Thursday, 1 August 2013

Menghadapi cabaran hidup sepanjang hayat.

1.     Mendekati masjid dan menjaga solat berjemaah. Berusaha  mendirikan solat lima waktu pada waktunya secara berjemaah di masjid atau surau sedaya mungkin.  Menghayati agama Islam sebagai cara hidup. Sentiasa membaca al-Quran dan hadis nabi serta menghayati isi kandungannya. Mengingati Allah. Meredai ketentuan Allah dan banyakkan berzikir mengingati Allah dengan ucapan : رضيت بالله رباوبالاسلام ديناوبمحمدنبياورسولا.     Mengamalkan akhlak mulia. Sentiasa bersangka baik kepada Allah , diri sendiri dan orang lain.Berfikir secara tenang dan rasional . Berfikir berdasarkan ilmu agama dan bimbingan agama Islam serta tidak berfikir secara melampaui batasan agama Islam dan tidak melakukan penyelewengan dalam agama Islam . Mempunyai perjuangan yang murni. Menjadikan usaha untuk ikhlas dan khusyu’ dalam semua amalan dan pekerjaan sebagai perjuangan sepanjang hayat. Berterusan dalam usaha Jemaah dakwah dan tabligh. Berterusan melakukan usaha tempatan iaitu lima amalan masjid dan keluar jalan Allah sedaya mungkin. Mempelajari sesuatu yang baru lagi bermanfaat untuk membuka minda. Contohnya mempelajari ilmu perbandingan agama dengan mengkaji kitab Bible dan kitab Sastera Cina. Memohon kesabaran.Sentiasa  bersabar dan ingat bahawa beserta kesabaran ada kejayaan. Meninggalkan ajaran rahbaniyah. Urusan akhirat di utamakan, perintah Allah didahulukan , larangan Allah dijauhi, dan urusan duniawi dikemudiankan. Memotivasikan diri. Peka dengan isu-isu semasa dengan membaca berita dan menghayati kisah kehidupan para nabi dan para sahabat nabi saw  untuk dijadikan motivasi diri.
 

No comments:

Post a Comment