Keseluruhan cabangan iman telah dibahagi kepada tiga bahagian. Pertama ialah yang berkaitan dengan niat dan akidah yang merupakan amalan hati. Kedua ialah yang berkaitan dengan lidah. Ketiga ialah yang berhubung dengan anggota badan yang lain. Keseluruhan cabangan iman terkandung dalam tiga perkara tersebut.
Pertama
Tiga puluh perkara yang berkaitan dengan akidah.
1. Beriman kepada Allah SWT. termasuk beriman kepada sifat-sifat Allah dan yakin bahawa Allah zat yang maha suci adalah tunggal, tiada sesuatu yang bersekutu denganNya dan tidak ada sesuatu pun yang serupa denganNya.
2. Semua perkara selain daripada Allah SWT. adalah ciptaan yang baru. Hanya Allah SWT. lah zat yang azali dan qadim.
3. Beriman kepada malaikat.
4. Beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT.
5. Beriman kepada rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah SWT.
6. Beriman kepada takdir bahawa buruk dan baik adalah daripada Allah SWT.
7. Beriman kepada kebenaran berlakunya kiamat. Juga termasuk semua ini iaitu beriman kepada soal jawab di dalam kubur, azab kubur, kehidupan selepas mati, penghisaban amalan, timbangan amalan dan melintasi titian sirat.
8. Yakin kepada adanya syurga dan bahawa orang-orang mukmin insya Allah akan tinggal di dalamnya untuk selama-lamanya.
9. Yakin kepada adanya neraka bahawa neraka merupakan azab yang sangat pedih dan untuk selama-lamanya.
10. Cinta kepada Allah SWT.
11. Cinta kepada seseorang kerana Allah SWT. dan benci kepada seseorang kerana Allah SWT.(kasih kepada semua orang soleh dan benci kepada orang yang memaksiati Allah SWT.). Termasuklah juga cinta dan kasih kepada para sahabat r.a., khususnya kepada Muhajirin dan Ansar dari kalangan mereka dan juga cinta kepada ahli keluarga Rasulullah s.a.w.
12. Mencintai Rasulullah s.a.w. termasuk juga memuliakan baginda s.a.w., membaca selawat kepada Baginda s.a.w. dan mengikuti sunnah Baginda s.a.w.
13. Ikhlas , termasuk menjauhi riak dan sifat munafik.
14. Taubat yakni menyesal di dalam hati atas dosa-dosa yang dilakukan dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.
15. Takut kepada Allah SWT.
16. Berharap dengan rahmat Allah SWT.
17. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT.
18. Mensyukuri Allah SWT.
19. Setia.
20. Sabar.
21. Tawaduk, termasuk memuliakan orang yang lebih tinggi kedudukannya seperti orang tua, alim dan lain-lain.
22. Penyayang dan pengasih, termasuk sayang kepada kanak-kanak.
23. Reda dengan ketentuan Allah SWT.
24. Tawakkal.
25. Mengislahkan ( memperbaiki) diri,termasuk tidak menyombongkan diri dan tidak juga menghinakan diri sendiri.
26. Jangan berhasad dengki termasuk jangan berdendam.
27. Dalam Kitab Allamah ‘Aini, perkara yang kedua puluh tujuh ini telah tertinggal kerana kesilapan juru tulis dan mengikut tanggapan saya perkara itu ialah sifat malu.
28. Jauhkan daripada sifat pemarah.
29. Jangan menipu, termasuk juga jangan sangka buruk dan jangan melakukan tipu muslihat terhadap sesiapa pun.
30. Keluarkan cinta dunia daripada hati, termasuklah cinta kepada harta dan kedudukan.
Allamah ‘Aini rah. berkata perkara-perkara di atas keseluruhannya adalah termasuk dalam amalan hati. Sekiranya terdapat perkara lain yang berkaitan tetapi tidak tersenarai (dalam bilangan di atas ) maka jika diteliti sebenarnya perkara itu juga akan termasuk dalam salah satu daripada perkara yang telah disebutkan di atas.
Kedua
Amalan lidah mempunyai tujuh bahagian.
1. Mengucapkan Kalimah Toyyibah.
2. Membaca al-Quran.
3. Mempelajari ilmu.
4. Mengajar ilmu kepada orang lain.
5. Berdoa.
6. Berzikir , termasuk juga beristighfar.
7. Menghindarkan daripada bercakap perkara-perkara yang sia-sia.
Ketiga
Terdapat empat puluh amalan yang berkaitan dengan baki anggota badan yang lain dan amalan-amalan tersebut juga dibahagi kepada tiga bahagian.
Bahagian Pertama :
Terdapat enam belas amalan yang berkaitan dengan diri sendiri.
1. Bersuci iaitu termasuk kesucian badan, kesucian pakaian dan kesucian tempat tinggal. Berwuduk , mandi hadas besar kerana haid, nifas dan junub adalah termasuk dalam kesucian badan.
2. Mengambil berat dalam mendirikan solah( mendirikan solah termasuk menunaikan solah dengan mengambil berat segala adab dan syarat-syaratnya sebagaimana diterangkan dalam Kitab Fadhilat Solat bab ketiga.) ,termasuk solah fardu, sunat dan qada.
3. Sedekah, termasuk zakat harta, zakat fitrah, memberi hadiah,memberi makan kepada orang, melayan tetamu dan memerdekakan hamba.
4. Puasa yang fardu atau sunat.
5. Mengerjakan haji yang fardu atau sunat termasuk umrah dan tawaf.
6. ‘Itikaf termasuk juga menncari malam Lailatul qadar.
7. Meninggalkan rumah, pergi untuk memelihara agama, termasuklah hijrah.
8. Menunaikan nazar.
9. Berhati-hati dalam bersumpah.
10. Menunaikan kaffarah ( denda yang tertentu kerana meninggalkan sesuatu hukum syarak yang tertentu).
11. Menutup aurat dalam solah atau di luar solah.
12. Melakukan korban ( pada hari 10, 11, 12, 13 Zulhijjah), termasuk mengambil berat dalam memilih binatang korban yang baik.
13. Mengambil berat dalam menguruskan jenazah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
14. Melunaskan hutang.
15. Membetulkan muamalah dan menjauhi riba.
16. Memberi penyaksian yang benar. Jangan sembunyikan perkara yang benar dan hak.
Bahagian Kedua:
Terdapat enam perkara yang berkaitan dengan orang lain.
1. Bernikah, melaluinya seseorang itu terhindar daripada perbuatan yang sumbang.
2. Mengambil berat dan menunaikan hak-hak keluarga,termasuk juga memenuhi hak-hak pekerja dan pembantu rumah.
3. Membuat hubungan yang baik dengan kedua ibu bapa, berlemah lembut den menaati mereka.
4. Mendidik anak-anak dengan baik.
5. Mengeratkan perhubungan silaturrahim.
6. Berlaku setia dan menaati, ketua dan pemimpin.
Bahagian Ketiga:
Terdapat lapan belas perkara yang berkaitan dengan hak-hak umum.
1. Memerintah dengan adil.
2. Menyertai dan bersimpati dengan jemaah yang sedang menegakkan kebenaran.
3. Mentaati pemerintah ( jika perintahnya tidak bertentangan dengan syariat Islam).
4. Memperbaiki hubungan antara satu sama lain, menghukum para penjahat dan jihad menentang para pemberontak.
5. Membantu orang lain dalam melakukan kerja-kerja kebaikan.
6. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan keburukan, termasuk juga menyampaikan nasihat dan tabligh.
7. Melaksanakan hukum hudud serta memelihara batasan Allah SWT.
8. Berjihad termasuk juga menjaga keselamatan di sempadan Negara.
9. Menunaikan amanah, termasuk membayar satu perlima daripada harta ghanimah kepada golongan yang berhak.
10. Memberi dan membayar hutang.
11. Menunaikan hak jiran dan memuliakan mereka.
12. Berurusan dalam muamalah dengan cara yang baik termasuk juga mengumpulkan harta dengan cara yang halal.
13. Membelanjakan harta pada tempat yang sepatutnya termasuk juga menghindarkan daripada sifat bakhil dan daripada melakukan pembaziran.
14. Memberi dan menjawab salam.
15. Mengucapkan “ Yarhamukallah” kepada seseorang yang bersin.
16. Elakkan diri daripada memberi kesusahan dan kerugian kepada makhluk Allah SWT.
17. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
18. Menghindarkan sesuatu yang boleh menyakiti daripada jalan.
Sumber : Fadhilat Zikir oleh Maulana Muhammad Zakaria Rahmatullaha ‘Alaihi
No comments:
Post a Comment