BAB 1: ETIKA
Nilai merujuk kepada idea atau
pegangan kita mengenai apa yang kita percaya dan apa yang penting kepada kita.
Nilai-nilai kita mungkin berasaskan etika atau keperluan dan kehendak
semulajadi. Nilai-nilai kita mungkin betul atau salah, munasabah atau tidak
munasabah. Ianya merujuk kepada asas yang membentuk tindakan kita.
Moraliti merujuk kepada tanggapan
peribadi seseorang mengenai apa yang betul dan salah, dan yang baik dan buruk.
Walaupun tanggapan seseorang individu itu tidak semestinya akan mempengaruhi
orang lain, ia tetap akan menpengaruhi sikap dan nilai-nilai sesebuah
masyarakat.
Etika merujuk kepada sistem ideal
moral dan merupakan hasil daripada interaksi antara individu dan masyarakat.
Etika bertempat menyatakan bahawa
aktiviti membuat keputusan bergantung kepada situasi dan bukan berasaskan
undang-undang tetap. Hanya Cinta sahaja yang mutlak di dunia ini.
Etika bermutlak berasaskan
kepercayaan yang terdapat hanya satu kebenaran dan bahawa kebenaran ini
sentiasa tetap tidak mengira keadaan atau situasi.
BAB 2: ETIKA AGAMA ISLAM
Perkataan deen berasal daripada
Bahasa Arab “dyn” dan mempunyai empat maksud;
1.
Terhutang
budi
2.
Menyerah
diri
3.
Kuasa
penghakiman
4.
Kecenderungan
semulajadi
Mengikut ajaran Islam, Allah telah
memberi manusia kehidupan dan dengan itu, keupayaan serta kuasa untuk memilih
antara kebaikan dan keburukan.
Manusia tidak boleh bersikap jahil
kerana al-Quran telah mengingatkan manusia mengenai nilai-nilai etika dan moral
ini. Namun demikian, manusia sudahpun mempunyai pengetahuan semulajadi mengenai
nilai-nilai ini dan alasan kejahilan tidak akan menyelamatkan mereka daripada
menerima balasan.
Menurut Islam, pengakuan iman yang
tidak diikuti oleh perbuatan yang baik berupakan sikap hipokrit atau jahil.
Kebersihan dan kesucian rohani
merujuk kepada menyucikan diri daripada segala kecelaan misalnya kekufuran,
amalan syirik dan dosa dan mengamalkan nilai moral yang suci. Kebersihan dan
kesucian diri merujuk kepada membersihkannya daripada segala kekotoran dan
mengamalkan sikap yang cermat dan bersopan santun.
Oleh sebab keluarga merupakan unit
masyarakat yang paling asas, Islam menekankan sistem kekeluargaan dan
nilai-nilainya. Asas kepada keluarga adalah perkahwinan. Islam menyarankan
peraturan tertentu untuk mengatur kehidupan berkeluarga supaya setiap ahlinya
dapat hidup dengan aman, selamat dan saling sayang-menyayangi.
Islam memberi kebebasan yang penuh
kepada umatnya untuk berniaga. Setiap individu dalam masyarakat yang berunsur
Islam bebas untuk menerima nafkah melalui apa jua kaedah yang halal asalkan ia
halal. Seseorang itu boleh memulakan, menguruskan dan mengatur apa jua
perusahaan perniagaan selagi ia selari undangundang Shariah.
Mengikut ajaran Islam, seseorang
peniaga itu perlu:
·
Menerima
nafkah secara halal
·
Menjauhkan
diri daripada urusan yang haram seperti memperdagangkan bangkai dan daging
khinzir, pakatan harga, muslihat dan sebagainya
·
Berurusan
melalui persetujuan bersama
·
Mengotakan
janji dan kontraknya
·
Sentiasa
jujur dalam semua urusannya
Badan yang sihat dan bumi ini
merupakan pemberian daripada Allah. Oleh sebab itu, kita seharusnya menjaganya
dengan sebaik mungkin.
BAB 3: ETIKA AGAMA HINDU
Prinsip asas agama Hindu adalah
kepercayaan mengenai kelahiran semula dan penerimaan karma sebagai unsur utama
yang menentukan perkitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula.
Karma merujuk kepada konsep sebab
dan kesan di dalam agama Hindu. Penganut agama Hindu mempercayai bahawa
tindakan kita di dalam kehidupan yang lepas akan mempengaruhi kehidupan kita
sekarang.
Bhagavad-Gita merupakan ekspresi
falsafah agama Hindu yang tertinggi. Ia adalah salah satu kitab yang terpenting
dan tersuci dalam agama Hindu dan merupakan mesej secara langsung dari Vishnu
ke penganut agama Hindu dalam bentuk avatar Krishna.
Upanishad bermaksud “duduk
berdekatan dengan sesuatu” dan merujuk kepada penuntut yang duduk di kaki
guru-guru mereka. Kebebasan dapat dicapai dengan menimba ilmu dan mencapai
kesedaran diri.
Perhubungan rapat tindakan beretika
antara manusia dan alam sekitar sentiasa ditekankan dalam kitab agama Hindu.
Setiap usaha untuk mencapai
kerohanian tidak akan berjaya sekiranya pertimbangan beretika tidak diambil
kira. Secara umumnya, etika mesti dihormati.
Setiap insan harus memenuhi
tanggungjawabnya tanpa mengharap apa-apa sebagai seorang ahli masayrakat atau
keluarga.
Kecemerlangan di dalam bidang
perniagaan dapat ditentukan dengan mengimbangkan keperluan semua pihak yang
terlibat. Kita akan dapat mendekatkan kepada Tuhan dengan mencapai
kecemerlangan di dalam semua perbuatan kita.
Setiap individu di dalam sesebuah
organsasi haruslah memainkan peranan mereka untuk memperbaikkan lagi diri
mereka supaya dapat mendatangkan faedah kepada masyarakat secara
keseluruhannya.
Ayurveda merujuk kepada satu bidang
dalam perubatan agama Hindu. Ia merupakan sistem perubatan yang berasaskan
etika praktikal prinsip agama Hindu. Prinsip-prinsip tersebut termasuklah
anti-kezaliman, kesucian semua makhluk hidup, perasingan jiwa daripada jasad
dan kesanggupan menerima karma sebagai definisi hidup.
Setiap penganut agama Hindu haruslah
beretika dalam memelihara alam sekitar dan biodiversiti. Oleh hal yang
demikian. tanggungjawab setiap individu adalah untuk memelihara alam sekitar
dan memastikan ianya digunakan secara lestari.
BAB 4: ETIKA CONFUCIANISME
Kepercayaan Confucianisme diasaskan
oleh K’ung Fu Tzu (Confucius dalam bahasa Inggeris), seorang sarjana di China
kuno yang amat berminat dengan kajian moraliti dan etika individu dan pelaksaan
kuasa pentadbiran oleh pemerintah.
Antara ajaran etika Confucius
termasuklah nilai-nilai seperti:
a)
Li,
iaitu amalan, ibadah, kesopanan, etika, upacara, ihsan dan sebagainya.
b)
Hsiao,
iaitu perasaan sayang-menyayangi dalam keluarga, termasuk perasaan sayang ibu
bapa terhadap anak, anak terhadap ibu bapa, sesama adik beradik dan sebagainya.
c)
Yi,
iaitu keadilan
d)
Xin,
iaitu kejujuran dan amanah
e)
Jen,
iaitu murah hati, berperikemanusiaan (nilai Confucianisme yang tertinggi)
f)
Chung,
ketaatan kepada negara dan sebagainya
Si Shu atau Empat Buku, iaitu:
a)
Lun
Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung FuTzu)
b)
Chung
Yung atau Doktrin Min
c)
Ta
Hsueh atau Pembelajaran yang Unggul
d)
Tulisan
Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang telah
mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati pemerintah
kerajaan.
Terdapat empat jenis perhubungan
yang asas:
a)
Antara
bapa dan anak
b)
Antara
abang dan adik lelaki
c)
Antara
suami dan isteri
d)
Antara
golongan tua dan golongan muda
e)
Antara
pemerintah dan diperintah
Confucius menyarankan tujung langkah
di dalam strategi transformasi sosial ke arah mencapai masyarakat yang ideal:
a)
Penyiasatan
benda-benda (pembolehubah)
b)
Melengkapkan
ilmu
c)
Keikhlasan
pemikiran
d)
Memperbaiki
hati
e)
Pemupukan
diri
f)
Mengawal
selia keluarga
g)
Mentadbir
urus negara
BAB 5: ETIKA AGAMA SHINTO
Shinto merupakan agama yang unik
kerana ia tiada pengasas, kitab bertulis, perbadanan perundangan agama, kod
moral yang ketat dan hanya diamalkan di Jepun.
Mengikut ajaran Shinto, maharaja
Jepun berketurunan daripada Amaterasu. Oleh itu, maharaja dihormati oleh
rakyatnya.
Perkataan Shinto berasal daripada
penggabungan dua perkataan Cina, iaitu “Shen” yang bermaksud “Tuhan atau roh”
dan “Dao” yang bermaksud “jalan, gaya hidup, atau falsafah hidup”. Shinto boleh
dialih bahasa sebagai “Laluan ke arah Ketuhanan” atau Kami no Michi dalam
Bahasa Jepun.
Kami merujuk kepada Tuhan atau
prinsip “ketuhanan” yang wujud di pelbagai tempat dan dalam pelbagai benda.
Shinto wujud bersama dengan agama
Buddha dan Confucianisme. Nilai etika Confucianisme berpengaruh besar ke atas
nilai etika Jepun atau Shinto. Nilai-nilai seperti toleransi, mematuhi pihak
berkuasa dan sebagainya amat dipentingkan dalam masyarakat Shinto.
Empat prinsip etika Shinto yang
terpenting adalah keharmonian, kesucian, keikhlasan dan komuniti.
Shinto menekankan kepentingan
kesucian, keikhlasan dan kebersihan serta perlakuan yang baik serta kefahaman
mengenai alam semesta dan kesucian.
Etika agama Shinto menggalakkan
kehidupan yang sederhana dan harmoni dengan alam semulajadi. Etika dan moraliti
Shinto mengutamakan kepentingan bersama.
Penganut agama Shinto mempercayai
bahawa Kami, alam semulajadi dan manusia wujud bersama. Kepentingan hidup
secara harmoni dengan setiap makhluk dan berterima kasih atas pemberian Kami
serta kemurahan hati moyang turut ditekankan.
Menurut agama Shinto, manusia
dilahirkan dengan hati yang baik dan dunia ini penuh dengan kebaikan. Kejahatan
merupakan unsur yang luar daripada dunia ini.
BAB 6: ETIKA AGAMA KRISTIAN
Asal-usul agama Kristian adalah
berasaskan kehidupan, kematian dan kebangkitan semula Yesus Kristus. Ia
merupakan agama monotheis dan berasaskan kehidupan dan ajaran Yesus Kristus.
Kitab suci agama Kristian adalah
kita Injil dan ia terdiri daripada Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama.
Kehidupan dan ajaran Yesus Kristus
berpusat kepada konsep cinta yang taat setia. Setiap daripada tindakan Yesus
Kristus merupakan tindakan yang paling baik dan setiap penganut Kristian patut
mencontohinya ke arah mencapai kebebasan.
Mazhab Protestan menganggap bahawa
Tuhan telah menurunkan kitab Injil sebagai sumber rujukan dalam membuat
keputusan. Mazhab Katolik Roma pula mempercayai bahawa Tuhan menurunkan kitab
ini untuk menyatakan perintahnya dan bahawa Tuhan berkomunikasi dengan manusia
melalui Gereja Katolik Roma.
Nyawa adalah suci dan patut
dihargai.
Penceraian bercanggah dengan
perintah Tuhan. Namun demikian, sesetengah penganut Kristian berpendapat bahawa
penceraian dibenarkan sekiranya tidak cara lain untuk menyelamatkan perkahwinan
tersebut.
Matlamat sains adalah untuk
mempelajari bagaimana alam semesta diwujudkan manakala kitab Injil pula
menerangkan mengapa alam semesta wujud.
Kitab Injil menekankan bahawa setiap
manusia patut dilayan secara adil tanpa membezakan mengikut kaum, gender atau
status. Setiap individu patut saling hormatmenghormati dan menerima sebarang
percanggahan pendapat demi Tuhan.
Secara umumnya, penganut agama
Kristian berpendapat bahawa Tuhan mencipta alam semesta dan semua penghuninya.
Mereka juga mempercayai bahawa manusia diamanahkan untuk menjaga ciptaannya dan
patut menggunakannya dengan cermat tanpa mengeksploitasinya.
BAB 7: ETIKA AGAMA BUDDHA
Buddha telah menyedari bahawa semua
penderitaan manusia disebabkan oleh nafsu.
Agama Buddha, seperti juga
agama-agama lain, mengutamakan kebajikan manusia dan semua makhluk. Dengan
berusaha untuk mencapai Nirvana, ia mengajar penganutnya untuk mematuhi kod
etika yang tinggi.
Lima Prinsip Agama Buddha adalah:
·
Mengelak
daripada membunuh
·
Mengelak
daripada mengambil apa yang tidak diberi
·
Mengelak
daripada kesalahan seksual
·
Mengelak
daripada pertuturan yang palsu
·
Mengelak
daripada perkara yang mengkhayalkan atau memabukkan
Empat Kebenaran Mulia ialah:
·
Penderitaan
terdiri daripada penyakit, penuaan dan kematian, perpisahan daripada orang yang
disayangi, mengingini suatu yang kita tidak mungkin dapat perolehi dan membenci
suatu yang tidak dapat dihindari
·
Segala
penderitaan disebabkan oleh nafsu dan usaha kita untuk memenuhi nafsu tersebut
·
Oleh
itu, penderitaan dapat ditamatkan dengan menamatkan nafsu
·
Satu-satunya
cara untuk menamatkan nafsu adalah dengan mematuhi Jalan Lapan Lapis Mulia.
Jalan Lapan Lapis Mulia terdiri
daripada
·
Pandangan
yang benar
·
Niat
yang benar
·
Pertuturan
yang benar
·
Tindakan
yang benar
·
Rezeki
yang benar
·
Usaha
yang benar
·
Kepekaan
yang benar
·
Perhatian
yang benar
Agama Buddha dipengaruhi oleh agama
Confucianisme, terutamanya dari segi menghormati ibu bapa dan perhubungan
kekeluargaan.
Menurut agama Buddha, perkahwinan
yang idea diseimbangkan oleh kewajipan sesame sendiri.
Etika perniagaan agama Buddha
menggariskan jenis-jenis pekerjaan, pendekatan terhadap pekerjaan secara
umumnya dan keusahawanan secara khususnya, penggunaan pendapatan, pengagihan
harta, kritikan kapitalisme dan komunisme dan sebagainya.
Agama Buddha menganggap bahawa semua
nyawa semua makhluk adalah suci dan tidak patut disia-siakan melalui membunuh
diri atau euthanasia.
Mengikut sudut pandangan agama
Buddha, manusia hanya merupakan sebahagian kecil dalam alam semesta ini dan
hanya wujud kerana kebenaran makhluk lain. Manusia dan makhluk lain hidup
bersama untuk menjaga alam semesta.
BAB 8: KESEJAGATAN ETIKA DI ASIA
Kesimpulannya, ramai antara kita
sedang mencari falsafah yang dapat dijadikan panduan hidup. Falsafah ini
mungkin berasaskan etika yang berunsur keagamaan atau tidak dan tujuannya
adalah untuk memastikan bahawa kita melakukan perkara yang betul pada masa yang
betul.
Mengembangkan dan mengamalkan etika
perniagaan sebagai bidang yang formal merupakan konsep yang masih baru kepada
kebanyakan organisasi di Asia. Kebanyakan daripada syarikat-syarikat di Asia
mengasaskan program kursus etika mereka berasaskan pengalaman atau ajaran Barat
tetapi initiatif kursus etika masa kini menggabungkan pendekatan Barat dan
Timur.
Dalam etika Asia, hak asasi manusia
merupakan tanggungjawab bersama: sekiranya wujud hak sejagat, maka
tanggungjawab sejagat juga perlu wujud. Dalam erti kata lain, kita patut
berfikir mengenai tanggungjawab kita kepada orang lain dan bukan sahaja
tanggungjawab orang lain kepada kita.
Dalam perhubungan interpersonal,
etika Asia menghubungkan etika yang berteraskan disiplin kendiri dengan
perlakuan bersama (komuniti) yang bersesuaian.
Etika kekeluargaan Asia menghadapi
berbagai rintangan dalam era globalisasi ini tetapi generasi muda masih mengamalkan
sikap menghormati ibu bapa sebagai tanda menghormati budaya Asia sambil
memenuhi jangkaan global.
Kemajuan teknologi dan perubatan
telah membawa kepada isu-isu etika yang mungkin tidak wujud pada zaman
pra-teknologi.
Pengamalan etika alam sekitar yang
berteraskan nilai-nilai Asia akan memperteguhkan prinsip-prinsip keagamaan
asasi dan kita akan belajar untuk lebih bertanggungjawab ke atas tindakan kita
sambil meningkatkan kepekaan terhadap akibat daripada tindakan kita.
BAB 9: ETIKA ASIA DAN ETIKA BARAT
Etika dan agama bertindak sebagai
panduan hidup bagi kita semua.
Hukum Emas mengajar supaya kita
melayan orang lain sepertimana kita ingin dilayan dan merupakan unsur yang
wujud dalam kebanyakan kod moral dan agama.
Antara aspek utama etika ialah “kehidupan
yang baik”. Ramai ahli falsafah berpendapat bahawa ini lebih penting daripada
kod etika atau moral.
Hukum Emas juga dikenali sebagai
etika kesalingan dalam agama Kristian.
Hukum Emas juga wujud dalam agama
Islam. Dalam dakwahnya yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata:
"Hindari daripada menyakiti sesiapa supaya sesiapa tidak menyakitimu.”
Dalam agama Buddha, Hukum Emas turut
diamalkan dari segi etika. Dalai Lama telah berkata: “Sekiranya inginkan orang
lain bahagia, amalkan sifat belas kasihan. Sekiranya inginkan dirimu bahagia,
amalkan sifat belas kasihan.”
Hukum Emas juga wujud dalam etika
agama Hindu. Dalam Mahabharata, Vrihaspati berkata bahawa “Manusia yang melayan
semua makhluk lain sepertimana ia melayan dirinya sendiri, iaitu dengan mengenepikan
seksaan dan mengabdikan dirinya kepada kemarahannya akan dapat mencapai
kebahagiaan.”
Dalam etika Confucianisme, ”Jangan
sekali-kali memaksa sesiapa melakukan sesuatu yang kamu tidak sanggup lakukan
sendiri”. Ini menunjukkan bahawa Hukum Emas juga diamalkan dalam Confucianisme.
Topik ini juga telah membincangka
empat ahli falsafah Barat.
i.
Sistem
etika falsafah Aristotle berasal daripada kesedaran kendiri di mana seseorang
itu perlu mencapai potensi sepenuhnya untuk mencapai kebahagiaan.
ii.
Plato
tidak membincangkan agama atau kewujudan tuhan dengan jelas.
iii.
Rene
Descartes berpendapat bahawa mempercayai kewujudan Tuhan merupakan asas kepada
semua ilmu.
iv.
Immanuel
Kant telah menyumbang kepada kajian etika dengan tiga formula kepentingan
kategorikalnya.
·
Formula
pertama: Hukum Alam
·
Formula
kedua: Matlamat
·
Formula
ketiga: Dunia Matlamat
bermanfaat..izin rujuk y
ReplyDelete