BAB 1 PENGENALAN
Semasa revolusi industry,
kanak-kanak semuda enam tahun bekerja waktu yang lama untuk mendapatkan bayaran
yang sedikit ataupun tidak langsung.
Perkembangan kanak-kanak merupakan
perubahan secara progresif dalam seorang manusia yang berlaku dengan corak yang
dapat diramal sebagai hasil daripada interaksi di antara faktor biologi dan
persekitaran.
Kaedah penyelidikan saintifik
digunapakai semasa mengkaji kanak-kanak dengan bermula daripada memilih sebuah
topik atau kelakuan untuk dikaji dan kemudian memfokus kepada suatu kaedah asas
yang akan membenarkan maklumat dikumpul dengan cara yang cekap dan berkesan.
Dalam kaedah temubual, pengkaji
bertanya soalan kepada peserta samada dalam suasana formal ataupun tidak formal
dan merekod responnya.
Sebuah eksperimen merupakan suatu
kaedah penyelidikan yang digunakan untuk menentukan keberkesanan suatu aksi
ataupun rawatan tertentu kepada satu ataupun sekumpulan organisma.
Kajiselidik melibatkan kajian
populasi yang besar dan kecil dengan mengkaji sampel yang dipilih daripada
populasi.
Sebuah kajian kes merupakan suatu
penyiasatan yang mendalam tentang satu orang, kumpulan, kejadian ataupun
komuniti.
Kaedah korelasi merupakan suatu
teknik di mana dua atau lebih pembolehubah diukur secara sistematik dan di
antara mereka ditaksir.
Sebuah kajian longitudinal merupakan
suatu penyelidikan yang melibatkan pemerhatian berulang pembolehubah yang sama
dalam jangka waktu yang lama.
Etika penyelidikan wujud untuk
memastikan prinsip keadilan, hormat dan mengelak daripada mencederakan
dipertahankan, dengan menggunakan standard yang dipersetujui.
Menurut Sigmund Freud perkembangan
kanak-kanak dijelaskan sebagai suatu siri 'Tahap Psikoseksual‟ yang digariskan
sebagai lisan, dubur, lingga, pendaman dan alat kelamin.
Teori Sistem Ekologi merupakan suatu
teori bukan tahapan yang menerangkan perkembangan seorang kanak-kanak dan
sebaliknya melabel aspek-aspek ataupun tahap-tahap persekitaran berlainan yang
mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak.
Ahli sains telah bertahun-tahun
mengetahui bahawa sifat seperti warna mata dan rambut ditentukan oleh gen
khusus yang telah dikodkan dalam setiap sel manusia.
BAB 2 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN FIZIKAL
Suatu refleks ditakrifkan sebagai
suatu respon otomatik kepada suatu stimulus luaran.
Seorang bayi yang sedang menangis
cuba memberitahu anda sesuatu. Kerana dia tidak berupaya berbuat apa-apa
sendiri, bayi bergantung kepada orang lain.
Bayi tidur banyak. Bayi yang baru
lahir tidur di antara 14 sehingga 18 jam sehari sehingga lebih kurang umurnya
sebulan.
SIDS adalah suatu kematian mengejut
dan tidak dapat dijelaskan seorang bayi yang di bawah umur 1 tahun.
Kemahiran Motor Halus umumnya
merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot kecil, seperti pada tangan,
pergelangan tangan dan jari jemari.
Kemahiran Motor Kasar umumnya
merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot besar, seperti yang ada
pada lengan, kaki, atau seluruh badan.
Ketetapan saiz adalah kesedaran
bahawa saiz sebenar suatu objek kekal sama walaupun objek tersebut sedang
bergerak lebih jauh.
Otak merupakan pusat sistem saraf
semua haiwan.
Otak adalah pusat arahan yang
menerima dan menghantar pesanan kepada bahagian-bahagian badan yang berlainan.
Ahli sains mengatakan bahawa
hemisfera kanan otak nampaknya mengawal ekspresi emosi, imaginasi visual dan
pemprosesan bukan verbal, manakala sebelah kiri mengawal pemprosesan verbal,
analitikal, jujukan dan logikal.
Otak adalah tompok merah
jambu-kelabu yang terdiri daripada lebih kurang 10 bilion sel saraf yang disebut
neuron.
Kegemukan berlaku apabila seseorang
mengambil lebih kalori daripada makanan berbanding yang dibakarnya.
Anoreksia merupakan gangguan
pemakanan di mana orang mendera diri supaya kebuluran. Anoreksia selalunya
bermula pada orang muda sekitar akil baligh.
Sambil kanak-kanak membesar dan
dunia mereka meluas melewati rumah mereka kepada jalan raya setempat, mereka
terdedah kepada bahaya dan risiko.
BAB 3 PERKEMBANGAN KOGNITIF – PIAGET & VYGOTSKY
Dengan menggunakan idea daripada
biologi, Piaget telah memperkenalkan dua proses utama iaitu Penyusunan dan
Penyesuaian.
Skema merupakan struktur mental atau
kognitif yang membolehkan seseorang menyesuaikan dan menyusun persekitarannya.
Penyesuaian merupakan proses
kognitif di mana seseorang menggabungkan maklumat ataupun pengalaman baru ke
dalam skema yang sedia ada.
Penyesuaian merupakan penciptaan
suatu skema baru ataupun mengubahan skema yang lama.
Keseimbangan merupakan imbangan
antara penyerapan dan penyesuaian. Ketidakseimbangan merupakan keadaan tidak
seimbang antara penyerapan dan penyesuaian.
Pengekalan objek merupakan kesedaran
seorang kanak-kanak ataupun pemahamannya bahawa objek tersebut masih wujud
walaupun ia tidak dapat dilihat ataupun didengar.
Istilah kognisi berasal daripada
perkataan Latin cognoscere yang bermaksud “untuk mengetahui” atau “untuk
mengenali” atau “untuk mengkonsepsi”.
Pengabadian merupakan keupayaan
mengingati apa yang tidak berubah dan apa yang berubah pada objek setelah
perubahan telah dilakukan kepada objek tersebut.
Dalam tahap sensorimotor,
pengetahuan bayi mengenai dunia terhad kepada deria persepsi dan aktiviti
motor.
Pada tahap praoperasi kanak-kanak
belum dapat memahami logik konkrit dan tidak dapat memanipulasi maklumat secara
mental, dan tidak boleh menerima pandangan orang lain (egosentrik).
Pada tahap konkrit, kanak-kanak
dapat berfikir secara abstrak dan membuat pertimbangan yang rasional mengenai
fenomena yang konkrit ataupun dapat diperhatikan.
Pada tahap operasi formal, manusia
membina keupayaan untuk berfikir tentang konsep yang abstrak.
Teori perkembangan sosiobudaya
Vygotsky menekankan peranan utama interaksi social dalam perkembangan kognisi.
Zon Perkembangan Proksimal merupakan
suatu konsep penting yang berkaitan dengan perbezaan antara apa yang kanak-kanak
dapat mencapai secara bersendirian dan apa yang kanak-kanak itu dapat mencapai
dengan bimbingan dan galakan daripada seorang rakan yang berkemahiran.
BAB 4 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Pendekatan kognitif menekankan
mengetahui, struktur mental (representasi) dan akal yang konstruktif, merancang
dan aktif.
Ahli psikologi kognitif yang terawal
telah menggunakan komputer sebagai perumpamaan.
Skema merujuk kepada penyusunan
aktif pengalaman lampau.
Ingatan Sensori menerima maklumat
daripada berbagai sumber (penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan rasa) dan
otak akan hanya menumpukan kepada maklumat yang telah ditumpukan.
Selain daripada pereputan dan campur
tangan, kegagalan mendapat kembali telah dikenal pasti sebagai suatu lagi
proses yang menyumbang kepada kelupaan.
Teori reput (ketidakpakaian)
mengandaikan bahawa ingatan akan reput lama kelamaan, seperti bahan radioaktif.
Adalah lebih mudah untuk mendapat
kembali suatu kejadian yang khusus sekiranya anda berada dalam konteks yang
sama dengan konteks di mana kejadian tersebut berlaku.
Teori jaringan mengandaikan bahawa
mendapat kembali atau mengingat kembali maklumat daripada ingatan semantik
melibatkan pencarian dalam laluan (ataupun hubungan) yang membawa daripada satu
konsep kepada yang lain.
Ingatan semantik merupakan
pengetahuan mengenai konsep umum yang tidak khusus kepada suatu tempat ataupun
masa.
Ingatan prosedural merupakan ingatan
mengenai pengetahuan prosedural iaitu mengingati cara melakukan sesuatu.
Latihan penyenggaraan adalah apabila
kita sentiasa mengulangi maklumat untuk membiarkan ia terus „hidup‟ dalam
ingatan kerja.
Latihan elaboratif adalah apabila
makna diberikan kepada maklumat dengan menghubungkannya kepada sesuatu yang
kita sudah ketahui bagi mengelakkan ia lenyap daripada ingatan kerja.
Suatu tanggapan stereotaip adalah
sebuah peket pengetahuan tentang suatu peribadi ataupun sifat fizikal yang kita
andaikan benar mengenai sekumpulan orang.
Pendekatan kognitif menjelaskan
bagaimana manusia belajar dengan menekankan ingatan, pertimbangan, pemikiran
dan penyelesaian masalah.
BAB 5 PERKEMBANGAN MORAL
Moral adalah berkaitan dengan
prinsip atau peraturan mengenai tindakan yang betul ataupun perbezaan antara
yang betul dan yang salah.
Moraliti merujuk kepada keupayaan
untuk mempelajari perbezaan antara yang betul dan yang salah dan memahami
bagaimana untuk membuat pilihan yang betul.
Kohlberg tidak begitu berminat sama
ada subjek menjawab "ya" atau "tidak" kepada dilemanya
tetapi beliau lebih berminat mengetahui sebab di sebalik jawapan yang
diberikan.
Pada Tahap Hukuman-Pematuhan,
kanak-kanak mengandaikan bahawa pihak berkuasa memberikan suatu set peraturan
tetap yang mesti patuhi tanpa soal.
Pada Tahap Pertukaran Pemasaran,
kanak-kanak mengenali bahawa tidak terdapat hanya satu pandangan yang betul
yang diberi oleh pihak berkuasa.
Kawalan kendiri merujuk kepada
keupayaan mengawal kelakuan dan respon apabila menghadapi godaan.
Keganasan ditakrifkan sebagai
kelakuan yang berniat untuk menyakiti orang lain.
Punca-punca kelakuan ganas mungkin disebabkan
oleh faktor biologi, keluarga, rakan sebaya, kemiskinan ataupun kegagalan di
sekolah.
BAB 6 PERKEMBANGAN EMOSI
Emosi merupakan suatu perasaan yang
sedar seperti kegembiraan, kesedihan, takut, benci atau sebagainya yang dialami
oleh seseorang.
Perasaan Kompleks merupakan perasaan
berjaya (kerana jangkaan seseorang dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila
jangkaan seseorang tidak dipenuhi).
Takut sekolah menyebabkan
kanak-kanak enggan pergi ke sekolah dan biasa dalam kalangan budak lelaki dan
juga perempuan, dan lebih berkemungkinan berlaku antara umur 5 hingga 11 tahun.
Ada kanak-kanak yang enggan pergi ke
sekolah kerana mereka terlalu bimbang.
Keengganan ke sekolah ditakrifkan
sebagai kelakuan menolak atau enggan menghadiri kelas yang khusus atau berada
di sekolah sepanjang hari.
Ekspresi wajah adalah salah satu
komponen emosi.
Tidak kira daerah atau budaya, semua
kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang sama untuk marah, sedih dan gembira.
Bayi yang baru lahir mengalami dua
emosi yang umum: seronok atau sedih.
Kajian telah menunjukkan bahawa bayi
seawal 4 bulan dan tentunya menjelang 6 bulan boleh membezakan ekspresi wajah
yang dikaitkan dengan emosi yang berlainan.
Ibubapa harus bercakap dengan
anaknya beberapa kali tentang pergi ke sekolah sebelumnya dan ia harus dibuat
walaupun selepas sekolah bermula.
Pembawaan ditakrifkan sebagai
keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang membolehkan mereka
berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan orang, tempat dan benda.
Ikatan merupakan asas yang di
atasnya semua jenis hubungan akrab dan berjangka panjang terbentuk.
BAB 7 PERKEMBANGAN BAHASA
Bahasa dikatakan telah bermula
apabila manusia terawal mula bekerjasama, ingin memahami hasrat masing-masing
dan berkongsi maklumat.
Perkembangan bahasa merupakan suatu
proses yang bermula awal dalam kehidupan manusia, apabila seseorang itu mula
memeroleh bahasa dengan mempelajarinya sebagaimana ia dipertutur.
Teori behaviouris adalah berdasarkan
kerja B. F. Skinner dan Albert Bandura yang mencadangkan bahawa bahasa
dipelajari melalui pelaziman operan; i.e. melalui proses pengukuhan dan ajukan.
Chomsky berhujah bahawa semua
kanak-kanak mempunyai apa yang disebut sebagai Jentera Pemerolehan Bahasa
(Language Acquisition Device – LAD) yang semulajadi dan membantu pembelajaran
bahasa.
Penyokong teori Interaksionis
berhujah bahawa perkembangan bahasa ditentukan oleh interaksi antara apa yang
telah diberikan secara gen (i.e. senulajadi) dan pengaruh persekitaran (i.e.
pupukan).
Semantik merujuk kepada cara sebuah bahasa
menyampaikan makna. Ia adalah kajian maksud perkataan dan ayat dalam sebuah
bahasa.
Bahasa merupakan suatu bentuk
komunikasi yang paling kompleks yang digunakan oleh manusia. Ia membolehkan
penghantaran pengetahuan, kemahiran dan nilai suatu budaya.
Bahasa terdiri daripada empat
elemen: fonologi, tatabahasa, semantic dan pragmatik.
Pragmatik merujuk kepada cara
manusia menggunakan bahasa (seperti bercakap) untuk mencapai tujuan.
Ledakan menamakan merupakan
pembelajaran perkataan yang pantas dalam kalangan kanak-kanak kecil sambil
mereka mempunyai interpretasi yang berlainan tentang sepatah perkataan.
Pertuturan telegrafik terdiri
daripada ayat lisan yang mempunyai irama yang tidak normal.
Membaca kepada kanak-kanak
memberikan peluang untuk belajar perkataan baru.
Perkataan yang telah terbiasa dalam
sebuah ayat dapat berfungsi sebagai petanda kepada makna perkataan yang baru.
Ini disebut sebagai “petanda ayat”.
Kanak-kanak yang dinafikan
pembelajaran suatu bahasa atau disebabkan kecederaan otak mempunyai kesukaran
yang serius bertutur dan pemahaman.
BAB 8 PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial menjejak
bagaimana manusia daripada lahir sehingga dewasa belajar untuk berinteraksi
dengan orang lain yang membolehkan mereka untuk akhirnya membentuk hubungan yang
sihat dan memuatkan diri dalam situasi sosial dengan selesa.
Pemahaman kendiri adalah suatu
proses yang kompleks, melibatkan beberapa aspek tentang diri, merentas
kemahiran dan/atau keupayaan kognitif, sosial, latar belakang dan budaya
sosioekonomi.
Konsep kendiri merujuk kepada
penilaian khusus bidang tentang diri.
Harga diri, juga dikenali sebagai
nilai diri atau imej diri, merujuk kepada pentaksiran menyeluruh tentang diri
sendiri.
Harga diri boleh diukur dengan
menggunakan ujian, melalui pemerhatian dan memeringkatkan kelakuan kanak-kanak
dan remaja.
Kanak-kanak dan remaja yang
mempunyai harga diri yang rendah adalah dimotivasikan oleh perasaan rendah diri
yang memandu mereka untuk mencari pengesahan tentang nilai daripada orang lain
atau dengan berbuat sesuatu.
Erik Erikson (1902-1994) telah
mencadangkan teori perkembangan psikososial yang menumpu kepada kematangan
kognitif dan konteks social seorang individu.
Faktor yang mempengaruhi harga diri
termasuk perubahan hidup, restu rakan sebaya, kelakuan guru, prestasi fizikal
dan pencapaian akademik.
Kesan harga diri yang rendah
termasuk gangguan makanan, prestasi rendah, kurangnya keyakinan diri dan
kehidupan sosial yang lemah.
Persepsi orang merujuk kepada cara
kanak-kanak ‗menganggar‘ atau menilai ciri-ciri orang yang mereka sudah
terbiasa.
Mengambil perspektif adalah
keupayaan untuk membayangkan apa yang orang lain mungkin berfikir dan berasa.
Penyelesaian masalah sosial adalah
aplikasi strategi yang mengelakkan atau menyelesaikan perselisihan yang memanafaatkan
kanak-kanak itu.
BAB 9 PENGARUH KELUARGA
Keluarga terdiri daripada individu
yang mungkin berkait melalui darah, perkahwinan, atau pilihan.
Keibubapaan autoritarian adalah
apabila kanak-kanak dijangka mematuhi peraturan yang ketat yang diletakkan oleh
ibubapa.
Ibubapa yang autoritatif lebih
responsif kepada anak-anak mereka dan bersedia mendengar soalan.
Ibubapa permisif jarang mendisiplin
anak-anak mereka kerana mereka mempunyai jangkaan tentang kematangan dan
kawalan diri yang secara relatifnya lebih rendah.
Gaya keibubapaan yang tidak terlibat
adalah dicirikan oleh permintaan yang sedikit, keresponsifan yang rendah dan
komunikasi yang sedikit.
Kanak-kanak banyak belajar daripada
ibubapa mereka hanya dengan melihat dan memerhatikan mereka.
Dengan memberikan maklumbalas kepada
anak-anak mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah
sesuai dan harus diteruskan ataupun tidak sesuai dan harus dihentikan.
Ibubapa dengan SES yang rendah
selalunya mengekspresi ciri-ciri luaran seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan
dan kebersihan.
Ibubapa dengan SES yang tinggi
menekankan sifat psikologikal, seperti sifat ingin tahu, kebahagiaan,
pengarahan kendiri dan kematangan kognitif dan sosial.
Selepas perceraian, kebanyakan
kanak-kanak mula tinggal dalam rumahtangga dengan satu ibu atau bapa, yang
berbeza daripada sebuah keluarga asas ataupun keluarga dengan dua individu
ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur keluarga yang ideal.
Umumnya, tidak ramai yang akan
menafikan bahawa perceraian adalah menyedihkan untuk anak-anak kerana ia
melibatkan konflik antara ibubapa dan selalunya perpisahan daripada salah satu
daripada mereka.
Sebuah keluarga teradun merupakan
suatu terma yang menerangkan sebuah keluarga di mana ibubapa yang telah berkahwin
dengan pasangan yang lain sebelumnya, membawa anak-anak mereka daripada
perkahwinan yang sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau 'teradun' bersama
dalam struktur yang ada sekarang.
Jenis pengabaian yang paling biasa
adalah penderaan fizikal, penderaan seksual dan pengabaian.
No comments:
Post a Comment