Sunday, 30 September 2018

伊斯兰管理学


伊斯兰管理学
组织生活的重要性
法典含管理,妥善处理事。组织系统泛,面对各挑战。
需组织生活,人相助往来。达人生目标,资讯可顺畅。
人多事易办,工作素质高。
经营和管理的含义
经营与管理,含义尽相同。如似小王国,协商遵主管。
素质及效率,办角色修德。筹划掌技术,服务民社群。
清真全面性,管理学重要。伊管理资源,古兰与圣训;
圣弟子行传,今学者思想。
伊斯兰管理的哲学与目标
真主实存在,组织施主命。依教法规律,划组织活动。
需职掌技巧,能完成职责。行善面艰难,风霜达目标。
组织定方向,计划展实行。善用全资源,迈向组规划。
估计今现实,前经验后方。评估组效率,处防范措施。
护尊严子嗣,严禁奸淫乱。
伊斯兰管理原则
普民顺真主,虔诚尽责任。凡事要协商,商讨各问题。
员地位平等,职责相并论。皆有自由权,不互相侵害。
诚信负责任,委托力实行。精勤有效率,各尽为其职。
效忠领导人,不叛逆组织。
管理要素:伊斯兰角度
规划与组织,号令与管束。规划定目标,安组织活动。
长短期计划,环境设地位。需估计未来,看成绩表现。
安排处人力,达组织目标。位工作人员,以才干能力。
妥当分工作,有调整单位。号令自上首,部下须效从。
领袖有实权,谋略出决策。听命很重要,伊领导概念。
管束理组织,达成所目标。定工作标准,评工作表现。
公正兼诚信,工事善无违。

伊斯兰组织领导
领导乃重任,得意别忘形。领导层角色,首领取行动。
督足属部下,真实与诚信;传达与智慧,节欲培廉爱。
成领袖条件,需学问渊博,谦虚与能干,体魄强健壮。
知自我训练,自治能力强;为别人便利,满工人需求;
适工人所需,应思虑考量。领袖有技能,技术性问题;
能规划测量,给部下励志;出号召施令,终领导得力。
伊斯兰组织通讯
人类需社交,来往相沟通。组通讯功能,共承担任务。
共合作努力,培工作环境;明智作决定,控成员表现。
伊通讯方式,祝安词开始;交谈以礼貌,利用好词语;
用智慧忠告,带人向真理。有效组通讯,乃激励管道;
能够达目标,得真主丰足。
伊斯兰管理道德规范
各行有德规,愈专业愈严。伊道德规范,经训定基础。
德规重要性,培积极态度;为内部控制,好文化因素;
迈优秀表现,成高超激励;健康竞争力,避免出偏差;
为组织威仪,证组织稳定。工德范例子,高服务效率;
负责任工作,公益勿自私;以亲切服务,发人民思维;
解除国缺陷,坚守宗教训。诚信负责任,忠诚又专志;
适中工勤奋,合作德高尚;洁净有纪律,感谢人供给。
管理学的教法方案
伊教法方案,理时势变化。未发展变化,教允许范围。
法案重要性,组目标方向;问题作决定,个人创作力;
组发展参考,有原则教徒;方便取行动,面生活挑战。
五基本法案,凡事依举意;疑否废信心,困难带容易;
危害须消除,传统成律法。
人力资源发展及训练
征募至退休,重训练栽培。训练之目的,提个人觉悟;
培专业技能,员工作激励。培训重要性,省学习时间;
工作能改善,培积极态度;处理组问题,足时需人力;
工人得幸运,有附加价值。培训练原则,有兴趣潜能;
效果可估计,发表现标准;适个人需求,专业人训练;
合学习能力,有条理计划。伊人源广泛,训练需全面;
有个人才智,欲善用科技;跨国际能力,分析思维力;
愿终生学习,能预料变化;自信心强毅,道德能力坚;
能考量决定,坚守回教义。练个人潜能,发展思维力;
尚精神修养,健壮人体魄;增多众需求,发展稳情绪。
工作表现评估
修人力计划,修征募系统;修人力发展,修事业展划;
修赔偿计划,评估重要性。工评估过程,局常年计划;
局工作目标,年中评工效;追击工效率,工重新研究;
备表现报告,需收藏资料。做评估因素,连续评效率;
自由做评估,勿冲动鲁莽;勿偏心宽厚,勿轻信新事。
有效评估法,须连续资料;定时间评估,解释所评估;
谨慎给意见,解工人宏图。评估之课题,缺乏客观性;
官评工观点,过宽或过吝;有中等趋向,不评新表现。
除评估课题,工判断标准;预料解效率,评估标准化;
资格评估官,尚开放交流;宣评估成绩,介评估申述。
人力资源
国人力发展,需合宗教义。高级思维力,减少失业率。
建人力挑战,惑知识概念;社会失礼伦,出败德领袖。
回教徒社会,满宝贵精神;渊博知学识,个人道修养。
管理学的课题
施金钱政治,贪污洗黑钱;欺骗大老千,又滥用权势;
缺乏透明性,服务坏印象;纪律性腐弱,包括性暴力;
各种族歧视,无视工人权。

Sunday, 9 September 2018

Ringkasan hafazan al-Quran

BAB 1: PENGENALAN HAFAZAN AL-QURAN
Hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13).
Menurut pandangan al-Sharbini (1995: 12) menghafaz al-Quran adalah suatu fardhu kifayah dan ia termasuk suatu usaha untuk melengkapkan pengetahuan agama daripada ilmu-ilmu syara’ seperti menghafaz al-Quran.
KELEBIHAN HAFAZAN AL-QURAN:
1.      Dijadikan sebagai Ahli Allah.
2.      Ditempatkan di Syurga Yang Tinggi.
3.      Dianugerahkan Kearifan.
4.      Mengagungkan Allah.
5.      Hatinya Tidak Diseksa.
6.      Berhak Menjadi Imam Dalam Solat.
7.      Disayangi Rasulullah S.A.W.
8.      Dapat Memberikan Syafaat Kepada Ahli Keluarga.
9.      Memakai Mahkota Kehormatan.
10.  Bekalan Yang Paling Baik.
11.  Memperoleh Pahala Khusus.
12.  Dijamin masuk Syurga.
Adab Hamlah Al-Quran menekankan tentang bagaimana seseorang muslim dapat menjaga tingkah laku, tutur cara dan perbuatan dengan Al-Quran selain mengamalkan setiap tuntutan dan garis panduan yang tertulis di dalamnya. Adab Hamlah Al-Quran dapat dinyatakan mengikut pembahagiannya seperti adab dengan Al-Quran (sebelum, semasa dan selepas), adab dengan muallim, adab dengan sahabat, dengan dirinya sendiri dan adab dengan tempat.

KEPENTINGAN HAFAZAN AL-QURAN:
Menjaga kemutawiran al-Quran.
Meningkatkan kualiti umat.
Menjaga terlaksananya sunah-sunah Rasulullah SAW.
Menjauhkan seorang mukmin dari perkara yang melalaikan.
Memelihara kesucian moral dan sosial dalam masyarakat.
BAB 2: SEJARAH PERKEMBANGAN HAFAZAN AL-QURAN
Rasulullah s.a.w mempunyai banyak kelebihan dalam menghafaz al-Quran. Di samping kebijaksanaan yang dimiliki, baginda s.a.w amat bersungguh-sungguh berusaha memastikan segala ayat-ayat al-Quran yang diterimanya itu dapat dihafaz dan diingat dengan baik.
Seterusnya Rasulullah s.a.w. mengajar al-Quran itu kepada para sahabatnya juga menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-peringkat, sedikit demi sedikit. Tentunya hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan memahami isi kandungannya.
Sebaik sahaja para sahabat menerima pelajaran dari ayat atau surah, maka mereka mengulang-ngulang secara istiqamah sehingga sebati di dalam dada mereka pada malam harinya.
Ramai di kalangan para sahabat yang dikenali sebagai penghafaz al-Quran. Antara yang masyhur di kalangan mereka ialah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah bin Ubaidillah, Sa’ad bin Abi Waqas, Abdullah bin Mas’ud, Huzaifah bin al-Yaman, Salim Mawla Abi Huzaifah, Abu Hurairah, Abdullah bin al-Sa’ib, Abdullah bin Amru bin al-As, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Umm Maktum, Mus,ab bin Umayr dan ramai lagi. Tidak terkecuali juga golongan wanita di kalangan sahabat seperti Aishah, Hafsah, Ummu Salamah, Ummu Waraqah dan ramai lagi. (Abu Shahbah, 1992: 353)
Sebagai ransangan dan galakan untuk mereka terus membaca al-Quran, Rasulullah s.a.w memuji para sahabatnya yang dapat membaca al-Quran dengan baik. Sepertimana Rasulullah s.a.w pernah memuji kesempurnaan bacaan Abdullah bin Mas’ud dan menyuruh sahabat lain mempelajari daripadanya. (Abu Shahbah, 1992: 353) Rasulullah s.a.w juga pernah memuji Abu Musa al-Ash’ari kerana kemerduan suaranya ketika membaca al-Quran. (Afaf Abdul Ghafor Hameed, 2003: 134).
Seratus pertama hijrah, seluruh umat Islam membaca dan menghafaz al-Quran mengikut apa yang diajar oleh para sahabat dan tabi’in. Al-Zarqani (1988: 413) telah menyebut bahawa golongan tabi’in yang masyhur dalam pengajian al-Quran di al- Madinah alMunawwarah adalah seperti Sa’id bin al-Musayyib, Urwah, Salim, Umar Ibn Abd al-Aziz, Sulaiman bin Yasar, Ata’ bin Yasar, Ibn Shihab al-Zauhriyy, Abd al-Rahman bin Hurmuz dan Muaz bin al-Harith yang dikenali dengan Mu’az al-Qari. Manakala di Makkah al-Mukarramah antaranya ialah Ata’ Mujahid, Tawus, Ikrimah, Ibn Abi Mulaykah dan Ubaid bin Umair.
Faktor pendorong kepada perkembangan hafazan dan penjagaan al-Quran di kalangan tabi’in ini adalah disebabkan oleh pengutusan Mushaf yang dibuat oleh Uthman bin Affan r.a ke kota-kota Islam tersebut. Pengutusan mushaf ini disertakan juga dengan seorang pembimbing dan guru yang memberi tunjuk ajar dan sebagai panduan kepada penduduk setempat untuk membaca al-Quran dengan tepat dan betul. Selain itu juga dapat membendung dan mengelak pertelingkahan bacaan yang tercetus di kalangan umat Islam yang terjadi sebelum itu.
KITAB HUKUM TAJWID BACAAN AL-QURAN.
Wakaf dari sudut bahasa: Berhenti / menahan.
Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.
Terdapat beberapa jenis Waqaf iaitu Waqaf Lazim / Waqaf Jaiz / Waqaf Muraqabah / Waqaf Mamnu' / Saktah Latifah.
Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hamzah Wasal dan Hamzah Qat'ie.
Qalqalah dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu asli atau mendatang.
Hukum nun mati atau tanwin.
Iqlab dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.
Idgham dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya.
Izhar dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Izhar terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Halqi & Mutlak
Ikhfak dari sudut bahasa: Tersembunyi.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk menghasilkan Ikhfa' di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak selain dari kedua-duanya.
Hukum mim mati
Mim Sukun yang terletak sebelum huruf hijaiah (Huruf Arab) kesemuanya kecuali ketiga-tiga Huruf Mad kerana untuk mengelakkan dari bertemu dua huruf Sukun.
Izhar Syafawi adalah terdiri dari dua puluh enam huruf iaitu kesemua huruf hijaiah selepas dibuang huruf Mim dan Ba'. Perlu diperhatikan apabila terdapat huruf Wau atau Fa' selepas Mim Sukun, huruf Mim Sukun mestilah dibaca secara Izhar Syafawi (dinyatakan sebutan) supaya terselamat dari keraguan membacanya secara Ikhfa' di mana huruf Mim wajib dibaca secara Ikhfa' ketika bertemu dengan huruf Ba' kerana makhraj huruf Mim dengan huruf Wau adalah sama manakala makhraj huruf Mim dengan huruf Fa' pula adalah berhampiran.
Ikhfak Syafawi dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir mulut. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.
Ia dinamakan Mithlain (dua jenis huruf yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifat manakala dinamakan saghir (kecil) pula ialah kerana huruf yang pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Idgham Mithlain Saghir terdiri dari satu huruf iaitu Mim.
Hukum Mad
Mad Tabi'I. Mad yang terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula melebihi dari itu.
Mad Far'I  المد الفرعيialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah  ءatau tanda Sukun (ْ ) selepas huruf Mad. Mad Far’I terbahagi kepada Muttasil, Munfasil, Aridh Lissukun, Badal, Lazim.
Mad Muttasil iaitu berangkai المتصلialah Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.
Mad Munfasil iaitu bercerai  المنفصلialah huruf Mad yang disusuli oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain. Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs.
Mad 'Aridh  العارض للسكونialah Mad yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia akan menjadi Mad Tabi'i. Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat.
Mad Badal  البدلialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Mad Lazim المد اللازمiaitu huruf Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama). Ia dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika bacaan sambung dan berhenti.
Huruf hijaiah terbahagi kepada tiga bahagian dari sudut Tafkhim التفخیمdan Tarqiq   الترقیق ( Pertama: Huruf yang sentiasa ditebalkan iaitu Huruf-huruf Isti'la'. Kedua: Huruf yang kadangkala ditebalkan dan kadangkala dinipiskan bacaannya mengikut keadaan ayat. (Alif - Lam Lafaz Allah - Ra'). Ketiga: Huruf yang sentiasa dinipiskan bacaannya iaitu Huruf Istifal selain daripada huruf Lam dan Ra'.
Tafkhim  التفخیمdari sudut bahasa: Gemuk (tebal). Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Ibarat kekuatan masuk pada bunyi huruf hingga bunyinya memenuhi mulut. Huruf Tafkhim terdiri dari tujuh huruf yang terkandung di dalam bait syair خص ضغط قظ
Hukum Imalah  الإمالةadalah dikhususkan untuk huruf Ra' sahaja. Ra' dibaca dengan nipis kerana baris atas yang cenderung kepada baris bawah. Huruf Alif yang cenderung kepada Ya' terdapat di dalam satu kalimah sahaja di dalam al-Quran iaitu kalimahمجرىح .
Setiap dua huruf yang bertemu sama ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi kepada empat bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan - Mutaba'idan). Ulama Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan) kerana tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang perlu diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan).
METODE-METODE HAFAZAN AL-QURAN
Darul Quran JAKIM Malaysia:
1.      Pembahagian Juzuk.
2.      Pembahagian Hafalan Mengikut Minggu.
3.      Penggunaan Mushaf Uthmani.
4.      Penentuan Bilangan Ayat-Ayat Hafalan.
5.      Talaqqi Dan Musyafahah.
6.      Hafalan Mengulang-Ulang 10 Kali.
7.      Hafalan Berpasang-Pasang.
8.      Hafalan Mengikut Muka Surat.
9.      Penulisan Ayat-Ayat Hafalan.
10.  Mendengar Ayat-Ayat Hafalan.
11.  Solat Taqwiyatul Hifzi.
12.  Membaca Ayat Hafazan Dalam Solat.
13.  Mengulang 2 Jam Sehari.
14.  Ujian Hafalan.
KAEDAH DEOBANDY INDIA:
1.      Persediaan Sebelum Menghafal.
2.      Sabak ( Hafalan Baru ).
3.      Para Sabak ( Hafalan Mingguan ).
4.      Ammokhtar ( Hafalan Keseluruhan Al-Quran ).
5.      Halaqah Dauri ( Kelas Ulangan Hafalan ).
6.      Syahadah Hafiz.
KAEDAH PAKISTAN.
1.      Sabak ( Hafalan Baru ).
2.      Enam Sabak.
3.      Sabki.
4.      Separah.
5.      Mutlaah.
6.      Tertib Wifak.
7.      Dastar Bandi.
KAEDAH MAKKAH AL-MUKARRAMAH ARAB SAUDI:
1.      Tasmi’ Luh.
2.      Hafalan Terbalik.
3.      Ulangan Terbalik.
4.      Ujian Hafalan Al-Quran.
KAEDAH TAHFIZ DARI INDONESIA:
1.      Hifz Al-Jadid ( Hafalan Baru ).
2.      Al-Hifz Al-Usbu’iy ( Ulangan Mingguan ).
3.      Al-Hifz Al-Qadim ( Ulangan Hafalan Lama ).
4.      Syahadah Hifz Al-Quran.
KAEDAH TAHFIZ DARI TURKI:
1.      Khatam 10 Kali.
2.      Chi (Hafalan Baru).
3.      Zor Pismis.
4.      Kolay Pismis.
5.      Tekrar.
6.      Tekrar Hepsi Seyfa.
7.      Has.
PERSEPSI PELAJAR TAHFIZ TERHADAP KAEDAH HAFAZAN DI MALAYSIA.
Kaedah Takrar dan Tasmik merupakan penentu kepada kekuatan hafalan pelajar.
Pelajar merasa kaedah Talaqqi dan Musyafahah masih tidak mencukupi dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya.
Kaedah Talaqqi dan Musyafahah sepatutnya di berikan penekanan dalam proses pembelajaran.
Terdapat hubungan signifikan antara kaedah Talaqqi dan Tasmik dengan pencapaian pelajar.
Kaedah kefahaman ayat Al-Quran juga merupakan kaedah berkesan dalam hafazan Quran.
Perlunya memberi penekanan terhadap amalan mendengar bacaan al-Quran, amalan tadarus al-Quran dan kaedah penulisan Ayat Hafazan dalam pembelajaran tahfiz Quran.