Monday, 13 May 2019

Ringkasan Ilmu Akidah


Bab 1 PENGENALAN AQIDAH/TAUHID
Kita perlu memahami konsep akidah yang sebenar serta memahami segala tuntutannya kerana dari sinilah bermulanya kejayaan kita di dunia dan akhirat.
Menurut Imam al-Ghazzali, aqidah ialah membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.
Aqidah  اَلعقِيدmenurut bahasa Arab (etimologi) berasal dari kata al-‘aqdu العقدyang bererti ikatan.
Menurut istilah umum, aqidah membawa maksud satu keputusan yang terkeluar dari dalam hati sanubari seseorang dengan sungguh-sungguh sewaktu menentukan sesuatu perkara, sama ada keputusan yang diambil itu benar atau salah.
Tauhid dari segi bahasa berasal daripada perkataan وحد yang memberi maksud tunggal atau satu.
Tauhid dari segi syarak pula ialah: Meng-Esakan Allah dengan ibadat serta meyakini ke-Esaan tersebut pada zat, sifat-sifat dan perbuatan-Nya.
Syeikh Junaid al-Baghdadi berkata: “Tauhid ialah meng-Esakan yang (bersifat dengan) Qidam dari yang baru.”
tauhid ialah ilmu yang mampu menetapkan kepercayaan beragama dan menyumbang kepada ketetapan keyakinan, hasil dari dalil dan bukti yang benar-benar meyakinkan.
Kedudukan dan sifat akidah Islam:
·         Akidah Islam ialah akidah yang diajar oleh semua nabi untuk umat manusia.
·         Membersihkan kepercayaan dari sebarang bentuk kesyirikan.
·         Akidah Islam menjelaskan konsep dan fonomena hari pembalasan yang tepat kepada manusia untuk difahami dan diyakini.
·         Memperjelaskan kepercayaan terhadap perkara-perkara ghaib.
Ilmu akidah atau tauhid membicarakan perihal ketuhanan, berhubung dengan sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya yang mulia. Seterusnya perihal kenabian iaitu mengenai sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi nabi serta berhubung dengan perkara-perkara ghaib, para malaikat hari kiamat dan lain-lain.
Akidah Islam bertujuan menjelaskan persoalan-persoalan yang sentiasa berlegar dalam pemikiran manusia. Akidah tauhid merupakan syarat kepada penerimaan segala bentuk ibadat yang dilakukan oleh seseorang. Akidah tauhid merupakan kunci untuk memasuki syurga dan penyelamat daripada azab neraka. Akidah tauhid juga memberi harapan untuk menerima syafaat dari Allah s.w.t.
Akhlak adalah cerminan dari akidah iman dan amalan syariat yang dihayati. Akhlak yang menjadi cermin kepada peribadi seseorang muslim, adalah selaras dengan makna Ihsan yang telah ditegaskan oleh Rasulullah.
Asas-asas akidah Islam:
1.      Beriman kepada Allah s.w.t.
2.      Beriman kepada para Malaikat.
3.      Beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah.
4.      Beriman kepada para Rasul.
5.      Beriman kepada Hari Akhirat.
6.      Beriman kepada Qada’ dan Qadar.
Keistimewaan Akidah Islam:
Ø  Hubungan yang teguh antara makhluk dan Pencipta.
Ø  Akidah Islam bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah.
Ø  Ikhlas tanpa paksaan.
Ø  Akidah Islam sentiasa teguh dan benar.
Ø  Tidak bertentangan dengan fitrah naluri manusia.
Tanggungjawab seseorang Mukmin terhadap akidah Islam:
Ø  Patuh kepada Allah s.w.t.
Ø  Membentuk segala tingkah laku dan amalan yang baik.
Ø  Mempertingkatkan keimanan dari semasa ke semasa.
Ø  Bekerjasama dan bantu membantu antara satu sama lain kerana iman.
Ø  Menjadi contoh dan memberi tauladan yang baik kepada masyarakat.
Ø  Menjauhkan diri dari segala bentuk khurafat.
Ø  Meyakini segala ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w.
Hubungan aqidah, syari‟ah, dan akhlak bila dianalogikan adalah seperti wang logam. Syariah adalah wang logam itu sendiri yang memiliki dua sisi penunjang yaitu aqidah dan syariah. Duit syiling tidak akan berguna tanpa kedua sisinya, begitupun dengan perbuatan manusia. Segala perbuatan (syari‟ah) akan bermakna bila dibarengi dengan tujuan yang jelas (aqidah) dan berdampak positif bagi manusia lain (akhlak).
Bab 2 KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU AQIDAH
Pendidikan Akidah juga adalah sumber segala kesempurnaan.
Tanpa ilmu akidah manusia akan sukar untuk menerima segala ilmu lain kerana segala-galanya akan kembali kepada ilmu akidah yang menyatakan bahawa Allah s.w.t adalah pencipta sekalian alam yang kita diami ini.
Ilmu akidah terlalu penting dalam pendidikan rendah kerana menjadi asas kepada pembentukan iman mereka kerana “ Awwaluddin ma’rifatullah”.
Kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan 'aqidah dan syari'at Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan 'aqidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman yang kukuh, dibajai dengan ilmu dan amal serta dipelihara dari dicemari oleh sebarang serangan anasir dan gejala penyelewengan dan kesesatan. Berdoalah di samping segala usaha yang lain dalam mempertahankan keutuhan 'aqidah Islam.
Kepentingan Akidah:
·         Menangkis pengaruh-pengaruh dan amalan-amalan yang boleh merosakkan aqidah.
·         Mematahkan hujah-hujah pihak yang cuba memesongkan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
·         Meneguhkan keimanan dan mengukuhkan keyakinan pada sifat-sifat kesempurnaan Allah.
·         Melindungi seseorang itu daripada terjerumus kepada kancah kesyirikan dan kekufuran.
·         Mengenali Allah dengan sifat-sifat kesempurnaanNya Yang Maha Mulia.
·         Menghindari diri seseorang itu dari sebarang prasangka dan was-was terhadap kewujudan Pencipta.
Keburukan tidak mempelajari ilmu aqidah:
·         Mudah terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang sesat.
·         Tiada jati diri untuk mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
·         Tidak dapat mengenali Allah dengan sifat-sifat kesempurnaanNya.
·         Keimanan akan merosot dan Tidak mendapat redha Allah.
Terdapat empat sumber atau dalil ilmu aqidah iaitu:
1.      Al Quran.
2.      Hadith Mutawatir.
3.      Ijma’.
4.      Qias.
Pembinaan Akidah:
1.      Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara Khusus.
2.      Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.
3.      Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam.
4.      Bersama-sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang Baik.
5.      Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah.
6.      Bertawakal kepada Allah.
Pengukuhan Aqidah:
        i.            Beriman bahawa pencipta kepada segala kejadian ini adalah Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa dengan dalil adanya kejadian ini kerana ihsan(belas kasihan) daripada Allah dan makhluk memerlukan sebahagian kepada sebahagian yang lain.
      ii.            Percaya bahawa pencipta alam ini iaitu Allah tidak menjadikan segala kejadian ini secara main-main dan dibiarkan begitu sahaja kerana tidak mungkin sesuatu yang memiliki segala sifat kesempurnaan iaitu Allah membuat sesuatu secara main-main.
    iii.            Beriman bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitab-kitab bagi menerangkan kepada manusia mengenaiNya.
    iv.            Beriman bahawa matlamat utama dijadikan manusia ini adalah untuk mengetahui tentang Allah sebagaimana yang telah diberitahu olehNya, mentaatiNya dan beribadat kepadaNya.
      v.            Beriman bahawa balasan bagi orang mukmin yang taat kepada suruhan Allah adalah syurga, manakala balasan bagi orang kafir yang engkar pula ialah neraka.
    vi.            Beriman bahawa setiap perbuatan manusia sama ada baik atau buruk dengan pilihan dan kehendaknya tetapi dia tidak akan berlakuan baik melainkan dengan taufiq dan pertolongan daripada Allah.
  vii.            Beriman bahawa perundangan yang dilaksanakan adalah hak Allah sahaja yang mana tidak boleh menjalankan hukum yang lain daripadanya.
viii.            Mengetahui bahawa Allah mempunyai nama-nama dan sifat-sifat yang berkenaan dengan kehebatanNya.
    ix.            Berfikir pada kejadian Allah bukan pada zatNya.
      x.            Menyembah Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu.
    xi.            Kita mestilah takut kepada Allah dan tidak takut kepada perkara lain.
  xii.            Sentiasa mengingati Allah yang mana apabila diam kita berfikir dan tatkala berbicara kita berzikir.
xiii.            Sentiasa berserah diri kepada Allah di dalam setiap urusan dan berpegang kepadaNya dalam setiap perkara.
xiv.            Bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatNya yang tidak terhitung banyaknya dan kemulian serta rahmatNya yang tidak terkira.
  xv.            Kita yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi setiap gerak laku kita seharian sama ada ketika berada di tempat yang terang ataupun di tempat yang tersembunyi.
xvi.            Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah kerana istighfar itu merupakan suatu cara bagi mencari keampunan bagi segala dosa yang telah dilakukan dan ia mampu memberi ketenangan dan ketenteraman kepada kita.
Bab 3 FARDHU AIN DALAM AQIDAH.
Rukun iman adalah asas keimanan iaitu mempercayai Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan qada' serta takdir baik dan jahatnya dari Allah, di mana kepercayaan itu tetap di dalam hati seseorang tanpa bercampur syak dan keraguan.
Beriman kepada Allah adalah sesuatu yang wajib ke atas manusia, iaitu makrifat kepada Allah dengan sebenar-benar yakin kerana dengan keyakinan yang betul dan benar, dengan sendirinya kita yakin pula kepada rukun-rukun iman yang lainnya (Sulaiman Endut, 2007).
Dalil Naqli tentang Kewujudan Allah SWT. Dalam surah az-Zumar ayat 62:
ٱللَّهُ خَٰلِقُ كُلِّ شَيۡءٖۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ وَكِيلٞ  ٦٢
62.  Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.
Sifat-sifat wajib bagi Allah SWT adalah seperti berikut:
1.      Wujud ertinya ada. Namun adanya Allah SWT tidak sama dengan adanya atau wujudnya manusia atau makhluk lain.
2.      Qidam bererti sedia ada. Iaitu Allah sedia ada sebelum adanya alam ini.
3.      Baqa’ bermaksud kekal. Kita wajib mempercayai bahawa Allah SWT kekal selama-lamanya dan tidak akan binasa.
4.      Mukhalafatuhu Lil Hawadith bermaksud berlawanan dengan sesuatu yang baharu. Ini bermakna sifat Allah SWT berlainan dengan semua makhluk ciptaannya.
5.      Qiamuhu binafsihi bermaksud berdiri dengan sendiri. Allah SWT tidak memerlukan pertolongan makhluk lain sedangkan manusia perlu bergantung kepada orang lain.
6.      Wahdaniyyah Allah SWT seperti berikut: Allah SWT itu bersifat Esa.
7.      Qudrat. Allah SWT itu Maha Berkuasa untuk menjadikan atau mengadakan sesuatu atau pun tidak mengizinkan sesuatu daripada berlaku menurut kehendakNya.
8.      Iradah bermaksud keinginan atau kehendak. Manakala, dari segi istilah pula ialah Allah SWT berkehendak melakukan semua perkara tanpa terikat dengan sesuatu.
9.      Al-Bashar. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat.
10.  Al-Samu’. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yang tersembunyi.
11.  Al-Kalam. Allah bersifat dengan sifat Maha Berkata-kata dan al-Quran adalah perkataan Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad.
Beriman kepada malaikat ialah keyakinan atau iktikad yang teguh bahawa Allah mempunyai malaikat-malaikat yang diciptakan daripada cahaya. Malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhaka kepada Allah, dan tidak pernah pula membantah apa sahaja yang disuruh oleh Allah kepada mereka.
Sifat-Sifat Malaikat:
1.      Malaikat dijadikan daripada cahaya.
2.      Malaikat tidak bersifat dengan lelaki dan perempuan.
3.      Malaikat tidak dapat dilihat.
4.      Malaikat boleh menjelma dengan pelbagai rupa.
5.      Malaikat terpelihara daripada melakukan dosa.
6.      Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin dan bersih dari mempunyai nafsu syahwat.
Nama-Nama Malaikat Dan Tugas-Tugasnya Yang Wajib Dipercayai Secara Tafsili:
1.      Malaikat Jibrail A.S. menyampaikan wahyu daripada Allah kepada rasul-rasul.
2.      Malaikat Mikail menurunkan hujan.
3.      Malaikat Israfil meniupkan sangkakala pada hari kiamat.
4.      Malaikat ‘Izrail mencabut (mengambil) nyawa.
5.      Malaikat Munkar dan Nakir menyoal mayat selepas manusia telah meninggal dunia.
6.      Malaikat Raqib mencatat segala perbuatan dan perkataan yang baik.
7.      Malaikat Atid mencatat segala perbuatan dan perkataan yang jahat.
8.      Malaikat Malik menjaga pintu neraka.
9.      Malaikat Ridhwan menjaga pintu syurga.
Tugas-Tugas Umum Malaikat:
·         Memikul 'Arasy.
·         Bertasbih & beribadat kepada Allah.
·         Memohon diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang menuntut ilmu.
·         Melindungi orang yang menuntut ilmu.
·         Mendoakan orang mukmin yang beribadat.
·         Menyampaikan berita gembira kepada orang mukmin.
Beriman kepada kitab-kitab Allah yang dimaksudkan ialah beriman dengan “al-kutubu al-ilaahiyah” (kitab-kitab ketuhanan) yang menjadi sebahagian daripada aqidah orang-orang mukmin iaitu kalam Allah yang telah diwahyukan oleh Allah kepada para rasul-Nya yang mengandungi syariat-Nya dan ajaran agama-Nya (agama Islam) untuk disampaikan kepada umat manusia.
Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada beberapa orang rasul-Nya mempunyai empat buah kitab iaitu At-Taurat, Az-Zabur, Injil dan Al-Quran.
Beriman dengan para nabi dan rasul membawa maksud beriman dengan Rasul yang Allah sebutkan nama mereka dalam Al-Quran. Selain itu, golongan mukallaf juga wajib beriman bahawa Allah juga mengutuskan rasul-rasul lain yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di mana bilangan mereka tersangat ramai.
Bilangan para nabi adalah seramai 124,000 nabi dan para rasul adalah seramai 313 rasul berdasarkan sabda Rasulullah SAW.
Nama-nama nabi dan rasul yang wajib diketahui ialah:

1.      Nabi Adam a.s.
2.      Nabi Idris a.s.
3.      Nabi Nuh a.s.
4.      Nabi Hud a.s.
5.      Nabi Saleh a.s.
6.      Nabi Ibrahim a.s.
7.      Nabi Luth a.s.
8.      Nabi Ismail a.s.
9.      Nabi Ishak a.s.
10.  Nabi Ya’qub a.s
11.  Nabi Yusuf a.s.
12.  Nabi Ayub a.s.
13.  Nabi Syu’aib a.s.
14.  Nabi Harun a.s.
15.  Nabi Musa a.s.
16.  Nabi Ilyasa’ a.s.
17.  Nabi Zulkifli a.s.
18.  Nabi Daud a.s.
19.  Nabi Sulaiman a.s.
20.  Nabi Ilyas a.s.
21.  Nabi Yunus a.s.
22.  Nabi Zakaria a.s.
23.  Nabi Yahya a.s.
24.  Nabi Isa a.s.
25.  Nabi Muhammad SAW

Rasul-Rasul Ulul Azmi:
1.      Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam
2.      Nabi Ibrahim A.S.
3.      Nabi Musa A.S.
4.      Nabi Nuh A.S.
5.      Nabi Isa A.S.
SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI RASUL:
1.      Siddiq/Benar.
2.      Amanah.
3.      Tabligh/Menyampaikan.
4.      Fatonah/Bijaksana.
Sifat-Sifat Yang Mustahil Bagi Rasul:
1.      Kazib/Dusta.
2.      Khianat/Curang.
3.      Kitman/Menyembunyikan.
4.      Baladah/Bodoh.
Sifat yang harus bagi rasul ialah sifat-sifat yang ada pada manusia biasa.
Beriman dengan hari kiamat ialah beriman dengan setiap berita yang disampaikan oleh Allah dan rasul-Nya mengenai peristiwa yang berlaku pada hari itu, azab dan nikmatnya, soal kubur, hari manusia dibangkitkan semula, mizan, haudh, sirat dan sebagainya.
Menurut Imam Syafie, Ahli Sunnah Wal-Jamaah beriman kepada setiap yang diberitakan oleh Allah dan Rasul-Nya tentang hari kiamat seperti kebangkitan selepas mati, hisab, kedatangan Allah pada hari kiamat untuk memberikan keputusan di antara hamba-hamba-Nya, mizan (timbangan), ash-shirath, syurga dan neraka.
Beriman kepada qada’ dan qadar bermaksud mempercayai bahawa Allah S.W.T. adalah zat yang Maha Kuasa di seluruh alam ini untuk menentukan dan mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri tanpa diganggui oleh sesuatu kuasa asing.
Beriman dengan takdir Allah merangkumi empat peringkat iaitu:
Pertama: Beriman dengan ilmu Allah S.W.T. yang qadim dan beriman bahawa Allah
mengetahui semua amalan hamba-hamba-Nya sebelum mereka melakukannya.
Kedua: Beriman dengan penulisan yang diketahui Allah yakni di luh mahfuz.
Ketiga: Beriman dengan kehendak Allah yang terlaksana dan kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.
Keempat: Beriman dengan perbuatan Allah mengadakan semua makhluk dan Allah adalah khaliq (Pencipta) sementara selain daripada-Nya ialah makhluk.

Bab 4 ISLAM, IMAN DAN IHSAN
Islam menurut bahasa; berasal daripada perkataan Arab ‘aslama’ yang mengandungi makna ketundukan dan penyerahan diri. Islam telah memberi pengertian yang begitu indah dan cemerlang yang tidak terdapat pada pengertian agama-agama lain.
Islam adalah satu-satunya agama yang diredai Allah s.w.t. dan Islam adalah agama yang memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat.
Pengertian Islam dari sudut istilah syarak boleh difahami melalui beberapa cara iaitu antaranya:
ü  Mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sebenar-benar patuh, tunduk, ikhlas dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan segala pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
ü  Menyerah diri serta tunduk dan patuh hanya kepada Allah s.w.t, Tuhan semesta alam dengan rela hati dan redha tanpa sebarang paksaan.
ü  Satu sistem atau perundangan yang lengkap mengenai kehidupan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia sebagai ikutan dan panduan.
Iman adalah perkataan Arab yang diambil daripada kata kerja (Amana - yu´minu) yang bererti percaya atau membenarkan.
Iman dari segi bahasa ialah tasdiq (membenarkan) secara mutlak tanpa ragu-ragu ataupun syak wasangka di dalam hati. Manakala, dari segi syarak pula, ia bermaksud pengakuan dengan lisan (lidah), tasdiq dengan hati dan beramal dengan anggota badan.
Iman seseorang yang sempurna terhadap Allah s.w.t. menghubungkan tiga bahagian utama manusia iaitu keyakinan dalam hati, pengucapan dengan lisan dan amalan melalui anggota badan.
Ihsan boleh difahami sebagai suatu yang terhasil daripada kombinasi akal, hati, pengucapan dan perbuatan manusia yang menghubungkan dirinya dengan Allah s.w.t. setiap masa.
Ihsan menuntut sifat kesungguhan, keikhlasan dan ketaatan yang mendalam seseorang hamba dalam menjalankan tanggungjawab ibadah terhadap Allah s.w.t. pada setiap masa.
Ihsan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ihsan kepada Allah s.w.t. dan kepada makhluk.

Bab 5 KEHIDUPAN
Untuk memahami hidup, tentu kita harus menilik kepada unsur-unsur yang terlibat di dalamnya yaitu siapa penciptanya, untuk apa diciptakan, dan bagaimana seharusnya kita hidup, dan bagaimana hubungan antara ketiganya pada sebelum dan sesudahnya.
Ternyata kita hidup mempunyai tujuan iaitu negeri akhirat, dan bagaimana hidup yang benar itu adalah hidup dengan menaati aturan Allah yang semuanya tercantum dalam Al-Quran Wassunnah.
Sebelum dijadikan jasad, manusia pada awalnya berada di alam ruh. Alam kedua yang pasti dilalui oleh semua umat manusia adalah alam rahim.
Setelah cukup tempoh yang dikehendaki oleh Allah, manusia akan lahir ke alam dunia sebagaimana yang telah diaturkan oleh Allah. Di peringkat kehidupan inilah, manusia menjalani kehidupan yang agak lama sebelum berangkat ke alam lain. Di alam dunia, manusia menimba pelbagai ilmu pengetahuan serta melakukan pelbagai amalan bagi bekalan di alam akhirat kelak.Hakikat kejadian manusia di dunia adalah untuk melaksanakan tugas kekhalifahan, membangun dan mengelola dunia ini sesuai dengan kehendak Allah, kerana tujuan hidup manusia telah ditetapkan yakni mengabdikan diri kepada Allah.
Setelah manusia selesai menjalani kehidupan di alam dunia, manusia akan dimatikan dan dipindahkan ke alam barzakh.Di alam barzakh manusia akan diberikan balasan yang setimpal dengan perbuatannya di dunia. Dengan kematian, seseorang itu baru memasuki saat peristiwa sesudahnya.
Kehidupan akhirat dimulakan dengan peniupan sangkakala.
Semua yang berada di alam ini akan hancur dan mati melainkan Malaikat Israfil yang bertugas meniupkan sangkakala itu.Hal ini kerana masih ada lagi peniupan untuk kali kedua. Terdapat jarak di antara peniupan yang pertama dan kedua. Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan kejadian itu.Sebaik sahaja peniupan sangkakala yang kedua, manusia akan dihidupkan semula.
Dari sana manusia akan diarak ke Padang Masyar yakni tempat untuk menghadapi pengadilan Allah SWT. Pengadilan agung akan berlaku di mahkamah Allah.
Setelah berada di Padang Masyar menerima pengadilan yang seadil2nya dan diserahkan hasil amalan masing2, manusia akan bergerak menuju ke syurga atau neraka.
Menjadi Khalifah Allah di muka bumi bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah SWT untuk mentadbir dan menguruskan bumi ini, disamping memakmurkannya supaya menjadi tempat tinggal yang baik untuk didiami oleh seluruh penghuninya.
Di dalam Al-Quran terdapat sembilan kalimah khalifah atau khalaif. Ia secara umumnya membicarakan mengenai peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Dengan demikian, jelas kepada kita betapa mulianya darjat manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Ciri-ciri Asas Seorang Khalifah:
·         Berilmu.
·         Moral yang tinggi.
·         Mempunyai hubungan baik.
·         Komitmen terhadap tugas.
·         Ikutan terbaik.
Akibat Dosa: Mendapat kemurkaan daripada Allah.Hati sentiasa resah dan gelisah. Allah akan menarik nikmat dan menurunkan bala. Memutuskan hubungan antara hamba dan tuhannya. Doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Mendapat balasan neraka di akhirat kelak. Mudah berputus asa. Menimbulkan banyak penyakit sosial seperti pergaduhan, pembunuhan dll.
Kesan Pahala: Mendapat keredhaan Allah. Jiwa sentiasa tenang dan gembira. Sentiasa sabar di dalam setiap ujian Allah kepadanya. Mendekatkan diri kepada Allah. Doa dimakbulkan oleh Allah. Mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Allah akan memelihara manusia dari bala bencana dan penyakit.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Bab 6 KEMATIAN
Konsep ajal dalam Al-Quran mempunyai makna yang luas dan tidak terhad pada tempoh berakhirnya hayat.
Jika ajal difahami dengan erti yang luas, ia bakal mempunyai potensi besar untuk membentuk hidup seorang Muslim yang cemerlang dalam pelbagai dimensi kehidupannya, bukan hanya dalam soal kematian.
Konsep ajal yang luas mampu mendidik Muslim untuk sedar akan kepentingan menjaga waktu dalam menunaikan kewajiban dan tanggungjawab serta kepentingan untuk memanfaat waktu atau peluang sebelum tiba ajal (masa luput)nya.
Konsep ajal yang luas juga mengajar kita bahawa apa jua nikmat yang kita perolehi pasti ada masa luputnya. Oleh itu, Muslim hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kehilangan nikmat dari segala segi.
Ajal mengajar Muslim bahawa setiap kesulitan juga ada tempoh luputnya. Ini berpotensi untuk membina sifat optimisme.
Ajal juga mengajar Muslim untuk sentiasa berusaha untuk kekal relevan dengan mencipta semula (reinvent) diri kerana menyedari kemahiran, pengetahuan dan teknologi yang dikuasai juga ada masa luputnya.
Ajal mengajar seorang pemimpin sejak dari hari pertama menjawat tugas kepimpinan akan tarikh luput jawatan berkenaan bagi dirinya.
Hadis riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim, dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: " Aku berjalan bersama-sama rasulullah s.a.w di Kota Madinah. Rasulullah bertongkat dengan pelepah tamar dan melewati sekumpulan orang-orang Yahudi. Mereka (Yahudi) saling berkata: "Tanya Muhammad tentang roh"? Sebahagian yang lain pula mengatakan: "Jangan bertanya kepadanya"Namun kemudianya mereka bertanya: " Hai Muhammad apakah roh itu?." Rasulullah tetap( berdiri ) bertongkat dengan pelepah kurma itu dan aku menyangka bahawa baginda sedang menerima wahyu. Setelah itu Rasulullah bersabda kepada mereka(Surah al-Israk :ayat 85): " Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan roh itu adalah urusan tuhanku dan tiadalah diberi kepada kamu ilmu pengetahuan kecuali sedikit".
Ibnu Habib berpendapat bahawa roh dan jiwa adalah dua perkara yang berlainan. Roh adalah unsure yang merayap ke sekujur tubuh manusia sedang jiwa mempunyai dua tangan , dua kaki, dua kaki dan kepala. Jiwalah yang merasai sakit, gembira dan sedih dan jiwalah yang mengembara dan mimpi. Sewaktu jiwa mengembara, yang masih kekal adalah roh. Ada benarnya pendapat Ibnu habib kerana manusia yang tidur adalah masih tetap hidup, Cuma tidak dapat merasai sakit apabila disakiti tubuh badannya ketika tidur. Apabila jiwa kembali dan sedar dari tidur maka manusia akan merasai semula.
Adapun hukum-hakam Barzakh, Allah Subhanahu wa Ta‘ala menetapkannya berdasarkan roh sedangkan jasad kasarnya hanya mengikutinya. Ini berbeza dengan kehidupan di dunia sebagaimana yang telah diterangkan di atas. Oleh itu di alam Barzakh badan akan turut merasakan kepedihan azab jika rohnya disiksa sebagaimana badan akan turut merasakan nikmat jika roh mendapat nikmat. Ini kerana jasad adalah penyebab untuk mendapat nikmat atau sebaliknya siksaan.
Azab kubur dan azab akhirat adalah akibat daripada murka Allah kepada hamba-Nya. Siapa yang dimurkai Allah di dunia ini kerana durhaka kepada-Nya dan tidak segera taubat kepada-Nya lalu mati dalam keadaan demikian maka untuknya azab kubur setimpal dengan kemurkaan Allah kepadanya.
Seluruh manusia akan bangkit dengan jasad ketika masih muda dengan wajah berbeda-beda sesuai amal perbuatannya. Hari kebangkitan wajib diimanai oleh setiap muslim dengan keimanana yang kuat dan merupakan salah satu cabang dari rukun iman yang kelima yaitu percaya kepada hari akhirat.
Setelah semua makhluk dibangkitkan (ba’ats) dari alam kubur, mereka akan digiring (nasyr) ke satu tempat yang disebut padang Mahsyar. Di sana mereka selanjutnya akan berkumpul menjadi satu himpunan. Mahsyar adalah padang yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah maupun tinggi di akhirat.
Setelah berada di padang Mahsyar selanjutnya semua manuisa satu persatu akan dihisab. Sebelum dihisab, mereka diberitahu tentang amal perbuatan yang telah mereka kerjakan meskipun mereka telah lupa apa yang mereka kerjakan. Mereka akan dihisab dengan perbuatan yang mereka lakukan, dari yang besar sampai yang sekecil kecilnya. Semua anggota tubuh manusia menjadi saksi.


Bab 7 PERMASALAHAN AQIDAH.
Iman adalah harta yang sangat bernilai. Ia bukan sesuatu yang boleh diwarisi atau dijual beli. Ia adalah anugerah Allah yang patut disyukuri dan dipelihara. Kerana itulah, Nabi Yaaqub a.s sekalipun bernasabkan para Nabi dan memiliki keturunan juga di kalangan para Nabi cukup bimbang akan keselamatan akidah anak cucu baginda.
Kerana akidah juga, para Nabi dan Rasul sanggup menerima apa jua rintangan dan bebanan demi memperjuangkannya. Dari Nabi Adam a.s hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w semuanya telah berusaha memelihara akidah umat mereka agar tidak terpesong ke jalan sesat.
Penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah umpamanya bertujuan untuk membentuk umat Islam yang baru berpegang kepada ajaran agama Islam.
Akidah yang merupakan simpulan iman akan menyuntikkan semangat perjuangan, menyuburkan daya saing dan memupuk perpaduan di kalangan umat Islam.
Umat Islam yang tidak mempunyai akidah yang kukuh akan mudah terpesong dan menyeleweng dari ajaran agamanya yang sebenar.
Akidah juga adalah tunjang segala amalan dan benteng pertahanan yang kukuh daripada segala perkara yang merosakkan. Jika akidah seseorang itu tidak betul, maka segala amalan yang dilakukannya menjadi sia-sia belaka, manakala di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam api neraka.
Syirik adalah menjadikan sesuatu sebagai sekutu Allah dalam hal- hal yang merupakan hak murni Allah. Seperti menjadikan Tuhan atau beberapa Tuhan selain Allah yang disembah, ditaati, dimintai pertolongan, dicintai atau lainnya. Semua ini tidak ada yang berhak mendapatnya selain Allah. Syirik adalah dosa yang tidak terampuni.
Hasil dari penelitian Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang hasil dari faktor-faktor berikut:-
1.      Tasawuf Falsafah @ Teosofi
2.      Ajaran Batiniah;
3.      Ajaran Syiah;
4.      Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi; dan
5.      Usaha menjauhkan Umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah.
Ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut:-
1.      Mengaku diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu.
2.      Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Al-Mahdi dan sebagainya (Qadyani, Bahai, 4 Sahabat, Nasir, Mufarridiah).
3.      Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup.
4.      Mendakwa pengikut-pengikut ajaran/tarikatnya sahaja yang dijamin masuk syurga.
5.      Mendakwa gurunya memegang kunci pintu syurga.
6.      Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
7.      Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
8.      Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
9.      Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cicin dan sebagainya untuk sampai kepada Tuhan.
10.  Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh @ anak hakikat.
11.  Mengaku Allah menjelma di dalam diri.
12.  Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
13.  Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah s.a.w. secara jaga (Yaqazah).
14.  Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian di dakwa pasti masuk syurga.
15.  Memansuhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru @ menganggapkan bila sampai kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat.
16.  Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk.
Penyebar ajaran menyeleweng telah banyak mendatangkan keburukan kepada umat dan negara. Antaranya melalui:
a.       Mencela Ulama dan Fuqaha.
b.      Membuat Takwilan Dalam Agama.
c.       Kepentingan Peribadi dan Sex.
d.      Ingin Melemahkan Perpaduan dan Menghancurkan Agama Islam Melalui Gerakan Rahsia.
Golongan yang mudah terpengaruh menjadi mangsa ajaran sesat ialah terdiri daripada:
1.      Mereka yang jahil dan kosong jiwa kerana tidak mempunyai pengetahuan agama yang cukup.
2.      mereka yang ghairah mencari ketenangan jiwa dan kesempurnan beragama terutama melalui unsur kerohanian dengan cara jalan dekat tanpa ikut sunnah.
3.      Golongan yang salah atau menyeleweng dalam hal yang berhubung dengan usul.


No comments:

Post a Comment