Bab 1 Pengenalan.
Istilah “falsafah” berasal
daripada dua perkataan; iaitu, „philos‟ yang bermaksud „cinta‟ dan „sophia‟
yang bermaka „hikmah‟ dalam bahasa Yunani. Jadi, “falsafah” bermaksud “cinta
kepada hikmah" (love for wisdom).
Metafizik ialah salah satu cabang
falsafah tentang hakikat realiti atau kewujudan sesuatu sama ada boleh dilihat
atau tidak boleh dilihat
Falsafah sebagai penyiasatan
secara rasional tentang kebenaran dan prinsip pengetahuan atau tingkahlaku.
Jadi epistemologi ialah berkenaan
teori pengetahuan atau memikirkan tentang ilmu pengetahuan.
Etika ialah bidang falsafah yang
melibatkan perbincangan tentang „salah‟ dan „betul‟, „baik‟ dan „jahat‟ yang
menjadi asas kemoralan dan kelakuan moral.
Logik adalah satu bidang falsafah
yang mengkaji penaakulan manusia.
Berfalsafah secara mudah dapat
dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam.
Falsafah dapat mempertingkatkan
kemahiran-kemahiran umum atau generic yang penting bagi seseorang sepanjang
hayat,
Matlamat pendidikan ialah untuk
melahirkan warganegara yang baik yang memiliki ciri-ciri bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih.
Falsafah pendidikan negara digubal
di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang
benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya.
Bab 2 Perspektif Awal Tentang
Kurikulum
Kurikulum disifatkan sebagai suatu
dokumen tertulis yang menerangkan secara sistematik matlamat, objektif,
kandungan, aktiviti pembelajaran, prosedur penilaian.
Kurikulum sebagai kandungan,
sebagai produk dan sebagai proses.
Ramai orang mengaitkan kurikulum
dengan sukatan pelajaran yang merupakan dokumen yang menyenaraiakan topik-topik
yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran.
Pelopor terkenal perspektif
perenialisme ialah Robert Hutchins and Mortimer Adler.
Mengikut perspektif perenalisme,
kebenaran ialah perkara yang universal atau sejagat dan tidak berubah; maka
dengan itu pendidikan yang tulen adalah universal dan tidak berubah.
Pelopor rekonstruksionisme terawal
ialah Theodore Brameld daripada Columbia Teachers College.
Guru, menurut perspektif
rekonstruksionisme dianggap sebagai agen perubahan sosial, pembaharuan budaya
dan internasionalisme.
Menurut pelopor esensialisme,
peranan utama pendidikan ialah transmisi pengetahuan dan budaya seuatu generasi
kepada generasi seterusnya.
„Pedagogi Kritikal‟ (Critical
Pedagogy) yang merupakan kaedah mengajar yang bertumpu kepada penggunaan bahan
kesusasteraan yang berunsur revolusi.
Menurut Dewey, pelajar harus
diberi peluang menguji-kaji dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan LIMA
langkah yang dicadangkan.
Pelopor progresivisme mencadangkan
suatu hubung kaitan yang erat diantara pengalaman di sekolah, di rumah dan
tempat kerja.
Bab 3 Confucius Dan Mencius
Kung Fu Tzu dilahirkan pada 551
sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun yang lampau) di Quyi (kini di
Wilayah Shandong).
Confucius mencabar monopoli akses
pendidikan kepada golongan atasan dengan menubuhkan sebuah „akademi swasta‟
yang menawarkan pelung pendidikan kepada semua orang – miskin dan kaya.
Kata-kata Confucius pula dicatat
dan disusun oleh pengikut-pengikutnya dalam satu koleksi yang dipanggil
Analects yang terdiri daripada 20 buku.
Menurut Confucius, peranan
pendidikan ialah untuk melahirkan orang budiman yang yang kompeten dan
mempunyai nilai moral yang tinggi.
Antara nilai-nilai yang diutamakan
ialah kesayangan kepada ibu bapa, menghormati orang tua, menjimat-cemat dan
sebagainya
Confucius mengecam pilih kasih dan
pemindahan jawatan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
Matlamat pendidikan adalah untuk
melahirkan individu budiman yang berupaya (xiancai) atau individu berkualiti
(junzi) yang bermulia tinggi dan kompeten.
Confucius ialah seorang tok guru
dan telah mencadangkan beberapa ciri yan harus dimiliki oleh seorang guru.
Confucius juga telah membentangkan
beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran.
Falsafah Confucius mempunyai
pengaruh meluas ke atas pembangunan masyarakat Cina selama 2000 tahun. Falsafah
beliau juga mempunyai kesan yang nyata di negara-negara seperti Korea, Jepun
dan Vietnam.
Mencius telah menghasilkan
beberapa karya dan yang paling terkenal ialah “Mengzi” yang merupakan koleksi
hujah-hujah beliau.
Menurutnya, guru akan mendapat
kenikmatan besar dengan „menyampai hadiah-hadiah yang diturunkan daripada
syurga‟
Mencius berpendapat bahawa sifat
budi mulia dan perwatakan manusia adalah sesuatu yang semula jadi.
Guru mesti mengetahui latar
belakang pelajar yang diajar dan menyesuaikan pengajaran kepada aptitud atau
kecenderungan setiap individu.
Bab 4 al-Farabi dan Ibnu Sina.
Al-Farabi digelar “Guru Kedua ”
manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar “Guru Pertama”.
Al-Farabi menggunakan pelbagai
istilah untuk menerangkan konsep „pendidikan‟ yang secara tak langsung
merupakan peranan seorang guru.
Berasaskan al-Quran, beliau
menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah pengusaan nilai, pengetahuan
dan kemahiran ke arah mencapai kebahagian (happiness) dan kesempurnaan (perfection).
Menurut Al-Farabi, manusia yang
semporna (al insan al kamil) ialah individu yang telah memperolehi budi mulia
teoretikal (theoretical virtues) dan budi mulia praktikal (practical virtues)
yang diamalkan dalam masyarakat.
Menurut Al-Farabi, hanya orang
bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat qanaah
(merasa cukup dengan apa yang dimiliki) dan ingin mencari kebenaraan boleh
dilantik menjadi guru.
Al-Farabi mengatakan iaitu budi
mulia teoretikal dan budi mulia praktikal hanya boleh dikuasai dalam konteks
masyarakat.
Al-Farabi memperkenalkan dua
kaedah mengajar, iaitu „keadah demonstrasi‟ dan „kaedah memujuk‟.
Al-Farabi menekankan betapa
penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan
kefahaman.
Ibnu Sina dilahirkan pada 980 SM
di Afshana di Uzbekistan dan digelar „falsafah Islam terulung‟ dan disanjung
tinggi dalam bidang perubatan.
Ibnu Sina telah menulis dalam
semua cabang sains, tetapi beliau paling berminat dalam falsafah dan perubatan
dan diggelar sebagai “putera doctor perubatan”.
Komponen tumbuh-tumbuhan terdapat
pada manusia dan tumbuh-timbuhan dan berfungsi bagi menentukan manusia terus
hidup dan proses-prosesnya terdiri daripada pemakanan, pertumbuhan dan
pembiakan
Pelajar diberi pilihan mengikut
dua jurusan, akademik (pendidikan) atau vokasional mengikut kecendurangan
masing-masing.
Pelajar tidak boleh dipaksa untuk
mengikuti sesuatu jurusan ang tidak sesuai dengan kebolehan dan kecenderungan
mereka.
Ibnu Sina juga paling prihatin
tentang bahayanya hukuman fizikal
Ibnu Sina berpendapat adalah
penting untuk membuat pilihan yang baik apabila memilih seseorang menjadi guru.
Bab 5 Socrates dan Plato
Socrates mempelajari drama, sains,
astronomi dan geometri dan selalu menyoal tentang apa yang dipelajari.
Kebanyakan guru-guru lain
mengenakan bayaran untuk berkongsi pengetahuan mereka, tetapi Socrates tidak
mengenakan apa-apa bayaran pun.
Socrates agak konservatif, dan
membenarkan hanya lagu dan melodi yang sederhana.
Socrates berpendapat,
cerita-cerita sedia ada, membawa mesej yang tidak sesuai dan harus diharamkan.
Socrates menyokong menggunakan
cerita untuk mendidik kanak-kanak. Bagaimana pun, beliau agak kritikal tentang
kandungan cerita-cerita yang disampaikan.
Plato membentang ujah-ujahnya
dalam 28 buku (yang dipanggil „dialogue’) dan 13 surat.
Matlamat pendidikan, menurut Plato
bukan perkembangan individu tetapi sumbangan individu kepada negara yang
menjamin kebahagiaan rakyat berasaskan keadilan.
Pelajar perlu menguasai kebenaran
dengan usaha mereka sendiri dan tidak dipaksa dengan menggunakan kekerasan.
Peranan guru ialah untuk
membebaskan masyarakat daripada kejahilan
Pendidikan pra-sekolah adalah
tanggungjawab ibu bapa yang mesti memberi perhatian kepada kaedah mendidiplin
anak-anak mereka.
Bab 6 Rousseau and Locker.
Jean Jacques Rousseau dilahirkan
di Geneva, Switzerland pada 28 June, tahun 1712.
Pada tahun 1761 beliau
menghasilkan novel Julie or the New Heloise yang telah menjadi karya terlaris
dalam abad.
Pada tahun Mei, 1762, Rousseau
menghasilkan buku bertajuk Emile yang merupakan falsafah pendidikan beliau.
Emile diasuh di kawasan desa
kerana Rousseau berpendapat manusia yang diasuh di bandar akan mempelajari
tabiat-tabiat fizikal dan intelektual yang tidak sihat.
Rousseau mencadangkan bahawa
manusia secara semulajadi adalah penakut, kerap memincilkan diri, ingin
keamanan, pendiam dan tidak bimbang tentang masa depan mereka.
Lelaki harus mempunyai kuasa
muktamad manakala perempuan mesti mematuhi dan tidak menentang kuasa lelaki
Menurut Locke, kanak-kanak
memerlukan udara yang nyaman, bersenam dan tidur yang cukup serta makanan yang
sederhana dan tidak boleh minum wain atau alkohol.
Menurut Locke, ibu bapa harus
mengasuh anak-anak mereka dengan tegas dan pengawasan rapi mulai daripada awal
lagi.
Locke berpendapat pengajaran
hendaklah bermila dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang mudah.
Buku-buku yang digunakan oleh
pelajar haruslah menarik dan mengandungi gambar, terutama gambar-gambar haiwan.
Sebaik sahaja kanak-kanak telah
menguasai Bahasa Inggeris, mereka harus bermula belajar Bahasa Perancis
menggunakan kaedah perbualan.
Bahasa Latin masih penting untuk
profesion tertentu dan melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kebanyakkan
kuliah dan buku terdapat dalam Latin.
Beliau juga mencadangkan
mempelajari logik dan retorik.
Bab 7: Paulo Freire and Swami
Vivekananda
Paulo Freire dilahirkan di Recife,
di Brazil, Amerika Selatan pada 19 September, 1921.
Beliau menekankan pentingnya
berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu.
Beliau mengetuai kempen literasi
yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can
also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte.
Sepanjang hayatnya, Freire
terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka
mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
Freire menentang hebat “konsep
perbankan” dalam pendidikan.
Beliau percaya bahawa pembelajaran
hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis, mereflek
apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari.
Metodologi atau Kaedah mengajar
yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani,
pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi.
Bagi mengajar pelajar dewasa
membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang
dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire".
Freire menentang „dikotomi atau
perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan ia harus dimansuhkan.
Nama asal, Swami Vivekananda ialah
Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta.
Narendranath terekenal dengan
kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan
bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau-bilah.
Sebahagian besar pandangan
Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan
dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India.
Menurut Vivekananda, peranan utama
pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa
depan manusia.
Vivekananda menjelaskan bahawa
"Pendidikan ialah melatih minda".
Peranan guru ialah untuk membentuk
perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk.
Guru hendaklah adil kepada semua
pelajar tidak kira bangsa, taraf sosioekonomi, kasta atau jantina.
Bab 8: Rabindranath Tagore and
Frederick Froebel
Rabindranath Tagore dilahirkan
pada 7 Mei 1861 di Calcutta, India.
Tagore yakin bahawa orang yang
dilanda kemiskinan tidak memahami masalah mereka dan dengan itu telah dizalimi
oleh orang-orang yang berkuasa, seperti tuanpunya tanah, anggota polis, orang
yang memberi pinjaman dan sebagainya.
Beliau menekankan pentingnya
sains, teknologi dan sains pertanian, serta latihan dalam kraf tangan kampung.
Tagore berpendapat bahawa
kedua-dua perkembangan kerohanian dan sains adalah sama penting.
Tagore tidak bersetuju dengan
bentuk hukuman yang melibatkan memukul untuk mendisiplin pelajar.
Menurut Tagore adalah penting
generasi muda sedar tentang warisan dan budaya mereka dan memahami
kepentingannya.
Friedrich Froebel dilahirkan pada
21 April, 1782 di Oberweissbach, Jerman.
Beliau sungguh tertarik dengan
idea-idea Pestalozzi kerana penghormatan yang diberikan kepada kanak-kanak dan
kewujudan persekitaran yang menentukan keselamatan emosi.
Pada tahun 1837, Froebel
menubuhkan sejenis pusat pendidikan untuk kanakkanak; iaitu “Garden for
children” (atau “taman untuk kanak-kanak”) yang dipanggil “kindergarten” (atau
“Tadika” dalam Bahasa Melayu).
Antara hasil karya Froebel yang
terkenal ialah The Education of Man (1826) yang telah mempengaruhi pendekatan
pendidikan awal kanak-kanak.
Friedrich Froebel berpegang kepada
konsep bahawa manusia pada dasarnya adalah produktif dan kreatif.
Froebel yakin bahawa fokus utama
tadika hendaklah mainan yang memberi peluang kanak-kanak meluahkan pemikiran
dan keinginan terpendam mereka.
Oleh kerana Froebel mementingkan
mainan, beliau telah menghasilkan beberapa bahan pengajaran yang di panggil
„hadaih‟ atau „pemberian‟.
No comments:
Post a Comment