Saturday, 21 December 2019

Ringkasan Pengajian Asia


BAB 1: LOKASI DAN BENTUK MUKA BUMI
Alfred Wegener memperkenalkan Teori Hanyutan Benua yang menerangkan bahawa kepingan kerak bumi hanyut secara perlahan-lahan di atas lapisan mantel yang lebih panas dan hampir cair itu.
Ini telah menyebabkan benua-benua yang ada di bumi telah hanyut dari kedudukan asalnya ke kedudukan sekarang.
Benua Asia meliputi kawasan seluas 44,391,162 km persegi dan merupakan benua yang terbesar.
Banjaran-banjaran pergunungan benua Asia terdiri daripada gunung lipat muda dan gunung lipat tua.
Kebanyakan banjaran gunung di Asia menganjur dari kawasan tanah tinggin yang dipanggil Xizang Gaoyuan (Dataran Tibet).
Selain kawasan pergunungan dan dataran tinggi, sebahagian besar benua Asia diliputi oleh lembah-lembah (valley) luas yang juga dipanggil „lembangan‟ (basin).
Sebahagian besar benua Asia diliputi oleh kawasan tanah tinggi yang terdiri daripada dataran tinggi (plateaus) dan banjaran pergunungan (mountain ranges).
Kawasan tanah pamah yang paling luas terdapat di Asia Tengah.
Gempa bumi ialah pergerakan plat tektonik yang membawa kesan buruk bergantung kepada magnitud atau kekuatan pergeseran antara kepingan kerak bumi.
Benua Asia mempunyai banyak gunung berapi sepanjang “Lingkaran Api Pasifik” (Pacific Ring of Fire).
Tsunami wujud kerana pergerakan tektonik di bawah aras laut yang disebabkan pergeseran plat yang menolak air di atas.
BAB 2: IKLIM DAN TUMBUHAN SEMULA JADI
Kita mula dengan membincang tentang Iklim Tropika yang boleh dibahagikan kepada “Iklim Khatulistiwa” (Equatorial Climate) dan “Iklim Monsun” (Monsoon Climate) berdasarkan kedudukan.
Iklim Sederhana dialamai iklim di China, Korea Selatan, selatan Jepun, utara India, utara Turki dan Taiwan.
Ciri utama iklim gurun ini ialah kekontangan, iaitu hujan yang diterima jarang melibihi 250 mm setahun.
Faktor yang menyebabkan kewujudan iklim gunung ialah ketinggian kawasan.
Ciri utama iklim Mediterranean ialah hujan yang turun pada musim dingin yang berlainan dengan jenis-jenis iklim lain yang menerima hujan yang lebat pada musim panas.
Taufan merupakn ribut kencang yang terwudu di kawasan lautan (Lautan Pasifik) dan bertiup ke kawasan daratan (Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan).
Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun terdiri daripada tumbuhan yang tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
Hutan Mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang sejuk dan kering.
Padang rumput savanah terdiri daripada pokok-pokok renek yang berselerak dan rumput. Rumput adalah kasar dan tumbuh secara berjambak-jambak.
Dedaun luruh sebagai proses semula jadi yang bermula pada musim daun luruh.
Hutan-hutan benua Asia memainkan peranan penting mengekalkan oksigen dalam atmosfera.
Kawasan perhutanan sangat penting sebagai kawasan tadahan dan bekalan air.
Tumbuh-tumbuhan semula jadi juga penting dalam mengawal kemaraan gurun.
BAB 3: TAMADUN AWAL
“Tamadun” ialah perkataan Bahasa Arab yang berasal daripada perkataan ‘madana’ (tinggi budi bahsa) dan ‘mudun’ (pembukaan bandar) yang bermaksud pembangunan sesuatu kawasan secara fizial serta pembangunan kerohanian penduduk.
Setakat ini lebih 1000 bandar dan penempatan telah dijumpai di Lembah Indus. Tamadan Lembah Indus dianggarkan muncul pada 3000 SM (iaitu kira-kira 5000 tahun yang lampau) dan akhir pada 1500 SM (iaitu kira-kira 2500 tahun yang lampau).
Ramai penduduk tinggal di bandar dan dua bandar terkenal ialah Harappa dan Mohenjo Daro.
Skrip Harappa terdiri daripada 250 simbol yang berbentuk piktografi yang melambangkan berbagai-bagai benda.
Mesopotamia bermakna “antara dua sungai” dalam bahasa Yunani; iaitu, di antara Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.
Orang-orang Sumeria di percayai mula-mula mencipta roda, alat bajak dan system pengairan.
Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar atau piktografi yang dipanggil cuneiform untuk merekodkan segala urusan perdagangan dan pentadbiran.
Hammarubi terkenal dengan kod undang-undang Babylonia yang dilaksanakan sebagai Kod Hammarubi (Code of Hammarubi).
Tamadun awal China muncul di Lembah Hwang-He (juga dikenali sebagai Lembah Sungai Kuning) kira-kira 5000 tahun yang lampau.
Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian.
Semasa tamadun Hwang He, paling berkuasan ialah Raja dan sekiranya berlakunya sesuatu malapetakan semula jadi pada masyarakat, Raja boleh ditukar.
Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou.
Penduduk Hwang-Ho mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang yang mereka mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka.
Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud.
BAB 4: BAHASA-BAHASA ASIA
Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi.
Tiga unsur utama sesuatu bahasa, ialah pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.
Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama.
Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina, Bahasa Tibet dan Bahasa Burma.
Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki, Mongolia, Tungusic, Japonic dan Korea.
Rumpun Semitik terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk merentasi Tumur Tengah, Utara Afrika dan Semenanjung Afrika.
Rumpun Tai-Kadai terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China, Vietnam, Thailand, Myanmar da Assam (India).
Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan, sesetengah bahasa Asia juga mengalami masalah kepupusan.
BAB 5: AGAMA-AGAMA DI ASIA
Agama ialah pengakuan bahawa Tuhan mempunyai kuasa mutlak yang mempengaruhi tindak-tanduk manusia.
Agama tidak hanya menjawab soalan-soalan seperti di atas tetapi memberi manusia kekuatan dan kegigihan untuk meneruskan dalam kehidupan mereka, terutama pada masa-masa kesusahan dan keperitan.
Agama Islam berlandaskan kepada keesaan Allah SWT, Rukun Islam, Rukun Iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah SWT.
Hampir 25% atau 1 billion orang di Asia menganuti agama Islam.
Pada awalnya, majoriti penduduk Iran adalah penganut agama Zoroastrianisme
Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, sebahagian besar penduduk Indonesia adalah penganut agama Hinduisme dan Buddhisme.
Agama Buddha ialah agama yang berasaskan kepada ajaran Siddhārtha Gautama yang lahir pada kurun ke-5 SM di India.
Agama Hindu berpegang teguh kepada kitab-kitab agama Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva, Raamayana dan Bhagavad Gita.
Kini, agama Buddha terdiri daripada dua mazhab utama; iaitu Buddhisme Theravadin dan Buddhisme Mahayana.
Sikkhisme adalah agama yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak Dev yang lahir pada 1469.
Shinto bermaksud “jalan dewa-dewa” dan shintoisme ialah agama yang diiamalkam oleh 83% penduduk Jepun.
Confucianisme diasaskan di China oleh Confucius atau Kung Fu Tzu pada abad ke 6 sebelum masihi.
Kepercayaan animisme melibatkan kepercayaan kewujudan benda-banda ghaib yang akan mempengaruhi kehidupan harian.
Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju.
BAB 6: GLOBALISASI DAN IMPLIKASI KEPADA NEGARA-NEGARA ASIA
Globalisasi di takrifkan sebagai “saling pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas”.
Globalisasi bermula selepas Perang Dunia Kedua (1945).
Globalisasi mementingkan penghapusan halangan perdagangan (Liberalisasi perdagangan) dan melahirkan beberapa institusi kerjasama antarabangsa.
Selain perdagangan bebas, pergerakan bebas buruh dari satu negara ke negara lain merupakan satu bentuk globalisasi.
Perdagangan antarabangsa dapat membantu berlaku pertukaran yang lebih luas dan memberikan pengguna dan pengeluar lebih banyak pilihan.
Tarif merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang didagangkan.
Perlu ditegaskan bahawa saling pergantungan ekonomi tidak terhad kepada Negara maju dengan negara yang sedang membangun sahaja.
Teknologi maklumat & komunikasai (ICT) serta kemudahan pengangkutan telah mengecilkan dan menjadikannya dnia seperti satu kampung.
Pengkritik “globalisasi sosio-budaya” menyarankan bahawa pengaliran budaya yang paling ketara ke negara-negara Asia ialah daripada Amerika Syarikat.
Perdagangan luar negeri yang lebih bebas memungkinkan setiap Negara memperoleh pasar yang jauh lebih luas dari pasar dalam negeri.
Negara dapat mengimport pelbagai barangan daripada merata dunia dan ini membolehkan rakyat mempunyai pilihan barangan yang lebih banyak.
Globalisasi tidak adil kerana ia merugikan negara-negara yang tidak boleh bersaing dengan negara-negara maju.
Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.
BAB 7: KERJASAMA SERANTAU DI ASIA
Konsep “kerjasama serantau” (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang baru dan telah wujud sebelum konsep „globalisasi‟ diperluaskan.
Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat.
Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast Asian Nations), atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 di Bangkok, Thailand dengan menandatangani Deklarasi ASEAN oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Tujuan utama ASEAN ialah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
ASEAN ditubuhkan berasaskan prinsip aaling menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan identiti nasional setiap negara dengan setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara.
Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) atau Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
ASEAN menyokong pembentukan dan operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi" yang melibatkan kawasan-kawasan berdampingan beberapa negeri.
Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturan-peraturan pengangkutan jalan.
AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN yang bertujuan mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur.
Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi ekonomi dan politik yang terdiri daripada 7 buah negara dalam Asia Selatan.
Tujuan utama SAARC ialah untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka.
Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting; iaitu pemindahan modal, pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa.
Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf Cooperation Council - GCC) ialah gabungan politik dan ekonomi negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation - APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik.
Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia Regional Economic Cooperation – CAREC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10 negara.
ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negaranegara Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia.

BAB 8: KONFLIK POLITIK DI BENUA ASIA [Bahagian B]
Konflik Kashmir bermula pada tahun 1947 apabila India dibahagikan yang membentuk India dan Pakistan.
India mentadbir 43% wilayah termasuk sebahagian besar Jammu, di Lembah Kashmir, Ladakh yang kini dipanggil “Kashmir India” dan glasier Siachen
Pakistan pula menguasai sekitar 37% dari Kashmir, iaitu Azad Kashmir dan wilayah utara Gilgit dan Baltistan yang kini dipanggil “Kashmir Pakistan”.
Di antara Mei hingga Julai, 1999, tentera India dan Pakistan telah bertempur di Bandar daerah Kargil di Kashmir.
Pada Oktober, 1949, Mao Zedong telah mengambil kuasa negara China dan Jeneral Chiang bersama tenteranya terpaksa melarikan diri ke Taiwan.
Amerika Syarikat memperlihat Taiwan sebagai benteng kemaraan komunisme di Asia dan memberi segala bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Taiwan.
Kerajaan Taiwan tidak bersetuju dengan “Dasar Satu China” tetapi sebaliknya mensyorkan “Dasar Dua China”.
Kaum Tamil dan kumpulan minoriti lain tidak diberi peluang pekerjaan dan pendidikan.
LTTE, yang diketuai oleh Velupillai Prabhakaran melancarkan ribuan serangan terhadap tentera kerajaan Sri Lanka.
Akhirnya, pada Mei, 2009, LTTE mengakui kekalahan dan ketua mereka Prabhakaran di bunuh.
Pada 1945, tentera Rusia dan Amerika Syarikat masing-masing mula menetap kawasan utara dan selatan Korea.
Dari 1946 hingga 1950, kerajaan Korea Selatan dengan bantuan tentera Amerika Syarikat melancarkan beberapa kempen untuk menghapuskan unsur-unsur komunisme.
Perang Korea bermula pada Jun 1950 dan berterusan hingga 1953.

BAB 9: MASA DEPAN ASIA
Asia ialah sebuah benua yang sungguh unik dengan kepelbagaiannya. Kepelbagaian ini merupakan suatu kelebihan sambil menimbulkan masalah dan isu tertentu.
Sesetengah orang mengangap Asia sebagai satu entiti seperti Eropah.
Walau pun terdapat lebih banyak kelainan daripada persamaan, semua negara Asia mempunyai satu matlmat yang sama; iaitu, mengejar perkembangan ekonomi dan sosial yang pesat untuk rakyat masing-masing.
Kejayaan Asia dalam bidang ekonomi boleh dikaitkan dengan ‘kadar penyimpanan wang’ yang tinggi dikalangan penduduk.
Kelas pertengahan ditaktifkan sebagai suatu golongan orang yang mempunyai pendapatan yang tidak sebanyak orang di kelas tinggi tetapi pendapatan mereka lebih tinggi berbanding dengan orang yang berada di kelas bawahan atau kelas rendah.
Boston Consulting mentakrif kelas pertengahan sebagai individu yang memperolehi pendapatan sebanyak RM2500 sebulan. Manakala Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam satu laporan pada 2010 mentakrif kelas pertengahan sebagai seorang yang membelanja RM6-20 setiap hari.
Menurut Bank Pembangunan Asia, menjelang 2030, golongan kelas pertengahan di Asia akan meningkat kepada 50% daripada jumlah penduduk dan jumlah perbelanjaan olehgolongan ini akan mencecah RM70 trillion atau 43% daripada jumlah perbelanjaan dunia.
Permintaan untuk barangan dan perkhidmatan oleh golongan pertengahan secara tidak langsung merangsangkan perkembangan sektor pembuatan dan perhidmatan (seperti bank, syarikat pelaburan) bagi menampung kehendak golongan ini.
Mereka mengutamakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan oleh itu sanggup membelanja untuk pendidikan.
Asia sedang melalui satu transformasi demografi yang sungguh ketara melalui proses ‘urbanisai’, iaitu migrasi orang dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.
Selain penebangan hutan, negara-negara Asia juga mengalami pencemaran udara dan pencemaran air. Pembangunan yang pesat telah menembahkan bilangan kilang-kilang yang didirikan serta bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk.
Selagi negara-negara Asia enggan berunding dan menyelesaikan konflik-konflik yang dihadapi selama berpuluh tahun, ketegangan akan berterusan. Kestabilan politik adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi.


No comments:

Post a Comment