Thursday, 19 September 2013

HUKUM JINAYAT ( JENAYAH) MENJAMIN KEHARMONIAN UMMAH


Kehidupan individu dalam sesebuah masyarakat atau Negara perlu mendapat perlindungan yang sewajarnya.  Walaupun ada ahli-ahli masyarakat yang baik akhlaknya, bertimbangan rasa, kasih-mengasihi, hormat-menghormati sesama  Islam mahupun yang bukan Islam , namun tidak dinafikan terdapat juga anasir-anasir tidak sihat dalam masyarakat yang “ beraja di mata, bersultan di hati”.
Golongan ini sentiasa berusaha menimbulkan berbagai-bagai masalah dan ancaman yang boleh merosakkan akidah, mencemarkan kesucian Islam dan menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakan.
Justeru itulah, Islam menetapkan hukum jinayat dan perundangan Islam untuk memelihara insan daripada setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syarak.  Untuk itu , di bawah undang-undang ini , diharamkan :
1.      Mensyirikkan (menyekutukan) Allah atau murtad ( keluar daripada Islam) kerana boleh merosakkan akidah/ agama.
2.      Meminum arak, menyalahgunakan dadah, membunuh dan memakan makanan haram (misalnya babi) kerana boleh merosakkan rohani (jiwa) jasmani dan akal.
3.      Mencabul kehormatan, mendedahkan aurat yang tidak sepatutnya, khianat, mungkir janji dan merogol kerana boleh merosakkan kehormatan.
4.      Berjudi , memakan harta anak yatim, riba dan enggan berzakat kerana boleh merosakkan harta benda.
5.      Berzina , bersekedudukan tanpa nikah, dan kahwin sesama mahram kerana boleh merosakkan zuriat/ keturunan.
Telah diakui oleh umat setiap zaman, bahawa hukum-hukum ciptaan manusia tidak pernah dapat menyelesaikan masalah dan melindungi mereka daripada segala macam gejala hidup bermasyarakat dan bernegara.
Hanya agama Islam menerusi hukum jinayat dan hukum-hukum ibadah, syariat dan munakahat sebelum ini dapat memandu insan ke jalan yang lurus dan melindungi mereka daripada segala bentuk kemungkaran, kerosakan dan keruntuhan moral yang berlarutan.
Betapa lengkapnya Islam yang bukan hanya memberikan perhatian kepada hubungan insan dengan khaliqnya(penciptanya) tetapi menitikberatkan juga aspek hubungan social dan kemanusiaan pada setiap zaman.
Dunia yang penuh dengan kemelut social yang membimbangkan hasil dari perkembangan dan pengaruh media massa membuka lebih banyak ruang kepada gejala-gejala yang boleh merosakkan individu dan masyarakat. Justeru, Islam menetapkan beberapa hukuman dalam menangani pelbagai masalah jenayah social ini.
JENIS-JENIS HUKUMAN JENAYAH
HUKUM HUDUD
HUKUM TAKZIR
Hukuman syarak yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak Allah seperti memotong tangan si pencuri, rejam ke atas penzina dengan syarat-syarat yang tertentu menurut al-Quran dan as-sunnah.
Hukuman yang tidak tergolong di bawah hudud dan qisas tetapi harus dijatuhkan bagi menunaikan hak Allah dan manusia.  Hukumannya tertakluk kepada budi bicara hakim/kadi.
HUKUM QISAS
HUKUM DIAT
Hukuman Allah yang wajib dilaksanakan bagi menunaikan hak manusia seperti pembunuhan dibalas bunuh.
Denda yang ditetapkan syarak sebagai menggantikan qisas yang tidak dilaksanakan.

KESALAHAN DI BAWAH HUKUM HUDUD
i.                    Mencuri
ii.                  Berzina/liwat/sihak.
Liwat ialah perhubungan seks antara lelaki dengan lelaki (homoseks).
Sihak ialah perhubungan seks antara perempuan dengan perempuan, yang lebih dikenali sebagai lesbian.
iii.                Merompak.
iv.                Menuduh perempuan berzina tanpa bukti ( qazaf).
v.                  Meminum minuman keras.
vi.                Murtad.
vii.              Pemberontakan ke atas pemimpin yang menjalankan hokum Islam.
Sebagai contoh, dalam al-Quran, Allah SWT menetapkan hukuman mencuri melalui firman-Nya :
ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ  
Maksudnya:  Dan lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka , potonglah tangan merekasebagai satu balasan atas apa yang mereka kerjakan ( juga sebagai) peringatan daripada Allah, dan Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. ( Surah al-Ma’idah 5: 38)
KESLAHAN DIBAWAH HUKUM QISAS.
i.                    Kesalahan membunuh dengan sengaja.
ii.                  Kesalahan mencederakan tubuh badan dengan sengaja.
HUKUMAN QISAS
i.                    Membunuh dibalas bunuh.
ii.                  Mencederakan hendaklah dicederakan sebagai balasan.
Firman Allah SWT:
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNä3øn=tæ ÞÉ$|ÁÉ)ø9$# Îû n=÷Fs)ø9$# (
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu melaksanakan qisas(balasan seimbang) bagi orang yang mati dibunuh. (Surah al-Baqarah 2: 178)
KESALAHAN DIBAWAH HUKUM TAKZIR.
Penetapan hukumannya termasuk dibawah bidang kuasa pemerintah atau mahkamah syariah untuk menjaga kepentingan ramai.
Umumnya, kesalahan-kesalahan takzir adalah seperti kesalahan meninggalkan kewajipan-kewajipan agama atau melanggar larangan-larangan Allah dan Rasul dalam semua aspek kehidupan.
KESALAHAN DIBAWAH HUKUM DIAT.
Hukuman diat atau denda dikenakan bagi menggantikan qisas yang tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu.
Misalnya, hukuman untuk sesuatu pembunuhan boleh tergolong kepada kategori berikut:
i.                    Dibunuh balas sebagai qisas.
ii.                  Dihukum membayar denda ( diat).
iii.                Memaafkan tanpa terikat kepada sebarang syarat.
BAHAGIAN DIAT
i.                    Berat
Pembunuhan dengan sengaja dan menyerupai sengaja.  Pembunuhan  sengaja adalah dengan menggunakan apa jua peralatan yang boleh membunuh seperti pistol, pisau dan sebagainya dan orang tersebut memang bertujuan untuk membunuh.  Manakala pembunuhan yang menyerupai sengaja adalah dengan menggunakan peralatan yang tidak membunuh seperti ranting kayu dan sebagainya dan menyebabkan kematianwalau dengan sekali pukul serta orang tersebut tidak bertujuan membunuh.
Diat yang dikenakan ialah 100 ekor unta (30 ekor yang telah berumur 3 tahun dan hendak masuk 4 tahun, 30 ekor  yang telah berumur 4 tahun dan hendak masuk 5 tahun, 40 ekor yang hamil).
Bagi pembunuhan dengan sengaja  perlu dibayar dengan segera dengan harta pembunuh sendiri,dan jika unta tidak didapati maka hendaklah digantikan dengan nilainya. Tetapi , pembunuhan yang menyerupai sengaja bolehlah dibayar diatnya oleh ahli waris ‘asbahah (iaitu mereka yang berhak mendapat harta pusaka daripada kalangan kerabat di sebelah bapa) si pembunuh dalam tempoh 3 tahun dengan satu pertiga diat dibayar pada setiap tahun.
ii.                  Ringan
Pembunuhan yang tersalah atau tersilap bunuh, seperti seseorang yang keluar berburu binatang di dalam hutan dan  tertembak manusia yang disangkakan binatang. Diat yang dikenakan juga 100 ekor  unta (20 anak unta betina yang berumur setahun dan hendak masuk 2 tahun, 20 anak unta betina yang berumur dua tahun dan hendak masuk 3 tahun, 20 anak unta jantan yang berumur 2 tahun dan hendak masuk 3 tahun, 20 ekor unta betina yang berumur 3 tahun dan hendak masuk 4 tahun, dan 20 ekor  unta betina yang berumur 4 tahun dan hendak masuk 5 tahun). Bolehlah dibayar diatnya oleh ahli waris ‘ashabah (iaitu mereka yang berhak mendapat harta pusaka daripada kalangan kerabat di sebelah bapa) si pembunuh dalam tempoh 3 tahun dengan satu pertiga diat dibayar pada setiap tahun. Begitu juga jika unta tidak didapati maka hendaklah digantikan dengan nilainya. Namun, bahagian diat ini boleh bertukar menjadi berat jika pembunuhan yang tersalah ini dilakukan di Tanah haram, atau dalam bulan-bulan haram, atau membunuh saudara yang mempunyai pertalian dan haram dibunuh.
HUKUMAN BERKAITAN ORANG BUKAN ISLAM
i.                    Golongan bukan Islam juga akan mendapat perlindungan saksama di bawah undang-undang jenayah Islam. Contohnya , apabila orang bukan Islam disakiti atau dicederakan atau dibunuh oleh orang Islam dan juga bukan Islam yang lain, beliau atau keluarganya/ warisnya akan menerima pembelaan sewajarnya.
ii.                  Begitu juga apabila orang bukan Islam membuat kesalahan seperti didapati berkhalwat dengan orang  Islam, beliau akan dihukum “ takzir” dan pasangannya daripada orang Islam (lelaki/perempuan) juga akan dihukum.
iii.                Namun begitu, orang bukan Islam diberi kelonggaran mengamalkan adat kebudayaan dan agama mereka di bawah undang-undang Islam. Di samping itu, mereka dibenarkan meminum arak di tempat tertutup (rumah, majlis kenduri, dan sebagainya) dan dilarang menjual arak kepada orang Islam. Mereka juga dibenarkan menjual khinzir (babi) di tempat yang disediakan.

No comments:

Post a Comment