BAB 1: PENGENALAN HAFAZAN AL-QURAN
Hafazan boleh dibahagi kepada tiga
peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka
panjang. Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada
itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari
sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah
dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13).
Menurut pandangan al-Sharbini (1995:
12) menghafaz al-Quran adalah suatu fardhu kifayah dan ia termasuk suatu usaha
untuk melengkapkan pengetahuan agama daripada ilmu-ilmu syara’ seperti
menghafaz al-Quran.
KELEBIHAN HAFAZAN AL-QURAN:
1.
Dijadikan
sebagai Ahli Allah.
2.
Ditempatkan
di Syurga Yang Tinggi.
3.
Dianugerahkan
Kearifan.
4.
Mengagungkan
Allah.
5.
Hatinya
Tidak Diseksa.
6.
Berhak
Menjadi Imam Dalam Solat.
7.
Disayangi
Rasulullah S.A.W.
8.
Dapat
Memberikan Syafaat Kepada Ahli Keluarga.
9.
Memakai
Mahkota Kehormatan.
10.
Bekalan
Yang Paling Baik.
11.
Memperoleh
Pahala Khusus.
12.
Dijamin
masuk Syurga.
Adab Hamlah Al-Quran menekankan
tentang bagaimana seseorang muslim dapat menjaga tingkah laku, tutur cara dan
perbuatan dengan Al-Quran selain mengamalkan setiap tuntutan dan garis panduan
yang tertulis di dalamnya. Adab Hamlah Al-Quran dapat dinyatakan mengikut pembahagiannya
seperti adab dengan Al-Quran (sebelum, semasa dan selepas), adab dengan
muallim, adab dengan sahabat, dengan dirinya sendiri dan adab dengan tempat.
KEPENTINGAN HAFAZAN AL-QURAN:
Menjaga kemutawiran al-Quran.
Meningkatkan kualiti umat.
Menjaga terlaksananya sunah-sunah
Rasulullah SAW.
Menjauhkan seorang mukmin dari
perkara yang melalaikan.
Memelihara kesucian moral dan sosial
dalam masyarakat.
BAB 2: SEJARAH PERKEMBANGAN HAFAZAN AL-QURAN
Rasulullah s.a.w mempunyai banyak
kelebihan dalam menghafaz al-Quran. Di samping kebijaksanaan yang dimiliki,
baginda s.a.w amat bersungguh-sungguh berusaha memastikan segala ayat-ayat
al-Quran yang diterimanya itu dapat dihafaz dan diingat dengan baik.
Seterusnya Rasulullah s.a.w.
mengajar al-Quran itu kepada para sahabatnya juga menerusi hafazan. Proses
turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit.
Tentunya hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah s.a.w. untuk
menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami
isi kandungannya.
Sebaik sahaja para sahabat menerima
pelajaran dari ayat atau surah, maka mereka mengulang-ngulang secara istiqamah
sehingga sebati di dalam dada mereka pada malam harinya.
Ramai di kalangan para sahabat yang
dikenali sebagai penghafaz al-Quran. Antara yang masyhur di kalangan mereka
ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah bin Ubaidillah, Sa’ad bin Abi Waqas,
Abdullah bin Mas’ud, Huzaifah bin al-Yaman, Salim Mawla Abi Huzaifah, Abu
Hurairah, Abdullah bin al-Sa’ib, Abdullah bin Amru bin al-As, Abdullah bin
Umar, Abdullah bin Umm Maktum, Mus,ab bin Umayr dan ramai lagi. Tidak
terkecuali juga golongan wanita di kalangan sahabat seperti Aishah, Hafsah,
Ummu Salamah, Ummu Waraqah dan ramai lagi. (Abu Shahbah, 1992: 353)
Sebagai ransangan dan galakan untuk
mereka terus membaca al-Quran, Rasulullah s.a.w memuji para sahabatnya yang
dapat membaca al-Quran dengan baik. Sepertimana Rasulullah s.a.w pernah memuji
kesempurnaan bacaan Abdullah bin Mas’ud dan menyuruh sahabat lain mempelajari
daripadanya. (Abu Shahbah, 1992: 353) Rasulullah s.a.w juga pernah memuji Abu
Musa al-Ash’ari kerana kemerduan suaranya ketika membaca al-Quran. (Afaf Abdul
Ghafor Hameed, 2003: 134).
Seratus pertama hijrah, seluruh umat
Islam membaca dan menghafaz al-Quran mengikut apa yang diajar oleh para sahabat
dan tabi’in. Al-Zarqani (1988: 413) telah menyebut bahawa golongan tabi’in yang
masyhur dalam pengajian al-Quran di al- Madinah alMunawwarah adalah seperti
Sa’id bin al-Musayyib, Urwah, Salim, Umar Ibn Abd al-Aziz, Sulaiman bin Yasar,
Ata’ bin Yasar, Ibn Shihab al-Zauhriyy, Abd al-Rahman bin Hurmuz dan Muaz bin
al-Harith yang dikenali dengan Mu’az al-Qari. Manakala di Makkah al-Mukarramah
antaranya ialah Ata’ Mujahid, Tawus, Ikrimah, Ibn Abi Mulaykah dan Ubaid bin
Umair.
Faktor pendorong kepada perkembangan
hafazan dan penjagaan al-Quran di kalangan tabi’in ini adalah disebabkan oleh
pengutusan Mushaf yang dibuat oleh Uthman bin Affan r.a ke kota-kota Islam
tersebut. Pengutusan mushaf ini disertakan juga dengan seorang pembimbing dan
guru yang memberi tunjuk ajar dan sebagai panduan kepada penduduk setempat
untuk membaca al-Quran dengan tepat dan betul. Selain itu juga dapat membendung
dan mengelak pertelingkahan bacaan yang tercetus di kalangan umat Islam yang terjadi
sebelum itu.
KITAB HUKUM TAJWID BACAAN AL-QURAN.
Wakaf dari sudut bahasa: Berhenti /
menahan.
Dari sudut istilah tajwid:
Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk
bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.
Terdapat beberapa jenis Waqaf iaitu
Waqaf Lazim / Waqaf Jaiz / Waqaf Muraqabah / Waqaf Mamnu' / Saktah Latifah.
Hamzah yang terdapat di dalam
al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie.
Qalqalah dari sudut bahasa: Bergerak-gerak
dan gementar.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid:
Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda
Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu
yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.
Hukum nun mati atau tanwin.
Iqlab dari sudut bahasa: Menukarkan
sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid:
Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan
(disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat
dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi
Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.
Idgham dari sudut bahasa: Memasukkan
sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf
pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan
menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika
menyebutnya.
Izhar dari sudut bahasa: Menyatakan,
menerangkan sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan
sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Izhar
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Halqi & Mutlak
Ikhfak dari sudut bahasa:
Tersembunyi.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid:
Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta
mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah
untuk menghasilkan Ikhfa' di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak
selain dari kedua-duanya.
Hukum mim mati
Mim Sukun yang terletak sebelum
huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana
untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.
Izhar Syafawi adalah terdiri dari
dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan
Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun,
huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan)
supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim
wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf
Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa'
pula adalah berhampiran.
Ikhfak Syafawi dari sudut bahasa:
Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara
Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf
pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari
dua bibir mulut. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.
Ia dinamakan Mithlain (dua jenis
huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat
manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris
Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri
dari satu huruf iaitu Mim.
Hukum Mad
Mad Tabi'I. Mad yang terdapat huruf
hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i
ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak
mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.
Mad Far'I المد الفرعيialah
Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan
terdapat Hamzah ءatau tanda Sukun (ْ ) selepas huruf Mad. Mad Far’I terbahagi kepada Muttasil,
Munfasil, Aridh Lissukun, Badal, Lazim.
Mad Muttasil iaitu berangkai المتصلialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf
Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad
bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib
dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika
berhenti.
Mad Munfasil iaitu bercerai المنفصلialah
huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat
pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad
terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain. Hukumnya:
Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau
lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs.
Mad 'Aridh العارض للسكونialah
Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana
ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf
terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana
memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi
Mad Tabi'i. Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca
secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar
empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat.
Mad Badal البدلialah
huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat
huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah
kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal
ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris
hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Mad Lazim المد
اللازمiaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di
dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf
(sendi nama). Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah
dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu
Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti.
Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga
bahagian dari sudut Tafkhim التفخیمdan Tarqiq الترقیق ( Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan
iaitu Huruf-huruf Isti'la'. Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan
kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam Lafaz Allah
- Ra'). Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal
selain daripada huruf Lam dan Ra'.
Tafkhim التفخیمdari
sudut bahasa: Gemuk (tebal). Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan
masuk pada bunyi huruf hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri
dari tujuh huruf yang terkandung di dalam bait syair خص
ضغط قظ
Hukum Imalah الإمالةadalah
dikhususkan untuk huruf Ra' sahaja. Ra' dibaca dengan nipis kerana baris atas
yang cenderung kepada baris bawah. Huruf Alif yang cenderung kepada Ya'
terdapat di dalam satu kalimah sahaja di dalam al-Quran iaitu kalimahمجرىح .
Setiap dua huruf yang bertemu sama
ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi kepada empat
bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan - Mutaba'idan). Ulama
Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan) kerana
tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang perlu
diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada
Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan).
METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN
Darul Quran JAKIM Malaysia:
1.
Pembahagian
Juzuk.
2.
Pembahagian
Hafalan Mengikut Minggu.
3.
Penggunaan
Mushaf Uthmani.
4.
Penentuan
Bilangan Ayat-Ayat Hafalan.
5.
Talaqqi
Dan Musyafahah.
6.
Hafalan
Mengulang-Ulang 10 Kali.
7.
Hafalan
Berpasang-Pasang.
8.
Hafalan
Mengikut Muka Surat.
9.
Penulisan
Ayat-Ayat Hafalan.
10.
Mendengar
Ayat-Ayat Hafalan.
11.
Solat
Taqwiyatul Hifzi.
12.
Membaca
Ayat Hafazan Dalam Solat.
13.
Mengulang
2 Jam Sehari.
14.
Ujian
Hafalan.
KAEDAH DEOBANDY INDIA:
1.
Persediaan
Sebelum Menghafal.
2.
Sabak
( Hafalan Baru ).
3.
Para
Sabak ( Hafalan Mingguan ).
4.
Ammokhtar
( Hafalan Keseluruhan Al-Quran ).
5.
Halaqah
Dauri ( Kelas Ulangan Hafalan ).
6.
Syahadah
Hafiz.
KAEDAH PAKISTAN.
1.
Sabak
( Hafalan Baru ).
2.
Enam
Sabak.
3.
Sabki.
4.
Separah.
5.
Mutlaah.
6.
Tertib
Wifak.
7.
Dastar
Bandi.
KAEDAH MAKKAH AL-MUKARRAMAH ARAB
SAUDI:
1.
Tasmi’
Luh.
2.
Hafalan
Terbalik.
3.
Ulangan
Terbalik.
4.
Ujian
Hafalan Al-Quran.
KAEDAH TAHFIZ DARI INDONESIA:
1.
Hifz
Al-Jadid ( Hafalan Baru ).
2.
Al-Hifz
Al-Usbu’iy ( Ulangan Mingguan ).
3.
Al-Hifz
Al-Qadim ( Ulangan Hafalan Lama ).
4.
Syahadah
Hifz Al-Quran.
KAEDAH TAHFIZ DARI TURKI:
1.
Khatam
10 Kali.
2.
Chi
(Hafalan Baru).
3.
Zor
Pismis.
4.
Kolay
Pismis.
5.
Tekrar.
6.
Tekrar
Hepsi Seyfa.
7.
Has.
PERSEPSI PELAJAR TAHFIZ TERHADAP KAEDAH HAFAZAN DI MALAYSIA.
Kaedah Takrar dan Tasmik merupakan
penentu kepada kekuatan hafalan pelajar.
Pelajar merasa kaedah Talaqqi dan
Musyafahah masih tidak mencukupi dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Kaedah Talaqqi dan Musyafahah
sepatutnya di berikan penekanan dalam proses pembelajaran.
Terdapat hubungan signifikan antara
kaedah Talaqqi dan Tasmik dengan pencapaian pelajar.
Kaedah kefahaman ayat Al-Quran juga
merupakan kaedah berkesan dalam hafazan Quran.
Perlunya
memberi penekanan terhadap amalan mendengar bacaan al-Quran, amalan tadarus al-Quran
dan kaedah penulisan Ayat Hafazan dalam pembelajaran tahfiz Quran.
No comments:
Post a Comment