Monday, 13 May 2019

Ringkasan Ulum Quran


BAB 1 PENGENALAN ULUM AL-QURAN
Ulum Al-Quran adalah segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh Mansukh, peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya, perumpamaan-perumpamaan, tertib surah dan sebagainya.
Ulum al quran merupakan tarkib idhafi تركيب اضافيyang boleh diertikan sebagai “sekumpulan ilmu yang berkaitan dengan al quran”. Perkataan ilmu menjadi jamak kepada perkataan ulum kerana ilmu yang berkaitan dengan al quran meliputi banyak skop. Contohnya ilmu tafsir, ilmu qiraat, ilmu Rasm Uthmani, ilmu ikjaz, ilmu asbab nuzul, ilmu nasikh mansukh dan sebagainya.
Antara nama-nama selain al-Quran ialah:
1.      Al-Kitab. Bermaksud buku atau kitab.
2.      Al-Furqan. Bermaksud pembeza. Membezakan perkara yang benar dan salah dengan jelas.
3.      Az-Zikru. Bermaksud peringatan. Al-Quran merupakan kitab yang memberi peringatan kepada manusia.
4.      Al-Huda. Bermaksud petunjuk. Al-Quran adalah kitab yang memberi petunjuk kepada seluruh manusia.
5.      Al-Bayyinah. Bermaksud keterangan. Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menjadi keterangan atau bukti.
6.      As-Syifa’. Bermaksud ubat atau penyembuh. Al-Quran merupakan ubat dan penyembuh.
7.      Al-Mau’izah. Bermaksud nasihat atau pengajaran. Al-Quran disebut juga Al Mu’izah kerana ia mengandungi pengajaran atau nasihat.
8.      Al-Hikmah. Bermaksud kebijaksanaan. Al-Quran disebut juga Al-Hikmah kerana segala yang terkandung di dalamnya adalah kebijaksanaan.
Ulum Al-Quran ialah satu kajian atau perbahasan yang berkaitan dengan Al-Quran dari segi penurunan, penyusunan, pengumpulan, penulisan, bacaan, tafsir, ikjaz, nasikh-mansukh, penjelasan terhadap kekeliruan atau salah faham terhadap Al-Quran dan sebagainya.
Ulama yang muncul yang bertindak mengkaji serta menyusun ilmu Tafsir berasaskan koleksi dan riwayat daripada sahabat ialah:
        i.            Syu’bah Ibn Al-Hajjaj yang meninggal pada tahun 160 Hijrah.
      ii.            Sufyan bin Uyainah yang meninggal pada tahun 198 Hijrah.
    iii.            Waqi’ Al-Jarrah yang meninggal dunia pada tahun 197 Hijrah.
    iv.            Ibn Jarir Al-Tabari yang meninggal dunia pada tahun 310 Hijrah.
Tafsir yang muncul dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
a.       Al-Tafsir Bi Al-Ma’thur atau Al-Tafsir Bi Al-Manqul.
b.      Al-Tafsir Bi Al-Ra’yi atau Al-Tafsir Bi Al Ma’qul.
Pada abad ke-5 Hijrah telah muncul kitab yang disusun berkaitan dengan I’rab Al-Quran. Antara tokoh terlibat dan kitab yang dihasilkan ialah:
a.       Abu Amar Al-Dani. Beliau telah Berjaya menghasilkan kitab yang berkaitan dengan Irab berjudul: Al-Taisir Bi Al-Qiraat Al-Sab’I dan kitab Al- Muhkam Fi AlNuqat.
b.      Ali bin Ibrahim Ibn Sa’id Al-Khaufi. Beliau menyusun kitab I’rab Al-Quran.
Orang pertama yang menyusun kitab berkaitan Ilmu Qiraat ialah Abu Ubaid Al-Qasim Ibn Salam.
Sejarah awal tentang kitab Nasikh dan Masukh yang dapat dikesan ialah bermula abad ke-3 Hijrah. Tokoh ulama yang telah bertanggungjawab menyusun kitab berkaitan dengan Ilmu Nasikh dan Mansukh ialah Abu Ubaid Al-Qasim Ibn Salam.
Orang yang menjadi pelopor kepada penyusunan dan pembukuan kitab berkaitan dengan ilmu Asbab Al-Nuzul ialah Ali Ibn AlMadini yang meninggal dunia pada tahun 34 Hijrah.
Ilmu Makki dan Madani. Ilmu ini dibincangkan secara khusus bermula abad ke-3 Hijrah. Penyusunan ilmu ini dipelopori oleh Muhammad Ibn Ayyub Al-Darris yang meninggal dunia pada tahun 294 Hijrah.
Ilmu Fadail Al-Quran. Ilmu ini membincangkan tentang kelebihan Al-Quran. Antara tokoh utama yang membincangkan ilmu ini ialah:
        i.            Abu Ubaid Al-Qasim Ibn Salam
      ii.            Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari yang meninggal dunia pada tahun 328 Hijrah.Beliau telah menyusun kitab ‘Ajaib Al-Quran.
Ilmu Nuzul Al-Quran. Ilmu ini membincangkan tentang cara-cara dan bentuk serta peringkat penurunan Al-Quran kepada Nabi.Ilmu ini dipelopori dan dibahaskan oleh Abu Bakar Muhammad Ibn Al-Qasim Al-Anbari di dalam kitabnya ‘Ajaib Al-Quran.
Ilmu Gharib Al-Quran. Ilmu ini dibincangkan secara langsung dan ulama pertama yang menyusun kitab berkaitan dengan Gharib Al-Quran ialah Abu Bakar Al-Sijistani dalam kitabnya Gharib Al-Quran.Beliau meninggal dunia pada tahun 330 Hijrah.
Ilmu Amthal Al-Quran. Ilmu ini membicarakan tentang perumpamaan serta perbandingan yang terdapat di dalam Al-Quran. Antara tokoh ulama terkemuka yang membicarakan tentang ilmu ini ialah AlMawardi yang meninggal dunia pada tahun 450 Hijrah.
Ilmu Majaz Al-Quran. Ulama yang menjadi pelopor dan menyusun kitab pertama berkaitan ilmu ini ialah Ibn Abd Al-Salam yang menyusun kitab Majaz Al-Quran. Beliau meninggal dunia pada tahun 665 Hijrah.
Ilmu Ayat Muhkamat dan Mutasyabihat. Ilmu ini muncul secara khusus pada akhir abad ke-7 Hijrah. Ilmu ini membahaskan tentang ayat-ayat Muhkam dan ayat-ayat Mutasyabih yang terdapat dalam Al-Quran serta perbezaan antara keduanya menurut gaya Bahasa Arab.
Ilmu Jidal Al-Quran. Ilmu ini muncul pada akhir kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membincangkan tentang hujah dan dalil yang digunakan dalam Al-Quran dalam menetapkan sesuatu menurut gaya bahasa Arab. Ulama yang menjadi pelopor dan penyusunnya ialah Najmuddin Al-Tufi yang meninggal dunia pada tahun 716 Hijrah.
Ilmu Aqsam Al-Quran. Ilmu ini muncul secara langsung pada penghujung kurun ke-7 Hijrah. Ilmu ini membicarakan tentang jenis-jenis sumpah Allah yang terdapat di dalam Al- Quran. Ulama pelopor yang telah menyusun kitab berkaitan dengan Aqsam Al- Quran ialah Ibn Al-Qayyim yang meninggal dunia pada tahun 752 Hijrah.
Adapun tujuan dari mempelajari ‘Ulumul Qur’an adalah:
1.      Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pngetahuan yang terdapat dalam AlQuran.
2.      Menambahkan keyakinan kepada pengkaji Al-Quran bahawa ia merupakan sebuah kitab suci daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.
3.      Mengetahui sejarah dan perkembangan al-Quran semenjak ia diturunkan sampai sekarang, di mana jalan penyampaiannya adalah secara mutawatir.
4.      Membantu pengkaji untuk memahami kandungan Al-Quran serta mengeluarkan hukum daripadanya.
5.      Mempelajari ilmu serta ayat Nasikh dan Mansukh, Asbab Al-Nuzul danperkara yang berkaitan dengan Al-Quran.
6.      Untuk memahami Kalam Allah atau Al-Quran sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah, para sahabat dan tabi’in.
7.      Untuk mengetahui metod ahli Tafsir mentafsir Al-Quran.
8.      Mengetahui keistimewaan ahli Tafsir dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran.
9.      Agar dapat memahami kalam Allah ‘Aza Wajalla sejalan dengan keterangan yang dikutip oleh para sahabat dan para tabi’in tentang interprestasi mereka terhadap AlQur’an
10.  Agar mengetahui cara dan gaya yang digunakan oleh para mufassir (ahli tafsir) dalam menafsirkan Al-Qur’an dengan disertai penjelasan tentang tokoh-tokoh ahli tafsir yang ternama serta kelebihan-kelebihannya.
11.  Agar mengetahui persyaratan-persyaratan dalam menafsirkan Al-Qur’an.
BAB 2 PERKEMBANGAN DAN PENULISAN AL-QURAN
Penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW di mana sebaik sahaja Rasulullah SAW menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.
Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah SAW ialah Khulafa’ al-Rashidin yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyida Uthman bin Affan dan Saiyidina ali bin Abi Talib r.a., serta sahabat baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka’ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.
Setelah kewafatan Rasulullah, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq bersetuju dengan cadangan tersebut untuk mengumpulkan al-Quran akibat ramai penghafal al-Quran syahid dalam peperangan dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah SAW dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran Suhuf.
Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, Suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khatab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran Suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummu al-Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.
Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a., Islam telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah SAW melalui riwayat bacaan para sahabat yang mahsyur.
Pada tahun 25 hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-Quran.
Huzaifah Bin Yaman telah mencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut.
Menurut pendapat yang muktamad, jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam mashaf al-Quran. Sebuah mashaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri yang dinamakan “Mashaf al-Imam”dan mashaf yang lain-lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah.
Perbezaan bacaan (wajah al-Qiaraat) yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushab yang ditulis pada Zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari baginda Rasulullah SAW secara mutawatir.
Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut. Di samping itu, ia juga dinamakan sebagai Rasm Taufiqi kerana kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan bagindalah yang memerintahkan supaya ianya digunakan dalam penulisan al Quran pada ketika itu.
Rasm Uthmani itu ialah tulisan asal Al Quran yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan rasminilah yang digunakan oleh para sahabat untuk menulis ayat-ayat Al Quran dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman r.a kerana beliaulah yang mengarahkan supaya Al Quran disalin semula kepada beberapa buah mashaf dengan menggunakan Rasm tersebut.
Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:
        i.            Mengikut sunah Rasulullah SAW.
      ii.            Mengikut tulisan al-Quran yang Imla’i.
    iii.            Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang sebenar.
    iv.            Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan).
      v.            Sebagai hujjah kepada bahasa al-Quran yang fasih.
    vi.            Dipersetujui oleh lebih 12, 000 orang sahabat.
  vii.            Salah satu dari mukjizat al-Quran.
viii.            Bertepatan dengan riwayat bacaan mutuwatir
    ix.            Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.
      x.            Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujjah-hujjah yang jelas
    xi.            Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).
  xii.            Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.
Penulisan al-Quran rasm uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:
        i.            Tahap pertama: belum diletakkan sebarang tanda.
      ii.            Tahap kedua:ditandakan titik نقطة الإعرابyang dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian).
    iii.            Tahap ketiga:mula ditandakan dengan titik نقطة الإعجامyang dipelopori oleh Yahya bin Ya’mar dan Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi.
    iv.            Tahap keempat: mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
      v.            Tahap kelima: ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain lagi.
BAB 3 ASBABUN NUZUL
Dari segi bahasa frasa “Asbab al-Nuzul” bererti “sebab-sebab turun” yang bermaksud “sebab-sebab turunnya ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT”.
Dari sudut istilah pula, para mufassirin mendefinisikan “Asbab al-Nuzul” sebagai “apa-apa yang menyebabkan penurunan sesuatu ayat atau beberapa ayat atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun menerangkan hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu.”
Ulama mentakrifkan “asbabul nuzul” sebagai penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang berlaku atau menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada Nabi Muhammad SAW atau memberi penjelasan hukum terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku.
Antara kelebihan dan kepentingan ilmu Asbabun Nuzul tersebut ialah:
1.      Penegasan Bahawa Al-Quran Benar-benar dari Allah SWT.
2.      Membantu untuk Memahami Makna Ayat, Tafsirannya dan Menghilangkan Kekeliruan Tentang Maksud Sesuatu Ayat.
3.      Dapat Mengetahui Hikmah Diperundangkan Sesuatu Hukum.
4.      Mengetahui Bahawa Asbabul Nuzul Tidak Akan Terkeluar daripada Sesuatu Hukum yang Umum Walaupun Ada Dalil Lain yang Mengkhususkannya.
5.      Mengkhususkan Sesuatu Hukum yang Dinyatakan dalam Lafaz yang Umum.
Untuk mengetahui sebab nuzul tidak boleh hanya dengan melalui akal atau pendapat iaitu Bi al-Ra’yi tetapi mestilah dengan riwayat yang sahih, pendengaran, juga hendaklah mereka menyaksikan sendiri ayat tersebut diturunkan atau pun mereka yang mengetahui sebab-sebabnya dan mengkaji tentangnya yang terdiri daripada sahabat, tabi’in dan mereka yang bertungkus-lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri daripada kalangan para ulama’ yang ternyata boleh dipercayai.
Ulama salaf dan ahli Tafsir begitu teliti dan sangat berhati-hati dalam perkara ini, di mana ulama mengetahui Asbab Nuzul dan perkara yang berkaitan dengan sebab penurunan Al-Quran dengan melalui riwayat para Tabi’in dan para sahabat atau juga melalui riwayat yang secara sah berasal daripada Nabi.
Imam Al-Wahidi berpendapat bahawa untuk mengetahui tafsir sesuatu ayat Al-Quran, tidak mungkin tanpa mengetahui, latar belakang peristiwa dan kejadian tentang penurunannya. Sementara Ibnu Daqiequl’ied pula berpendapat bahawa keterangan tentang kejadian turunnya ayat merupakan cara yang kuat untuk memahami makna ayat Al-Quran.
Ibnu Taimiyyah pula berpendapat bahawa mengetahui Asbab Nuzul ayat, menolong kita memahami makna ayat, kerana mengetahui kejadian turunnya itu memberikan kita asas untuk mengetahui penyebabnya.
Imam Al-Wahidi berpendapat bahawa perbincangan mengenai “Asbabul Nuzul Quran” tidak dibenarkan tanpa mengetahui riwayatnya atau mendengar secara langsung daripada orang-orang yang menyaksikan turunnya serta mengetahui sebab-sebabnya dan mendalami ilmunya.
Sempena sambutan Nuzul Al-Quran, perkara-perkara khusus yang boleh dilakukan ialah:
·         Memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
·         Mengamalkan sunnah Baginda SAW.
·         Melaksanakan semua suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT.
·         Mengikut agama Islam sepenuhnya.
·         Mengamalkan cara kehidupan yang digariskan oleh Islam.
·         Sentiasa ingat dan berselawat ke atas Nabi junjungan SAW.
·         Mengamalkan adab kehidupan Baginda SAW ketika susah atau senang.
·         Memandang berat perkara yang bercanggah syariah.
·         Membaca Al-Quran dan sentiasa beriman kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Oleh itu, perkara-perkara yang perlu dilakukan walaupun selepas berlalunya sambutan Nuzul Al-Quran ialah:
        i.            Mempelajari Al-Quran, memahami dan mengamalkan serta menyebarkan ajarannya.
      ii.            Al-Quran hendaklah sentiasa dibaca dan ditadabbur (dihayati).
    iii.            Al Quran mestilah sentiasa dipelajari dan dilaksanakan.
BAB 4 MUHKAM DAN MUTASYABIH
Surah Ali ‘Imran ayat 7 yang bermaksud:
Dialah yang telah menurunkan al-kitab kepadamu. Diantara isinya ada ayat-ayat muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-qur’an, dan yang lainnya mutasyabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada kecenderungan kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orangorang yang mendalam ilmunya berkata:”Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat; semuanya itu dari sisi Allah. Dan tidak dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berfikir.”
Muhkam berasal dari kata Ihkam yang beerti kekukuhan, kesempurnaan, kesaksamaan, dan pencegahan. Sedangkan secara terminologi muhkam bererti ayat-ayat yang jelas maknanya,lafal yang bisa berdiri sendiri, tidak mengakibatkan kemusykilan atau kesulitan erti dan tidak memerlukan keterangan dari ayat-ayat lain.
Sedangkan secara terminology muhkam bererti ayat-ayat yang jelas maknanya, dan tidak memerlukan keterangan dari ayat-ayat lain.
Kata mutasyabih berasal dari kata tasyabuh yang secara bahasa berarti keserupaan dan kesamaan yang biasanya membawa pada kesamaran antara dua hal. Sedangkan secara terminologi Al Mutasyabih bererti ayat-ayat yang belum jelas maksudnya, dan mempunyai banyak kemungkinan takwilnya, atau maknanya yang tersembunyi, dan memerlukan keterangan tertentu, atau Allah yang mengetahuinya.
Pembahagian Mutasyabih:
Pertama: Mutasyabih dalam lafaz terbahagi kepada dua iaitu Mufrad dan Murrakkab.
Kedua: Tasyabuh dari sudut makna contohnya ialah sama ayat Al-Quran yang menyebut tentang sifat Allah s.w.t, ayat-ayat tentang hari kiamat, ayat-ayat berkaitan nikmat syurga dan azab neraka.
Ketiga: Tasyabuh dari sudut lafaz dan makna.
Al-Raghib berkata Mutasyabih terbahagi kepada tiga:-
        i.            Perkara yang tidak dapat diketahui seperti waktu qiamat, keluar Rabbah dan seumpamanya.
      ii.            Perkara yang manusia mengetahuinya seperti lafaz-lafaz yang pelik.
    iii.            Perkara yang hanya diketahui ulamak.
Hikmah-Hikmah Mutasyabih:
        i.            Rahmat Allah Swt terhadap manusia yang daif dan lemah serta tidak mampu mengetahui semua perkara.
      ii.            Sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkara ghaib yang dibawa dengan khabar yang tepat.
    iii.            Menjadi dalil dan bukti bahawa manusia itu lemah dan jahil meskipun mempunyai ilmu.
    iv.            Manusia mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih melalui kajian dan pembelajaran.
      v.            Hanya diketahui dikalangan ulama.
    vi.            Sebagai ujian dan cubaan terhadap kekuatan umat Islam.
  vii.            Menggambarkan kekurangan dan kedaifan manusia. Sebanyak dan sesungguh mana pun usaha manusia masih terdapat kekurangan dan kelemahan.
viii.            Mendorong usaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan.
    ix.            Menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan Aqli.
Hikmah-Hikmah Muhkamat:
        i.            Menjadi rahmat kepada umat Islam. Kerahmatan ini jelas kepada orang yang tidak mempunyai kemampuan bahasa Arab yang tinggi.
      ii.            Mudah melaksanakan perintah.
    iii.            Mendorong manusia memahami dan menghayati perintah Al-Quran.
    iv.            Memudahkan belajar isi Al-Quran.
      v.            Memudahkan penafsiran.
    vi.            Membantu para daie atau pendakwa dan juga guru-guru untuk menerangkan isi kandungan kitab suci AlQuran kerana ia telah pun jelas dan terang maknanya.
  vii.            Mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran.
BAB 5 NASIKH DAN MANSUKH
Naskh secara bahasa mempunyai beberapa arti. Berarti “Izalatu al syay’i wai’daamuhu” (menghilangkan sesuatu dan mentiadakannya), yang berarti “ Naqlu al syay’i” (memindahkan dan menyalin sesuatu), berarti “Tabdil” (penggantian), berarti “Tahwil” (pengalihan).
Sedangkan naskh secara istilah adalah: “ Mengangkat (menghapus) hukum syara’ dengan dalil/khithab syara’ yang lain ”.
komponen naskh terdiri dari; adanya pernyataan yang menunjukkan terjadi pembatalan hukum yang telah ada, harus ada nasikh, harus ada mansukh dan harus ada yang dibebani hukum atasnya.
Ulama ada yang memperluas syarat-syarat terjadi naskh, yaitu:
a.       Hukum yang terkandung pada nasikh bertentangan dengan hukum pada mansukh.
b.      Yang mansukh harus lebih awal dari Nasikh.
c.       Hukum yang di-nasakh mesti hal-hal yang menyangkut dengan perintah, larangan, dan hukuman.
d.      Hukum yang di-nasakh tidak terbatas waktu tertentu, mesti berlaku sepanjang waktu.
e.       Hukum yang terkandung dalam mansukh telah ditetapkan sebelum munculnya nasikh.
f.       Status nash nasikh mesti sama dengan nash mansukh. Maka nash yang zhanni tidak bisa menasakh-kan yang qath’I tentu tidak sah pula dalil yang besifat ahad untuk menasakhkan dalil yang mutawatir.
Naskh terbagi kepada empat bahagian:
1.      Naskh al-Qur’an dangan al-Qur’an. Para ulama yang mengakui adanya naskh, telah sepakat adanya naskh al-Qur’an dengan al-Qur’an, dan itu-pun telah terjadi menurut mereka.
2.      Naskh al Qur’an dengan Sunnah.
3.      Naskh sunnah dengan al-Qur’an. Jumhur ulama membolehkan naskh seperti ini. Salah satu contohnya adalah menghadap ke Baitul Maqdis yang ditetapkan oleh Sunnah, kemudian ketetapan ini dinasakhkan oleh al-Qur’an.
4.      Naskh sunnah dengan sunnah,sunnah macam ini terbagi pada empat macam, yaitu: Naskh sunnah mutawatir dengan sunnah mutawatir, naskh sunnah ahad dengan sunnah ahad, naskh sunnah ahad dengan sunnah mutawatir,dan naskh sunnah mutawatir dengan sunnah ahad.
Bentuk-bentuk Nasikh:
1.      Penghapusan terhadap hukum dan bacaan secara bersamaan.
2.      Naskh hukum sedangkan tilawahnya masih tetap.
3.      Naskh tilawah sedangkan hukumnya tetap berlaku.
BAB 6 NUZUL AL-QURAN
Secara bahasa Nuzulul Quran bererti turunnya Al-Quran ( bacaan ).
Secara Istilah, Nuzulul Quran bererti peristiwa penting dalam peristiwa penurunan Al-Quran secara keseluruhan diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, hingga diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam jangka waktu kurang lebih 23 tahun.
Pendapat Ulama Tentang Waktu Sebenar Nuzul Al-Quran:
Pendapat Pertama: Pendapat yang agak masyhur memilih pada 17 Ramadhan sebagai tarikh Nuzul Al-Quran. Pendapat ini dipegangi sebahagian ulama’ sirah.
Pendapat Kedua: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 7 Ramadhan.
Pendapat Ketiga: Nuzul Al-Qur’an berlaku pada 18 Ramadhan. Pendapat kedua dan ketiga ini dinyatakan oleh Syaikh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitab sirahnya.
Pendapat Keempat: Syaikh Safiyy al-Rahman sendiri membuat pilihan dan tarjih yang berbeza dengan ulama’ lain. Menurut beliau, Nuzul Al-Quran jatuh pada 21 Ramadhan.
Pendapat Kelima: Pendapat seterusnya, Nuzul Al-Quran jatuh pada 24 Ramadhan.
Nabi Muhammad SAW mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:
1.      Menerusi mimpi yang benar (al-Rukya al-Sadiqah) Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi SAW tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dalam kalbunya.
2.      Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.
3.      Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi SAW. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim yang sangat dingin. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat.
4.      Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi SAW. dalam rupanya yang benar-benar asli.
5.      Malaikat mewahyukan kepada Nabi SAW dari atas langit seperti yang berlaku dalam peristiwa al-Isra` wal Mikraj.
Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, dan berperingkat.
Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz. Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah S.W.T di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku.
Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.
Penurunan kali kedua secara sekaligus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas.
        i.            alBaqarah:185
      ii.            ad-Dukhan:3
    iii.            alQadr:1
Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah S.A.W. (dalam masa 20 malam). Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah S.A.W, dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun.
Hikmah di turunkan al qur’an secara sekaligus ke langit dunia dan beransur-ansur kepada rasulullah saw:
1.      Bahawa diturunkanya Al-Qur’an secara beransur-ansur itu adalah untuk menguatkan dan mengukuhkan hati Rasulullah sendiri.
2.      Memudahkan bagi kaum muslimin yang pada masa itu umumnya masih buta huruf, untuk mempelajari dan menghafalkan serta menerangkan ayat-ayat Al Qur’an itu dalam kehidupan sehari-hari.
3.      Turunnya Al Qur’an secara bertahap itu adalah untuk menyesuaikan degan kepentingan Rasulullah dan kaum muslimin serta perkembangan yang mereka alami.
4.      Turunnya Al Qur’an secara bertahap adalah sangat sesuai dengan sunnatulah yang berlaku di alam ini. Bahawa “segala sesuatu harus terjadi dengan bertahap”. Dari kecil menjadi besar, dari sedikit menjadi banyak.



No comments:

Post a Comment