1. Perintah yang terutama
Matius 22: 34-40
34 Apabila orang Farisi mendengar bahawa Yesus telah menyebabkan orang Saduki tidak dapat berkata sepatah pun, mereka datang berkumpul. 35 Lalu seorang guru Taurat antara mereka, cuba memerangkap Yesus dengan sebuah pertanyaan.36 Dia bertanya, “Guru perintah manakah yang paling utama dalam Taurat?” 37 Yesus menjawab, “ kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu.’ 38 Inilah perintah yang terutama dan yang terpenting! 39 Perintah kedua sama pentingnya dengan yang pertama: Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. 40 Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabi berasaskan kedua-dua perintah ini.”
Markus 12: 28-34
28 Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, “perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?” 29 Yesus menjawab, “ Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa. 30 kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’ 31 Perintah yang kedua ialah, ‘kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini.” 32 Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, “Bagus, guru! Memang benar apa yang guru katakan: Tuhanlah Allah Yang Esa dan tidak ada yang lain. 33 Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain.” 34 Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, “ kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah.” Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.
Lukas 10: 25-28
25 Kemudian seorang guru Taurat datang untuk memerangkap Yesus. Dia bertanya, “Guru, apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?” 26 Yesus menjawab, “Apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Bagaimana tafsiranmu?” 27 Orang itu menjawab, “ kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’;dan ‘kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’” 28 Yesus berkata kepadanya, “jawapanmu itu benar. Berbuatlah demikian, dan kamu akan mendapat hidup sejati dan kekal.”
2. Nabi Isa hamba Allah
Matius 12: 18-21
18 “Inilah hamba-Ku yang telah Aku pilih,orang yang Aku kasihi dan menyenangkan hati-Ku. Roh-Ku akan Aku anugerahkan kapada-Nya, dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa. 19 Dia tidak akan bertengkar atau berteriak , ataupun berkata-kata dengan suara kuat di jalan-jalan raya. 20 Buluh halus yang terkulai tidak akan dipatahkan-Nya, pelita yang redup tidak akan dipadamkan-Nya. Dia akan berjuang sehingga keadilan tercapai, 21 dan semua bangsa akan berharap kepada-Nya.”
Yesaya 42: 1-4
1 “Inilah hamba-Ku yang telah Aku pilih,orang yang Aku kasihi dan menyenangkan hati-Ku. Roh-Ku akan Aku anugerahkan kapada-Nya, dan keadilan-Ku akan diisytiharkan-Nya kepada semua bangsa. 2 Dia tidak akan bertengkar atau berteriak , ataupun berkata-kata dengan suara kuat di jalan-jalan raya. 3 Buluh halus yang terkulai tidak akan dipatahkan-Nya, pelita yang redup tidak akan dipadamkan-Nya. Dia akan berjuang sehingga keadilan tercapai, 4 dan semua bangsa akan berharap kepada-Nya.”
3. Nabi Isa adalah Nabi Allah
Matius 13:57, 21:11,46
57 Oleh itu mereka tidak mahu menerima Dia. Yesus berkata kepada mereka, “ Seorang nabi dihormati di mana sahaja, kecuali di kampong halamannya dan antara keluarganya sendiri.”
11 “ Dia Yesus, nabi dari Nasaret di Galilea,” jawab orang ramai yang mengiringi Yesus.
46 Oleh itu mereka cuba menangkap Yesus. Tetapi mereka takut akan orang ramai, yang menganggap Yesus sebagai nabi.
Markus 6:15
15 Tetapi yang lain berkata, “ Dia Elia.” Ada pula yang berkata, “Dia itu nabi,seperti salah seorang nabi zaman dahulu.”
Lukas 7: 16,39, 13: 33,24:19
16 Semua orang takut lalu memuji Allah. Mereka berkata, “Seorang nabi yang besar telah datang di kalangan kita! Allah sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya!”
39 Apabila orang Farisi yang menjemput Yesus melihat kejadian ini, dia berkata dalam hati, “ Jika dia ini benar-benar seorang nabi, tentu dia tahu bahawa wanita yang menyentuhnya itu hidup dalam dosa!”
33 Meskipun demikian Aku harus meneruskan perjalanan hari ini, esok, dan lusa, kerana tidak semestinya seorang nabi dibunuh di tempat lain kecuali di Yerusalem.
19 “Apakah yang telah berlaku?” tanya Yesus. “ Perkara-perkara yang berlaku kepada Yesus, orang Nasaret itu,” jawab mereka. “ Dia seorang nabi. Di sisi Allah dan pada pandangan semua orang, Dia berkuasa kerana kata-kata-Nya mahupun perbuatan-Nya.
Yohanes 4:19 , 44 , 9:17
19 Wanita itu berkata, “ Sekarang saya tahu bahawa tuan seorang nabi.
44 Yesus berkata, “ Seorang nabi tidak dihormati di negerinya sendiri.”
17 Oleh itu orang Farisi di situ bertanya lagi kepadanya, “Kamu berkata dia mencelikkan matamu. Baiklah, apakah pendapatmu tentang dia?” “Dia nabi,” jawabnya.