DEFINISI ZIKIR
Zikir bermaksud
mengingati Allah s.w.t. dengan hati, lidah, dan perbuatan seperti membaca
tasbih, tahmid, takbir, dan sebagainya .
Zikir dapat menghubungkan manusia dengan penciptanya.
DALIL
KEPENTINGAN BERZIKIR
Firman Allah
Subhanahu Wa ta’ala :
191. (Iaitu) orang-orang
Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa
mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka pelihara Kami dari azab
neraka.
35. Sesungguhnya
orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan
orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman, dan
orang-orang lelaki Yang taat serta orang-orang perempuan Yang taat, dan
orang-orang lelaki Yang benar serta orang-orang perempuan Yang benar, dan
orang-orang lelaki Yang sabar serta orang-orang perempuan Yang sabar, dan
orang-orang lelaki Yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang
perempuan Yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki Yang
bersedekah serta orang-orang perempuan Yang bersedekah, dan orang-orang lelaki
Yang berpuasa serta orang-orang perempuan Yang berpuasa, dan orang-orang lelaki
Yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan Yang memelihara kehormatannya,
dan orang-orang lelaki Yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang
perempuan Yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi
mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.
41. Wahai orang-orang
Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah
Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya;
ADAB BERZIKIR
Ketahuilah
bahawa dalam amalan zikir ini terdapat beberapa adab yang perlu anda jaga . Anda perlu menyebut lafaz-lafaz zikir itu
dengan sebutan yang betul serta memahami maksudnya dengan penuh penghayatan
dalam hati anda.
Semasa anda
berzikir , anda seharusnya merasakan kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah
dalam sanubari hati anda dengan penuh kekhusyukan.
Apabila anda
duduk berzikir sedangkan ada orang lain yang sedang melakukan amalan yang
seperti solat , dan membaca al-Quran, maka anda hendaklah menggunakan suara
hati yang perlahan supaya tidak mengganggu daya tumpuan orang lain. Firman
Allah s.w.t. berikut merupakan dalil bagi ketentuan tersebut.
205. Dan sebutlah serta
ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan
takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada
waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.
Pastikan anda
berzikir dalam keadaan pakaian, badan dan tempat sekitar yang bersih dan suci
daripada hadas kecil dan hadas besar supaya anda lebih dapat khusyuk kepada
Allah.
Anda boleh
berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat. Contohnya: membaca Basmalah ketika hendak memulakan
sesuatu amalan dan pekerjaan; membaca Taawuz apabila berdepan dengan kejahatan
; membaca Hasbalah ketika menghadapi sesuatu masalah ; dan membaca istirja’
apabila menghadapi ujian dan musibah.
Sebaik-baiknya
anda mengamalkan Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat di dalam Nas al-Quran
atau as-Sunnah seperti wirid zikir Ma’thurat .
Kita dituntut
memperbanyakkan berzikir ketika dalam suasana genting supaya menimbulkan
keyakinan yang kuat bahawa sebaik pelindung dan sebaik penolong hanyalah Allah
.
Janganlah anda
berzikir semasa anda sedang qadak hajat di dalam tandas.
KERUGIAN ORANG
YANG TIDAK BERZIKIR
Orang yang
kurang berzikir kepada Allah mudah terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah
seperti melakukan perkara yang syirik, melakukan dosa besar, dan menganiaya
sesama manusia yang lain.
Orang yang
kurang berzikir lebih mudah dikuasai oleh Syaitan dan hawa nafsu kerana hatinya
dalam kekosongan dan kelalaian daripada mengingati Allah , maka hatinya
cenderung untuk menuruti godaan syaitan dan hawa nafsu.
Orang yang
tidak berzikir kepada Allah sentiasa jauh daripada peringatan ajaran agama maka
mereka mudah melupakan tanggungjawab terhadap agama dan kehidupan mereka
semata-mata untuk mencari keseronokan dan kesenangan .
Dalam
mengingati Allah , kita akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa. Orang
yang tidak berzikir sentiasa dalam keadaan kegelisahan.
HIKMAH BERADAB
KETIKA BERZIKIR
Kita sebagai
hamba Allah yang berusaha membaiki diri untuk mendekatkan diri kepada Allah
hendaklah mengambil berat tentang adab-adab ketika berzikir supaya anda
dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan
sebaik-baiknya.
Sesiapa yang berzikir dengan menjaga adab-adabnya
sentiasa mendapat ketenangan jiwa dalam minda dan rohani.
Dengan menjaga
adab-adab berzikir ini lebih mendidik jiwa anda supaya sentiasa mengingati
Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan dengan sentiasa menjunjung perintah Allah
dan takut melanggar larangan Allah.
Amalan zikir
yang dilakukan dengan sempurna dan penuh beradab ini mudah-mudahan diterima
oleh Allah dan mendapat pahala.
SEBAB-SEBAB
PERLUNYA BERADAB KETIKA BERZIKIR.
Kita kena
menjaga adab berzikir supaya kita tidak mengganggu ketenteraman orang lain yang
sedang melakukan amal ibadat lain seperti solat, membaca al-Quran, menelaah
kitab dan lain-lain, anda tidak perlu mengeraskan suara dengan kuat kerana
Allah tuhan kita tidak pekak tetapi Maha Mendengar setiap aduan hamba -Nya.
Amalan zikir
perlu dilakukan dengan penuh rendah hati bersih daripada semua penyakit hati
seperti riya’ menunjuk-nunjuk, ujub bangga diri, sum’ah untuk diperdengarkan
kepada orang lain, dan takbur sombung supaya zikir kita diterima oleh Allah
s.w.t.
Anda perlu berzikir
dengan menjaga adab-adabnya untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat.
Amalan zikir
yang dilakukan dengan adab Sunahnya memang selaras dengan Sunah Rasulullah
s.a.w. kerana setiap kebaikan itu adalah sederhana , dan apa amalan yang
dilakukan oleh Rasulullah tidak bertujuan memberatkan umatnya.
Kita perlulah
berdisiplin dalam menunaikan ibadah dengan mengamalkan adab Islamiah ketika
menunaikan ibadah tersebut supaya kita menjadi modal insan yang berkualiti.
LAFAZ-LAFAZ
ZIKIR
AL-BAQIYATUSH
SHALIHAT
1.
Tasbih ,سبحان الله العظيم
2.
Tahmid , الحمدلله رب العالمين
3.
Tahlil , لااله الاالله
4.
Takbir , الله اكبر
5.
Hauqqalah , لاحول ولاقوة الابالله العلي
العظيم
TAAWUZ
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
BASMALAH
بسم الله الرحمن الرحيم
HASBALAH
حسبنا الله ونعم الوكيل
ISTIRJA’
انا لله و انا اليه رجعون
ISTIGFAR
استغفر الله العظيم
SHALAWAT
اللهم صل على محمد
RUJUKAN
1.
Huda wahid, Alidahlan, (2003), Majmu’ Syarif Kamil, Bandung, CV
Penerbitan Jumanatul Ali-Art.
2.
Asy-Syahid Hasan Al-Banna, (2009) , Al – Ma’thurat & Surah Yaasin Doa-doa Pilihan, Kota
Baharu, Syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd.
3.
Zaid Husein Al Hamid, ( 2009) , Ringkasan Ihya’ Ulumiddin Imam Al
Ghazali, Kuala Lumpur, Darul Nu’man.
4.
Khairunnisa’ Yusoff, Nadhrah Faqihah, (2013) , Xpress Bestari
Pendidikan Islam SPM, Kuala Lumpur, Sasbadi Sdn. Bhd.
Rosmani
Rifin, Nor Aslina Mamat, Nurul Hudha Omar, Junaidah Salehudin, (2010) , Masteri
Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam,Puchong, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment