Wednesday, 17 January 2018

Ringkasan Model Pedagogi Dan Strategi

Bab 1 APA ITU PENGAJARAN?
 Guru adalah dilahirkan, bukan dibentuk.
 Guru perlu menguasai cukup himpunan kaedah untuk menangani pembelajaran khusus yang diinginkan.
 Pendekatan berpusatkan guru focus kepada guru, dengan guru mengawal dan membuat keputusan tentang apa yang akan diajar.
 Pendekatan berpusatkan pelajar fokus kepada pelajar, dengan guru dan pelajar membuat keputusan tentang apa yang akan dipelajari.
 Pelajar terlibat dengan aktif dalam pembelajaran mereka dalam kaedah dan strategi yang berpusatkan pelajar.
 Hay McBer mengenal pasti 12 ciri-ciri guru berkesan yang dikelompokkan mengikut: Profesionalisma, Pemikiran/Pertimbangan, Jangkaan & Kepimpinan.
 Sepuluh tabiat guru yang baik atau berkesan:
o Pengetahuan tentang bidang
o Melibatkan pelajar
o Kepelbagaian teknik pengajaran
o Menghormati pelajar
o Mengawal kelajuan pengajaran-pembelajaran
o Pemantauan dan memberi maklumbalas
o Mengurus masa
o Ujian yang sah
o Penyelesaian masalah
o Kelucuan
 Guru mempengaruhi pelajar dalam mempertingkatkan pencapaian akademik mereka, keputusan tentang hidup mereka dan bila untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran.
Bab 2 MODEL UMUM PENGAJARAN
 Model Umum Pengajaran adalah sebuah panduan prosedural untuk mereka bentuk, melaksanakan, menilai, dan memperbaiki pengajaran.
 Dalam amalan, pengajaran dan pentaksiran selalunya terlalu menekankan kecekapan intelek yang diterjemahkan ke dalam pengajaran dan pengukuran hasil pembelajaran kognitif tentang bidang yang khusus.
 Setiap bidang mempunyai himpunan fakta, konsep, prinsip, generalisasi, teori, undang-undang, prosedur dan kaedah yang unik yang disampaikan kepada pelajar.
 Terdapat enam tahap dalam Taksonomi Hasil Pembelajaran Kognitif Bloom dengan tahap yang paling asas digelar pengetahuan diikuti dengan lima tahap kebolehan mental yang semakin sukar: pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
 Ciri-ciri afektif melibatkan perasaan atau emosi seseorang. Sikap, nilai, harga diri, lokus kawalan, efikasi diri, minat, aspirasi dan keresahan adalah contohcontoh ciri-ciri afektif.
 Lima kategori utama Domain Afektif daripada perlakuan yang paling mudah kepada yang paling kompleks adalah menerima, merespon, menilai, menyusun dan karakterisasi.
 Domain Psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi, dan penggunaan kemahiran motor.
 Tujuh kategori utama Domain Psikomotor daripada perlakuan yang paling mudah kepada yang paling kompleks adalah persepsi, set, respon terpandu, mekanisma, respon overt kompleks, adaptasi dan originasi.
 Objektif yang ditulis dengan baik harus mempunyai empat bahagian: Penonton/penerima, Perlakuan, Keadaan dan Darjah ketepatan.
 Situasi yang ideal adalah terdapat keselarian di antara objektif, pengajaran dan pentaksiran.
Bab 3 PEMBELAJA RAN KOLABORATI F
 Semakin banyak sekolah, university dan kolej menyedari perlunya pendidikan diselaraskan dengan bekerja dalam kumpulan, pembelajaran berasaskan projek dan pendekatan penyelesaian masalah yang diperlukan dalam alam pekerjaan dalam zaman global dan maklumat.
 Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan idea bahawa pembelajaran adalah suatu perbuatan sosial yang lazim di mana perseta bercakap dalam kalangan mereka.
 Walau bagaimana pun, penggunaan teknik pembelajaran kolaboratif tidak bermatlamat meninggalkan syarahan, sebaliknya menggunakan teknik pembelajaran aktif untuk mencukupkan syarahan.
 Pembelajaran adalah suatu proses aktif di mana pelajar mengasimilasi maklumat dan menghubungkan pengetahuan baru dengan suatu kerangka pengetahuan sedia ada.
 Pembelajaran mekar dalam suatu persekitaran sosial di mana perbualan di antara pelajar berlaku.
 Ramai orang masih tidak biasa dengan alat kolaborasi kerana kebanyakan alat ini tidak intuitif dan dengan itu tidak mudah digunakan.
 Seminar adalah suatu strategi pengajaran-pembelajaran kolaboratif yang popular di mana seorang pelajar mempersembahkan sebuah kertas dan pelajar lain dalam kumpulan termasuk guru memberi komen tentang kertas tersebut.
 Sindiket merupakan suatu teknik di mana kumpulan 20 hingga 25 orang pelajar dipecahkan kepada kumpulan kecil atau sindiket seramai 4-5 orang pelajar.
 Kepercayaan asas teknik Susun Suai Gambar adalah bahawa tidak ada orang yang tahu sesuatu dengan baik tanpa bantuan orang lain dalam kumpulan dan setiap ahli mempunyai sumbangan yang unik dan penting untuk diberikan.
 Teknik fishbowl telah digunakan untuk perbincangan ilmiah tentang suatu soalan penting di mana pendapat pelajar dikongsikan, dibuktikan, disangkal, dan dimurnikan melalui suatu dialog dengan pelajar lain. Ia terdiri daripada suatu bulatan pelajar dalam dan luar.
 Dalam teknik Bangun dan Kongsi, pelajar yang dipilih bangun dan memberi respon bagi pihak kumpulan.
 Terdapat kekuatan dan kelemahan menggunakan teknik pembelajaran kolaboratif dalam pengajian tinggi.
Bab 4: PENGAJARAN KUMPULAN KECIL
 Perbincangan merupakan jantung kehidupan di universiti atau kolej.
 Kerja kumpulan kecil memberikan peluang untuk pembelajaran kolaboratif, untuk pembelajaran berasaskan masalah, untuk mentakrif, mengembara dan menyelesai masalah, untuk membina kemahiran kognitif tahap tinggi, seperti menggunakan dan/atau mengalihkan pengetahuan kepada situasi yang baru, untuk perbincangan dan untuk perkembangan kemahiran komunikasi.
 Kebanyakan pelajar lebih suka untuk berdiam dan membiarkan orang lain bercakap.
 Dalam menggunakan pengajaran kumpulan kecil, anda harus membandingkan apa yang anda ingin capai dengan peranan pengajaran kumpulan kecil.
 Salah satu sebab utama kumpulan gagal berfungsi adalah kerana pelajar tidak tahu apa hendak dibuat, terutamanya pelajar baru.
 Pelajar menekankan ciri-ciri seorang pembimbing yang penting untuk kumpulan kerja yang berkesan: suasana kumpulan yang positif, penyertaan pelajar dan interaksi kumpulan yang aktif, pematuhan matlamat kumpulan kecil, kerelevanan dan teknik pedagogi seperti kes yang mempromosi pemikiran dan penyelesaian masalah.
 Penyoalan merupakan suatu alat yang berkuasa sekiranya digunakan dengan berkesan effectively dan boleh menentukan kejayaan pengajaran kumpulan kecil.
 “Anjing makan kerja rumah saya” merupakan suatu alasan yang biasa digunakan oleh pelajar dan guru harus berusaha menangani isu ini.
 Pelajar yang tahu bahawa penyertaannya dalam kelas akan dipertimbangkan selalunya akan bekerja lebih keras, khususnya apabila mereka tahu sejauhmana baik prestasi mereka.
 Adalah penting untuk guru mempunyai sebuah senarai semak atau rubric untuk mentaksir penyertaan pelajar dalam kelas dan ia harus diberitahu kepada mereka.
Bab 5 Projek dan amali
 Projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang penting dalam semua peringkat pendidikan.
 Projek digunakan dengan meluas kerana ia memberikan pelajar tugasan tulen dan sebenar yang memerlukan mereka membuat keputusan dan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang relevan ke arah menghasilkan produk akhir.
 Kilpatrick mengenal pasti empat jenis projek: produk, pengalaman yang menyeronokkan, menyelesaikan masalah dan mempelajari sesuatu.
 Henry mengklasifikasi projek kepada: berstruktur, spara-berstruktur dan tidak berstruktur.
 Enam fasa kaedah projek adalah: Memberitahu, Merancang, Membuat keputusan, Melaksanakan, Mengawal dan Menilai.
 Pengajaran makmal selalunya melibatkan memberi penerangan ringkas dan arahan kepada seluruh kelas dan kemudian membahagikan kelas kepada pasangan atau kumpulan kecil yang mengusahakan sebuah eksperimen yang khusus.
 Kemahiran pengajaran makmal:
o Menerangkan dan mempersembahkan maklumat
o Menyoal, mendengar dan merespon
o Memberikan penerangan yang ringkas dan jelas tentang proses dan prosedur
o Memberi arahan
o Memerhati pelajar membuat kerja
o Menjangka kesulitan utama tentang pemahaman
o Menngenal pasti kesulitan utama tentang pemahaman
o Bertanya soalan yang membimbing pelajar
o Bertanya soalan yang menjelaskan kesulitan tentang pemahaman
o Menjawab soalan dengan cara yang mudah, terus dan tidak kritikal
o Menawarkan komen yang menyokong dan menggalakkan
o Tahu bila dia harus membantu dan bila dia tidak patut membantu pelajar
 Tugasan makmal harus dirancang dalam konteks keseluruhan kursus; dan mempertimbangkan kekangan seperti masa, peralatan, bahan, bilangan pelajar dan ruang makmal.
 Guru harus berusaha untuk menjangkau amali „buku masakan‟ yang kurang berstruktur dan kurang menggalakkan pemikiran.
Bab 6 Mengajar untuk mempertingkatkan kreativiti
 Keupayaan untuk mencipta produk yang cantik ataupun berguna dan untuk mencari jalan untuk menyelesaikan kekusutan tidak terhad kepada mereka yang sangat berbakat, sebaliknya adalah hak setiap individu yang mempunyai bakat biasa.
 Pemikiran lateral adalah suatu cara berfikir ―mengelilingi‖ suatu masalah dan bukan suatu aktiviti mental yang semulajadi bagi kebanyakan individu.
 Ciri-ciri kreativiti: Imaginasi, Mengejar Matlamat, Menjadi Asli, Menghakimi Nilai.
 Prinsip kreativiti: menggalakkan, tolerasi terhadap yang tidak cocok, mengenal pasti, memupuk, semua dilahirkan kreatif, memberi kuasa, saling membaja, ganjaran, sumbangsaran.
 Pemikiran divergen yang berkesan: penghakiman tertangguh, mencari banyak idea, menerima semua idea, buatkan diri anda STRETCH untuk mendapatkan idea, ambil masa untuk membiarkan idea meresap.
 Pemikiran konvergen yang berkesan: sengajakan, perjelaskan, elakkan penutup yang terlalu awal, cari titik yang terlindung, bina penghakiman afirmatif, jangan lupakan matlamat.
 Fasa Penyelesaian Masalah Kreatif: Mencari Kekusutan, Mencari Data, Mencari Masalah, Mencari Idea, Mencari Penyelesaian, Mencari Penerimaan
 Sinektika merupakan suatu lagi kaedah mengajar untuk membina kreativiti yang menumpukan kepada menggunakan ANALOGI.
Bab 7 PEMBELAJARAN BERDASARKAN MASALAH
 Pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah pengajaran di mana pelajar berjumpa dalam kumpulan kecil dengan seorang pembimbing untuk berbincang suatu set masalah.
 Pelajar membuat kajian dan mengumpul maklumat secara berdikari untuk menentukan atau sebaliknya hipotesis mereka dan menjana pemahaman baru. PBL telah diterangkan sebagai “pembelajaran yang terhasil daripada mengerjakan masalah”.
 Pembelajaran berdasarkan masalah bermula di sekolah perubatan di McMasters University di Kanada dalam tahun 1970an.
 Tujuan PBL adalah untuk menggalakkan pembelajaran aktif, membina pengetahuan, mengembangkan kemahiran berfikir, mempertingkatkan pembelajaran terarah kendiri, mempromosi pembelajaran kolaboratif, meningkatkan motivasi dan menggunakan pendekatan multidisiplinari.
 Proses PBL: penerangan, takrifan masalah, sumbangsaran, pertemuan kumpulan, membaca & mengkaji, pemeriksaan semula dan melapor.
 Peranan pembimbing: membimbing, memantau, menggalakkan refleksi, mencetus pengetahuan sedia ada, mencungkil, membuat hubungan, menyemak pemahaman dan lain-lain.
 Peranan pelajar: menghormati, kemahiran berkomunikasi, kesedaran diri dan tanggungjawab.
 Berbagai jenis sumber pembelajaran harus diberikan kepada pelajar: buku, rencana, rencana jurnal, laporan, sumber web (lakaran, klip video, klip audio) dan lain-lain.
 Pentaksiran PBL termasuk yang berikut: persembahan kumpulan, persembahan individu, pentaksiran tripartite, portfolio, pentaksiran kendiri, pentaksiran rakan sebaya, peperiksaan lisan, jurnal reflektif (ataas talian), laporan, peperiksaan dan pentaksiran elektronik.
 Pentaksiran PBL harus menumpu kepada teknik pentaksiran yang tulen walaupun teknik tradisional seperti peperiksaan mungkin digunakan.
BAB 8 SIMULASI MAIN PERANAN
 Main peranan dan simulasi telah digunakan dalam pengajaran sekolah rendah dan menengah tetapi penggunaannya tidak meluas walaupun ia berpotensi sebagai strategi pedagogi yang berkesan.
 Tidak terdapat kesepakatan tentang istilah yang digunakan dalam pustaka main peranan dan simulasi.
 Simulasi mensimulasi situasi kehidupan sebenar, sementara dalam main peranan peserta mewakili dan mengalami beberapa jenis watak yang diketahui dalam kehidupan seharian.
 Dalam modul ini, main peranan dan simulasi dikirakan sebagai satu dan dengan itu dirujuk sebagai ―simulasi main peranan‖ bagi memasukkan elemen kedua-dua strategi pengajaran.
 Pengajar semakin sedar perlunya menggunakan berbagai strategi pengajaran,dan memilih untuk menggunakan main peranan dan simulasi untuk melengkapkan kaedah penyelidikan dan penyiasatan tradisional.
 Simulasi main peranan mempromosi hubungan interpersonal dan transaksi sosial yang berkesan dalam kalangan peserta.
 Simulasi main peranan membantu perkembangan kemahiran bahasa.
 Asas teori yang mendasari simulasi: kognisi bersituasi, konflik kognitif, refleksi dan membuat kesilapan.
 Langkah-langkah generic dalam melaksanakan simulasi main peranan:
o Pemilihan aktiviti
o Tentukan bila hendak memperkenalkan aktiviti
o Sebelum bermula
o Semasa aktiviti
o Aktiviti lanjutan
 Simulasi main peranan atas talian dimodelkan dengan andaian bahawa interaksi manusia adalah acara komunikatif.
 Simulasi atas talian adalah tambahan kepada sesi bersemuka dalam dua cara: ketanpanamaan dan keselarasan waktu.
BAB 9 PEMBELAJARAN BERDASARKAN INKUIRI DAN KAEDAH TUNJUK DAN BERITAHU
Inkuiri membawa maksud penglibatan yang membawa kepada pemahaman. Tambahan lagi, penglibatan dalam pembelajaran membawa maksud mempunyai kemahiran dan sikap yang membolehkan anda untuk mencari jawaban kepada soalan dan isu sambil anda membina pengetahuan baru.
Aplikasi yang berguna pembelajaran berdasarkan inkuiri melibatkan beberapa faktor:
 Suatu konteks untuk soalan,
 Sebuah kerangka untuk soalan,
 Suatu tumpuan untuk soalan, dan
 Berbagai tahap soalan.
Penekanan terhadap perkembangan kemahiran inkuiri dan pemupukan sikap menyelidik ataupun tabiat minda yang akan membolehkan individu meneruskan pencarian pengetahuan sepanjang hayat.
Semua orang boleh membina kemahiran inkuiri mereka dan mempunyai sikap menyelidik yang akan digunakan untuk menjana pengetahuan sepanjang hidup mereka.
Secara perbandingan, pembelajaran berdasarkan inkuiri lebih tertumpu kepada:
 Menggunakan kandungan sebagai cara untuk membina kemahiran memproses maklumat dan menyelesaikan masalah
 Ia lebih berpusatkan pelajar, dengan guru sebagai pembimbing pembelajaran.
 Penekanan yang lebih kepada "bagaiman kita tahu" dan kurang kepada "apa kita tahu"
 Pelajar lebih terlibat dalam pembinaan pengetahuan melalui penglibatan aktif.
Bertanya bermula dengan sikap ingin tahu pelajar tentang dunia, yang paling baik ia bermula dengan soalan mereka sendiri.
Bertanya secara semula jadinya membawa kepada Menyiasat yang harus meneksploitasi sikap ingin tahu dan membawa kepada mencari dan mencipta maklumat.
Keupayaan untuk mensintesis maksud merupakan pemetik yang mencipta pengetahuan baru. Pelajar mungkin menjana pemikiran, idea dan teori baru yang tidak diinspirasikan secara terus oleh pengalaman mereka sendiri.
Perkongsian pengetahuan seperti itu merupakan suatu proses pembinaan komuniti dan mereka mula memahami maksud penyiasatan mereka. Bertukar nota, membincangkan rumusan dan berkongsi pengalaman merupakan beberapa contoh proses aktif ini.
Mengambil masa untuk mengimbau kembali. Fikir semula tentang soalan permulaan, jalan yang diambil, dan rumusan sebenar.
Kebanyakan sekolah kita menumpu kepada pengajaran kemahiran asas yang tidak memenuhi keperluan masyarakat moden. Secara tradisi, sekolah menekankan pengumpulan maklumat, dan tidak menekankan perkembangan kemahiran atau pemupukan tabiat minda berdasarkan inkuiri.
Dennie Palmer Wolf, dalam THE ART OF QUESTIONING, diterbitkan oleh Academic Connections dalam tahun 1987, mencadangkan bahawa terdapat empat jenis soalan yang utama: soalan inferens, soalan interpretasi, soalan perpindahan, dan soalan tentang hipotesis.
kepentingan pembelajaran inkuiri adalah bahawa pelajar belajar bagaimana untuk terus belajar. Ini adalah sesuatu yan mereka boleh bawa bersama mereka sepanjang hayat mereka – melewati bantuan dan keselamatan ibubapa, melewati sebuah buku teks, melewati masa seorang guru pakar, melewati sekolah – kepada suatu masa di mana mereka akan selalu bersendirian dalam pembelajaran mereka.
Manafaat yang ditawarkan oleh pembelajaran berdasarkan inkuiri adalah perkembangan tabiat minda yang boleh bertahan sepanjang hayat dan membimbing pembelajaran dan pemikiran kreatif.
Tunjuk dan Beritahu merupakan suatu proses menunjukkan kepada penonton sesuatu dan memberitahu mereka tentangnya, yang didominasi di Amerika Utara dan juga terkenal di Australia. Ia selalunya dijalankan dalam sebuah kelas sebagai sebuah teknik di sekolah rendah untuk mengajar kanak-kanak kecil kemahiran perbicaraan umum.


No comments:

Post a Comment