dwi suku.
3.      Tiga suku kata atau lebih.
Suku kata terbahagi kepada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
Diftong adalah gabungan dua huruf vocal dalam satu suku kata seperti: ai, au, ui.
Bab 3 JENIS-JENIS EJAAN JAWI
Ejaan Tradisi ialah ejaan yang menggunakan kaedah baris, tetapi baris tersebut telah digugurkan atau tidak ketara lagi.
Ejaan Lazim ialah ejaan yang biasa digunakan bagi mengeja perkataan suku kata terbuka atau tertutup sama ada bunyinya itu ke atas, ke bawah atau ke depan.
Kata dasar satu suku kata tertutup yang mengandungi bunyi/ a/ dieja dengan dua cara, iaitu:
1.      Dieja dengan menggunakan huruf alif.
2.      Dieja tidak menggunakan alif.
Kata-kata yang mempunyai bunyi vokal / e / i / hendaklah ditambah ya selepas huruf pertama.
Kata-kata yang mempunyai bunyi vokal / o / u / hendaklah ditambah wau selepas huruf pertama.
Kata Dasar Dua Suku Kata Mengikut Pola:
        i.            Pola a + i.
      ii.            Pola a + u.
    iii.            Pola i + a.
    iv.            Pola i + i.
      v.            Pola i + u.
    vi.            Pola e + a.
  vii.            Pola u + a.
viii.            Pola u + i.
    ix.            Pola u + u.
Kata dasar dua suku kata ini boleh dieja melalui dua cara, iaitu dengan cara bebas atau cara berpola.
Cara bebas:
        i.            Kata dasar yang berdiri bebas.
      ii.            Kata dasar yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata bebas, tetapi memerlukan imbuhan.
Cara berpola:
Cara ini dapat dilakukan dengan mengemukakan suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri dengan huruf-huruf vokal alif, wau dan ya.
Sementara suku kata tertutup pula ialah suku kata yang diakhiri dengan hurufhuruf benar atau bunyi konsonan.
Pola-pola ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
        i.            Suku Kata Terbuka + Suku Kata Terbuka.
      ii.            Suku Kata Terbuka + Suku Kata Tertutup.
    iii.            Suku Kata Tertutup + Suku Kata Terbuka.
    iv.            Suku Kata Tertutup + Suku Kata Tertutup.
Bab 4 EJAAN MENGIKUT HUKUM.
Dalam sistem ejaan Jawi terdapat beberapa hukum mengeja. Hukum tersebut ialah hukum darlung, hukum di luar darlung, hukum ka – ga, hukum ra – ma, hukum ha – aha dan lampau hukum.
Hukum Darlung ada lima, iaitu dal, ra, lam, wau dan nga. Mengikut hukum ini, jika terdapat perkataan (dua suku kata) yang kedua-dua suku katanya diakhiri dengan vokal /a/, maka perkataan tersebut hendaklah dieja dengan menambah alif dengan syarat suku kata akhir hendaklah dimulai dengan salah satu daripada huruf-huruf di atas.
Hukum Ka Dan Ga. Hukum ini dipakai bagi mengeja perkataan yang suku kata akhir menerima huruf kaf dan ga berbunyi ke atas dan bersuku kata terbuka, maka perkataan tersebut dieja tanpa alif.
Hukum Ra Ma. Hukum ini juga digunakan bagi perkataan yang berakhirkan suku kata terbuka ra dan ma. Kedua-dua suku kata tersebut menerima huruf alif.
Hukum Ha– Aha. Hukum ini digunakan bagi mengeja perkataan lebih daripada dua suku kata. Setiap perkataan yang mempunyai tiga atau empat suku kata dan bermula dengan huruf ha suku kata pertama itu dieja tidak memakai alif selepasnya.
Hukum aha pula digunakan bagi mengeja perkataan yang mengandungi suku kata ke atas terbuka diikuti ha. Huruf pertama tidak menerima alif tetapi huruf ha ini boleh menerima huruf vokal terutamanya alif.
Selain daripada lima hukum di atas, ada sesetengah perkataan yang dieja terkeluar dari hukum-hukum tersebut. Oleh itu, perkataan yang terkeluar daripada lima hukum di atas dikategorikan sebagai lampau hukum. Lampau hukum ini dapat dilihat dari dua aspek, iaitu:
        i.            Di Luar Darlung.
      ii.            Di Luar Hukum Ka – Ga.
Bab 5 KAEDAH MENGEJA JAWI.
Terdapat 10 kaedah mengeja Jawi iaitu kaedah mengeja kata ulang, diftong, geluncuran, gelinciran, glotis, homograf, kata pinjaman bahasa Arab, kata pinjaman bahasa Inggeris, kata berimbuhan dan kata gabungan.
Dalam sistem ejaan Jawi terdapat tiga bentuk diftong yang digunakan iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Dengan adanya sistem ejaan Jawi baru, kegelisahan para pengguna dapat diselesaikan. Sebelum ini, system mengeja bagi beberapa perkataan Jawi disamaeja.
Bunyi Glotis adalah Semua perkataan bahasa Melayu yang diakhiri dengan hentian glottal akan dieja dengan menggunakan huruf qaf.
Ada beberapa huruf Jawi yang mempunyai kaedah tersendiri apabila huruf itu dimasukkan bagi mengeja sesuatu perkataan, misalnya huruf dal, hamzah, ta dan alif.
Terdapat beberapa kaedah bagi mengeja huruf dal ini, iaitu dal sebagai /de/, dal sebagai kata depan, dal sebagai kata perbuatan dan dal dalam hukum aha.
Dalam tulisan Jawi huruf Hamzah banyak mengambil alih huruf vokal, seperti alif, ya dan wau.
Ada dua jenis ta yang digunakan dalam tulisan Jawi, iaitu ta panjang dan ta bulat. Ta panjang terdapat pada perkataan Melayu atau Inggeris, sementara ta bulat digunakan pada istilah Arab.
Penulisan Huruf Alif Di Akhir Kata:
        i.            Penggunaan alif pada suku kata akhir terbuka.
      ii.            Pengguguran alif pada suku kata akhir terbuka.
    iii.            Penyembunyian alif pada suku kata akhir tertutup.
huruf-huruf berbunyi ke atas halus /e/:
1.      Alif /e/ emak.
2.      Ba /be/ betul.
3.      Ta /te/ telur.
4.      Sa /se/ selasa.
5.      Jim /je/ jemu.
6.      Ca /ce/ cerah.
7.      Dal /de/ dekat.
8.      Ra /re/ resah.
9.      Sin /se/ senang.
10.  Nga /nge/ ngeri.
11.  Pa /pe/ petang.
12.  Qaf /ke/ kedah.
13.  Kaf /ke/ keras.
14.  Ga /ge/ gelap.
15.  Lam /le/ lemas.
16.  Mim /me/ menang.
17.  Nun /ne/ negeri.
18.  Wau /we/ wewenang.
19.  Ha /he/ helang.
20.  Nya /nye/ nyenyak.
Sistem menulis kata dasar tiga suku kata. Kata seumpama ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
        i.            Kata dasar yang berdiri bebas.
      ii.            Kata-kata yang terbina dengan menerima penambahan pada kata dasar dua suku kata.
Bab 6 Kata Pinjaman
Bahasa arab dan istilah agama. Ada dua sistem mengeja kata-kata pinjaman ini, iaitu:
        i.            Kata bahasa Arab yang menjadi istilah hendaklah dieja seperti ejaan Asalnya.
      ii.            Kata-kata bahasa Arab yang lazim digunakan dieja menurut bahasa Melayu.
Huruf ain digunakan untuk mengeja perkataan-perkataan pinjaman bahasa Arab. Cara mengeja perkataan ini tidak dapat diselaraskan dengan ejaan rumi. Dalam system ejaan Rumi baharu penggunaan ain diketepikan dan tempatnya diganti sama ada dengan huruf ‘a’ atau ‘k’. Tanda (‘) bagi lambang bunyi ain dibuang. Misalnya, perkataan ‘alam dieja sebagai alam dan ta’limat dieja sebagai taklimat. Dalam tulisan Jawi ejaan yang sedemikian adalah janggal dan kadang kala boleh mengubah maksud sesuatu kata. Oleh yang demikian dalam tulisan Jawi penggunaan ain dikekalkan.
Kata pinjaman daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris hendaklah dikekalkan bentuk visualnya serta sedikit penyelarasan dengan kaedah ejaan bahasa Melayu. Bunyi /k/ dilambangkan dengan huruf kaf.
Bab 7 Kata Berimbuhan
Imbuhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu awalan dan akhiran.
Imbuhan awalan yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah beR, di-, ke-, meN, se-, dan teR.
Awalan beR. Ada tiga cara menggunakan imbuhan ini, iaitu:
a.       Ditulis begini pada kata dasar yang bermula dengan huruf (r) بر
b.      Awalan ini hanya terdapat pada kata ajar dan unjur sahaja بل
c.       Ditulis begini pada semua kata dasar, kecuali yang disebut pada (a) dan (b)بر
Awalan di. Ada dua cara penulisan imbuhan ini, iaitu:
a.       sebagai awalan dan kata depan, ia ditulis untuk kata dasar yang bermula dengan huruf alif دأ
b.      sebagai awalan dan kata depan ini ditulis pada kata dasar yang bermula dengan huruf konsonanد
Awalan ke. Ada dua cara penulisan imbuhan ini, iaitu:
a.       Sebagai awalan dan kata depan, ditulis pada kata dasar yang bermula dengan huruf vokal alifكأ
b.      sebagai awalan dan kata depan yang ditulis pada kata dasar yang bermula dengan konsonan ك
Awalan meN. Ada lima cara penulisan imbuhan ini, iaitu:
        i.            Ditulis begini pada kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf konsonan م
      ii.            Di tulis begini pada kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf  p, f, v, b مم
    iii.            Ditulis begini pada kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf sy, z, t, j, d,ch من
    iv.            Di tulis bagi kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf  kh, a, g, gh, hمݞ
      v.            Ditulis begini pada kata dasar yang bermula dengan huruf sin مپ
Awalan peNAda tujuh cara penulisan imbuhan ini, iaitu:
        i.            ڤل Hanya ditulis pada kata dasar ajar dan bagai.
      ii.            ڤ Ditulis begini pada kata dasar yang dimulai dengan huruf-huruf: ك, ز, ي, و, ت, س, ر, ڬ, د, پ, ن, م, ج
    iii.            ڤرDitulis begini pada kata dasar yang bermula dengan huruf ba dan ta.
    iv.            ڤمditulis pada kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf ف, ڤ, ب, ۏ
      v.            ڤݞDitulis pada kata dasar yang bermula dengan huruf-hurufك, خ, ه, ا,ض dan kata dasar satu suku kata.
    vi.            ڤپ Ditulis pada kata dasar yang bermula dengan huruf sin.
  vii.            ڤن Ditulis pada kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf چ, ت, ز, ش, ج, د
Awalan se. Ada dua penulisan imbuhan ini, iaitu:
        i.            سأDitulis untuk kata dasar yang bermula dengan huruf alif.
      ii.            سditulis untuk kata dasar yang bermula dengan huruf bukan alif.
Awalan teR. Ada tiga cara penulisan imbuhan ini:
        i.            ت Ditulis pada kata dasar yang bermula dengan huruf Ra.
      ii.            تر Ditulis pada semua kata dasar.
Akhiran yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah –an, -i dan –kan.
Akhiran –an. Ada tiga cara penulisan akhiran ini iaitu:
a.       ان ditulis pada kata dasar yang diakhiri dengan huruf wau.
b.      ءنDitulis pada kata dasar yang diakhiri dengan huruf alif.
c.       ن ditulis pada semua kata dasar kecuali yang sudah disebut pada (a) dan (b) di atas.
Akhiran –i. Ada dua cara penulisan akhiran ini, iaitu:
a.       ءي Ditulis begini pada kata dasar yang diakhiri dengan huruf alif atau huruf wau.
b.      ي ditulis pada semua kata dasar kecuali yang sudah disebutkan pada (a) di atas.
Akhiran –kan
كن Akhiran ini ditulis untuk perkataan dasar.
APITAN (AWALAN – AKHIRAN)
Awalan dan akhiran yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah beR- -an, beR – kan, di- -i, ke- -an, meN- -i, meN- -kan dan peN- -an.
beR-… -an. Ada tiga cara penulisan imbuhan ini, iaitu:
a.       بر - ان Ditulis untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf wau.
b.      بر - ءن Ditulis untuk kata dasar yang diakhiri dengan Alif.
c.       بر - ن ditulis untuk semua kata dasar yang tidak disebut dalam (a) dan (b) di atas.
beR-… -kan. Bagi imbuhan ini, awalannya ditulis sama seperti sistem yang terdahulu. Sementara akhirannya pula ditulis  كنsahaja.
di-… -i. Untuk imbuhan ini, awalannya ditulis seperti awalan di-, manakala akhirannya adalah seperti akhiran –i.
di-… -kan. Untuk imbuhan ini pula, awalannya ditulis seperti kaedah yang terdahulu.
ke-… -an. Bagi imbuhan ini, sistem yang digunakan sama seperti sistem di atas.
meN-… -i. Sistem yang sama juga digunakan bagi imbuhan ini.
meN-… -kan. Sistem yang sama juga digunakan.
peN-… -an. Sistem yang sama juga digunakan.
PARTIKEL
Ada empat partikel yang digunakan dalam bahasa Melayu, iaitu lahله , kahكه , tahته  dan punڤون.
KATA GANTI SINGKAT
Kata ganti singkat yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah kauكاو , kuكو , muمو  dan nyaپ .


1 comment:

  1. terima kasih tuan atas penerangan, minta izin ambil beberapa maklumat dari penulisan tuan

    ReplyDelete