Sunday, 1 September 2013

Dua puluh lapan usul tertib dalam dakwah dan tabligh


Ada dua puluh lapan tertib yang harus dipatuhi oleh setiap da'ie ketika keluar di jalan Allah, iaitu;

1. Empat perkara yang diperbanyakkan;
Dakwah ilallah - Dakwah ijtima'i, dakwah infradi, dakwah umumi dan dakwah khususi.
Ta'lim wal ta'lum - Ta'lim infradi, ta'lim ijtimai, halaqah tajwid, fadhilah amal dan muzakarah sifat-sifat sahabat.
Zikir dan Ibadah - Zikir: membaca Subhanallah, wal hamdulillah, walaa ilaaha illallah, wallahu akbar; selawat, istighfar dan tilawah Al-Quran. Ibadah: Ibadah fardhu, wajib, sunat dan mustahab.
Khidmat - Khidmat kepada diri sendiri, rombongan jemaah, (kariah)kampung dan amir jemaah.

2. Empat perkara yang dikurangkan;
Kurangkan masa makan dan minum.
Kurangkan masa tidur dan rehat.
Kurangkan percakapan yang sia-sia.
Kurangkan masa di luar masjid.

3. Empat perkara yang ditinggalkan;
Ishraaf (perbuatan boros atau membazir).
Berharap (dalam hati) kepada makhluk.
Meminta kepada makhluk.
Menggunakan barang orang lain tanpa izin.

4. Empat perkara yang tidak boleh disentuh;
Perbedaan aqidah.
Khilafiah/ mazhab.
Politik, aib masyarakat, pangkat serta derma.
Berdebat (mujadalah).

5. Empat perkara yang dijaga;
Mengutamakan amal ijtima'i daripada amal infradi.
Kehormatan masjid.
Ketaatan kepada amir jemaah.
Sabar dan tahamul (ketahanan dalam menghadapi ujian).

6. Empat perkara yang dijauhkan;
Tankish (merendahkan).
Tankind (mengkritik).
Tardid (menafikan atau menolak sama sekali).
Taqobul (membanding-bandingkan).

7. Empat pilar (tiang/ dasar) agama;
Ahli dakwah (tabligh, da'ie, juru dakwah).
Tadris (para ulama, pengasuh/mudir pondok pesantren/ madrasah, majlis ta'lim).
Kanka (mursyid, ahli tareqat) dan
Musanif (para pengarang kitab).

No comments:

Post a Comment