BAB 1 HADITH PERTAMA DAN KEDUA (HADITH 40 IMAM NAWAWI)
Hadis Pertama
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar
bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah
shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan (tergantung niatnya).
Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.
Siapa yang hijrahnya) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya,
maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya
karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin
dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al
Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin
Muslim Al Qusyairi An Naisaaburi di dalam dua kitab Shahih, yang merupakan
kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).
PENGAJARAN HADIS
Niat adalah teras segala amalan.
Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang
baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa
faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika
diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau
kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu
amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi
kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar
dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah
kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika
kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan
maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan
pahala.
Hadis kedua
Daripada Umar radhiyallahu `anhu
juga dia berkata: Ketika kami duduk bersama disisi Rasulullah SAW suatu hari
tiba-tiba datanglah seorang lelaki yang mengenakan baju yang sangat putih dan
berambut sangat hitam, tidak nampak padanya tanda-tanda perjalanan jauh
(bermusafir) dan tidak ada seorangpun di antara kami yang mengenalinya.
Kemudian dia duduk di hadapan Nabi lalu menemukan kedua lututnya kepada kepada
lututnya (Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam) seraya berkata, “ Wahai
Muhammad, beritahu aku tentang Islam ?”, Maka bersabdalah Rasulullah
shallallahu`alaihi wa sallam: “ Islam adalah kamu bersaksi bahwa tidak ada ilah
(tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan
Allah, kamu mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan lakukan
haji jika berkemampuan “, kemudian dia berkata, “ anda benar “. Kami semua
kehairanan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya
lagi: “Beritahu aku tentang Iman “. Lalu beliau (Rasulullah) bersabda, “ Kamu
beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasulNya
dan hari akhirat dan kamu beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk“,
kemudian dia berkata, “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “Beritahu aku
tentang ihsan “. Lalu beliau (Rasulullah) bersabda, “Ihsan adalah engkau
beribadah kepada Allah seolah-oleh engkau melihatnya, jika engkau tidak
melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata, “Beritahukan aku
tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda,“ Orang yang
ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”.
Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda
bersabda :( Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan
melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam,
tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing
berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian
lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah
shallahu`alaihi wasallam) bertanya,“ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. Aku
berkata,“ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda,“ Dia adalah
Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim)
Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama yang datang
dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawi atau bersifat Rabbaani, iaitu
bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la
bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk
seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.
Hadis ini menerangkan tiga tunggak
agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan. Rukun lslam lima perkara iaitu
mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu, membayar
zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.
Rukun lman enam perkara iaitu
percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para Rasul, hari
Qiamat dan beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.
Kesempurnaan seorang mukmin akan
tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam, menyempurnakan tuntutan
rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari segi
zahir sahaja, atau batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan
lslam hanya akan terserlah apabila diamalkan keseluruhannya.
llmu dalam lslam mestilah dipelajari
secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu agama tidak boleh
dipelajari melalui mimpi dan sebagainya. Seorang murid mestilah mempunyai
adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap
Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang guru
mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau
menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu
adalah tanda wara' para ulama dan orang berilmu.
Hari qiamat adalah peristiwa besar
yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun yang tahu bila ia
akan berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib
yang tidak diketahui kecuali oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila
berlaku qiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang penipu
besar.
Walaupun tarikh qiamat tidak
diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya
ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri,
yang menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa
simiskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.
BAB 2: HADITH KEEMPAT (KEJADIAN MANUSIA) DAN KELIMA (MENJAUHI
BID’AH)
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah
ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda
adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama
40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang
sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian
dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan
dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya,
amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan
melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan
amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari
sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan
amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang
dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak
antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh
ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia
memasuki syurga. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim)
PENGAJARAN HADIS
Kejadian manusia yang unik
menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil
bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi
renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik
ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot
bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang
berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan
hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif
tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa
Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia
kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT
semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan
nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.
Amalan terakhir manusia adalah
faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia
sangat baik di sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan
perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka.
Begitulah sebaliknya.
Hadis Kelima
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu
Abdullah 'Aisyah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan
daripadanya, maka ia tertolak.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari
dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa
yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka
ia tertolak)
Pengajaran hadis
lslam adalah agama yang sudah sempurna
dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok
tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah
bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah
segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara
beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan
sebagainya.
Setiap Muslim mestilah menjauhkan
diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa
kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah
SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.
BAB 3: HADIS KEENAM (MEMASTIKAN YANG HALAL DAN MENJAUHI YANG HARAM
DAN SUBHAT)
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn
Basyer radiallau ‘anhuma beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya
perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada
perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak
mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia
telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan
menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan
sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkarayang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia
baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh
jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan
Muslim).
PENGAJARAN HADIS
Seseorang mukmin mestilah cuba
mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang
halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya. Perkara yang
kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti
dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Sempadan murka dan
redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak
melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati
adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya
justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan
anggota badan yang lain.
BAB 4: HADIS KETUJUH (KEWAJIPAN MENASIHATI SAUDARA SEISLAM) DAN
KELAPAN (SURUHAN JIHAD)
Hadis Ketujuh
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus
al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami
berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya,
untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat
al-lmam Muslim).
Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah agama nasihat
iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat, menjaga
perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun
pembangunan rohani. Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang
baik dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam. lslam
memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan
dan status.
Nasihat yang diberikan meliputi
golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat. Nasihat untuk Allah, KitabNya
dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan beramal
berpandukan tuntutannya yang sebenar.
Hadis Kelapan
Daripada lbnu 'Umar radiallahu
‘anhuma bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan supaya
memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka
mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat
demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada
aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah
kepada Allah Ta'ala. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim).
Pengajaran hadis
Risalah atau misi kedatangan
Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan. ialah
menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang Memerangi
orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat,
agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila
dakwah sudah sampai, mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.
Islam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri
seorang mukmin muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang
lima waktu dan membayar zakat. Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia
mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.
BAB 5: Hadith Kesebelas (Meninggalkan apa yang diragui) dan Kedua
belas(meninggalkan apa yang tidak berkaitan)
Hadis Kesebelas
Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn
Ali ibn Abu Talib r.a., cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda.
Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan
al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih).
Pengajaran hadis
Seorang mukmin tidak seharusnya
terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. Hal ini
menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu kerana
ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah
suatu sifat wara' yang terpuji. Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam.
Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala.
Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti
diulangi.
Hadis Keduabelas
Daripada Abu Hurairah r.a beliau
berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang
mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. (Hadis ini Hadis
Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian).
Pengajaran hadis
Seseorang mukmin dianggap elok,
indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah
dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah. Antara perkara yang tidak
berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di
jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan,
suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang
dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang.
Anjuran ini menyerlahkan suatu
ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.
Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang
tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan
dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.
BAB 6: PERKARA YANG MENYEMPURNAKAN IMAN SESORANG
Hadis ketigabelas
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik
radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari
Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Tidak beriman
salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia
mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengajaran hadis:
Kasih sayang dan persaudaraan adalah
antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia
ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.
Bagi mencerminkan persaudaraan
menurut lunas-lunas syara’ maka konsep persaudaraan ini perlu didasari dengan
ikatan aqidah yang luhur dan mantap.
Ikatan rabbani bersifat universal
dan bersifat kualitatif tanpa mengira perubahan masa dan zaman.
Sekiranya dibuka lipatan sejarah
permulaan Islam, dinukilkan konsep persaudaraan yang ditunjukkan oleh golongan
Ansar dan Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah Kubra. Peristiwa ini perlu
dihayati dan diperhalusi dalam membentuk kerangka prinsip persaudaraan oleh
masyarakat Islam kini.
Oleh itu, marilah kita menjaga
hubungan kasih sayang dan persaudaraan sesama kita agar tidak berpecah belah,
hasut menghasut, dengki mendengki, membuat fitnah dan sebagainya yang boleh
mengeruhkan keadaan ketenteraman masyarakat Islam.
Hadis Kedua puluh
Dari Anas bin Malik r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib
atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).
Pengajaran Hadis
Nyatalah wajibnya seseorang
mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak
dilakukannya sebagai wajib fardu ain.
Maka sesiapa yang mengetahui hukum
Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati
Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal,
sudah tentu ia telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan
sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia
telah mentaati Allah dengan satu taat dan menderhaka kepadaNya dengan satu
kederhakaan.
Sesungguhnya ilmu yang sah dan
muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru;
bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh
orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.
Hadis keduapuluh Satu
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., dari
Nabi s.a.w., sabdanya: "Ilmu yang menjadi asas (bagi ilmu-ilmu yang
dikehendaki oleh agama) adalah tiga dan yang lain dari itu adalah ilmu yang
lebih; - ilmu-ilmu yang tiga itu ialah: Ayat Al-Qur'an yang terang nyata dan
tidak dimansukhkan hukumnya; atau "Sunnah" (hadis) yang sah datangnya
dari Rasulullah s.a.w., yang tetap kekal atau ketetapan dan keputusan yang
betul sama seimbang (dengan kehendak kitab Allah dan sunnah RasulNya)" (
Abu Daud dan Ibnu Majah)
Pengajaran Hadis:
Ilmu-ilmu agama itu terbahagi dua:
Pertama - Ilmu-ilmu yang telah
ditetapkan Tuhan menjadi Asas.
Kedua - Ilmu-ilmu yang dikehendaki
oleh asas itu.
Ilmu-ilmu yang ditetapkan menjadi
asas itu ialah:
Ayat-ayat Al-Qur'an yang terang
nyata dan tidak dimansukhkan hukumnya.
"Sunnah" atau
"Hadis" Rasulullah s.a.w. yang meliputi perkataannya, perbuatannya
dan taqrirnya (ketiadaan larangannya), yang sah datangnya dari Baginda dan
berkekalan diamalkan.
Ketetapan dan keputusan yang betul
sama seimbang dengan kehendak kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, yang ditetapkan
atau diputuskan dengan jalan "ijma'" (kata sepakat alim ulama), atau
dengan jalan "Qiyas" (bandingan sesuatu perkara yang belum ada
hukumnya dengan perkara yang telah ada hukumnya).
ilmu-limu yang dikehendaki oleh asas
itu ialah:
Ilmu-ilmu yang ada hubungannya
dengan kehendak-kehendak tata bahasa dan kesusasteraan Arab, juga yang ada
hubungannya dengan pengertian maksud dan pengambilan hukum-hukum syarak
(Istinbat); ilmu perubatan untuk menjaga dan memelihara kesihatan dan
seterusnya ilmu-ilmu kemasyarakatan, pembangunan, perniagaan, perindustrian,
pertanian, perikanan, pelayaran, penerbangan dan sebagainya dari tiap-tiap ilmu
pengetahuan yang dikehendaki adanya dan tak dapat ditinggalkan untuk
menjalankan segala urusan pentadbiran dan pertahanan negara meliputi segala
jenis ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang diperlukan oleh keadaan dan
masa, asalkan tidak bertentangan dengan asas yang tiga itu.
Ilmu-ilmu yang lebih (yang tidak
dikehendaki oleh agama) itu ialah:
Tiap-tiap ilmu pengetahuan yang
tidak berdasarkan salah satu dari kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya, lebih-lebih
lagi yang bertentangan dengan kandungan keduanya atau dengan yang difahamkan
dari keduanya, atau pun ilmu pengetahuan yang tak dapat memberi pertolongan
untuk memahami kandungan keduanya.
Hadis kedua puluh Dua
Dari Ibnu Mas'ud ra., dari Nabi
s.a.w., sabdanya: "Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada
orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan
ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia
kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti
makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan
hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan
berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat
seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)
Pengajaran Hadis:
Ilmu yang diperintahkan belajar dan
mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis ini ialah:
Pertama - Segala ilmu pengetahuan
yang berhubung dengan agama.
Kedua - Ilmu yang difardukan
seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang
lain.
Ketiga - Ilmu yang berhubung secara
khusus dengan Al-Qur'an.
Baginda menyuruh umatnya belajar dan
mengajar segala jenis ilmu pengetahuan yang disampaikannya, kerana dengan
kecuaian belajar dan mengajar maka ilmu pengetahuan akan beransur-ansur hilang,
sehinggakan perkara-perkara fardu yang seorang mesti mengerjakannya pun akan
berlaku padanya perselisihan dengan tidak didapati orang yang boleh
menyelesaikannya.
Hadis Kedua puluh Tiga
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi
s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut
ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang
mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari)
golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
Pengajaran hadis:
Tiap-tiap seorang dikehendaki
menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah satu dari
empat cara tersebut.
Dengan sikap yang demikian,
seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada
dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya.
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa
orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih
baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan
jauh dari mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang
kelima yang binasa.
Hadis kedua puluh Empat
Dari Muawiyah r.a., dari Nabi
s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan,
nescaya dijadikan dia seorang yang beroleh fahaman yang teliti dalam perkara
agama dan bahawa sesungguhnya aku ini hanyalah yang membahagikan, sedang Allah
Taala jualah yang memberi dan sebahagian dari umatku ini tetap terus
menjalankan agama Allah, tidak ada sesiapa pun dari kalangan orang-orang yang
menyalahi mereka dapat merosakkan mereka, sehinggalah datang perintah
Allah." (Bukhari dan Muslim)
Pengajaran Hadis:
Sebabnya kerana ilmu agama ini
diturunkan oleh Allah Taala dengan dua tujuan:
Pertama: - kerana mengaturkan
hubungan manusia sesama manusia dan mengatur hubungan manusia dengan Allah
`Azza wa Jalla.
Kedua - dengan ilmu agama ini juga
Allah Taala mengajar mereka adab peraturan yang jika diamalkan oleh seseorang
dalam hubungannya dengan Tuhan akan berjayalah ia mencapai keredhaan-Nya.
Hadis ini menerangkan bahawa ilmu
pengetahuan yang sayugianya tiap-tiap seorang berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mendapatnya ialah ilmu pengetahuan yang membawa
keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Sesuatu perkara yang dihajati tidak
akan tercapai melainkan dengan menjalankan usaha yang bersungguh-sungguh dan
menurut peraturan yang tertentu, lebih-lebih lagi ilmu pengetahuan agama,
itupun tidak cukup melainkan dengan adanya pertolongan dan limpah kurnia Allah
memberikan orang itu persediaan untuk memahami makna dan maksud sesuatu masalah
yang dituntut itu sekadar kemampuannya.
Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w.
memberikan berita gembira tentang kebenaran agama Islam - dengan sifatnya agama
yang diturunkan oleh Allah Taala untuk kebaikan jasmani dan rohani serta
kebahagiaan dunia dan akhirat - tetap terpelihara.
Hadis ini juga memberi semangat dan
menjamin keselamatan orang-orang Islam yang menjalankan perintah Allah dan
Rasul-Nya dengan sempurna.
Hadis kedua puluh lima
Dari Abu Musa Al-Asy'ari r.a.,
katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bandingan apa yang Allah utuskan aku
membawanya dari hidayat petunjuk dan ilmu pengetahuan, adalah sama seperti
hujan lebat yang menimpa bumi, maka terdapat sebahagian dari bumi itu tanah
yang subur, yang menerima dan menyedut air hujan itu, lalu menumbuhkan rumput dan
tumbuh-tumbuhan yang banyak dan terdapat sebahagian daripadanya tanah-tanah yang
keras yang hanya menampung air (tidak menyedutnya), maka Allah menjadikan dia bermanfaat
kepada manusia, lalu mereka minum dan memberi minum serta mereka menanam (dan
menjirus tanaman mereka); dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah-tanah
yang lain, yang keadaannya hanyalah tanah-tanah rata yang keras yang tidak lekat
air (sedikit pun), dan tidak dapat menumbuhkan rumput. Demikianlah orang yang mempunyai
fahaman yang teliti dalam hukum-hukum agama Allah dan (bandingan orang) yang
beroleh manfaat dari apa yang Allah utuskan aku membawanya, lalu ia
mengetahuinya dan mengajarkannya kepada orang lain dan juga bandingan orang
yang tidak hiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan) itu dan tidak mahu pula
menerima pertunjuk Allah yang aku diutuskan membawanya." (Bukhari, Muslim
dan Nas'ie)
Pengajaran Hadis:
Hadis yang kedua puluh lima ini
menerangkan kelebihan orang yang mengambil dan memberi manfaat dengan ilmu
agama dan orang yang sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk
membawa jalan pimpinan dan pertunjuk serta ilmu pengetahuan kepada umat
manusia. Apa yang dibawa oleh Baginda itu bukan semua orang menerimanya dan
bukan semua menolaknya.
Kesimpulannya, hati manusialah yang
wajib dibaiki supaya senang menerima apa yang telah dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. demi untuk mencapai kebahagiaan.
Hadis Kedua puluh Enam
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi
s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang menolong memberi nafas baharu kepada
seseorang mukmin yang mengalami kesusahan yang menyesakkannya dari
kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah menolong melegakan kesusahan yang
menyesakkannya dan kesusahan-kesusahan hari qiamat dan sesiapa yang menolong
memudahkan susah payah seseorang, nescaya Allah menolong memudahkan susah
payahnya di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menutup keaipan seseorang
Islam, nescaya Allah menutup keaipannya di dunia dan di akhirat dan Allah tetap
memberikan pertolongan yang diperlukan oleh seseorang, selagi orang itu memberikan
pertolongan kepada saudaranya dan sesiapa yang berusaha menjalankan sebarang
cara yang menyampaikannya mencapai ilmu pengetahuan, Allah akan memberi
kemudahan kepadanya dengan usahanya itu untuk mendapat jalan yang membawanya ke
Syurga dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam salah satu tempat dan
tempat-tempat (yang dikhaskan untuk mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan
mereka membaca kitab Allah Al-Qur'an dan mentadarusnya sesama sendiri melainkan
turunlah ketenteraman kepada mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga
mereka dikelilingi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam
kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan
oleh amal usahanya (dari mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya
oleh nasab keturunannya". (Muslim,
Abu Daud dan Tirmizi)
Pengajaran hadis:
Tiap-tiap orang dalam alam kehidupan
dunia ini sudah tentu mempunyai hajat-hajat dan kemahuan untuk mendapat manfaat
dan mengelakkan mudarat, sedang hajat-hajat dan kemahuan itu sebahagian
besarnya tidak dapat dicapai melainkan dengan jalan bantu membantu dan tolong
menolong antara satu dengan yang lain.
Memberikan pertolongan kepada orang
yang memerlukannya sama ada pertolongan itu kecil atau besar, amatlah baik
kesudahannya kerana ia bukan sahaja akan mendapat pertolongan dan orang lain
kelak, bahkan Allah Aza wa Jalla tetap memberikan pertolongan yang sejenis
dengan perbuatannya yang baik itu - bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat
kelak.
Oleh kerana jalan-jalan dan cara
bagi mencapai ilmu agama itu banyak, yang menghendaki seseorang penuntut
berusaha dengan bersungguh-sungguh membanyakkan membaca, menulisnya,
menghafaznya dan mengkaji serta saling ingat-mengingati sesama penuntut, maka
Rasulullah s.a.w. memberi jaminan kepada orang yang menjalankan usaha itu,
bahawa Allah Taala akan memudahkan baginya segala jalan yang menyampaikannya ke
Syurga.
Berhimpun atau berjemaah dalam
mengerjakan sesuatu amal ibadat, sangat-sangat digalakkan oleh Islam; di
antaranya berhimpun membaca Al-Qur'an dan mentadarusnya, kerana Rasulullah
s.a.w. menggalakkan umatnya berbuat demikian dengan menyatakan bahawa mereka
diberi perasaan ketenangan hati, dicucuri rahmat dalam segenap keadaan,
dilingkungi oleh malaikat-malaikat berkat dan puji oleh Allah Taala dalam
kalangan makhluk-makhluk yang mulia di sisi-Nya.
Seseorang yang ingin membela
nasibnya wajiblah ia belajar dan berusaha serta beramal; tidak harus ia
bergantung kepada keadaan nasab keturunannya.
HADITH TENTANG SIFAT ORANG MUNAFIQ
“Tanda-tanda orang munafik itu ada
tiga, yaitu jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar dan jika
dipercaya ia berkhianat”. (HR. Bukhori).
“Ada 4 sifat barang siapa yang
memilikinya maka sungguh ia seorang munafik sejati, dan barang siapa yang
memiliki 1 sifat diantara semua sifat-sifat itu, sungguh ia sedang berjalan
menuju kearah munafik sampai ia meninggalkannya. Apabila dipercaya ia khianat,
apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia ingkar, apabila bekerjasama
ia curang.”
Pengajaran Hadis:
Kata Munafik berasal dari kata
Nafaqa Nifaqon yang mengandung arti Mengadakan, mengambil bagian dalam,
membicarakan sesuatu yang dalam pandangan keagamaan.
Diantaranya ciri-ciri orang munafik
yang dijelaskan dalam al Qur’an adalah:
i.
Bermuka
dua adalah ciri orang yang membentuk penampilan lahiriyah dan melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan hati nuraninya.
ii.
Berlidah
dua adalah sifat orang yang memuji dan menjunjung orang lain ketika ia
berhadapan dengannya, tetapi mencela dan mengumpatnya bila ia tidak ada.
iii.
Berdusta
atau berkata bohong merupakan ciri-ciri kemunafikan yang sangat menonjol. Orang
yang munafik selalu berkhianat, tidak dapat dipercaya atas segala apapun yang
diamanatkan kepadanya, berdusta bila berbicara, dan tidak dapat dipercayai
setiap perkataan yang keluar dari penuturannya.
iv.
Orang-orang
munafik tidak segan-segan bersumpah palsu untuk menguatkan kebohongan-kebohongan
yang mereka lakukan, sumpahnya hanya sebagai perisai untuk menyelamatkan diri.
Orang-orang munafik biasanya kalau
berbicara selalu tidak sesuai dengan kenyataannya, apabila ia memiliki janji,
tidak pernah ditepati, dan apabila ia mendapatkan amanah, ia tidak pernah
menjalankan amanah tersebut dengan baik dan Allah sangat murka terhadap
orang-orang yang seperti itu.
Mengapa Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wassalam Tidak Membunuh Orang-Orang Munafik?
i.
Agar
jangan sampai ada yang mengatakan Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wassalam
membunuh sahabatnya sehingga menimbulkan fitnah.
ii.
Sebagai
pelajaran bagi seorang penegak hukum agar tidak memutuskan perkara dengan
pengetahuannya semata, namun membutuhkan saksi-saksi yang menguatkan.
iii.
Sebagai
dalil bahwasanya yang dinilai adalah zhahir (yang nampak), adapun batinnya
adalah urusan Allah Ta’ala.
iv.
Keberadaan
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wassalam, menjadikan orang munafik tidak dapat
berbuat apa-apa.
TUJUH GOLONGAN YANG DINAUNGI (DILINDUNGI) ALLAH
Tujuh Golongan Yang Mendapat Naungan
Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Tujuh golongan manusia yang akan
dinaungi oleh Allah SWT di bawah naunganNya, pada hari yang tiada naungan
kecuali naunganNya; (iaitu) pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dengan
beribadat kepada Allah SWT, seorang lelaki yang hatinya terpaut pada masjid,
dua orang yang bersahabat dan saling menyayangi kerana Allah, mereka bertemu
keranaNya dan berpisah juga keranaNya, seorang lelaki yang diajak (melakukan
maksiat) oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan, lalu ia berkata:
„sesungguhnya aku takutkan Allah‟, seorang yang bersedekah tetapi ia
menyembunyikannya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang
diberikan oleh tangan kanannya dan seorang yang mengingati Allah dengan
bersendirian lalu ia mencucurkan air matanya”. (Sahih Bukhari, Hadis no 620)
Pengajaran hadis:
Adil ialah menurut segala perintah
Allah SWT dengan meletakkan setiap perkara pada tempatnya. Ianya didahulukan di
dalam hadith ini kerana kepentingannya.
Golongan muda-mudi yang dapat
melazimkan diri mereka dengan beribadat kepada Allah, menjadi contoh dan
lambang kepada ketinggian taqwa kerana kemampuan mereka untuk melawan hawa
nafsu bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Mencintai masjid bermaksud
menghadirinya untuk beribadah dan mengimarahkannya.
Maksud saling menyayangi adalah
kasih sayang kerana agama seperti perjuangan kerana Allah dan sebagainya dan
bukanlah kasih sayang kerana harta, pangkat dan juga kedudukan.
Penolakan seorang lelaki yang diajak
oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan, harta dan kecantikan untuk
melakukan maksiat adalah satu lambang ketinggian taqwa dan perasaan yang sangat
takut kepada Allah kerana wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan
mempunyai daya tarikan yang amat kuat.
Hadith ini memberi perumpamaan yang
sangat jelas terhadap tuntutan Islam agar orang yang bersedekah itu
menyembunyikan amalannya daripada diketahui oleh orang lain hingga diumpamakan
tangan kiri yang amat dekat juga tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan
kanan. Golongan ini dijanjikan naungan oleh Allah SWT kerana perbuatan mereka
melambangkan keikhlasan dan ketaqwaan.
Maksud bersendirian ialah mejauhi
diri daripada perasaan riya’ dan menunjuk-Nunjuk. Oleh yang demikian harus bagi
seseorang beribadat di khalayak ramai seperti qiamullail dan sebagainya asalkan
ia dapat menjauhkan hatinya daripada perasaan riya’ dan mengharapkan selain
daripada keredhaan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment