Saturday, 21 December 2019

Ringkasan Pengajian Asia


BAB 1: LOKASI DAN BENTUK MUKA BUMI
Alfred Wegener memperkenalkan Teori Hanyutan Benua yang menerangkan bahawa kepingan kerak bumi hanyut secara perlahan-lahan di atas lapisan mantel yang lebih panas dan hampir cair itu.
Ini telah menyebabkan benua-benua yang ada di bumi telah hanyut dari kedudukan asalnya ke kedudukan sekarang.
Benua Asia meliputi kawasan seluas 44,391,162 km persegi dan merupakan benua yang terbesar.
Banjaran-banjaran pergunungan benua Asia terdiri daripada gunung lipat muda dan gunung lipat tua.
Kebanyakan banjaran gunung di Asia menganjur dari kawasan tanah tinggin yang dipanggil Xizang Gaoyuan (Dataran Tibet).
Selain kawasan pergunungan dan dataran tinggi, sebahagian besar benua Asia diliputi oleh lembah-lembah (valley) luas yang juga dipanggil „lembangan‟ (basin).
Sebahagian besar benua Asia diliputi oleh kawasan tanah tinggi yang terdiri daripada dataran tinggi (plateaus) dan banjaran pergunungan (mountain ranges).
Kawasan tanah pamah yang paling luas terdapat di Asia Tengah.
Gempa bumi ialah pergerakan plat tektonik yang membawa kesan buruk bergantung kepada magnitud atau kekuatan pergeseran antara kepingan kerak bumi.
Benua Asia mempunyai banyak gunung berapi sepanjang “Lingkaran Api Pasifik” (Pacific Ring of Fire).
Tsunami wujud kerana pergerakan tektonik di bawah aras laut yang disebabkan pergeseran plat yang menolak air di atas.
BAB 2: IKLIM DAN TUMBUHAN SEMULA JADI
Kita mula dengan membincang tentang Iklim Tropika yang boleh dibahagikan kepada “Iklim Khatulistiwa” (Equatorial Climate) dan “Iklim Monsun” (Monsoon Climate) berdasarkan kedudukan.
Iklim Sederhana dialamai iklim di China, Korea Selatan, selatan Jepun, utara India, utara Turki dan Taiwan.
Ciri utama iklim gurun ini ialah kekontangan, iaitu hujan yang diterima jarang melibihi 250 mm setahun.
Faktor yang menyebabkan kewujudan iklim gunung ialah ketinggian kawasan.
Ciri utama iklim Mediterranean ialah hujan yang turun pada musim dingin yang berlainan dengan jenis-jenis iklim lain yang menerima hujan yang lebat pada musim panas.
Taufan merupakn ribut kencang yang terwudu di kawasan lautan (Lautan Pasifik) dan bertiup ke kawasan daratan (Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan).
Oleh kerana iklim yang melampau, kawasan gurun terdiri daripada tumbuhan yang tahan dengan keadaan kemarau yang berpanjangan.
Hutan Mediterranean kurang padat dan pokok tumbuh sederhana tinggi kerana iklimnya yang sejuk dan kering.
Padang rumput savanah terdiri daripada pokok-pokok renek yang berselerak dan rumput. Rumput adalah kasar dan tumbuh secara berjambak-jambak.
Dedaun luruh sebagai proses semula jadi yang bermula pada musim daun luruh.
Hutan-hutan benua Asia memainkan peranan penting mengekalkan oksigen dalam atmosfera.
Kawasan perhutanan sangat penting sebagai kawasan tadahan dan bekalan air.
Tumbuh-tumbuhan semula jadi juga penting dalam mengawal kemaraan gurun.
BAB 3: TAMADUN AWAL
“Tamadun” ialah perkataan Bahasa Arab yang berasal daripada perkataan ‘madana’ (tinggi budi bahsa) dan ‘mudun’ (pembukaan bandar) yang bermaksud pembangunan sesuatu kawasan secara fizial serta pembangunan kerohanian penduduk.
Setakat ini lebih 1000 bandar dan penempatan telah dijumpai di Lembah Indus. Tamadan Lembah Indus dianggarkan muncul pada 3000 SM (iaitu kira-kira 5000 tahun yang lampau) dan akhir pada 1500 SM (iaitu kira-kira 2500 tahun yang lampau).
Ramai penduduk tinggal di bandar dan dua bandar terkenal ialah Harappa dan Mohenjo Daro.
Skrip Harappa terdiri daripada 250 simbol yang berbentuk piktografi yang melambangkan berbagai-bagai benda.
Mesopotamia bermakna “antara dua sungai” dalam bahasa Yunani; iaitu, di antara Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.
Orang-orang Sumeria di percayai mula-mula mencipta roda, alat bajak dan system pengairan.
Orang Sumeria mula-mula menggunakan tulisan yang berbentuk gambar atau piktografi yang dipanggil cuneiform untuk merekodkan segala urusan perdagangan dan pentadbiran.
Hammarubi terkenal dengan kod undang-undang Babylonia yang dilaksanakan sebagai Kod Hammarubi (Code of Hammarubi).
Tamadun awal China muncul di Lembah Hwang-He (juga dikenali sebagai Lembah Sungai Kuning) kira-kira 5000 tahun yang lampau.
Lembah Sungai Hwang-Ho ini mempunyai tanah loes yang subur yang sesuai untuk kegiatan pertanian.
Semasa tamadun Hwang He, paling berkuasan ialah Raja dan sekiranya berlakunya sesuatu malapetakan semula jadi pada masyarakat, Raja boleh ditukar.
Sains dan teknologi di Tamadun Hwang-Ho maju sejak Dinasti Shang dan bertambah maju pada zaman Dinasti Chou.
Penduduk Hwang-Ho mengamalkan pemujaan terhadap nenek moyang yang mereka mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka.
Sejak zaman Dinasti Shang, sistem tulisan dalam bentuk gambar yang melambangkan sesuatu perkara atau benda telah wujud.
BAB 4: BAHASA-BAHASA ASIA
Bahasa ialah simbol bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi.
Tiga unsur utama sesuatu bahasa, ialah pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.
Rumpun bahasa adalah sekumpulan bahasa-bahasa yang mempunyai asal-usul dan ciri-ciri yang hampir sama.
Rumpun Sino-Tibet terdiri daripada 250 jenis bahasa yang meliputi Bahasa Cina, Bahasa Tibet dan Bahasa Burma.
Rumpun bahasa ini terdiri daripada bahasa Turki, Mongolia, Tungusic, Japonic dan Korea.
Rumpun Semitik terdiri daripada beberapa bahasa yang ditutur oleh 270 juta penduduk merentasi Tumur Tengah, Utara Afrika dan Semenanjung Afrika.
Rumpun Tai-Kadai terdiri daripada bahasa-bahasa yang ditutur oleh penduduk di selatan China, Vietnam, Thailand, Myanmar da Assam (India).
Seperti tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar mengalami kepupusan, sesetengah bahasa Asia juga mengalami masalah kepupusan.
BAB 5: AGAMA-AGAMA DI ASIA
Agama ialah pengakuan bahawa Tuhan mempunyai kuasa mutlak yang mempengaruhi tindak-tanduk manusia.
Agama tidak hanya menjawab soalan-soalan seperti di atas tetapi memberi manusia kekuatan dan kegigihan untuk meneruskan dalam kehidupan mereka, terutama pada masa-masa kesusahan dan keperitan.
Agama Islam berlandaskan kepada keesaan Allah SWT, Rukun Islam, Rukun Iman serta mengenengahkan hubungan baik antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah SWT.
Hampir 25% atau 1 billion orang di Asia menganuti agama Islam.
Pada awalnya, majoriti penduduk Iran adalah penganut agama Zoroastrianisme
Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, sebahagian besar penduduk Indonesia adalah penganut agama Hinduisme dan Buddhisme.
Agama Buddha ialah agama yang berasaskan kepada ajaran Siddhārtha Gautama yang lahir pada kurun ke-5 SM di India.
Agama Hindu berpegang teguh kepada kitab-kitab agama Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva, Raamayana dan Bhagavad Gita.
Kini, agama Buddha terdiri daripada dua mazhab utama; iaitu Buddhisme Theravadin dan Buddhisme Mahayana.
Sikkhisme adalah agama yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak Dev yang lahir pada 1469.
Shinto bermaksud “jalan dewa-dewa” dan shintoisme ialah agama yang diiamalkam oleh 83% penduduk Jepun.
Confucianisme diasaskan di China oleh Confucius atau Kung Fu Tzu pada abad ke 6 sebelum masihi.
Kepercayaan animisme melibatkan kepercayaan kewujudan benda-banda ghaib yang akan mempengaruhi kehidupan harian.
Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju.
BAB 6: GLOBALISASI DAN IMPLIKASI KEPADA NEGARA-NEGARA ASIA
Globalisasi di takrifkan sebagai “saling pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas”.
Globalisasi bermula selepas Perang Dunia Kedua (1945).
Globalisasi mementingkan penghapusan halangan perdagangan (Liberalisasi perdagangan) dan melahirkan beberapa institusi kerjasama antarabangsa.
Selain perdagangan bebas, pergerakan bebas buruh dari satu negara ke negara lain merupakan satu bentuk globalisasi.
Perdagangan antarabangsa dapat membantu berlaku pertukaran yang lebih luas dan memberikan pengguna dan pengeluar lebih banyak pilihan.
Tarif merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan yang didagangkan.
Perlu ditegaskan bahawa saling pergantungan ekonomi tidak terhad kepada Negara maju dengan negara yang sedang membangun sahaja.
Teknologi maklumat & komunikasai (ICT) serta kemudahan pengangkutan telah mengecilkan dan menjadikannya dnia seperti satu kampung.
Pengkritik “globalisasi sosio-budaya” menyarankan bahawa pengaliran budaya yang paling ketara ke negara-negara Asia ialah daripada Amerika Syarikat.
Perdagangan luar negeri yang lebih bebas memungkinkan setiap Negara memperoleh pasar yang jauh lebih luas dari pasar dalam negeri.
Negara dapat mengimport pelbagai barangan daripada merata dunia dan ini membolehkan rakyat mempunyai pilihan barangan yang lebih banyak.
Globalisasi tidak adil kerana ia merugikan negara-negara yang tidak boleh bersaing dengan negara-negara maju.
Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya berlaku.
BAB 7: KERJASAMA SERANTAU DI ASIA
Konsep “kerjasama serantau” (regional cooperation) bukanlah sesuatu konsep yang baru dan telah wujud sebelum konsep „globalisasi‟ diperluaskan.
Kerjasama serantau ialah gabungan beberapa buah negara untuk kebaikan ahli-ahli yang terlibat.
Persatuan Negara-Negara Asia (The Association of Southeast Asian Nations), atau ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos, 1967 di Bangkok, Thailand dengan menandatangani Deklarasi ASEAN oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Tujuan utama ASEAN ialah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman dan makmur.
ASEAN ditubuhkan berasaskan prinsip aaling menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan identiti nasional setiap negara dengan setiap negara wujud tanpa campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara.
Negara-negara ASEAN mengamalkan konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) atau Zon Aman, Bebas dan Berkecuali yang diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
ASEAN menyokong pembentukan dan operasi "kawasan pertumbuhan semulajadi" yang melibatkan kawasan-kawasan berdampingan beberapa negeri.
Negara-negara ASEAN telah mengadakan perjanjian membangunkan telekomunikasi dan pengangkutan serta menyelaraskan undang-undang dan peraturan-peraturan pengangkutan jalan.
AFTA (ASEAN Free Trade Area) adalah perjanjian yang dibuat oleh ASEAN yang bertujuan mewujudkan kawasan perdagangan bebas dengan penghapusan tarif dan cukai secara beransur-ansur.
Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) adalah sebuah organisasi ekonomi dan politik yang terdiri daripada 7 buah negara dalam Asia Selatan.
Tujuan utama SAARC ialah untuk mempromosi kebajikan masyarakat Asia Selatan dan untuk memperbaiki kualiti hidup mereka dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, perkembangan sosial dan pembangunan kebudayaan dalam rantau dan untuk memberi semua individu peluang hidup senang dan mengetahui potensi diri mereka.
Negara-negara SAARC telah bersetuju memfokus kepada TIGA perkara penting; iaitu pemindahan modal, pembasmian kemiskinan dan ekonomi antarabangsa.
Majlis Negara-Negara Teluk (The Gulf Cooperation Council - GCC) ialah gabungan politik dan ekonomi negara-negara Arab yang bersempadan dengan Teluk Parsi
Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation - APEC) merupakan satu forum ekonomi sekumpulan negara yang bersempadan dengan Lautan Pasifik.
Kerjasama Ekonomi Rantau Asia Tengah (Central Asia Regional Economic Cooperation – CAREC) ditubuhkan pada tahun 1997 dan kini terdiri daripada 10 negara.
ACD ialah suatu forum yang bertujuan mempertingkatkan daya persaingan negaranegara Asia dengan berlandaskan kepelbagaian dan kekayaan sumber benua Asia.

BAB 8: KONFLIK POLITIK DI BENUA ASIA [Bahagian B]
Konflik Kashmir bermula pada tahun 1947 apabila India dibahagikan yang membentuk India dan Pakistan.
India mentadbir 43% wilayah termasuk sebahagian besar Jammu, di Lembah Kashmir, Ladakh yang kini dipanggil “Kashmir India” dan glasier Siachen
Pakistan pula menguasai sekitar 37% dari Kashmir, iaitu Azad Kashmir dan wilayah utara Gilgit dan Baltistan yang kini dipanggil “Kashmir Pakistan”.
Di antara Mei hingga Julai, 1999, tentera India dan Pakistan telah bertempur di Bandar daerah Kargil di Kashmir.
Pada Oktober, 1949, Mao Zedong telah mengambil kuasa negara China dan Jeneral Chiang bersama tenteranya terpaksa melarikan diri ke Taiwan.
Amerika Syarikat memperlihat Taiwan sebagai benteng kemaraan komunisme di Asia dan memberi segala bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Taiwan.
Kerajaan Taiwan tidak bersetuju dengan “Dasar Satu China” tetapi sebaliknya mensyorkan “Dasar Dua China”.
Kaum Tamil dan kumpulan minoriti lain tidak diberi peluang pekerjaan dan pendidikan.
LTTE, yang diketuai oleh Velupillai Prabhakaran melancarkan ribuan serangan terhadap tentera kerajaan Sri Lanka.
Akhirnya, pada Mei, 2009, LTTE mengakui kekalahan dan ketua mereka Prabhakaran di bunuh.
Pada 1945, tentera Rusia dan Amerika Syarikat masing-masing mula menetap kawasan utara dan selatan Korea.
Dari 1946 hingga 1950, kerajaan Korea Selatan dengan bantuan tentera Amerika Syarikat melancarkan beberapa kempen untuk menghapuskan unsur-unsur komunisme.
Perang Korea bermula pada Jun 1950 dan berterusan hingga 1953.

BAB 9: MASA DEPAN ASIA
Asia ialah sebuah benua yang sungguh unik dengan kepelbagaiannya. Kepelbagaian ini merupakan suatu kelebihan sambil menimbulkan masalah dan isu tertentu.
Sesetengah orang mengangap Asia sebagai satu entiti seperti Eropah.
Walau pun terdapat lebih banyak kelainan daripada persamaan, semua negara Asia mempunyai satu matlmat yang sama; iaitu, mengejar perkembangan ekonomi dan sosial yang pesat untuk rakyat masing-masing.
Kejayaan Asia dalam bidang ekonomi boleh dikaitkan dengan ‘kadar penyimpanan wang’ yang tinggi dikalangan penduduk.
Kelas pertengahan ditaktifkan sebagai suatu golongan orang yang mempunyai pendapatan yang tidak sebanyak orang di kelas tinggi tetapi pendapatan mereka lebih tinggi berbanding dengan orang yang berada di kelas bawahan atau kelas rendah.
Boston Consulting mentakrif kelas pertengahan sebagai individu yang memperolehi pendapatan sebanyak RM2500 sebulan. Manakala Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam satu laporan pada 2010 mentakrif kelas pertengahan sebagai seorang yang membelanja RM6-20 setiap hari.
Menurut Bank Pembangunan Asia, menjelang 2030, golongan kelas pertengahan di Asia akan meningkat kepada 50% daripada jumlah penduduk dan jumlah perbelanjaan olehgolongan ini akan mencecah RM70 trillion atau 43% daripada jumlah perbelanjaan dunia.
Permintaan untuk barangan dan perkhidmatan oleh golongan pertengahan secara tidak langsung merangsangkan perkembangan sektor pembuatan dan perhidmatan (seperti bank, syarikat pelaburan) bagi menampung kehendak golongan ini.
Mereka mengutamakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan oleh itu sanggup membelanja untuk pendidikan.
Asia sedang melalui satu transformasi demografi yang sungguh ketara melalui proses ‘urbanisai’, iaitu migrasi orang dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.
Selain penebangan hutan, negara-negara Asia juga mengalami pencemaran udara dan pencemaran air. Pembangunan yang pesat telah menembahkan bilangan kilang-kilang yang didirikan serta bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk.
Selagi negara-negara Asia enggan berunding dan menyelesaikan konflik-konflik yang dihadapi selama berpuluh tahun, ketegangan akan berterusan. Kestabilan politik adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi.


Ringkasan Etika perbandingan


BAB 1: ETIKA
Nilai merujuk kepada idea atau pegangan kita mengenai apa yang kita percaya dan apa yang penting kepada kita. Nilai-nilai kita mungkin berasaskan etika atau keperluan dan kehendak semulajadi. Nilai-nilai kita mungkin betul atau salah, munasabah atau tidak munasabah. Ianya merujuk kepada asas yang membentuk tindakan kita.
Moraliti merujuk kepada tanggapan peribadi seseorang mengenai apa yang betul dan salah, dan yang baik dan buruk. Walaupun tanggapan seseorang individu itu tidak semestinya akan mempengaruhi orang lain, ia tetap akan menpengaruhi sikap dan nilai-nilai sesebuah masyarakat.
Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi antara individu dan masyarakat.
Etika bertempat menyatakan bahawa aktiviti membuat keputusan bergantung kepada situasi dan bukan berasaskan undang-undang tetap. Hanya Cinta sahaja yang mutlak di dunia ini.
Etika bermutlak berasaskan kepercayaan yang terdapat hanya satu kebenaran dan bahawa kebenaran ini sentiasa tetap tidak mengira keadaan atau situasi.
BAB 2: ETIKA AGAMA ISLAM
Perkataan deen berasal daripada Bahasa Arab “dyn” dan mempunyai empat maksud;
1.      Terhutang budi
2.      Menyerah diri
3.      Kuasa penghakiman
4.      Kecenderungan semulajadi
Mengikut ajaran Islam, Allah telah memberi manusia kehidupan dan dengan itu, keupayaan serta kuasa untuk memilih antara kebaikan dan keburukan.
Manusia tidak boleh bersikap jahil kerana al-Quran telah mengingatkan manusia mengenai nilai-nilai etika dan moral ini. Namun demikian, manusia sudahpun mempunyai pengetahuan semulajadi mengenai nilai-nilai ini dan alasan kejahilan tidak akan menyelamatkan mereka daripada menerima balasan.
Menurut Islam, pengakuan iman yang tidak diikuti oleh perbuatan yang baik berupakan sikap hipokrit atau jahil.
Kebersihan dan kesucian rohani merujuk kepada menyucikan diri daripada segala kecelaan misalnya kekufuran, amalan syirik dan dosa dan mengamalkan nilai moral yang suci. Kebersihan dan kesucian diri merujuk kepada membersihkannya daripada segala kekotoran dan mengamalkan sikap yang cermat dan bersopan santun.
Oleh sebab keluarga merupakan unit masyarakat yang paling asas, Islam menekankan sistem kekeluargaan dan nilai-nilainya. Asas kepada keluarga adalah perkahwinan. Islam menyarankan peraturan tertentu untuk mengatur kehidupan berkeluarga supaya setiap ahlinya dapat hidup dengan aman, selamat dan saling sayang-menyayangi.
Islam memberi kebebasan yang penuh kepada umatnya untuk berniaga. Setiap individu dalam masyarakat yang berunsur Islam bebas untuk menerima nafkah melalui apa jua kaedah yang halal asalkan ia halal. Seseorang itu boleh memulakan, menguruskan dan mengatur apa jua perusahaan perniagaan selagi ia selari undangundang Shariah.
Mengikut ajaran Islam, seseorang peniaga itu perlu:
·        Menerima nafkah secara halal
·        Menjauhkan diri daripada urusan yang haram seperti memperdagangkan bangkai dan daging khinzir, pakatan harga, muslihat dan sebagainya
·        Berurusan melalui persetujuan bersama
·        Mengotakan janji dan kontraknya
·        Sentiasa jujur dalam semua urusannya
Badan yang sihat dan bumi ini merupakan pemberian daripada Allah. Oleh sebab itu, kita seharusnya menjaganya dengan sebaik mungkin.
BAB 3: ETIKA AGAMA HINDU
Prinsip asas agama Hindu adalah kepercayaan mengenai kelahiran semula dan penerimaan karma sebagai unsur utama yang menentukan perkitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula.
Karma merujuk kepada konsep sebab dan kesan di dalam agama Hindu. Penganut agama Hindu mempercayai bahawa tindakan kita di dalam kehidupan yang lepas akan mempengaruhi kehidupan kita sekarang.
Bhagavad-Gita merupakan ekspresi falsafah agama Hindu yang tertinggi. Ia adalah salah satu kitab yang terpenting dan tersuci dalam agama Hindu dan merupakan mesej secara langsung dari Vishnu ke penganut agama Hindu dalam bentuk avatar Krishna.
Upanishad bermaksud “duduk berdekatan dengan sesuatu” dan merujuk kepada penuntut yang duduk di kaki guru-guru mereka. Kebebasan dapat dicapai dengan menimba ilmu dan mencapai kesedaran diri.
Perhubungan rapat tindakan beretika antara manusia dan alam sekitar sentiasa ditekankan dalam kitab agama Hindu.
Setiap usaha untuk mencapai kerohanian tidak akan berjaya sekiranya pertimbangan beretika tidak diambil kira. Secara umumnya, etika mesti dihormati.
Setiap insan harus memenuhi tanggungjawabnya tanpa mengharap apa-apa sebagai seorang ahli masayrakat atau keluarga.
Kecemerlangan di dalam bidang perniagaan dapat ditentukan dengan mengimbangkan keperluan semua pihak yang terlibat. Kita akan dapat mendekatkan kepada Tuhan dengan mencapai kecemerlangan di dalam semua perbuatan kita.
Setiap individu di dalam sesebuah organsasi haruslah memainkan peranan mereka untuk memperbaikkan lagi diri mereka supaya dapat mendatangkan faedah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Ayurveda merujuk kepada satu bidang dalam perubatan agama Hindu. Ia merupakan sistem perubatan yang berasaskan etika praktikal prinsip agama Hindu. Prinsip-prinsip tersebut termasuklah anti-kezaliman, kesucian semua makhluk hidup, perasingan jiwa daripada jasad dan kesanggupan menerima karma sebagai definisi hidup.
Setiap penganut agama Hindu haruslah beretika dalam memelihara alam sekitar dan biodiversiti. Oleh hal yang demikian. tanggungjawab setiap individu adalah untuk memelihara alam sekitar dan memastikan ianya digunakan secara lestari.
BAB 4: ETIKA CONFUCIANISME
Kepercayaan Confucianisme diasaskan oleh K’ung Fu Tzu (Confucius dalam bahasa Inggeris), seorang sarjana di China kuno yang amat berminat dengan kajian moraliti dan etika individu dan pelaksaan kuasa pentadbiran oleh pemerintah.
Antara ajaran etika Confucius termasuklah nilai-nilai seperti:
a)      Li, iaitu amalan, ibadah, kesopanan, etika, upacara, ihsan dan sebagainya.
b)      Hsiao, iaitu perasaan sayang-menyayangi dalam keluarga, termasuk perasaan sayang ibu bapa terhadap anak, anak terhadap ibu bapa, sesama adik beradik dan sebagainya.
c)      Yi, iaitu keadilan
d)      Xin, iaitu kejujuran dan amanah
e)      Jen, iaitu murah hati, berperikemanusiaan (nilai Confucianisme yang tertinggi)
f)        Chung, ketaatan kepada negara dan sebagainya
Si Shu atau Empat Buku, iaitu:
a)      Lun Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung FuTzu)
b)      Chung Yung atau Doktrin Min
c)      Ta Hsueh atau Pembelajaran yang Unggul
d)      Tulisan Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang telah mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati pemerintah kerajaan.
Terdapat empat jenis perhubungan yang asas:
a)      Antara bapa dan anak
b)      Antara abang dan adik lelaki
c)      Antara suami dan isteri
d)      Antara golongan tua dan golongan muda
e)      Antara pemerintah dan diperintah
Confucius menyarankan tujung langkah di dalam strategi transformasi sosial ke arah mencapai masyarakat yang ideal:
a)      Penyiasatan benda-benda (pembolehubah)
b)      Melengkapkan ilmu
c)      Keikhlasan pemikiran
d)      Memperbaiki hati
e)      Pemupukan diri
f)        Mengawal selia keluarga
g)      Mentadbir urus negara
BAB 5: ETIKA AGAMA SHINTO
Shinto merupakan agama yang unik kerana ia tiada pengasas, kitab bertulis, perbadanan perundangan agama, kod moral yang ketat dan hanya diamalkan di Jepun.
Mengikut ajaran Shinto, maharaja Jepun berketurunan daripada Amaterasu. Oleh itu, maharaja dihormati oleh rakyatnya.
Perkataan Shinto berasal daripada penggabungan dua perkataan Cina, iaitu “Shen” yang bermaksud “Tuhan atau roh” dan “Dao” yang bermaksud “jalan, gaya hidup, atau falsafah hidup”. Shinto boleh dialih bahasa sebagai “Laluan ke arah Ketuhanan” atau Kami no Michi dalam Bahasa Jepun.
Kami merujuk kepada Tuhan atau prinsip “ketuhanan” yang wujud di pelbagai tempat dan dalam pelbagai benda.
Shinto wujud bersama dengan agama Buddha dan Confucianisme. Nilai etika Confucianisme berpengaruh besar ke atas nilai etika Jepun atau Shinto. Nilai-nilai seperti toleransi, mematuhi pihak berkuasa dan sebagainya amat dipentingkan dalam masyarakat Shinto.
Empat prinsip etika Shinto yang terpenting adalah keharmonian, kesucian, keikhlasan dan komuniti.
Shinto menekankan kepentingan kesucian, keikhlasan dan kebersihan serta perlakuan yang baik serta kefahaman mengenai alam semesta dan kesucian.
Etika agama Shinto menggalakkan kehidupan yang sederhana dan harmoni dengan alam semulajadi. Etika dan moraliti Shinto mengutamakan kepentingan bersama.
Penganut agama Shinto mempercayai bahawa Kami, alam semulajadi dan manusia wujud bersama. Kepentingan hidup secara harmoni dengan setiap makhluk dan berterima kasih atas pemberian Kami serta kemurahan hati moyang turut ditekankan.
Menurut agama Shinto, manusia dilahirkan dengan hati yang baik dan dunia ini penuh dengan kebaikan. Kejahatan merupakan unsur yang luar daripada dunia ini.
BAB 6: ETIKA AGAMA KRISTIAN
Asal-usul agama Kristian adalah berasaskan kehidupan, kematian dan kebangkitan semula Yesus Kristus. Ia merupakan agama monotheis dan berasaskan kehidupan dan ajaran Yesus Kristus.
Kitab suci agama Kristian adalah kita Injil dan ia terdiri daripada Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama.
Kehidupan dan ajaran Yesus Kristus berpusat kepada konsep cinta yang taat setia. Setiap daripada tindakan Yesus Kristus merupakan tindakan yang paling baik dan setiap penganut Kristian patut mencontohinya ke arah mencapai kebebasan.
Mazhab Protestan menganggap bahawa Tuhan telah menurunkan kitab Injil sebagai sumber rujukan dalam membuat keputusan. Mazhab Katolik Roma pula mempercayai bahawa Tuhan menurunkan kitab ini untuk menyatakan perintahnya dan bahawa Tuhan berkomunikasi dengan manusia melalui Gereja Katolik Roma.
Nyawa adalah suci dan patut dihargai.
Penceraian bercanggah dengan perintah Tuhan. Namun demikian, sesetengah penganut Kristian berpendapat bahawa penceraian dibenarkan sekiranya tidak cara lain untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Matlamat sains adalah untuk mempelajari bagaimana alam semesta diwujudkan manakala kitab Injil pula menerangkan mengapa alam semesta wujud.
Kitab Injil menekankan bahawa setiap manusia patut dilayan secara adil tanpa membezakan mengikut kaum, gender atau status. Setiap individu patut saling hormatmenghormati dan menerima sebarang percanggahan pendapat demi Tuhan.
Secara umumnya, penganut agama Kristian berpendapat bahawa Tuhan mencipta alam semesta dan semua penghuninya. Mereka juga mempercayai bahawa manusia diamanahkan untuk menjaga ciptaannya dan patut menggunakannya dengan cermat tanpa mengeksploitasinya.
BAB 7: ETIKA AGAMA BUDDHA
Buddha telah menyedari bahawa semua penderitaan manusia disebabkan oleh nafsu.
Agama Buddha, seperti juga agama-agama lain, mengutamakan kebajikan manusia dan semua makhluk. Dengan berusaha untuk mencapai Nirvana, ia mengajar penganutnya untuk mematuhi kod etika yang tinggi.
Lima Prinsip Agama Buddha adalah:
·        Mengelak daripada membunuh
·        Mengelak daripada mengambil apa yang tidak diberi
·        Mengelak daripada kesalahan seksual
·        Mengelak daripada pertuturan yang palsu
·        Mengelak daripada perkara yang mengkhayalkan atau memabukkan
Empat Kebenaran Mulia ialah:
·        Penderitaan terdiri daripada penyakit, penuaan dan kematian, perpisahan daripada orang yang disayangi, mengingini suatu yang kita tidak mungkin dapat perolehi dan membenci suatu yang tidak dapat dihindari
·        Segala penderitaan disebabkan oleh nafsu dan usaha kita untuk memenuhi nafsu tersebut
·        Oleh itu, penderitaan dapat ditamatkan dengan menamatkan nafsu
·        Satu-satunya cara untuk menamatkan nafsu adalah dengan mematuhi Jalan Lapan Lapis Mulia.
Jalan Lapan Lapis Mulia terdiri daripada
·        Pandangan yang benar
·        Niat yang benar
·        Pertuturan yang benar
·        Tindakan yang benar
·        Rezeki yang benar
·        Usaha yang benar
·        Kepekaan yang benar
·        Perhatian yang benar
Agama Buddha dipengaruhi oleh agama Confucianisme, terutamanya dari segi menghormati ibu bapa dan perhubungan kekeluargaan.
Menurut agama Buddha, perkahwinan yang idea diseimbangkan oleh kewajipan sesame sendiri.
Etika perniagaan agama Buddha menggariskan jenis-jenis pekerjaan, pendekatan terhadap pekerjaan secara umumnya dan keusahawanan secara khususnya, penggunaan pendapatan, pengagihan harta, kritikan kapitalisme dan komunisme dan sebagainya.
Agama Buddha menganggap bahawa semua nyawa semua makhluk adalah suci dan tidak patut disia-siakan melalui membunuh diri atau euthanasia.
Mengikut sudut pandangan agama Buddha, manusia hanya merupakan sebahagian kecil dalam alam semesta ini dan hanya wujud kerana kebenaran makhluk lain. Manusia dan makhluk lain hidup bersama untuk menjaga alam semesta.
BAB 8: KESEJAGATAN ETIKA DI ASIA
Kesimpulannya, ramai antara kita sedang mencari falsafah yang dapat dijadikan panduan hidup. Falsafah ini mungkin berasaskan etika yang berunsur keagamaan atau tidak dan tujuannya adalah untuk memastikan bahawa kita melakukan perkara yang betul pada masa yang betul.
Mengembangkan dan mengamalkan etika perniagaan sebagai bidang yang formal merupakan konsep yang masih baru kepada kebanyakan organisasi di Asia. Kebanyakan daripada syarikat-syarikat di Asia mengasaskan program kursus etika mereka berasaskan pengalaman atau ajaran Barat tetapi initiatif kursus etika masa kini menggabungkan pendekatan Barat dan Timur.
Dalam etika Asia, hak asasi manusia merupakan tanggungjawab bersama: sekiranya wujud hak sejagat, maka tanggungjawab sejagat juga perlu wujud. Dalam erti kata lain, kita patut berfikir mengenai tanggungjawab kita kepada orang lain dan bukan sahaja tanggungjawab orang lain kepada kita.
Dalam perhubungan interpersonal, etika Asia menghubungkan etika yang berteraskan disiplin kendiri dengan perlakuan bersama (komuniti) yang bersesuaian.
Etika kekeluargaan Asia menghadapi berbagai rintangan dalam era globalisasi ini tetapi generasi muda masih mengamalkan sikap menghormati ibu bapa sebagai tanda menghormati budaya Asia sambil memenuhi jangkaan global.
Kemajuan teknologi dan perubatan telah membawa kepada isu-isu etika yang mungkin tidak wujud pada zaman pra-teknologi.
Pengamalan etika alam sekitar yang berteraskan nilai-nilai Asia akan memperteguhkan prinsip-prinsip keagamaan asasi dan kita akan belajar untuk lebih bertanggungjawab ke atas tindakan kita sambil meningkatkan kepekaan terhadap akibat daripada tindakan kita.
BAB 9: ETIKA ASIA DAN ETIKA BARAT
Etika dan agama bertindak sebagai panduan hidup bagi kita semua.
Hukum Emas mengajar supaya kita melayan orang lain sepertimana kita ingin dilayan dan merupakan unsur yang wujud dalam kebanyakan kod moral dan agama.
Antara aspek utama etika ialah “kehidupan yang baik”. Ramai ahli falsafah berpendapat bahawa ini lebih penting daripada kod etika atau moral.
Hukum Emas juga dikenali sebagai etika kesalingan dalam agama Kristian.
Hukum Emas juga wujud dalam agama Islam. Dalam dakwahnya yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata: "Hindari daripada menyakiti sesiapa supaya sesiapa tidak menyakitimu.”
Dalam agama Buddha, Hukum Emas turut diamalkan dari segi etika. Dalai Lama telah berkata: “Sekiranya inginkan orang lain bahagia, amalkan sifat belas kasihan. Sekiranya inginkan dirimu bahagia, amalkan sifat belas kasihan.”
Hukum Emas juga wujud dalam etika agama Hindu. Dalam Mahabharata, Vrihaspati berkata bahawa “Manusia yang melayan semua makhluk lain sepertimana ia melayan dirinya sendiri, iaitu dengan mengenepikan seksaan dan mengabdikan dirinya kepada kemarahannya akan dapat mencapai kebahagiaan.”
Dalam etika Confucianisme, ”Jangan sekali-kali memaksa sesiapa melakukan sesuatu yang kamu tidak sanggup lakukan sendiri”. Ini menunjukkan bahawa Hukum Emas juga diamalkan dalam Confucianisme.
Topik ini juga telah membincangka empat ahli falsafah Barat.
         i.            Sistem etika falsafah Aristotle berasal daripada kesedaran kendiri di mana seseorang itu perlu mencapai potensi sepenuhnya untuk mencapai kebahagiaan.
       ii.            Plato tidak membincangkan agama atau kewujudan tuhan dengan jelas.
      iii.            Rene Descartes berpendapat bahawa mempercayai kewujudan Tuhan merupakan asas kepada semua ilmu.
     iv.            Immanuel Kant telah menyumbang kepada kajian etika dengan tiga formula kepentingan kategorikalnya.
·        Formula pertama: Hukum Alam
·        Formula kedua: Matlamat
·        Formula ketiga: Dunia Matlamat