Sunday, 9 September 2018

Ringkasan Falsafah Pendidikan Islam


Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah pendidikan Islam adalah falsafah pendidikan yang membuat perancangan, merangka kurikulum dan modul pendidikan Islam, kaedah penyampaian pengajaran pembelajaran dan penggunaan pedagogi serta membuat penilaian terhadap pencapaian murid dan guru untuk membuat penambahbaikan.
Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran meliputi kurikulum yang dirangka dengan sistematik dan konsistensi untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat supaya dapat dipraktikkan dan digunakan dalam kehidupan manusia. Secara umumya terdapat dua sistem pendidikan di dunia hari ini iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Barat.
Perancangan Falsafah Pendidikan Islam
Perancangan falsafah Pendidikan Islam bermatlamat untuk membangunkan potensi diri setiap insan secara Holistik dan syumul. Ahli pendidikan Islam membahagikan potensi diri kepada akal, ruh, dan jisim. Manakala ahli Pendidikan Barat membahagikan potensi diri kepada akal, ruh, jisim, emosi dan sosial.
Sesungguhnya pendidikan Islam adalah pendidikan yang dirancang berpandukan serta berteraskan hujah dan dalil daripada dua sumber hokum ahkam Islam utama iaitu al-Quran dan As-Sunnah.
Dan okjektif pendidikan Islam adalah untuk melahiran individu muslim yang Abid kuat beribadah, alim berilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada umat manusia dan Insan kamil yang seimbang asset dirinya meliputi fizikal, kerohanian, kesihatan, kewangan, dan kebolehannya.
Kurikulum dan modul Falsafah Pendidikan Islam.
Untuk menjalankan kurikulum dan modul pendidikan Islam ini masyarakat perlu adanya kesedaran untuk bersama membangunkan institusi dan pusat penyelidikan pendidikan Islam agar dapat menghasilkan generasi muda yang mempunyai penghayatan agama yang syumul dalam semua aspek kehidupan mereka dan masyarakat dan Negara bertambah makmur dan maju serta dihormati di persada antarabangsa sebagai Nagara Islam Misali.
Sesungguhnya kurikulum dan modul pendidikan Islam di Institusi dan pusat Pendidikan Islam seperti pusat Tahfiz meliputi pengajian hafazan al-Quran dan hadis, pengajian Didiah iaitu hokum hakam agama meliputi syariah, Usuludin, Tasawuf dan dakwah disertakan dengan pengajian ilmiah seperti sejarah, geografi, sains, matematik dan kemahiran.
Penyampaian dan pedagogi Falsafah Pendidikan Islam.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pendidikan Islam adalah melalui pendekatan Tadrij iaitu pengajaran dan pembelajaran secara berperingkat dari tahab rendah ke tahab tinggi, dari tahab mudah ke tahab sukar, dari tahab cetek ke tahab mendalam mengikut kesesuaian peringkat umur, tahab soisal ekonomi, dan tahab kesihatan pelajar.
Seterusnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pendidikan Islam mementingkan pemusatan atau pengkhususan ilmu menerusi masteri learning yang menekankan pelajar menguasai satu persatu mata pelajaran yang dipelajari dengan mantap dan mampu menggunakan dalam kehidupan realitinya.
Penyampaian ilmu dalam pendidikan Islam adalah penyampaian berpusatkan guru dimana guru perlu mengajar secara aktif dalam bilik kuliah untuk menarik tumpuan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Disini guru perlu proaktif dan efaktif dalam menarik perhatian murid dengan kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam sanubari hati dan minda para murid.
Seterusnya penyampaian ilmu dalam Pendidikan Islam juga adalah penyampaian berpusatkan murid dimana objekif pendidikan Islam bertujuan membentuk sahsiah agama dalam kalangan murid untuk memastikan murid memahami, menghayati, menghadam dan menguasai ilmu yang disampaikan oleh guru. Guru perlu lebih prihatin dengan maklum balas daripada murid dan sentiasa memberikan perhatian terhadap pembangunan akhlak peribadi setiap murid adalah sihat dari segi kacamata agama Islam itu sendiri.
Dan akhirnya penyampaian ilmu dalam Pendidikan Islam dalam tradisi Islam adalah berpusatkan bahan dimana tuan guru mengajar sesebuah kitab dari kulit ke kulit dan helaian ke helaian seterusnya. Guru berusaha memastikan murid benar-benar menguasai pelajaran dalam satu-satu bahan iaitu kitab yang diajarkan dengan mantap baharulah guru beralih kepada bahan yang lain.
Method penyampaian
Dalam pendidikan Islam pembelajaran dan pengajaran berjalan di dalam dewan kuliah dan kelas tutorial. Maka guru perlu memastikan suasana dewan kuliah dan kelas tutorial telah diuruskan dengan terbaik dan adalah suasana dewan kuliah dan kelas tutorial dalam keadaan kondusif dan selesa untuk proses pembelajaran murid.
Semasa proses pembelajaran dan pengajaran juga guru perlu sentiasa melatih membiasakan murid dengan latihan menulis, menyuruh membaca bahan bacaan yang berkualiti dengan kemahiran membaca yang efektif dan berkesan supaya tidak mengantik tertidur dalam kelas atau semasa murid membuat ulangkaji di rumahnya. Suasana dan keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga perlu berjalan secara dua hala melibatkan interaksi antara guru dengan murid melalui sesi soal jawab dan mewujudkan perbincangan dalam kelas.
Teknik Penyampaian
Semasa proses pengajaran guru perlu mahir menggunakan pelbagai teknik penyampaian dalam kelas. Sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Arab sepatutnya guru menggunakan teknik permaianan bahasa untuk penguasaan bahasa Arab di kalangan murid. Kemudian dalam pengajaran hafazan Quran murid perlu diberikan masa untuk membuat pengulangan dengan teknik pengulangan hafalan dan konsisten untuk mendapatkan hafalan jangka panjang. Seterusnya dalam pembelajaran Fiqh guru perlu menggunakan teknik praktikal amali dengan memberikan demonstrasi cara Solat yang betul supaya murid dapat mengikutinya.
Aktiviti Penyampaian.
Guru perlu merancang pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk penguasaan pelajaran di kalangan murid mengikut kesesuaian suasana dan tempat. Dimana masjid dan surau lebih sesuai membuat aktiviti usrah dan praktikal ibadah Solat serta aktiviti hafazan Al-Quran. Seterusnya di perpustakaan lebih sesuai untuk aktiviti pembacaan bahan rujukan dan akhbar dan membuat pencarian bahan kajian untuk membuat tugasan. Kemudian di padang lebih sesuai untuk aktiviti permainan dan aktiviti sukan untuk kecerdasan minda pelajar dan murid.



Semasa guru sedang mengajar terlebih dahulu guru perlu mengambil kira:
Tahab umur murid. Sebab umur melambangkan kematangan dan kecerdasan minda seseorang murid. Tidak tepat jika mengajarkan sesuatu pelajaran yang tidak sesuai dengan peringkat umur murid.
Kebolehan murid. Setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza maka teknik penyampaian yang digunakan juga perlu sesuai dengan kebolehan murid menguasai sesuatu pelajaran.
Bakat murid. Guru juga perlu mengenalpasti bakat terpendam dalam diri seorang murid sebelum menyerlahkan bakat dan potensi murid tersebut dengan saluran dan prosedur yang betul.
Minat murid. Walaupun mungkin dalam kelas semua murid adalah umur sebaya tetapi mereka menpunyai minat yang berlaian. Sebagai guru perlu menyelami minat setiap murid untuk menarik tumpuan mereka terhadap pelajaran dn bahan pembelajaran yang diguna pakai dalam kelas supaya murid tidak merasa bosan dengan pengajaran guru.
Penilaian dalam Pendidikan Islam
Pencapaian murid di buat menerusi ujian penilaian dan system peperiksaan yang dijalankan untuk menilai sejauh mana tahap penguasaan dan pemahaman murid terhadap bahan yang diajar dan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Sekiranya markah murid adalah rendah maka guru perlu menilai puncanya murid bermarkah rendah dan apakah kelemahan murid tersebut dalam pelajarannya.
Manakana pencapaian guru di buat mererusi maklum balas dan sejauhmana sambutan murid dan ibu bapa terhadap kualiti kerja dan penyampaian guru dalam bilik darjah. Sebab musabab di adakan hari guru adalah untuk memberikan penghargaan kepada warga guru yang mencurahkan tenaga mengorbankan harta dan masa untuk menyampaikan ilmu kepada generasi seterusnya. Maka guru perlu tahu bagaimana untuk menjadi seorang guru yang efekfif dan berkesan sebagai Murabbi memberi impak dalam kehidupan seorang murid.
Akhirnya menerusi penilaian terhadap pencapaian murid dan guru maka pihak sekolah dan pusat pengajian Islam dapat membuat penambahbaikan ke atas prestasi penyampaian guru dan penguasaan pelajaran di kalangan murid serta memperbaiki kelemahan bahan yang diguna pakai di sekolah.
Proses Tarbiyah dalam Islam:
         i.            Ta’lim. Proses pengajaran dalam kelas.
       ii.            Tadris. Proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di luar bilik darja dan rumah.
      iii.            Ta’did. Pendidikan akhlak dan adab Islamiah untuk sahsiah seorang murid.
     iv.            Irsyad. Guru perlu sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada murid.
       v.            Iltizam. Guru perlu membiasakan murid dengan kemahiran belajar yang berkesan dan asertif.
     vi.            Tahzib. Guru perlu membuang tabiat buruk yang bersarang dalam dirinya sendiri dan juga murid.

No comments:

Post a Comment