عن سلمان رضي الله عنه قال:سألت رسول الله صلي
الله عليه وسلم.عن الاربعين حديثاالتي قال:من حفظهامن امتي دخل الجنة.قلت:وماهي
يارسول الله؟قال:تؤمن بالله,واليوم الاخر,والملاءكة,والكتب,والنبيين,والبعث
بعدالموت,والقدرخيره وشره من الله تعالي.وان تشهدان لااله الاالله,وان محمدارسول
الله.وتقيم الصلاة بوضوءسابغ كامل لوقتها.وتؤتي الزكاة.وتصوم رمضان.وتحج البيت ان
كان لك مال.وتصلي اثنتي عشرة ركعة في كل يوم وليلة.والوترلاتتركه في كل
ليلة.ولاتشرك بالله شيئا.ولاتعق والديك.ولاتأكل مال اليتيم ظلما.ولاتشرب
الخمر.ولاتزن.ولاتحلف بالله كاذبا.ولاتشهدشهادة زور.ولاتعمل بالهوي.ولاتغتب أخاك
المسلم.ولاتقذف المحصنة.ولاتغل أخاك المسلم.ولاتلعب.ولاتله مع الاهين.ولاتقل
للقصير:ياقصير,تريدبذلك عيبه.ولاتسخربأحدمن الناس.ولاتمش بالنميمة بين
الأخوين.واشكرالله تعالي علي نعمته.وتصبرعلي البلاءوالمصيبة.ولاتأمن من عقاب
الله.ولاتقطع أقرباءك,وصلهم.ولاتلعن احدامن خلق الله.وأكثرمن
التسبيح,والتكبير,والتهليل.ولاتدع حضورالجمعة,والعيدين.واعلم أن ماأصابك لم يكن
ليخطءك,وماأخطأك لم يكن ليصيبك.ولاتدع قراءة القران علي كل حال.رواه الحافظ
أبوالقاسم بن عبدالرحمن بن محمدبن اسحاق بن مندة.والحافظ أبوالحسن علي بن أبي
القاسم بن بابويه الرازي في الاربعن.وابن عساكر,والرفعي عن سلمان.
Salman ra. berkata : Saya bertanya kepada Rasulullah
saw. tentang empat puluh hadis yang baginda bersabda:barangsiapa dikalangan
umatku yang menghafalnya akan masuk syurga.Saya berkata : apa wahai Rasulullah
.Baginda berkata:kamu beriman kepada Allah,dan hari akhirat,dan malaikat,dan
kitab,dan para nabi,dan kehidupan setelah mati,dan takdir yang baik dan buruk
daripada Allah swt.dan bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah,dan bahawa Nabi
Muhammad utusan Allah.Dan menunaikan solah pada waktunya dengan wuduk yang
sempurna. Dan membayar zakat.dan puasa Ramadhan.dan melakukan haji ke Baitillah
jika anda mempunyai kewangan.Dan bersolat sunat rawatib dua belas rakaat sehari
semalam.dan jangan tinggalkan solat witir setiap malam.dan jangan mensyirikan
Allah dengan apa-apa.Jangan menderhakai ibu bapa anda.Jangan makan harta anak
yatim secara zalim.Jangan minum arak.Jangan berzina.Jangan bersumpah palsu
kepada Allah secara dusta.Jangan buat persaksian palsu.Dan jangan bertindak
mengikut hawa nafsu.jangan mengumpat saudaramu yang Islam.Jangan buat tuduhan
palsu.Jangan dengki saudaramu yang Islam.Jangan bermain dengan permainan
sia-sia.Jangan leka.Jangan berkata kepada orang yang pendek : wahai Si
Pendek,dengan niat mengaibkannya.Jangan mempersendakan orang lain.Jangan
mengadu domba antara dua yang bersaudara.Dan mengucapkan syukur kepada Allah
swt. Kerana limpah kurnia-Nya.dan bersabar atas bala dan musibah.Jangan merasa
selamat dari hukuman Tuhan.Jangan putuskan tali persaudaraan,dan
menyambungnya.Jangan mengutuk ciptaan Tuhan.Dan perbanyakkan sebutan
Tasbih,Takbir,dan Tahlil.Dan jangan meninggalkan solat Jumaat dan solat dua
hari Raya.Dan tahu bahawa apa yang telah menimpa anda tidak akan terlepas
daripadamu,dan apa yang tidak ditakdirkan untukmu tidak pernah menimpa anda.Dan
jangan meninggalkan membaca al-Quran walau dalam apa jua keadaan.Riwayat
Al-Hafiz Abul Qasim ibn Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Ishaq ibn Mandah.Dan Al
–Hafiz Abul Hassan Ali ibn Abil Qasim ibn Babuwiyah Al-Razi dalam Kitab Hadis
Empat Puluhnya dan Ibnu Asakir,dan Rafie daripada Salman.
No comments:
Post a Comment