Wednesday, 17 January 2018

Ringkasan Falsafah Pendidikan

Bab 1 Pengenalan.
 Istilah “falsafah” berasal daripada dua perkataan; iaitu, „philos‟ yang bermaksud „cinta‟ dan „sophia‟ yang bermaka „hikmah‟ dalam bahasa Yunani. Jadi, “falsafah” bermaksud “cinta kepada hikmah" (love for wisdom).
 Metafizik ialah salah satu cabang falsafah tentang hakikat realiti atau kewujudan sesuatu sama ada boleh dilihat atau tidak boleh dilihat
 Falsafah sebagai penyiasatan secara rasional tentang kebenaran dan prinsip pengetahuan atau tingkahlaku.
 Jadi epistemologi ialah berkenaan teori pengetahuan atau memikirkan tentang ilmu pengetahuan.
 Etika ialah bidang falsafah yang melibatkan perbincangan tentang „salah‟ dan „betul‟, „baik‟ dan „jahat‟ yang menjadi asas kemoralan dan kelakuan moral.
 Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia.
 Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam.
 Falsafah dapat mempertingkatkan kemahiran-kemahiran umum atau generic yang penting bagi seseorang sepanjang hayat,
 Matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki ciri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
 Falsafah pendidikan negara digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya.
Bab 2 Perspektif Awal Tentang Kurikulum
 Kurikulum disifatkan sebagai suatu dokumen tertulis yang menerangkan secara sistematik matlamat, objektif, kandungan, aktiviti pembelajaran, prosedur penilaian.
 Kurikulum sebagai kandungan, sebagai produk dan sebagai proses.
 Ramai orang mengaitkan kurikulum dengan sukatan pelajaran yang merupakan dokumen yang menyenaraiakan topik-topik yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran.
 Pelopor terkenal perspektif perenialisme ialah Robert Hutchins and Mortimer Adler.
 Mengikut perspektif perenalisme, kebenaran ialah perkara yang universal atau sejagat dan tidak berubah; maka dengan itu pendidikan yang tulen adalah universal dan tidak berubah.
 Pelopor rekonstruksionisme terawal ialah Theodore Brameld daripada Columbia Teachers College.
 Guru, menurut perspektif rekonstruksionisme dianggap sebagai agen perubahan sosial, pembaharuan budaya dan internasionalisme.
 Menurut pelopor esensialisme, peranan utama pendidikan ialah transmisi pengetahuan dan budaya seuatu generasi kepada generasi seterusnya.
 „Pedagogi Kritikal‟ (Critical Pedagogy) yang merupakan kaedah mengajar yang bertumpu kepada penggunaan bahan kesusasteraan yang berunsur revolusi.
 Menurut Dewey, pelajar harus diberi peluang menguji-kaji dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan LIMA langkah yang dicadangkan.
 Pelopor progresivisme mencadangkan suatu hubung kaitan yang erat diantara pengalaman di sekolah, di rumah dan tempat kerja.
Bab 3 Confucius Dan Mencius
 Kung Fu Tzu dilahirkan pada 551 sebelum masihi (iaitu kira-kira 2600 tahun yang lampau) di Quyi (kini di Wilayah Shandong).
 Confucius mencabar monopoli akses pendidikan kepada golongan atasan dengan menubuhkan sebuah „akademi swasta‟ yang menawarkan pelung pendidikan kepada semua orang – miskin dan kaya.
 Kata-kata Confucius pula dicatat dan disusun oleh pengikut-pengikutnya dalam satu koleksi yang dipanggil Analects yang terdiri daripada 20 buku.
 Menurut Confucius, peranan pendidikan ialah untuk melahirkan orang budiman yang yang kompeten dan mempunyai nilai moral yang tinggi.
 Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah kesayangan kepada ibu bapa, menghormati orang tua, menjimat-cemat dan sebagainya
 Confucius mengecam pilih kasih dan pemindahan jawatan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
 Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan individu budiman yang berupaya (xiancai) atau individu berkualiti (junzi) yang bermulia tinggi dan kompeten.
 Confucius ialah seorang tok guru dan telah mencadangkan beberapa ciri yan harus dimiliki oleh seorang guru.
 Confucius juga telah membentangkan beberapa prinsip pengajaran dan pembelajaran.
 Falsafah Confucius mempunyai pengaruh meluas ke atas pembangunan masyarakat Cina selama 2000 tahun. Falsafah beliau juga mempunyai kesan yang nyata di negara-negara seperti Korea, Jepun dan Vietnam.
 Mencius telah menghasilkan beberapa karya dan yang paling terkenal ialah “Mengzi” yang merupakan koleksi hujah-hujah beliau.
 Menurutnya, guru akan mendapat kenikmatan besar dengan „menyampai hadiah-hadiah yang diturunkan daripada syurga‟
 Mencius berpendapat bahawa sifat budi mulia dan perwatakan manusia adalah sesuatu yang semula jadi.
 Guru mesti mengetahui latar belakang pelajar yang diajar dan menyesuaikan pengajaran kepada aptitud atau kecenderungan setiap individu.
Bab 4 al-Farabi dan Ibnu Sina.
 Al-Farabi digelar “Guru Kedua ” manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar “Guru Pertama”.
 Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep „pendidikan‟ yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru.
 Berasaskan al-Quran, beliau menekankan bahawa matlamat utama pendidikan ialah pengusaan nilai, pengetahuan dan kemahiran ke arah mencapai kebahagian (happiness) dan kesempurnaan (perfection).
 Menurut Al-Farabi, manusia yang semporna (al insan al kamil) ialah individu yang telah memperolehi budi mulia teoretikal (theoretical virtues) dan budi mulia praktikal (practical virtues) yang diamalkan dalam masyarakat.
 Menurut Al-Farabi, hanya orang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat qanaah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki) dan ingin mencari kebenaraan boleh dilantik menjadi guru.
 Al-Farabi mengatakan iaitu budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal hanya boleh dikuasai dalam konteks masyarakat.
 Al-Farabi memperkenalkan dua kaedah mengajar, iaitu „keadah demonstrasi‟ dan „kaedah memujuk‟.
 Al-Farabi menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman.
 Ibnu Sina dilahirkan pada 980 SM di Afshana di Uzbekistan dan digelar „falsafah Islam terulung‟ dan disanjung tinggi dalam bidang perubatan.
 Ibnu Sina telah menulis dalam semua cabang sains, tetapi beliau paling berminat dalam falsafah dan perubatan dan diggelar sebagai “putera doctor perubatan”.
 Komponen tumbuh-tumbuhan terdapat pada manusia dan tumbuh-timbuhan dan berfungsi bagi menentukan manusia terus hidup dan proses-prosesnya terdiri daripada pemakanan, pertumbuhan dan pembiakan
 Pelajar diberi pilihan mengikut dua jurusan, akademik (pendidikan) atau vokasional mengikut kecendurangan masing-masing.
 Pelajar tidak boleh dipaksa untuk mengikuti sesuatu jurusan ang tidak sesuai dengan kebolehan dan kecenderungan mereka.
 Ibnu Sina juga paling prihatin tentang bahayanya hukuman fizikal
 Ibnu Sina berpendapat adalah penting untuk membuat pilihan yang baik apabila memilih seseorang menjadi guru.
Bab 5 Socrates dan Plato
 Socrates mempelajari drama, sains, astronomi dan geometri dan selalu menyoal tentang apa yang dipelajari.
 Kebanyakan guru-guru lain mengenakan bayaran untuk berkongsi pengetahuan mereka, tetapi Socrates tidak mengenakan apa-apa bayaran pun.
 Socrates agak konservatif, dan membenarkan hanya lagu dan melodi yang sederhana.
 Socrates berpendapat, cerita-cerita sedia ada, membawa mesej yang tidak sesuai dan harus diharamkan.
 Socrates menyokong menggunakan cerita untuk mendidik kanak-kanak. Bagaimana pun, beliau agak kritikal tentang kandungan cerita-cerita yang disampaikan.
 Plato membentang ujah-ujahnya dalam 28 buku (yang dipanggil „dialogue’) dan 13 surat.
 Matlamat pendidikan, menurut Plato bukan perkembangan individu tetapi sumbangan individu kepada negara yang menjamin kebahagiaan rakyat berasaskan keadilan.
 Pelajar perlu menguasai kebenaran dengan usaha mereka sendiri dan tidak dipaksa dengan menggunakan kekerasan.
 Peranan guru ialah untuk membebaskan masyarakat daripada kejahilan
 Pendidikan pra-sekolah adalah tanggungjawab ibu bapa yang mesti memberi perhatian kepada kaedah mendidiplin anak-anak mereka.

Bab 6 Rousseau and Locker.
 Jean Jacques Rousseau dilahirkan di Geneva, Switzerland pada 28 June, tahun 1712.
 Pada tahun 1761 beliau menghasilkan novel Julie or the New Heloise yang telah menjadi karya terlaris dalam abad.
 Pada tahun Mei, 1762, Rousseau menghasilkan buku bertajuk Emile yang merupakan falsafah pendidikan beliau.
 Emile diasuh di kawasan desa kerana Rousseau berpendapat manusia yang diasuh di bandar akan mempelajari tabiat-tabiat fizikal dan intelektual yang tidak sihat.
 Rousseau mencadangkan bahawa manusia secara semulajadi adalah penakut, kerap memincilkan diri, ingin keamanan, pendiam dan tidak bimbang tentang masa depan mereka.
 Lelaki harus mempunyai kuasa muktamad manakala perempuan mesti mematuhi dan tidak menentang kuasa lelaki
 Menurut Locke, kanak-kanak memerlukan udara yang nyaman, bersenam dan tidur yang cukup serta makanan yang sederhana dan tidak boleh minum wain atau alkohol.
 Menurut Locke, ibu bapa harus mengasuh anak-anak mereka dengan tegas dan pengawasan rapi mulai daripada awal lagi.
 Locke berpendapat pengajaran hendaklah bermila dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang mudah.
 Buku-buku yang digunakan oleh pelajar haruslah menarik dan mengandungi gambar, terutama gambar-gambar haiwan.
 Sebaik sahaja kanak-kanak telah menguasai Bahasa Inggeris, mereka harus bermula belajar Bahasa Perancis menggunakan kaedah perbualan.
 Bahasa Latin masih penting untuk profesion tertentu dan melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kebanyakkan kuliah dan buku terdapat dalam Latin.
 Beliau juga mencadangkan mempelajari logik dan retorik.
Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda
 Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19 September, 1921.
 Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu.
 Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte.
 Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
 Freire menentang hebat “konsep perbankan” dalam pendidikan.
 Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari.
 Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi.
 Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire".
 Freire menentang „dikotomi atau perpisahan guru-pelajar‟ dan menegaskan ia harus dimansuhkan.
 Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta.
 Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau-bilah.
 Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India.
 Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia.
 Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda".
 Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk.
 Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf sosioekonomi, kasta atau jantina.
Bab 8: Rabindranath Tagore and Frederick Froebel
 Rabindranath Tagore dilahirkan pada 7 Mei 1861 di Calcutta, India.
 Tagore yakin bahawa orang yang dilanda kemiskinan tidak memahami masalah mereka dan dengan itu telah dizalimi oleh orang-orang yang berkuasa, seperti tuanpunya tanah, anggota polis, orang yang memberi pinjaman dan sebagainya.
 Beliau menekankan pentingnya sains, teknologi dan sains pertanian, serta latihan dalam kraf tangan kampung.
 Tagore berpendapat bahawa kedua-dua perkembangan kerohanian dan sains adalah sama penting.
 Tagore tidak bersetuju dengan bentuk hukuman yang melibatkan memukul untuk mendisiplin pelajar.
 Menurut Tagore adalah penting generasi muda sedar tentang warisan dan budaya mereka dan memahami kepentingannya.
 Friedrich Froebel dilahirkan pada 21 April, 1782 di Oberweissbach, Jerman.
 Beliau sungguh tertarik dengan idea-idea Pestalozzi kerana penghormatan yang diberikan kepada kanak-kanak dan kewujudan persekitaran yang menentukan keselamatan emosi.
 Pada tahun 1837, Froebel menubuhkan sejenis pusat pendidikan untuk kanakkanak; iaitu “Garden for children” (atau “taman untuk kanak-kanak”) yang dipanggil “kindergarten” (atau “Tadika” dalam Bahasa Melayu).
 Antara hasil karya Froebel yang terkenal ialah The Education of Man (1826) yang telah mempengaruhi pendekatan pendidikan awal kanak-kanak.
 Friedrich Froebel berpegang kepada konsep bahawa manusia pada dasarnya adalah produktif dan kreatif.
 Froebel yakin bahawa fokus utama tadika hendaklah mainan yang memberi peluang kanak-kanak meluahkan pemikiran dan keinginan terpendam mereka.

 Oleh kerana Froebel mementingkan mainan, beliau telah menghasilkan beberapa bahan pengajaran yang di panggil „hadaih‟ atau „pemberian‟.

马来西亚研究

马来西亚研究
马来王朝
巫裔皈清真,昌兴建文明。明主臣辅治,威震大南洋。
宣扬伊斯兰,奠霸主地位。后君臣争权,治体验衰败。
殖民时代
列强兮入侵,君臣失实权。分割辖统治,引入华印裔。
多种族社会,歧视群矛盾。虽然立建设,利归殖民主。
独立斗争
民族英雄兴,联回教学者。恢复君臣权,取国邦独立。
驱逐众冦贼,复国民尊严。建马来联邦,君主轮流做。
马来西亚形成
东西马联盟,各族群同意。财治迅发展,各民族团结。
政党权斗争,选举民投票。公道治国邦,共和定太平。
大马行政系统主要结构
组君王委会,讨民事皇权。州中央行政,内阁州议会。
成立法会议,宗教法律肃。州中央法庭,法官审案件。
 统治机构
首相组内阁,辅助国元首。政府分部门,各负担职责。
政治考察团,确行政公正。委法案组织,向公众服务。
联邦宪法及特殊分配
君立宪制度,奠国教地位。国会施民主,大选党斗争。
马来文国语,各族公民权。同维护人权,民安国繁荣。
民主议会及大选过程
国会民主议,五年举大选。选举考察团,确大选公平。
民选其代表,社会逐稳定。巫统治地位,护回教地位。
多元社会
国有三大族,巫华印各族。成多元社会,各互相妥协。
文化俗习惯,乡城都遍布。团结国民兴,国际好名誉。
国民和谐及统一
统一各民族,成大马民族。建民国挑战,种族歧视强。
应排除歧视,共同兴国邦。国家原则定,团结各友族。
 经济发展政策
大马速发展,各族享荣华。开荒新园地,发展农产业。
执掌高科技,出产国货品。经济新模式,达致国宏愿。
社会发展政策
民俗族教育,道德价值观。容纳伊斯兰,安邦齐家庭。
训练青年们,贡献群社会。国民能和谐,支持国政策。
外交政策
自古马外交,与各国交流。独立建国后,续外交政策。
执政施诚信,强国佩大马。回联勤教友,联合国决设。
大马于国际时代
今国际热潮,无国界时代。新式殖民入,钱替换市场。
优秀研究生,参国际合作。大自然破坏,移民阔各国。
一个马来西亚
施一马计划,团结各民族。发展成强国,需人民和谐。
高素质效率,高科技学术。中庸回教义,和蔼亲友善。
 大马人力资源发展
人力国之本,善用昌物资。强化国民校,建国际大学。
培训创意力,扩张社论坛。启国民纪律,出精神领袖。

Wednesday, 27 September 2017

Empat puluh fasal ilmu tatabahasa bahasa arab, melayu, Inggeris dan cina.

Empat  puluh fasal ilmu tatabahasa bahasa arab, melayu, Inggeris dan cina.
Fasal satu: terdapat dua jenis tulisan iaitu tulisan Ideogram dan tulisan Phonogram.
Fasal dua: setiap bahasa Arab, Melayu, Inggeris dan cina mempunyai bahasa klasik dan bahasa moden.
Fasal tiga: Makhraj huruf setiap bahasa terbahagi kepada makhraj bibir, makhraj lidah, dan makhraj hidung.
Fasal empat: empat nada bahasa cina iaitu nada rata yin, nada rata yang, nada naik, dan nada pergi.
Fasal lima: mempelajari 'irab bahasa arab untuk mengenal pasti fungsi-fungsi perkataan di dalam ayat, membantu dalam kemahiran membaca dan membina ayat.
Fasal enam: antara seni tulisan iaitu kaligrafi tulisan rumi, Khat tulisan arab dan jawi, serta 'khai' tulisan cina.
Fasal tujuh: secara dasarnya kata terbahagi kepada kata nama, kata kerja, kata sifat, kata tugas dan kata sendi.
Fasal lapan: manakala kata nama terbahagi kepada kata nama khas dan kata nama am.
Fasal sembilan: manakala kata kerja terbahagi kepada kata kerla lalu, kata kerja sekarang dan kata kerja akan datang.
Fasal sepuluh: manakala kata ganti diri terbahagi kepada kata ganti diri pertama, kata ganti diri kedua, dan kata ganti diri ketiga.
Fasal sebelas: setiap perkataan terdapat kata sama erti dan kata lawan erti.
Fasal dua belas: terdapat empat tanda bacaan utama iaitu tanda koma, tanda noktah, tanda tanya dan tanda seru.
Fasal tiga belas: sistem ejaan setiap bahasa terbahagi kepada ejaan lama dan ejaan baru.
Fasal empat belas: setiap bahasa terdapat bahasa baku dan bahasa dialek tempatan.
Fasal lima belas: kata ganda terbahagi kepada kata ganda satu, kata ganda dua dan kata ganda banyak.
Fasal enam belas: kata dari segi jantina terbahagi kepada kata lelaki dan kata perempuan.
Fasal tujuh belas: gaya bahasa penulisan terbahagi kepada perumpamaan, pengulangan, keselarasan rima akhir, penyerupaan, ancaman, galakkan, penafian, persetujuan, perintah dan larangan.
Fasal lapan belas: kata hikmah itu dinukilkan daripada kata pujangga, kata ulama, kata ahli hikmah, kata ahli falsafah, kata para sahabat nabi dan sabdaan para nabi rasul.
Fasal sembilan belas: simpulan bahasa arab, Inggeris dan melayu terdiri daripada dua kalimah, manakala simpulan bahasa cina terdiri daripada empat perkataan.
Fasal dua puluh: peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan pengertian yang tertentu.
Fasal dua puluh satu: pepatah adalah peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran perkataan orang tua-tua.
Fasal dua puluh dua: sajak adalah puisi moden berbeza daripada pantun atau syair yang digubah dalam bahasa yang indah untuk menyatakan fikiran, perasaan dan pengalaman.
Fasal dua puluh tiga: syair adalah karangan bersajak tiap-tiap rangkap terdiri daripada empat baris yang sama bunyi hujungnya.
Fasal dua puluh empat: cerpen adalah cerita yang pendek.
Fasal dua puluh lima: novel adalah cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial.
Fasal dua puluh enam: kitab adalah buku suci yang mengandungi perkara-perkara keagamaan seperti hukum dan ajaran.
Fasal dua puluh tujuh: risalah adalah karangan rencana ringkas mengenai sesuatu perkara.
Fasal dua puluh lapan: hikayat adalah cerita khasnya cerita-cerita lama dalam bentuk prosa, riwayat dan sejarah.
Fasal dua puluh sembilan: lagu adalah gubahan muzik biasanya dengan seni kata dan nyanyian.
Fasal tiga puluh: nasyid adalah lagu biasanya dinyanyikan secara kumpulan yang mengandungi seni kata yang berunsur Islam.
Fasal tiga puluh satu: berita adalah maklumat mengenai sesuatu kejadian yang disampaikan sama ada secara lisan atau dengan surat khabar dan warta.
Fasal tiga puluh dua: surat terbahagi kepada surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi dengan formatnya yang tertentu.
Fasal tiga puluh tiga: laporan adalah sesuatu yang dilaporkan.
Fasal tiga puluh empat: minit mesyuarat adalah laporan dan catatan terhadap sesuatu sesi mesyuarat.
Fasal tiga puluh lima: kita perlu kuasai kemahiran membaca bahasa arab tanpa baris.
Fasal tiga puluh enam: kita perlu kuasai kemahiran menyebut nada bahasa cina dengan betul.
Fasal tiga puluh tujuh: kemahiran pronounsation bahasa Inggeris perlu sentiasa dibaiki.
Fasal tiga puluh lapan: kita perlu kuasai kemahiran sistem ejaan tulisan jawi dalam ejaan lama dan ejaan baharu.
Fasal tiga puluh sembilan: kita perlu mahir kegunaan empat bahasa dalam membuat usaha dakwah.
Fasal empat puluh: kita perlu mahir kegunaan empat bahasa dalam perniagaan dengan bilangan, mata wang dan barang.

  

Forty Arabic, malay, English and Chinese grammar

Forty  Arabic, malay, English and Chinese grammar.
Clause  one: there are two types of writing that are written by Ideogram and Phonogram.
Clause two: every Arabic, Malay, English and Chinese languages ​​have a classic language and modern language.
Clause three: The letter machraj of each language is divided into lip gloss, machraj tongue, and nasal macros.
Clause four: four chinese tone tones, the average tone of the yin, the flat tone, the tones rising, and the tones left.
Clause five: learn 'arabic language to identify the functions of the word in the verse, helping in reading and constructing verses.
Clause six: Among the art of calligraphy, roman calligraphy, Khat Arabic and jawi, and 'khai' chinese text.
Clause seven: basically the word is divided into nouns, verbs, adjectives, task words and joint words.
Clause eight: while the noun is divided into special nouns and common nouns.
Clause nine: while the verb is divided into last words, current verbs and verbs to come.
Clause ten: while the pronouns are divided into the first personal pronouns, second personal pronouns, and third personal pronouns.
Clause eleven : every word has the same meaning and the meaning of the word.
Clause twelve: there are four major punctuation marks, namely commas, periods, question marks and exclamation marks.
Clause thirteen: each language's spelling system is divided into old spellings and new spellings.
Clause fourteen: every language has the default language and the local dialect language.
Clause fifteen: double words are divided into double words, double words and multiple words.
Clause sixteenth: the word in terms of sex is divided into male and female words.
Clause seventeen: the writing style of the language is divided into parables, repetitions, final reconciliation, simplicity, threat, encouragement, denial, consent, order and prohibition.
Clause eighteen: The word is derived from the poet's words, said the scholar, said the master of wisdom, the philosopher said, the companions of the prophets and the apostles of the apostles.
Clause nineteenth: Arabic, English and Malay idioms comprise two words, while the Chinese knot consists of four words.
Clause  twenty: proverb is a sentence or group of words that has a fixed order and a certain sense.
Clause twenty-one: the proverb is a proverb that contains advice, the teaching of the elders word.
Clause Twenty-two: rhyme is a modern poem different from pantun or poems composed in beautiful language to express thoughts, feelings and experiences.
Clause twenty-third: the poem is a string of rows each of the two lines consisting of four equal lines of the ends.
Clause twenty-four: Short stories are short stories.
Clause twenty-five: novels are stories of prose, usually long and complex, relating to human experience and social conduct.
Clause twenty-six: the book is a sacred book containing religious matters such as law and teaching.
Clause Twenty-seven: The pamphlet is a short article draft on a matter.
Clause twenty-eight: hikayat is a special story of old stories in the form of prose, history and history.
Clause twenty-nine : the song is a musical composition usually with the word art and the song.
Clause thirtyth: nasyid is a song usually sung in a group containing Islamic artistic words.
Clause thirty-one: news is information about an incident presented either verbally or by newspapers and news.
Clause thirty-two: letter is divided into official letter of mail and unofficial mail with its particular format.
Clause thirty-three: the report is something that is reported.
Clause thirty-four: minutes of meetings are the reports and entries of a meeting session.
Clause thirty-five: we need to master the reading skills of arabic without line.
Clause thirty-sixth: we need to master the correct language chanting skills.
Clause thirty-seventh: English pronounsation skills should always be fixed.
Clause thirty-eight: we need to master the skills of the jawi text spelling system in the old spelling and new spelling.
Clause thirty-nine: we need to be able to master the four languages ​​in making da'wah efforts.

Clause Forty: we need to master the four-language use of business with numbers, currencies and goods.