Pada 31 Disember 2010 dan 1 Januari
2011 , Jabatan Dakwah dan Persatuan Mahasiswa Kolej Islam Antarabangsa Sultan
Ismail Petra telah menganjurkan Seminar Perbandingan Agama.Seminar ini
mengandungi lapan Slot serta disampaikan oleh dua penceramah dari Saba Islamic
Media iaitu Brother Shah Kirit Govindji dan Brother Rahmat.
Slot pertama ialah ceramah “
kewajipan berdakwah” disampaikan oleh Brother Shah Kirit.Dalam ceramah tersebut
Beliau menerangkan bahawa kerja dakwah adalah tanggungjawab setiap orang Islam.
Kemudian Beliau menerangkan sejarah penubuhan Islamic Information centar
beserta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut.Antara
aktiviti yang dijalankan ialah Hotel Quran Projek yang bermula pada tahun
1998,latihan dakwah untuk melatih orang Islam menjadi pendakwah,dan program
perbandingan agama.
Kemudian Beliau mengumumkan bahawa
jadual ada beberapa perubahan .Dan Beliau terus menerangkan pengenalan kepada
agama dunia secara ringkas menurut International Teologi Colleg.
Slot ketiga ialah ceramah “Sejarah
Agama Kristian” disampaikan oleh Brother Rahmat.Sejarah Kristian berkaitan
dengan Nabi Isa dimana baginda dilahirkan secara mukjizat tanpa berbapa sebagai
bukti kebesaran Allah.Apabila Nabi Isa berumur 30 tahun,baginda dilantik oleh
Allah menjadi Rasul untuk menyampaikan risalah tauhid kepada Bani
Israil.Menurut kepercayaan Orang Kristian bahawa Nabi Isa kemudiannya ditangkap
dan dihadapkan kepada gabenor.Akhirnya Nabi Isa mati disalib pada hari Jumaat
dan hari tersebut dirayakan sebagai “Good Friday”.Tiga hari setelah itu baginda
dibangkitkan semula dan hari tersebut dirayakan sebagai “Hari Easter”.Kemudian
baginda naik ke langit.
Agama Kristian bermula apabila Paul
menyelewengkan ajaran Nabi Isa.Paul of Tarsus adalah seorang pharises yang
membenci dan menentang pengikut-pengikut Nabi Isa.Semasa hidupnya beliau tidak
pernah berjumpa dengan Nabi Isa tetapi beliau mendakwa dirinya mendapat “
vision of Christ” semasa dalam perjalanan ke Damacus.Antara penyelewengannya
ialah tidak perlu berkhatan,menghalalkan semua makanan,manusia mewarisi dosa
Adam,Isa mati menebus dosa manusia,dan Isa adalah anak Tuhan.Ajaran Paul terus
berkembang dan pada 325 masihi berlaku persidangan “ Council of Nicea”.Pada 381
masihi,kitab Bible mula dibukukan.Semasa persidangan “ Council of Chaladon”
berlaku perpecahan besar Kristian kepada gereja barat iaitu Catolik dan gereja
timur iaitu Ortodox.Martin Luther mengasaskan gereja protestan pada abad 16
masihi dan sehinga kini terdapat 33800 pecahan agama Kristian .
Slot keempat ialah ceramah “
kepercayaan Orang Kristian” disampaikan oleh Brother Rahmat.Bahawa asas
kepercayaan Kristian ialah semua manusia mewarisi dosa warisan daripada Adam
dan Hawa.Untuk menebus dosa warisan keturunan Adam,Allah mengutuskan anakNya
sebagai penyelamat dan menjadi korban di kayu salib.Sesiapa yang beriman
sedemikian akan mendapat keselamatan dan dijamin ke syurga menurut kepercayaan
Kristian.sebagaimana yang disebutkan dalam John 3:16.Kemudian Beliau
mengajarkan cara-cara berhujah kepada orang Kristian dengan menggunakan dalil
logic dan mantik serta kenyataan-kenyataan Bible.
Slot kelima dan keenam ialah
ceramah “ pengenalan Agama Hindu” dan “kepercayaan Orang Cina” disampaikan oleh
Brother Shah Kirit.Antara asas kepercayaan Hindu ialah konsep “ Trimurthi”
iaitu Brahma,Visnu,dan Shiva.Brahma ialah Tuhan Yang Maha Mencipta,Vishnu ialah
Tuhan Yang Maha Mentadbir alam,dan Shiva ialah Tuhan Yang Maha Membinasakan
berdasarka kepercayaan Hindu.Manakala Kepercayaan Orang Cina ialah
Budhisme,Taoisme dan Confucianisme.Budhisme diasaskan oleh Sidarta Gautama
bahawa manusia hidup di dunia penuh dengan ujian dan sukaduka kerana Keinginan
hawa nafsunya,untuk mencapai kesucian tersebut manusia perlu berlatih melalui
lapan jalan murni yang diajarka oleh Budha .Taoisme diasaskan oleh Lao
Tze,kitab pengangannya ialah TaoTe Jing yang membicarakan tentang konsep “tao”
iaitu jalan kebenaran .Confucianisme diasaskan oleh Kong Futze,kitab
pegangannya ialah Lun Yu yang mengajarkan etika moral dan etika hubungan sesama
manusia.
Slot ketujuh dan kelapan ialah
ceramah “Paradoks Agama Kristian” dan “Al-Quran Dan Sains” disampaikan oleh
Brother Rahmat dan Brother Shah kirit.Paradoks agama Kristian ialah
percanggahan-percanggahan yang terdapat dalam agama Kristian dimana ia adalah
tidak konsisten dari segi kepercayaannya.Antara percanggahan yang terdapat
dalam Bible ialah menyumpah Judas Iscariot,menyumpah pendeta yahudi,pembunuh
dan pembunuhan Christ,penebus dosa wujud sebelum dosa,penyaliban ialah berita
baik atau tragedi ?Sains Moden telah membuktikan bahawa Al-Quran adalah Wahyu
daripada Allah SWT..General Theory of Relativiti telah membuktikan bahawa alam
semesta ini mempunyai pencipta dan bukan terjadi dengan sendirinya.Ramai ahli
sains barat yang masuk Islam setelah mengkaji kejadian alam dan Al-Quran.
Slot kesembilan ialah ceramah “
Memahami Permasalahan dan cabaran Muallaf” disampaikan oleh Brother Shah Kirit.Antara
gelaran terhadap orang yang baru memeluk Islam di Malaysia ialah
muallaf,saudara baru dan saudara kita.Antara punca mereka memeluk Islam ialah:
Perkahwinan,pergaulan,kebajikan,kajian,azan dan solat,status bumiputra,dan
perniagaan.Sebelum memeluk Islam mereka menghadapi masalah seperti:salah
tanggapan terhadap Islam,memeluk Islam dianggap masuk Melayu,pandangan bahawa
semua agama sama serta akhlak negatif orang Islam .Manakala semasa memeluk
Islam muallaf berdepan dengan masalah birokrasi urusan pengislaman
dan seterusnya akan menghadapi cabaran yang lebih besar daripada keluarga asal
lagi.
Slot seterusnya ialah ceramah
“Terminologi Kristian” disampaikan oleh Brother Rahmat ,menerangkan
istilah-istilah agama yang di pakai oleh orang kristian.Antara istilah yang
terdapat dalam Bible ialah gospel (beritabaik) ,apostle (rasul) , disciple (pengikut
), angel (malaikat) , messiah (al-masih) , revalation (wahyu) , dan saint (wali)
.Antara istilah berkenaan dengan kematian ialah: spirit (ruh) , soul (orang ), born
again (lahir semula) , hereafter (akhirat) , heaven and hell (syurga dan
neraka) dan end time (akhir zaman) . Antara istilah yang berkaitan dengan
theology ialah creation (penciptaan) , redemption (penebusan) , salvation (jalan
keselamatan) , righteous (soleh) , justification (tiada dosa) , dan
sanctification (suci) .Antara istilah yang berkaitan dengan ritual ialah : worship
(ibadah) , pray (doa) , priest (paderi) , church (gereja , jemaah) , mass , fellowship
,love dan Sunday.
Slot terakhir ialah ceramah
“salah faham non muslim terhadap Islam” disampaikan oleh Brother Shah Kirit.Dalam
ceramahnya ,beliau menerangkan punca-punca orang bukan Islam bersalah faham
terhadap Islam dan cara-cara untuk memberikan kefahaman kepada orang bukan
Islam.Seterusnya ialah sesi soal jawab antara peserta dengan penceramah,dan
seminar ini di sudahi dengan ucapan penutup oleh ketua Jabatan Dakwah Ustazah
Dr. Fatimah Bt Ali.
Melalui seminar perbandingan agama
kali ini saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang perbandingan
agama,memperluaskan minda,menetapkan pendirian bahawa Islam agama yang syumul
dan benar,dapat berkongsi pengalaman berdakwah bersama penceramah-penceramah
dan menguatkan keyakinan diri untuk berterusan berdakwah kepada keluarga asal.
Akhirnya saya berharap dapat
menyertai seminar-seminar seumpama ini pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment