BAB 1: SEJARAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD (SAW)
Nabi Muhammad bin Abdullah merupakan
Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t kepada sekelian umat hingga hari
kiamat. Baginda menjadi yatim semasa dua bulan dalam kandungan ibunya, kerana
bapanya Abdullah bin Abdul Muththalib telah wafat di Yathrib. Baginda
dilahirkan di kota Mekah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun gajah, yakni
tahun dimana Abraham atau Abrahah al-Asyram berusaha menyerang Mekah dan
menghancurkan ka’bah.
Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad:
a.
Api
Sembahan Kaum Majusi di Parsi Terpadam.
b.
Aminah
Bermimpi Supaya Anak dalam Kandungan Diberi Nama Muhammad.
Sewaktu Baginda dilahirkan, telah
berlaku perkara yang luar biasa (mukjizat) ke atas Nabi s.a.w iaitu:
a.
Kedua
tapak tangan Baginda melekap di atas bumi dan kepala Baginda mendongak ke
langit.
b.
Baginda
dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan.
c.
Baginda
bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, dijawab oleh malaikat “yarhamukaLLah” dan
Baginda menjawab lagi “yahdina wayahdikumuLLah”.
Selepas Kelahiran Nabi Muhammad:
a.
Dada
Baginda s.a.w Dibedah waktu baginda masih kanak-kanak.
b.
Kumpulan
Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan.
Nasab baginda s.a.w ialah Muhammad
bin Abdullah bin Abdul Muthathalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qushayyi bin
Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin
an-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazar
bin Mu’iddu bin Adnan. Inilah batas nasab Rasulullah s.a.w yang telah
disepakati.
Baginda telah bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan
memilih Quraisy dari Kinanah, kemudian memilih Hasyim dari Quraisy, dan memilih
ku dari Bani Hasyim”.
Kisah penyusuan yang paling masyhur
ialah kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan ibu susuannya Halimatus Sa’diah.
Sememangnya menjadi budaya orang
Arab bangsawan akan menyerahkan anak-anak mereka kepada orang-orang kampung
untuk disusui bila mereka melahirkan anak.
Semenjak Nabi Muhammad s.a.w tinggal
bersamanya Halimatus Sa’diah banyak berlaku perkara-perkara yang luar biasa.
Nabi dibesarkan dalam suasana
masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia.
Tujuan Nabi di Hantar ke Desa:
1.
Tubuh
kanak-kanak itu menjadi sihat, cergas dan kuat, kerana di desa udaranya lebih
bersih daripada di kota.
2.
Kanak-kanak
itu mempelajari bahasa Arab asli (Arab fusha) dan boleh bertutur dengan fasih,
kerana di kota, khususnya kota Makkah, Bahasa Arabnya sudah tercemar dengan
terdapatnya ramai bangsa asing di situ.
3.
Kanak-kanak
itu terlatih dengan kesusahan. Apabila dewasa nanti dia akan merasa lebih
bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Di antara nilai-nilai murni
masyarakat desa ialah:
1.
Rajin
Berkerja.
2.
Semangat
yang Tinggi.
3.
Kasih
Sayang.
4.
Bertanggungjawab
dan Amanah.
Ketika diasuh di desa Nabi dididik
dengan akhlak yang mulia dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Selain
daripada itu, Nabi menjadi seorang yang lembut tutur kata, bersifat timbang
rasa, amanah dan sabar. Di samping itu, Nabi juga memperolehi pelbagai
kemahiran. Antaranya ialah dapat menguasai Bahasa Arab dengan baik, pandai
mengembala kambing dan pandai bergaul dengan masyarakat.
Bapa Baginda Abdullah meninggal
dunia ketika berusia 25 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Madinah juga.
Beliau meninggalkan sedikit harta untuk bekalan anaknya yang akan lahir itu
iaitu lima ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang pembantu rumah yang
bernama Ummu Aiman. Jika diukur daripada harta yang ditinggalkan itu, jelaslah
bahawa Abdullah bukanlah seorang yang terlalu kaya atau seorang yang terlalu
miskin tetapi keadaannya sederhana sahaja.
Dalam perjalanan pulang menziarahi
pusara suaminya di Yathrib Aminah telah jatuh sakit lalu meninggal dunia di
satu tempat bernama Abwa’, maka tinggallah Nabi menjadi yatim piatu dan pulang
ke Makkah bersama-sama Ummu Aiman.
Kesan dari peristiwa ini, Nabi telah
hidup tanpa sokongan ibu dan bapa. Baginda hanya bangkit memikul tanggungjawab
dengan bantuan seluruhnya dari Allah. Nabi juga telah menjadi seorang yang
tabah menghadapi ujian, disayangi dan dihargai oleh anggota keluarga yang lain
serta pandai hidup berdikari.
Kematian Abdul Muttalib merupakan
satu pukulan ke atas Bani Hashim kerana tiada seorang pun dari anak-anak
lelakinya yang dapat mengantikan tempat beliau. Tidak ada seorang Quraisy pun
yang dapat menandingi sifat-sifatnya dari segi pemikiran, keperibadian,
keadilan dan kekuatan.
Sebelum kematiannya, Abdul Muttalib
telah mengamanahkan anaknya Abu Talib supaya menjaga Nabi dengan baik.
Nabi menerima ujian Allah dengan
sabar dan yakin apa yang berlaku ke atas dirinya mempunyai hikmah. Walaupun
Nabi sayang kepada datuknya, kesedihan Baginda tidak berpanjangan. Bahkan
Baginda tabah menghadapi dugaan yang besar itu. Di samping itu, Baginda
menjadikan peristiwa tersebut sebagai cabaran untuk meneruskan kehidupan
selepas itu.
Walaupun Abu Talib Bapa saudara Nabi
bukanlah seorang yang kaya dan mewah. Dengan sebab itulah Abdul Muttalib
menyerahkan Nabi kepada Abu Talib. Sikap kasih-sayang Abu Talib terhadap Nabi
tidak ubah seperti kasih-sayang Abdul Muttalib terhadap Nabi. Ketika bersamanya
Nabi tidak pernah berkecil hati terhadap Abu Talib, malahan Baginda sentiasa
membantunya dalam urusan di rumah dan di luar rumah.
Di antara pengalaman yang diperolehi
Nabi semasa tinggal bersama bapa saudara Baginda ialah:
Baginda telah berkerja sebagai
pengembala kambing untuk mendapatkan upah.
Pergi ke negeri Syam untuk
menguruskan perniagaannya di sana.
Pemergian Baginda ke Syam telah
memberikan pengajaran dan pengalaman yang cukup banyak kepada Baginda.
Baginda juga melakukan perniagaan di
Makkah dan di pasar-pasar yang berdekatan seperti Ukaz, Majannah dan Dhu
al-Majaz.
Di situ dalam perjalanan ke Syam Buhaira
Pendeta Nasrani menasihatkan AbuTalib supaya membawa Nabi Muhammad bin Abdulah
segera pulang ke Mekah setelah melihat tanda kenabiannya, ini kerana dibimbangi
jika Baginda dibawa ke Syam, orang-orang Yahudi akan menemui Baginda dan akan
membunuhnya. Disebabkan misi perdagangannya belum selesai, Abu Talib telah
mengupah orang untuk membawa kembali Rasullulah ke Mekah dan dia meneruskan
perjalanan hingga ke Syam tanpa membawa bersama Rasullulah.
BAB 2: KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW
Siti Khadijah binti Khuwailid adalah
seorang wanita kaya daripada keturunan suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab di
Mekah ketika itu. Kekayaan Siti Khadijah adalah menyamai perniagaan semua orang
Quraisy yang lain. Kejujuran dan keperibadian mulia Rasullulah telah menarik
hati Siti Khadijah untuk menawarkan Baginda menguruskan perniagaan beliau ke
Syam.
Hasil daripada pergaulan yang mesra,
jujur dalam tutur kata, prihatin dengan keperluan pelanggan menyebabkan misi
perniagaan Siti Khadijah kali ini yang diterajui oleh Rasullulah telahmencapai
objektif dan berjaya meraih keuntungan yang berlipat kali ganda mengatasi
rombongan dagang lain. Misi kali mencatatkan keuntungan tertinggi berbanding
dengan misi perniagaan yang dihantar sebelumnya.
Ini menambahkan lagi kekaguman
beliau kepada Rasullulah. Kekaguman ini, menarik hati Siti Khadijah untuk
menjadi isteri kepada Rasullulah. Rasulullah ketika itu masih lagi bujang dan
umur Baginda dua puluh lima tahun, sementara umur Siti Khadijah adalah empat
puluh tahun, seorang janda yang sudah kematian dua orang suami sebelum ini.
Kekaguman beliau dengan keunggulan
peribadi Rasullulah telah membuka hati Siti Khadijah untuk berkahwin. Beliau
kemudiannya menghantar wakil kepada Rasullullah untuk menyampaikan hasrat
beliau. Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasullulah. Abu Talib yang
menguruskan perkahwinan bagi pihak Rasullulah dan mengetuai majlis akad nikah.
Tempoh perkahwinan Rasullullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti Khadijah
kembali ke rahmatullah berlangsung adalah selama dua puluh lima tahun.
Rasullullah dengan kebijaksanaan
Baginda menyelesaikan pertelingkahan dengan dengan penuh aman damai dan
memuaskan hati semua pihak. Rasullullah membuka serbannya, kemudian meletakkan
Hajarul Aswad di tengah-tengah serban dan kesemua ketua suku mengangkat serban
ini bersama-sama dari penjuru masing-masing. Apabila sampai ke penjuru
Kaabah,Rasullullah meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya yang asal.
Kebijaksanaan dalam pengadilan dalam peristiwa Hajarul Aswad telah berjaya
menyelamatkan kaum Quraisy daripada peperangan saudara antara mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. berulang alik
dari rumah ke gua Hira’ selama beberapa bulan. Pada suatu hari baginda mendapat
mimpi yang benar iaitu ternampak cahaya seperti pancaran sinar yang terang di
waktu pagi yang memberi tanda akan datangnya kebaikan. Pada 17 Ramadan tahun
610M, sedang baginda beribadah di gua Hira’ datanglah malaikat Jibril a.s membawa
wahyu daripada Allah s.w.t., lalu mengajar baginda membaca.
Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pun
pulang dalam keadaan ketakutan lalu menemui Khadijah binti Khuwailid r.ha
dirumahnya, sambil berkata: “Selimutkanlah daku! selimutkanlah daku!”. Baginda
s.a.w. lantas diselimutkan sehingga hilang rasa gerun dan takut. Akhirnya,
baginda s.a.w. menceritakan kepada Khadijah tentang peristiwa aneh yang berlaku
ke atas dirinya.
Rasulullah s.a.w. terus di bawa oleh
Khadijah menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah
dan penulis kitab Injil dalam bahasa Al- Ibrani lantaran beliau merupakan
penganut agama Kristian di zaman Jahiliah. Baginda s.a.w. telah menceritakan
peristiwa yang telah baginda alami semasa di gua Hira’.
Namun, tidak berapa lama setelah
itu, Waraqah pun meninggal dunia sebelum sempat menunaikan hajat murninya untuk
membantu perjuangan Rasulullah itu.
BAB 3: DAKWAH ISLAMIAH
Orang pertama yang beriman dengan
Baginda dan memeluk Islam ialah isteri Baginda, Khadijah r.ha.,kemudian sepupu
Baginda, Ali r.a. Ketika itu Ali masih kanak-kanak berumur 10 tahun. Kemudian
diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin Harithah. Dakwah Islam ini
akhirnya disambut baik pula oleh beberapa tokoh yang berkedudukan dalam
masyarakat Mekah iaitu: Abu Bakar as-Siddiq, Uthman binbin Affan, al-Zubair bin
al-Awwam, ÂAbd. Rahman bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqqaf r.hum. Hamba sahaya
yang mula-mula sekali memeluk Islam pula ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi.
Setelah tiga tahun berlalu dakwah
secara sulit dan bilangan umat Islam kian bertambah, maka akhirnya Allah s.w.t
telah memerintahkan RasulNya untuk menyampaikan dakwah Islam secara terang-terangan.
Ekoran dakwah secara terang-terangan
itu, bermulalah peringkat menyakiti orang-orang mukmin yang baru memeluk Islam.
Bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti dan ada yang terbunuh syahid.
Puak Musyrikin Quraisy ingin
bertindak ke atas Rasul s.a.w, namun bapa saudara Baginda, Abu Talib
melindunginya. Beliau enggan menyerahkan Baginda kepada mereka.
Setelah seruan secara terbuka
dijalankan dan ia mendapat sambutan di luar dugaan dan setelah Nabi Muhammad
mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek moyang mereka, maka kaum
Quraisy mula bimbang lantas mengadakan pelbagai usaha untuk mebendung perkembangan
Islam.
Bani-bani lain dari kaum Quraisy
terutamanya Bami Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka.
Menerima ajaran Islam seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim.
Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang yang amanah dan
mempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya
Muhammad berjaya menjadi pemimpin, mereka bimbang kuasa kepimpinan tersebut
akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang meletakkan
diri mereka sebagai pemimpin.
Pengharaman penyembahan berhala ini
akan menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga Kaabah
kehilangan sumber pendapatan. Pengharaman hamba sudah pasti akan menjejaskan
kedudukan ekonomi mereka.
Orang musyirikin juga bimbang
kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat kebudayaan
akan terjejas dengan kedatangan Islam.
Orang musyirikin yang sememangnya sentiasa
melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak dan sebagainya takut
akan pembalasan yang akan diterima nanti.
Mereka turut menentang segala amalan
sosial yang dianjurkan oleh Islam seharian kerana ia bertentangan dengan
kehidupan biasa mereka.
Mereka bimbang jika mereka menerima
Islam, mereka akan melanggar adat tradisi mereka dan akan dimakan sumpah.
Golongan musyirikin menentang Islam
kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan.
Orang musyirikin melemparkan
pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat Arab tidak terpengaruh
dengan dakwah yang disampaikan.
Pada peringkat awal, seksaan hanya
ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan lemah seperti golongan
miskin dan hamba. Oleh sebab seksaan ini tidak memberi kesan, mereka pun mulai
menyeksa Nabi dengan meletak najis di rumah Nabi, di sujud Nabi dan meletakkan
duri di tempat yang dilalui Nabi.
Orang musyirikin telah mengemukakan
pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas dakwah.
Apabila semua tindakan yang diambil
tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu Talib dan meminta beliau
menasihati Nabi. Permintaan tersebut tidak dipedulikan.
Orang musyirikin akhirnya mengadakan
pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua umat Islam. Pemulauan ini hanya
dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak semua orang musyirikin bersetuju
dengan tindakan tersebut.
Apabila orang musyirikin gagal
menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk membunuh Nabi. Beberapa
orang pemuda telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Rancangan ini
telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui wahyu.
Setelah Nabi dan orang Islam
berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas hati. Oleh itu,
mereka telah melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3 peperangan
penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak (Ahzab).
Pada peringkat awal, Nabi meminta
orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari orang musyirikin. Mereka
diminta jangan bertindak balas bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih
besar.
Nabi menggalakkan orang Islam yang
berharta untuk membebaskan hamba yang telah diseksa dengan teruk oleh tuan-tuan
mereka.
Bagi mengelakkan peyeksaan orang
musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah mendapatkan perlindungan
dari orang yang berpengaruh dalam masyarakat Quraisy.
Apabila orang musyirikin menunjukkan
penentangan yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang Islam supaya
berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah Habsyah ialah seorang
pemerintah yang baik dan sanggup melindungi orang Islam.
Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi
dan anak angkatnya Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah kepada
Bani Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan yang rapat dengan orang
Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka menolak mentah-mentah dakwah yang
disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan Nabi.
Pada tahun 11 selepas kerasulan
Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya diadakan. Hal ini diikuti pada tahun
berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang
Islam dijemput ke Yathrib (Madinah).
Pada tahun ke-13 selepas kerasulan
Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan
tindakan yang lebih keras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah. Hijrah ini
dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang bagi orang musyirikin
untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.
Setelah 2 tahun Nabi berhijrah,
turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri dan
agama.
BAB 4: HIJRAH NABI
Perjanjian Aqabah pertama ini adalah
hasil daripada pemelukan enam orang dari penduduk Yathrib (Madinah) di musim
haji tahun ke-11 kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka yang berada di
Mina ketika itu sanggup dan bersedia menerima ajaran baru ketika itu dan
berjanji kepada Rasulullah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah, apabila mereka
telah pulang daripada menunaikan haji kelak berbanding kaum Musyrikin Makkah yang
memandang lekeh ajakan Nabi kepada agama Islam yang murni ini.
Pada musim haji, bulan Zulhijjah
tahun ke-13 selepas kerasulan pula,bersamaan Jun 622 Masihi, datang pula
rombongan seramai 70 orang lebih kaum muslimin penduduk Yathrib, bersama-sama
kumpulan haji musyrikin bagi melaksanakan ibadat haji.
Mereka telah membuat beberapa
pertemuan sulit dengan Rasulullah hingga berakhir dengan persetujuan kedua
belah pihak untuk mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari Tasyriq (11, 12
dan 13 Zulhijjah), di persimpangan berhampiran Aqabah di mana upacara Jamrah
atau ibadah melontar dilakukan di sana.
Imam Ahmad r.a telah meriwayatkan
dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa daku berkata; “Wahai Rasulullah, di atas
apakah yang akan kami berjanji dengan Tuan?” Jawab Rasulullah, kamu berjanji
untuk:
i.
Mendengar
dan mematuhi dalam keadaan sibuk mahupun lapang.
ii.
Berinfaq
semasa susah dan senang.
iii.
Menyeru
kepada maʹruf dan mencegah kemungkaran.
iv.
Berjuang
kerana Allah tanpa mempedulikan ancaman orang.
v.
Menyokong
aku setibanya aku di kalangan kamu nanti, mempertahankan aku seperti mana kamu
pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan, adalah syurga Allah di
akhirat nanti.
Peristiwa hijrah telah menjadi satu
titik peralihan kepada dakwah Nabi s.a.w bersama para Sahabat dan strategi
bijak bagi memaju perkembangan agama Islam di Semenanjung Tanah Arab dan dunia
umumnya. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui
oleh musyirikin Makkah.
Termeterainya Perjanjian ʹAqabah
mengundang dan membuka jalan yang penuh bergaya bagi proses Hijrah dalam
sejarah Islam. Melalui perjanjian ini, Nabi telah meraih sambutan dan jaminan
keselamatan penduduk Madinah bagi memastikan kelangsungan dakwah dan syiar
Islam.
Tekanan atau ancaman dari musyrikin
Makkah telah mendorong Nabi dan umat Islam berhijrah ke Madinah. Nabi dan
orang-orang Islam bukan sekadar telah dihina, diejek, diseksa dan dipulau,
malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah diancam untuk dibunuh.
Setelah penduduk Taif menolak dakwah
Islam ini, maka Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah.
Kedatangan penduduk Madinah ke Makkah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan
menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi.
Kematian Abu Talib dan Khadijah
telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak
meninggalkan kesan ke atas Nabi.
Nabi berhasrat untuk mendapatkan
sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan daripada penduduk
Makkah kurang menggalakkan.
Persediaan penduduk Madinah menerima
Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Di samping itu, penduduk Madinah
berharap Nabi dapat memberi sinar perdamaian terhadap perbalahan antara orang
Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan
Khazraj.
Kedudukan Madinah di tengah-tengah
jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai
pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi sebagai pusat perdagangan dan
perkembangan ekonomi serantau.
Penduduk Madinah kebanyakannya sudah
mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui
cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka
memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi.
Hijrah berlaku apabila Nabi menerima
wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Hakikatnya, hijrah
adalah perancangan Allah s.w.t yang lebih hebat menandingi tipu daya musuh
Islam.
Kepentingan hijrah nabi muhammad
saw:
1.
Wujudnya
Perpaduan Dari Kaum Yang berbeza.
2.
Terbinanya
Negara Islam Yang Pertama.
3.
Mengurangkan
Beban Ummat Islam.
4.
Dapat
Mempertahankan Agama Serta Bermulanya Perkembangan Islam.
5.
Bermulanya
Perkembangan Sistem Ekonomi Dan Sosial Mengikut Pandangan Islam.
Setelah ditetapkan perancangan
hijrah, maka Rasulullah pun pulang semula ke rumahnya, menunggu ketibaan malam.
Pimpinan dan kepala jenayah Quraisy menghabiskan siang mereka untuk
menyempurnakan perancangan dan persiapan seperti yang diputuskan oleh sidang
Dar al-Nadwah.
Bila malam bergerak gelap, mereka
pun berkumpul di pintu menunggu baginda tidur, di masa itu mereka akan
menyerang serentak. Mereka dengan penuh keyakinan dan kepercayaan yang mereka
akan berjaya dengan pakatan jahat itu.
Di dalam suasana pihak Quraisy
begitu prihatin dengan perancangan mereka, namun mereka gagal di saat terakhir
dan kritikal ini, Rasulullah telah meminta Saidina Ali (r.a) untuk tidur di
tempat tidurnya.
Rasulullah pun keluar bersama Abu
Bakar As-Sidiq, membelah barisan sekatan mereka malah Rasulullah telah
mengambil segenggam pasir dari atas tanah di mana baginda menaburkannya ke atas
kepala mereka semua dan Allah membuta penglihatan mereka.
Alangkah terkejut melihat keadaan
yang mengecewakan itu, lalu mereka pun bertanya kepada Ali di mana gerangannya
Muhammad. Jawab Ali, "Aku tidak ada muklumat mengenainya".
Rasulullah terhincut-hincut dengan
tujuan menyembunyikan kesan tapak kakinya hingga melicit tapak kaki baginda,
walau bagaimana sekali pun Abu Bakr telah mendukung Rasulullah, sesampainya
mereka ke Jabal Thur itu, terasa berat oleh Abu Bakr namun beliau dapat
menyampaikan baginda ke kemuncak bukit, dalam sejarah Islam dikenali sebagai
gua Thur.
Selama tiga malam mereka bersembunyi
di gua itu, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad, Abdullah bin Abu Bakr turut
tidur bersama-sama mereka. Mereka yang memburu tadi sempat juga sampai ke pintu
gua Thur, tetapi Allah yang menguasai di atas segalanya. Sebagai mukjizat Allah
yang dianugerahkan kepada RasulNya mereka telah beredar pulang dari situ
meskipun hanya beberapa langkah sahaja dari situ Rasulullah sedang bersembunyi.
Sebaik sahaja api kemarahan dan
usaha membunuh Rasulullah reda, rondaan dan sekatan pemeriksaan dihentikan,
setelah tiga hari berturut-turut, maka Rasulullah dan sahabatnya bersiap untuk
keluar dan bergerak ke Madinah.
Bertepatan pada hari Isnin 8 Rabiul
al-Awal tahun 14 kebangkitan Rasulullah, iaitu tahun pertama Hijrah bersamaan
23 September 622 Masihi, Rasulullah telah sampai ke Quba'.
Umat Islam di Madinah telah pun
mendapat maklumat mengenai penghijrahan Rasulullah dari Makkah ke Madinah,
justeru itu, paada setiap pagi mereka keluar beramai-ramai ke tanah lapang
al-Hurah, menunggu kedatangan Rasulullah.
Al-Madinah keseluruhannya dengan penduduk
Islamnya bagaikan berombak bergerak, menyambut kedatangan Rasulullah, ianya
merupakan suatu hari yang paling bersejarah yang belum disaksi lagi selama ini.
Selepas solat Jumaat Rasulullah
(s.a.w) memasuki al-Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib
itu dikenali dengan Madinah al-Rasul (s.a.w) untuk singkatan maka disebut
al-Madinah sahaja, hari itu adalah hari bersejarah dan gemilang, jalan-jalan,
lorong dan rumah-rumah bergema dengan tahmid dan taqdis, seluruh anak-anak
gadis Ansar mendendangkan rangkap-rangkap puisi, tanda kegembiraan dan
keceriaan.
BAB 5: PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
Langkah sulung dilakukan oleh
Rasulullah (s.a.w) selepas itu ialah pembinaan al-Masjid an-Nabawi. Bertepatan
dengan tempat unta Baginda berlabuh, Rasulullah memerintah supaya dibina sebuah
masjid yang dikenali dengan al-Masjid an-Nabawi.
Rasulullah berusaha membina masjid
sebagai pusat pertemuan dan intraksi umat Islam, disamping itu Rasulullah juga
telah melaksanakan satu kerja teragung dan tersanjung yang tercatat sebagai
lembaran suci di dalam sejarah Islam, iaitu tindakan mempersaudarakan antara,
Muhajirin dan Ansar.
Perasaan mengutamakan saudara, sifat
tolong menolong dan sikap berdampingan diceritakan di dalam anjuran ukhuwwah
ini, ianya membekalkan masyarakat dengan seribu satu contoh unggul lagi unik.
Kesemuanya itu menggambarkan
kemuncak kemurahan kaum Ansar terhadap saudara mereka, kaum Muhajirin. lanya
adalah sebahagian dari pengorbanan, sifat mengutamakan orang lain, kemesraan
dan ketulusan hati.
Piagam Madinah juga adalah salah
satu elemen penting dalam sejarah Islam.
Isi Kandungan Piagam Madinah:
·
Semua
penduduk Madinah mengakui Rasulullah sebagai ketua negara.
·
Mengakui
Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang bertanggungjawab terhadap Allah,
Rasul dan umat Islam.
·
Mengakui
kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masing-masing dan orang musyrikin di
Madinah.
·
Setiap
kaum mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing
dalam suasana hidup bersama.
·
Semua
penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatan negara Madinah daripada serangan
musuh.
·
Orang
Yahudi dibenarkan hidup dalam cara mereka sendiri dalam suasana menghormati
orang Islam dan mereka tidak dibenarkan melindungi nyawa dan harta Musyrikin
Quraisy.
·
Semua
penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi antara satu sama lain
sebaliknya mereka mesti hidup tolong-menolong untuk pembangunan, ekonomi dan
keselamatan masyarakat.
·
Setiap
kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah s.a.w sebagai ketua Negara apabila
timbul sebarang masalah atau permusuhan sesama mereka.
·
Mana-mana
pihak dilarang mengadakan hubungan dengan pihak luar terutama dengan Musyrikin
Makkah dan sekutu mereka.
·
Piagam
ini mempunyai kuasa melindungi semua pihak yang mempersetujui dan mempunyai hak
mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya.
Kesan Positif Setelah Piagam Madinah
Termeterai:
·
Hikmah
daripada piagam Madinah, penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama hidup
bersatu padu.
·
Selain
itu, ajaran Islam yang murni dan akhlak nabi yang terpuji menarik minat
golongan musyrikin untuk memeluk Islam. Maka syiar Islam pun berkembang.
·
Bilangan
umat Islam pula semakin bertambah sekali gus memperkukuhkan negara Islam
Madinah di persada Tanah Arab dan setanding kerajaan dunia semasa ketika itu
seperti Rom dan Parsi.
Pengajaran Daripada Pembentukan
Piagam Madinah:
Mewujudkan negara berperaturan
adalah amat wajar demi keselamatan rakyat seluruhnya.
Umat Islam seharusnya mencontohi
Nabi dalam segenap aspek kehidupan termasuk pentadbiran negara yang berdaulat
dan merdeka.
Peraturan dan undang-undang yang
terlaksana mewujudkan iklim politik yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang
pesat.
Kehidupan masyarakat Madinah yang
majmuk tersebut bertambah harmoni dan jauh daripada api sengketa atau
permusuhan dalaman antara komuniti setempat.
Penduduk Madinah mentaati Rasulullah
dalam peristiwa ini sebagai ketua dalam negara sekali gus menjadikan syariat
Islam sebagai sumber perundangan yang paling utama.
Perjanjian Hudaibiyyah adalah sebuah
perjanjian yang diadakan di sebuah tempat di antara Madinah dan Makkah pada
bulan Mac 628 masihi bersamaan bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah.
Terdapat tiga faktor utama
terjadinya Perjanjian Hudaibiyah iaitu:
·
Desas-desus
Kematian Usman bin Affan.
·
Kaum
Musyrikin Memohon Untuk Berunding Bagi Mengelakkan Serangan Umat Islam.
·
Peperangan
Demi Peperangan Sebelumnya.
Isi-Isi Perjanjian Hudaibiyah
Ø Gencatan senjata selama 10 tahun.
Ø Umat Islam dibenarkan melakukan ibadat umrah pada tahun hadapan
dengan bermukim selama tiga hari dan membawa senjata bersarung.
Ø Kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam kebaikan.
Ø Orang Quraisy yang masuk Islam wajib dikembalikan kepada kaumnya di
Makkah.
Ø Mana-mana orang Islam yang murtad dan lari kepada pihak Musyrikin
tidak wajib dikembalikan kepada Nabi.
Ø Kedua-dua belah pihak bebas menjalinkan hubungan atau perjanjian
dengan manamana kabilah Arab tanpa melibatkan urusan peperangan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah:
·
Perjanjian
Hudaibiyah telah membuka ruang dan peluang kepada perkembangan Islam dengan
lebih meluas.
·
Masyarakat
di kedua-dua kota suci tersebut dapat hidup dalam aman dan damai tanpa sebarang
pertumpahan darah dan peperangan.
·
Perjanjian
Hudaibiyah telah membuka jalan kepada Pembukaan Kota Suci Makkah hingga
membebas dan memerdekakan kota suci itu daripada cengkaman Musyrikin dan
belenggu syirik serta kegelapan jahiliah.
·
Pihak
Islam mampu mengadakan ikatan perjanjian dan pemuafakatan dengan
kabilah-kabilah Arab yang lain.
BAB 6: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NABI MUHAMMAD SAW
Umat Islam mesti memperkukuhkan
perpaduan sesama mereka melalui aktiviti seharian, menyepadukan aspek pembinaan
material dan spiritual serta mentadbir urusan kehidupan berasaskan matlamat
kesejahteraan bersama seperti contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.
Semasa hayatnya, baginda dikenali sebagai seorang ketua negara dan Rasul
melebihi tugas semata-mata sebagai ahli politik.
Tempoh pentadbiran Rasulullah s.a.w
di Madinah menjadi titik tolak kepada permulaan kebangkitan Islam sekaligus
menjadikan Madinah sebagai sebuah negara yang berpaksikan ajaran yang terdapat
pada kitab suci al-Quran dan al-Sunnah sebagai rujukan utama dalam urusan
pentadbirannya.
Untuk mencapai kestabilan dalam
sesebuah negara yang ditadbir, seseorang pemimpin itu mestilah berusaha untuk
menyatu-padukan rakyat yang bernaung di bawah pentadbirannya selain menyakinkan
rakyat yang berada di bawah pentadbirannya itu benar-benar demi menjaga
kesejahteraan.
Demi mengeratkan hubungan sesama
masyarakat Islam pula, baginda telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan
Ansar sebagai langkah memperkasakan kekuatan Islam itu sendiri di mata penduduk
Madinah yang bukan beragama Islam.
Penggubalan Piagam Madinah juga
bertujuan untuk menyatukan dan mendamaikan antara kaum-kaum yang terdapat di
Madinah yang sentiasa bertelagah pada masa sebelum kedatangan Islam selain
untuk menjadi tanda penerimaan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara Madinah.
Di peringkat antarabangsa,
Rasulullah s.a.w boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana baginda
berjaya menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi
tujuan untuk memperkenalkan Islam.
Pada zaman Rasulullah s.a.w di
Madinah, negara Islam hanya bergantung kepada sumber al-sadaqat (sumbangan
sukarela daripada umat Islam untuk membiayai perbelanjaan Negara). Pada masa
ini, beberapa tabung khas telah ditubuhkan. Daripada sumber al-sadaqat ini,
keseluruhan Negara dan umat Islam dibiayai.
Untuk menyelesaikan masalah
kekurangan air, Rasulullah s.a.w juga meminta para sahabat yang mempunyai
sumber kewangan yang lebih supaya membeli perigi di persekitaran Madinah.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, tedapat
sembilan jenis perniagaan yang dilarang. Perniagaan-perniagaan tersebut ialah
perniagaan berasakan system riba, menjual tanaman yang baru tumbuh, menjual
buah-buahan yang masih putik, menjual anak binatang dalam kandungan, menjual
tamar muda yang dicampur dengan tamar masak, member barang dalam pemindahan
kerana penjual belum mengetahui harga pasaran, mendesak pembeli membatalkan
belian setelah dipersetujui untuk menjual dan pembelian di luar kehendak.
Antara tindakan pertama yang dibuat
oleh baginda selepas berhijrah ke madinah ialah membina masjid. Masjid dilihat
sebagai sebuah institusi sosial dan tarbiyah yang paling penting untuk pembangunan
insan.
Terdapat satu tempat pengajian di
dalam masjid tersebut yang dinamakan Al-suffah. Al-Suffah ketika itu bukan
semata-mata menjadi pusat pengajian Islam yang biasa, bahkan menjadi pusat
dakwah yang berperanan besar melatih para pendakwah. Pusat ini mempunyai system
pengurusan dan pentadbiran yang tersusun dan sistematik.
Baginda merupakan seorang jeneral
yang unggul di medan peperangan. Ini dibuktikan melalui catatan sejarah yang
menyatakan bahawa baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi
ketenteraan yang disertai sebanyak 27 kali.
Adapun asas ketenteraan Rasulullah
s.a.w adalah berdasarkan aqidah, syariah dan akhlak mulia. Baginda mengekalkan
sikap amanahnya meskipun dalam peperangan dan tidak sesekali patah semangat
dalam menghadapi musuh-musuhnya di medan perang.
Nabi Muhammad s.a.w telah membuat
perancangan yang rapi sebelum sesuatu operasi peperangan dilancarkan. Ini jelas
kita lihat apabila baginda mengadakan mesyuarat bersama para sahabat sebelum
menentukan sesuatu ketetapan dalam rancangan sesuatu operasi peperangan.
Penyusunan melibatkan
kegiatan-kegiatan dalam melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Dalam
penyusunan sesuatu operasi, seseorang ketua akan menentukan tanggungjawab di
kalangan anggota, membentuk struktur yang sesuai dengan keadaan dan masa.
Implikasi pengabaian terhadap tugas
dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh seorang ketua tentera akan
membawa kepada kekalahan, sebagaimana yang berlaku di kalangan tentera pemanah
umat Islam dalam peperangan Uhud.
Aktiviti pelaksanaan sesebuah
operasi melibatkan dua perkara, iaitu pengarahan dan penyelarasan. Kedua tugas
berjalan serentak sepanjang proses pelaksanaan. Tugas-tugas pengarahan
melibatkan unsur kepimpinan dan pengurusan. Keberkesanan pengarahan melibatkan
keupayaan seorang ketua dalam melaksanakan tugas-tugas kepimpinan.
Nabi Muhammad s.a.w merupakan
seorang pelaksana yang berwibawa. Ini jelas kita lihat dalam setiap operasi
peperangan yang dipimpin oleh baginda seperti peperangan Badar, Uhud dan
Khandaq.
Pengawalan merupakan peringkat akhir
dalam proses perlaksanaan sesuatu operasi. Kawalan dapat mengukur prestasi atau
produktiviti. Sistem kawalan yang baik dapat memberi maklumat berterusan
tentang prestasi sesuatu operasi.
Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang
ketua tentera yang bijak melaksanakan kawalan dalam setiap operasi ketenteraan
yang dipimpinnya. Sebagai ketua tentera, baginda sentiasa mengawal perjalanan
operasi peperangan yang berlaku dan bertindak pantas dalam detik-detik
kecemasan seperti yang berlaku dalam peperangan Khandaq.
BAB 7: PEPERANGAN
Sesungguhnya Islam tidak
menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat
Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera
Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar. Matlamat penubuhan
angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian
agama daripada dinodai oleh musuh.
Pada, zaman Rasulullah s.a.w
peperangan dalam lslam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu sariyah merujuk
kepada tindakan menyekat rombongan para pedagang ataupun musuh-musuh Islam
serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran dan disertai olen
Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Sebab dan tujuan peperangan mengikut
Islam.
1.
Mempertahankan
diri dan hak
2.
Mempertahankan
kemuliaan agama
3.
Mempertahankan
kedaulaan negara
4.
Menegakkan
keamanan dan keadilan
5.
Menghapuskan
golongan riddah
6.
Penyebaran
dakwah.
Antara etika peperangan tersebut
adalah:
a.
Harus
mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
b.
Membayar
cukai jizyah.
c.
Memerangi
musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu.
d.
Mentaati
arahan pemimpin atau ketua.
e.
Tidak
boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya Upaya.
f.
Dilarang
merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat.
g.
Tidak
boleh memerangi orang yang sudah menyerah.
h.
Melarang
sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh.
i.
Sebarang
perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati.
j.
Tawanan
perang akan dilayan dengan baik.
Perang yang terjadi pada masa Nabi
Muhammad SAW terbagi atas ghazwah (gazwah) dan sariyah (sariyyah). Ghazwah
adalah perang yang dipimpin oleh Nabi SAW, sedangkan sariyah adalah perang yang
dipimpin oleh sahabat atas penunjukan Nabi SAW.
Perang Badar (17 Ramadan 2H). Perang
Badar terjadi di Lembah Badar, 125 km selatan Madinah. Perang Badar merupakan
puncak pertikaian antara kaum muslim Madinah dan musyrikin Quraisy Mekah.
Peperangan ini disebabkan oleh tindakan pengusiran dan perampasan harta kaum
muslim yang dilakukan oleh musyrikin Quraisy. Selanjutnya kaum Quraisy terus
menerus berupaya menghancurkan kaum muslim agar perniagaan dan sesembahan
mereka terjamin. Dalam peperangan ini kaum muslim memenangkan pertempuran
dengan gemilang.
Perang Uhud (Syakban 3H). Perang
Uhud terjadi di Bukit Uhud. Perang Uhud dilatarbelakangi kekalahan kaum Quraisy
pada Perang Badar sehingga timbul keinginan untuk membalas dendam kepada kaum
muslim. Perang Uhud dimulai dengan perang tanding yang dimenangkan tentara
Islam tetapi kemenangan tersebut digagalkan oleh godaan harta, yakni prajurit
Islam sibuk memungut harta rampasan.
Perang Khandaq (Syawal 5H). Lokasi
Perang Khandaq adalah di sekitar kota Madinah bagian utara. Perang ini juga
dikenal sebagai Perang Ahzab (Perang Gabungan). Perang Khandaq melibatkan
kabilah Arab dan Yahudi yang tidak senang kepada Nabi Muhammad SAW. Salman
al-Farisi, sahabat Nabi SAW yang mempunyai banyak pengalaman tentang seluk
beluk perang, mengusulkan untuk membangun system pertahanan parit (Khandaq). Ia
menyarankan agar menggali parit di perbatasan kota Madinah, dengan demikian
gerakan pasukan musuh akan terhambat oleh parit tersebut. Usaha ini ternyata
berhasil menghambat pasukan musuh.
Perang Khaibar (7H). Lokasi perang
ini adalah di daerah Khaibar. Perang Khaibar merupakan perang untuk menaklukkan
Yahudi. Pasukan muslimin yang dipimpin Nabi Muhammad SAW menyerang benteng
pertahanan Yahudi di Khaibar. Pasukan muslim mengepung dan memutuskan aliran
air ke benteng Yahudi. Taktik itu ternyata berhasil dan akhirnya pasukan muslim
memenangkan pertempuran serta menguasai daerah Khaibar.
Perang Mu’tah (8H). Perang ini
terjadi karena Haris al-Ghassani raja Hirah, menolak penyampaian wahyu dan
ajakan masuk Islam yang dilakukan Nabi Muhammad SAW. Perang ini dinamakan
Perang Mu’tah karena terjadi di desa Mu’tah, bagian utara Semenanjung Arabia.
Pihak pasukan muslim mendapat kesulitan menghadapi pasukan al-Ghassani yang
dibantu pasukan Kekaisaran Romawi. Kemampuan Khalid bin Walid menarik pasukan
muslimin dari kepungan musuh membuat kagum masyarakat wilayah tersebut.
Penaklukan Kota Mekah/Fath al-Makkah
(8H). Fath al-Makkah terjadi di sekitar kota Mekah. Latar belakang peristiwa
ini adalah adanya anggapan kaum Quraisy bahwa kekuatan kaum muslim telah hancur
akibat kalah perang di Mu’tah. Kaum Quraisy beranggapan Perjanjian Hudaibiyah
(6 H) tidak penting lagi. Nabi Muhammad SAW segera memerintahkan pasukan
muslimin untuk menghukum kaum Quraisy.
Perang Hunain ( 8 Safar 8H). Perang
Hunain berlangsung antara kaum muslim melawan kaum Quraisy yang terdiri dari
Bani Hawazin, Bani Saqif, Bani Nasr dan Bani Jusyam. Perang ini terjadi di
Lembah Hunain, sekitar 70 km dari Mekah. Perang Hunain merupakan balas dendam
kaum Quraisy karena peristiwa Fath al-Makkah.
Perang Ta’if (8 H). Pasukan muslim
mengejar sisa pasukan Quraisy, yang melarikan diri dari Hunain, sampai di kota
Ta’if. Pasukan Quraisy bersembunyi dalam benteng kota yang kokoh sehingga pasukan
muslimin tidak dapat menembus benteng. Penduduk Ta’if pada akhirnya menyerah
dan menyatakan bergabung dengan pasukan Islam.
Perang Tabuk (9H). Lokasi perang ini
adalah kota Tabuk, perbatasan antara Semenanjung Arabia dan Syam (Suriah).
Adanya peristiwa penaklukan kota Mekah membuat seluruh Semenanjung Arabia
berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad SAW. Melihat kenyataan itu,
Heraklius, penguasa Romawi Timur, menyusun pasukan besar untuk menyerang kaum
muslim.
Perang Widan (12 Rabiulawal 2H).
Perang ini terjadi di Widan, sebuah desa antara Mekah dan Madinah. Rasulullah
SAW memimpin pasukan muslimin menghadang kafilah Quraisy.
Sariyah Hamzah bin Abdul Muthalib
(Ramadhan 1H). Perang ini merupakan sariyah pertama yang terjadi dalam sejarah
Islam. Sariyah ini berlangsung di dataran rendah al-Bahr, tidak jauh dari kota
Madinah. Perang ini melibatkan 30 orang muslimin dan 300 orang Quraisy.
Sariyah Ubaidah bin Haris (Syawal
1H). Sariyah ini berlangsung di al-Abwa’, desa antara Mekah dan Madinah. Kaum
muslim berjumlah 80 orang, sedangkan kaum Quraisy berjumlah sebanyak 200 orang.
Sariyah Abdullah bin Jahsy (Rajab
2H). Perang ini dipimpin Abdullah bin Jahsy, sedangkan kaum Quraisy dipimpin
Amr bin Hazrami. Perang ini terjadi di Nakhlah, antara Ta’if dan Mekah. Kaum
muslim berhasil membunuh Amr bin Hazrami dan menahan dua orang Quraisy sebagai
tawanan perang.
Sariyah Qirdah (Jumadilakhir 3H).
Sariyah Qirdah berlangsung di sumur Qirdah, suatu tempat di Nejd (Arab Saudi).
Kaum muslim berjumlah 100 orang penunggang kuda, dipimpin oleh Zaid bin
Harisah. Sariyah Qirdah bertujuan untuk menghadang kafilah Quraisy dari Mekah.
Sariyah Bani Asad (4H). Sariyah ini
berlangsung di Gunung Bani Asad, di sebelah timur Madinah. Nabi Muhammad SAW
memerintahkan kaum muslim untuk menghadang Bani Asad yang berencana untuk
menyerang Madinah.
Sariyah Raji (Safar 4H). Sariyah ini
berlangsung di Raji’, yakni suatu daerah yang terletak di antara Mekah dan
‘Asfan dan melibatkan pasukan muslimin melawan pasukan Bani Huzail. Perang ini
dilatarbelakangi oleh rencana pemimpin Bani Huzail, Khalid bin Sufyan bin
Nubaih alHuzali,untuk menyerang Madinah.
Sariyah Biru Ma’unah (Safar 4H).
Sariyah Bi’ru Ma’unah berlangsung di wilayah timur Madinah antara kaum muslim
dan Bani Amir. Nabi Muhammad SAW mengutus Amir bin Malik (Abu Barra’), seorang
pemimpin dari Bani Amir yang sebelumnya menolak untuk memeluk agama Islam,
beserta al-Munzir bin Amar dari Bani Sa’idah untuk memimpin 40 orang tentara.
Sariyah Ijla’ Bani Nadir. Sariyah
Ijla’ Bani Nazir merupakan sariyah yang dilakukan sahabat Nabi SAW untuk
mengusir Bani Nadir dari tempat tin ggal mereka.
Sariyah Zi al-Qissah. Sariyah
berlangsung di Zi al-Qissah, sekitar 24 mil dari Madinah, antara kaum muslim
dan Bani Sa’labah. Bani Sa’labah berencana menyerang peternakan kaum muslim di
Haifa’, suatu tempat yang jauh dari Madinah. Setelah mengetahui rencana
tersebut pasukan muslimin segera menyerang Bani Sa’labah dengan mengirim 10
orang yang dipimpin oleh Muhammad bin Maslamah.
Sariyah Ka’b bin Umair al-Gifari
(8H). Latar belakang sariyah ini adalah penolakan kaum musyrikin di Zat Atlah,
suatu tempat di Syam (Suriah),terhadap ajakan beberapa utusan Nabi Muhammad SAW
untuk memeluk agama Islam.
BAB 8: KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW
Kesakitan yang dialami oleh
Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w mula terasa setelah Baginda pulang daripada
mengerjakan haji perpisahan lalu yang juga digelar sebagai Haji Akbar.
Baginda mula mengadu sakit ketika
berada di rumah Ummil Mukminin Saidatina Maimunah r.ha hingga kira-kira 10
hari. Akhirnya Baginda Nabi s.a.w memohon izin daripada para isteri Baginda
untuk berada di hari-hari terakhirnya di rumah Saidatina Aishah r.ha dan bakal
dimakamkan di Hujrah Aishah (rumahnya).
Di hari-hari terakhir, baginda s.a.w
masih mampu menyelengarakan penyerahan tugas-tugas kenegaraan dan imam kepada
Saidina Abu Bakar al-Sidik r.a. Bahkan baginda s.a.w turut bersolat berimamkan
Abu Bakar dengan dipapah oleh Saidina Abbas dan Ali r.a ke masjid.
Ketika pagi 12 Rabiul Awal tahun 11
Hijrah itulah baginda yang berusia 63 tahun telah wafat lalu dimakamkan di mana
tempat kewafatannya iaitu di kamar Saidatina Aishah r.ha bersebelahan Masjid
Nabi pada zaman Rasulullah s.a.w.
Kini berita kewafatan Rasulullah
yang memilukan itu tersebar luas, suasana muram menyelubungi persada Madinah
dan cerok daerahnya.
Di hari itu Umar telah berdiri di
hadapan khalayak ramai dan mengikut riwayat menceritakan bahawa beliau telah
terkeluar dari kewarasannya tidak boleh menerima kenyataan kewafatan Rasulullah.
Abu Bakr memecut kudanya, berlari
dari rumahnya di al-Sanh, sesampainya ke perkarangan masjid beliau terus masuk
ke dalam masjid. Tanpa bercakap sepatah pun dengan orang ramai beliau memasuki
bilik Aisyah menuju ke tempat Rasulullah yang sedang berbaring ditutupi dengan
kain.
Setelah itu Abu Bakr dan Umar keluar
menemui orang ramai, Kemudian beliau membaca ayat Allah: "Muhammad itu
tidak lain hanyalah seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya
beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke
belakang (yakni murtad). Maka sesiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak
dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi
balasan kepada orang-orang yang bersyukur". (ali-Imran : 144)
Pesanan Terakhir Nabi Muhammad SAW.
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah,
Gunung Arafah. Haji Wada’ dikenal juga dengan nama Haji Perpisahan Nabi
Muhammad Saw. Beliau mengumumkan niatnya pada 25 Dzulqaidah 10 H atau setahun sebelum
beliau wafat. Dari sekian banyak hikmah dari Haji Wada’ ini adalah pesan
kemanusiaan yang terungkap dari khutbah beliau.
BAB 9 KHULAFA’ AR-RASYIDIN
Konsep Khalifah. Khalifah adalah
Penganti Nabi Muhammad SAW; gelaran bagi ketua agama dan raja yang memerintah
dibeberapa buah Negara Islam.
Syarat-Syarat Calon Khalifah:
·
Beragama
islam
·
Lelaki
yang merdeka
·
Patuh
kepada perintah Allah
·
Melaksanakan
hukum Allah dalam pemerintahan
·
Mempunyai
pengetahuan tentang agama islam
·
Bersifat
adil
·
Memiliki
akhlak yang baik
·
Sihat
tubuh badan
·
Warak
·
Berkebolehan
mentadbir negara
·
Berfikiran
cerdas dan pintar
Cara Pelantikan Khalifah Menerusi 4
Kaedah:
·
Musyawarah
@ Majlis Syura
·
Cadangan
satu nama
·
Cadangan
lebih seorang calon
·
Pencalonan
oleh sekelompok masyarakat
Tugas Khalifah:
·
Memelihara
dan meneruskan kesucian agama islam.
·
Mengutamakan
keseimbangan rohani dan jasmani dalam aspek politik,ekonomi dan social.
·
Menjaga
kebajikan rakyat.
·
Memastikan
kesejahteraan hidup rakyat di dunia dan akhirat.
·
Mengekalkan
perpaduan ummah.
·
Memastikan
kelicinan pentadbiran Negara.
·
Mempertahankan
negara Islam daripada ancaman musuh.
·
Melantik
dan melucutkan jawatan pegawai pentadbiran Negara.
·
Memantapkan
sistem perundangan Islam.
·
Mentadbir
negara berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
·
Menguruskan
kewangan, perbendaharaan negara, dan baitulmal.
·
Menguruskan
pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
PEMERINTAHAN KHALIFAH ABU BAKAR
AL-SIDDIQ/ABDULLAH BIN ABU QUHAFAH (632M – 634M).
§ Gerakan Ar Riddah
§ Usaha-usaha Abu Bakar menyelamatkan umat
§ Islam selepas kewafatan Nabi
§ Usaha pengumpulan Al-Quran
Berjaya menyelesaikan soal kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-nas al-Quran dan al-Hadis.
Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w telah wafat, beliau telah
membaca petikan Surah Ali Imran ,ayat 144,sementara itu isu pemakaman dapat
diselesaikan apabila beliau menyatakan nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di
tempat mereka wafat.
Menggunakan kebijaksanaannya untuk
menyelesaikan soal pengganti Rasulullah s.a.w untuk memimpin Negara Islam.
Beliau telah mengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dalam
kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesama kaum.
Berjaya menyelesaikan soal
al-Riddah. Perpecahan umat Islam timbul apabila ada golongan yang enggan
membayar zakat dan golongan Nabi-Nabi palsu dan golongan murtad.
Menangani masalah ancaman musuh luar
Negara Islam apabila menggerakan semula tentera yang dibentuk sebelum kewafatan
baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah Berjaya mengatasi
masalah ancaman Rom. Kejayaan gemilang yang dicapai menyebabkan pihak tentera
ini diamanahkan menjaga keselamatan Kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman
golongan Zubyan dan Absy.
Berjaya mengumpulkan al-Quran. Usaha
ini diketuai oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Quran di buka
bumi selepas kematian ramai al-hafiz dalam perang al Riddah.
Bagi menjamin pentabbiran berjalan
dengan lancar dan mewujudkan kestabilan politik ,Khalifah Abu Bakar juga telah
menyusun pentadbiran dengan membahagikan Negara kepada 10 daerah dengan
diketuai oleh seorang Amir yang dibantu oleh imam,dan hakim,setiausaha dan
Pegawai di Baitulmal.
Melaksanakan dasar ketenteran dengan
melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera
untuk menghadapi Rom dan Parsi. Tentera Islam. Berjaya mengambil alih kawasan
Damsyik,Hims di Palestine dan di Jordan.
PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL-KHATAB
§ Perluasan kuasa negara Islam
§ Politik dan pemerintahan
v Menubuhkan Majlis Syura
v Membahagikan jajahan takluk kepada beberapa bahagian
v Melantik wali @ gabenor sebagai pentadbir awam dan panglima
tentera.
v Penubuhan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan
Jabatan Perbendaharaan Negara yang diketuai setiausaha dan Jabatan Kehakiman.
v Membahagikan wilayah Islam kepada wilayah seperti Makkah, Madinah,
Kufah, Palestin, Jazirah dan Basra.
v Membina terusan dan tali air.
v Meneroka tanah baru.
v Mengusaha tanah terbiar.
v Memperkenalkan pelbagai jenis cukai.
v Mewujudkan Baitulmal.
v Menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid.
v Menghantar guru agama ke pelbagai wlayah.
v Memperkenalkan kalendar Islam.
v Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.
v Membina markas tentera di bandar utama.
v Membina kubu pertahanan di sempadan.
PEMERINTAHAN KHALIFAH UTHMAN BIN
AFFAN(644 M – 656 M)
§ Pemerintahan enam tahun pertama
§ Sebab-sebab munculnya fitnah besar
§ Kewafatan Uthman Bin Affan
Ø Meluaskan wilayah Islam ke Samarkand, Afghanistan, Cyprus dan
Tripoli.
Ø Membina angkatan tentera laut yang pertama dalam sejarah Islam.
Ø Kewangan Baitulmal digunakan untuk membiayai pembangunan negara
serta membeli senjata dan kapal untuk kelengkapan tentera laut Islam.
Ø Jizyah kepada penduduk bukan Islam diteruskan.
Ø Memerintah selama 12 tahun
Ø 6 tahun pertama adalah stabil dan aman, manakala 6 tahun kemudian
dianggap zaman kekacauan kerana berlakunya penentangan
Ø Pentadbiran mengekalkam corak pmerintahan khalifah sebelumnya,
beberapa orang gabenor dan pegawai dilantik di wilayah2 Islam
Ø Terdiri daripada orang yang berpengalaman dan pernah bertugas di
zaman khalifah Umar
Ø Sebab tidak puas hati terhadap gabenor berkenaan, khalifah Uthman
melantik gabenor baru daripada kaum keluarganya.
Sebab-sebab munculnya fitnah besar:
i.
Memihak
kaum keluarga (Nepotisme).
ii.
Hidup
boros dan mengambil wang Baitulmal.
iii.
Membenarkan
sahabat memiliki tanah di Iraq.
iv.
Memihak
kaum Quraisy dan bekas-bekas Murtad.
Ø Pertahanan tidak mampu untuk halang kemaraan pemberontak. Mereka
berjaya merempuh masuk dan salah seorang berjaya membunuh khalifah Uthman.
Ø Beliau meninggal dunia semasa berumur 82 tahun dn dikebumikan di
perkuburan Al-Baqi.
PEMERINTAHAN KHALIFAH ALI BIN ABU
TALIB (656 M – 661 M)
§ Konflik perlantikan Ali Bin Abu Talib dan perpecahan perpaduan umat
Islam
§ Perang Jamal dan implikasinya
§ Perang Siffin dan implikasinya
§ Kewafatan Ali Bin Abu Talib
Ø Pemerintahan saidina Ali banyak dipengaruhi oleh suasana dan
kehendak semasa kerana selepas era penaklukan dan perkembangan masyarakat
Islam, banyak masalah baharu timbul.
Ø Oleh sebab itu, beliau terpaksa mengubah corak pemerintahan yang
dilakukan oleh khalifah-khalifah sebelumnya.
Ø Antara perubahan itu adalah memecat gabenor-gabenor yang dilantik
oleh uthman r.a yang terdiri daripada kaum keluarganya, termasuk Muawiyah bin
Abi Sufyan di Syam dan menggantikan Sahl bin Hunaif.
Ø Mendapat tentangan dari Muawiyah r.a. Saidina Ali meneruskan usaha
damai dengan Muawiyah. Namun tidak Berjaya.
Ø Perang Jamal Berlaku pada tahun 658 M , merupakan perang saudara
Islam yang pertama.
Ø Menuntut supaya orang yang terbabit dalam pembunuhan Khalifah
Uthman dihukum.
Ø Golongan yang menentang Saidina Ali ialah Saidatina Aishah, Zubair
dan Talhah.
Ø Khalifah Ali telah menang dalam peperangan.
Ø Mengorbankan 10,000 orang Islam termasuk Zubair Bin Al-Awam.
Ø Perang Siffin Berlaku pada tahun 659 M
Ø Berpunca daripada perasaan tidak puas hati Khalifah Ali memecat
pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman.
Ø Golongan yang menentang beliau diketuai oleh Muawiyah dengan
sokongan Amru.
Ø Muawiyah meminta perdamaian ketika pihak Khalifah Ali berada di
ambang kemenangan.
Ø Majlis Tahkim @ timbang tara telah diadakan menyebabkan wujudnya 2
orang pentadbir Khalifah Ali dan Muawiyah di Damsyik.
Ø Penyokong Khalifah Ali telah berpecah kepada 2 puak, iaitu Khawarij
dan Syiah.
Pada tahun 661 M Khalifah Ali bin
Abu Talib meninggal dunia, akibat dibunuh oleh kaum khawarij.
Kerana mereka tidak suka dengan
perubahan yang dilakukan oleh saidina Ali, bahkan menganggap saidina Ali yang
berkomplot membunuh khalifah Uthman.
BAB 10 SIRAH KERAJAAN UMAIYAH DAN ABBASIYAH
o
Pengasas
kerajaan Bani Umaiyah ialah Muawiyyah Bin Abi Sufian
o
Nama
Umayyah diambil sempena nama moyang pengasasnya Muawiyah Bin Ani Sufian Bin
Harb Bin Umayyah.
o
Pengasas
Kerajaan Bani Abbasiyah ialah Abu Abbas Abdullah Assafah.
o
“Abbasiyyah”
diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah Al-Abbas.
o
Ketenteraan
yang diamalkan oleh Kerajaan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah adalah meniru
corak tentera Parsi dengan menggunakan Strategi Al-Karadis (Zaman Saidina Umar)
pembahagian tentera kepada 5 pasukan.
o
Sektor
ekonomi Kerajaan Bani Umaiyah adalah pertanian dan perdagangan. Manakala sektor
ekonomi Kerajaan Bani Abbasiyah adalah pertanian, perdagangan dan
perindustrian.
SUMBER KEWANGAN KERAJAAN UMAYYAH
& ABBASIYYAH:
1.
ZAKAT.
Kadar harta tertentu yang dikeluarkan atas harta tertentu oleh umat Islam
setelah cukup syarat.
2.
GHANIMAH.
Harta rampasan perang.
3.
FAI’.
Harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian setelah musuh menyerah kalah.
4.
KHARAJ.
Cukai tanah milik orang Islam.
5.
JIZYAH.
Bayaran yang dikenakan ke atas orang bukan Islam,
6.
USYUR.
Kadar bayaran tetap yang dikenakan ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang
singgah di pelabuhan negara Islam untk tujuan perniagaan.
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI
UMAIYAH:-
1.
Kecekapan
dan kebijaksaan khalifah.
2.
Penguasaan
ilmu pengetahuan.
3.
Ekonomi
yang stabil.
4.
Kekuatan
tentera.
5.
Hubungan
baik antara rakyat dan kerajaan.
6.
Semangat
jihad yang tinggi
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI
ABBASIYAH:-
1.
Kestabilan
politik - pemberontakan dapat dikawal.
2.
Dasar
politik kerajaan – keadilan dan kesamarataan.
3.
Kedudukan
Baghdad yang strategik.
4.
Perpaduan
antara kaum – layanan adil.
5.
Penghayatan
konsep kerja sebagai satu ibadat
FAKTOR KEJATUHAN UMAYYAH:-
1.
Sikap
pemerintah yang mementingkan diri sendiri.
2.
Sikap
pemerintah yang leka dengan kemewahan.
3.
Pemilihan
pemimpin tidak mengikut syura.
4.
Penentangan
ulama terhadap pemerintah.
5.
Pemerintahan
yang dilantik tidak layak.
FAKTOR KEJATUHAN ABBASIYYAH:-
1.
Kelemahan
pemerintahan kerajaan Abbasiyyah penguasaan pengaruh turki dan parsi.
2.
Perpecahan
wilayah-wilayah.
3.
Perebutan
kuasa.
4.
Kegawatan
ekonomi – akibat rusuhan dan pemberontakan.
IKTIBAR
§ Sentiasa hidup bersatu padu.
§ Elakkan daripada berlaku permusuhan di antara kaum.
§ Hidupkan semangat jihad-bersungguh-sungguh kuasai pelbagai bidang
ilmu dan kemahiran.
No comments:
Post a Comment