Mempunyai kesedaran dan keazaman bahawa wajib
berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian diploma dengan berjaya. Mengamalkan
tip dan teknik belajar yang berkesan supaya dapat berjaya dalam
pelajaran,antaranya: Berusaha atas iman dan amal, Mementingkan kesihatan jasmani dan rohani, Memantapkan asas-asas pengajian agama, Banyakkan membaca , berfikir , dan bertanya. Menggunakan kewangan untuk membeli kelengkapan
pelajaran seperti alat tulis , computer , buku tulis dan sebagainya adalah suatu
keperluan . Mengikhlaskan niat bahawa selepas menamatkan
pengajian akan berkhidmat untuk usaha agama . Meninggalkan perbuatan yang sia-sia seperti
bercinta , berangan-angan , khayal dan perbuatan maksiat. Niatkan
menuntut ilmu agama untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengamalkan ilmu
agama yang telah dipelajari dan membaiki diri. Membudayakan
al-Quran dengan membaca al-Quran dan membaca terjemahannya setiap hari. Membuat
persiapan sejak dari awal lagi. Melancarkan pembacaan kitab, kemudian membuat
ringkasan dan menghafalnya. Mementingkan
kesihatan. Memakan ubat mengikut jadual dan jangan lewat tidur melebihi jam 1
malam, sebaik-baiknya tidur awal. Membuat senaman sekurang-kurangnya 15 minit
setiap pagi sebelum masuk kuliah. Membuat persediaan sebelum masuk kuliah.
Memberikan tumpuan dalam membaca nota, menandakan baris, merujuk kamus dan
menandakan mana yang tidak difahami. Mendampingi pensyarah. Banyakkan bertanya kepada
pensyarah apa yang tidak difahami samada dalam kelas atau dalam pejabatnya. Mengulang kaji pelajaran selepas kuliah dan
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cekap.
No comments:
Post a Comment