Tuesday, 19 September 2017

Ringkasan Kesihatan, Pemakanan dan Keselamatan kanak-kanak

Bab 1: Pengenalan
 Pendekatan holistik memperlihatkan kanak-kanak secara holistik yang merupakan individu yang sihat, mendapat makanan yang mencukupi dan seimbang, dan selamat daripada apa jua kecederaan.
 Kesihatan ialah kesejahteraan seseorang yang meliputi aspek fizikal, mental dan sosial dan tidak terhad kepada ketiadaan penyakit atau keuzuran.
 Para pendidik dan ibu bapa mesti menentukan bahawa keadaan sekeliling kanakkanak adalah bersih dan selamat.
 Pemakanan ialah tentang nutrien (bahan dalam makanan yang menghasilkan tenaga dan menyumbang kepada pertumbuhan badan) dan diet (jenis makanan yang dimakan).
 Keselamatan ialah tabiat dan amalan yang dapat mencegah kanak-kanak menimpa kecederaan sama ada di sekolah, luar sekolah, padang permainan termasuk makanan.
 Kesejahteraan ialah petanda kepada kesihatan yang optimum. Keseronokan dan pendekatan yang positif kepada gaya hidup akan membawa kepada kesejahteraan hidup yang tinggi.
a) Apakah yang menjadi tumpuan perkhidmatan kesihatan sekolah?
b) Bagaimana pendidikan kesihatan dilaksankan di sekolah-sekolah?
c) Jelaskan langkah-langkah yang diambil dalam ‘perkhidmatan kesihatan persekitaran sekolah’.
d) Apakah yang diberi tumpuan dalam pemeriksaan kesihatan murid-murid?
 Genetik memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, ketinggian, paras rupa dan bentuk.
 Kesihatan fizikal termasuklah cergas dari segi fizikal, amalan pemakanan yang berkhasiat dan mendapat rehat dan tidur yang cukup.
 Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optimum.
 Pemeriksaan persekitaran sekolah meliputi pemeriksaan infrastruktur sekolah, kebersihan, pengawalan penyakit bawaan vektor dan pemantauan kebersihan dan pengendalian kantin sekolah.

Bab 2: Masalah Kesihatan Kanak-Kanak
Kanak-kanak kerap didedahkan kepada berbagai-bagai jenis masalah kesihatan seperti alergi, selsema, batuk, sakit tekak dan juga keracunan seperti keracunan makanan. Walau pun kejadian-kejadian ini dianggap tidak mebahaya, ia tidak boleh diabaikan dan tabika dan tadika boleh mengambil tindakan untuk mengelak ia berlaku. Jika ia dibiar berterusan, ia boleh menjejas perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak serta mempengaruhi pembelajaran mereka. Di pusat-pusat tabika dan tadika, penyakit-penyakit tertentu mudah berjangkit seperti selsema, demam campak, penyakit mulut dan kaki dan lain-lain.
Alergi ialah sesuatu reaksi abnormal oleh sistem imuniti kita terhadap sesuatu bahan? Contohnya, sesetengah kanak-kanak mempunyai reaksi alergik apabila meminum susu. Dalam kebanyakan kes, alergi tidak merbahaya. Sesetengah orang sensitif terhadap sesuatu bahan manakala orang lain tidak sensitif terhadap bahan yang sama. Adalah sukar menentukan mengapakah ini berlaku. Sesetengah kajian mengaitkan alergi dengan faktorfaktor genetik.
RAMAI kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi (alahan) mata. Kanak-kanak kerap kali mengalami keadaan mata merah dan mengadu keadaan mata yang tidak selesa. Dalam bahasa perubatan, penyakit ini dikenali sebagai allergic conjunctivitis. Keadaan ini menyebabkan mereka kerap tidak menghadiri persekolahan dan menimbulkan keresahan para ibu bapa.
Apakah itu alahan pemakanan? Kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
Berapa kerap ia berlaku? Adalah dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%). Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. Walau bagaimanapun, sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat. Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan.
Konjunktiva ialah selaput lutsinar yang melitupi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Radang pada konjunktiva dikenali sebagai konjunktivitis. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan. Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Apa itu jangkitan cacar air? Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang.
Ruam merupakan masalah biasa di kalangan kanak-kanak. Ruam boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius, tetapi kebanyakannya adalah tidak merbahaya. Ada sebahagian daripadanya adalah serius dan memerlukan rawatan perubatan. Sebahagian ruam terjadi dan sembuh dengan cepat, manakala sebahagian daripadanya mengambil masa yang lama. Ada juga ruam yang terjadi sembuh dengan cepat dan ada juga yang ambil masa beberapa hari untuk sembuh.
Cirit-birit selalunya terjadi dikalangan kanak-kanak. Biasanya ia akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.
Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bab 3:Pengurusan Kesihatan Kanak-Kanak
 Kebersihan penting untuk semua orang terutamanya kanak-kanak kerana kesihatan yang sempurna akan menghindarkan mereka dari jangkitan penyakit.
 Bersihkan dapur untuk menghindar dari lipas, tikus dan lain-lain serangga.
 Adalah penting pakaian dan kasut kanak-kanak sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
 Penjagaan kebersihan persekitaran amat penting bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak dan juga pengendalian pusat jagaan ini.
 Mencuci tangan adalah satu amalan yang amat penting bagi mencegah perebakan jangkitan penyakit berjangkit.
 Kajian menunjukkan bahawa tombol pintu dan kepala paip mempunyai kontaminasi kuman yang tinggi.
 Penyebab etiologi utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria.
 Flos gigi yang dilakukan secara tekal dapat membersihkan plak dan partikel makanan dari celah-celah gigi yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi.
 Guru perlu menyimpan rekod kesihatan murid kerana guru perlu peka dengan keperluan murid dan apabila membuat aktiviti perlu mengambil kira tentang kesihatan.
 Jika penyakit kanak-kanak telah dipastikan oleh doktor sebagai penyakit penyakit berjangkit, kanak-kanak tersebut tidak boleh dibenarkan sama sekali untuk hadir ke sekolah sehingga habis tempoh jangkitan.

Bab 4: Kecergasan Fizikal
Jika dibandingkan gaya hidup masyarakat pada 50 tahun lalu, pastinya ia sudah banyak berubah tanpa kita sendiri sedari. Jika pada dahulunya kita banyak bergantung kepada gaya hidup tradisional, namun gaya hidup kian berubah selari dengan peredaran masa. Seiring dengan gaya hidup moden, gaya kehidupan kini berkembang menjadi gaya hidup digital.
Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif  dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan kemahiran (lakuan motor).
Kecergasan berkaitan kesihatan mengurangkan risiko penyakit dan terdiri daripada berikut: Komposisi badan/kandungan lemak, Daya tahan kardiovaskular, Fleksibiliti, Kekuatan Otot, Daya Tahan Otot.
 Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diperlukan. Komponen-komponen ini adalah: Kelajuan (Speed), Ketangkasan (Agility), Kuasa (Power), Imbangan (Balance), Masa reaksi (Reaction Time), Koordinasi (Coordination).
Aktiviti fizikal yang dilakukan secara tetap dan teratur serta disusuli dengan amalan pemakanan yang sihat boleh memberikan faedah-faedah berikut: Meningkatkan Kesihatan tubuh badan, Kecerdasan otak, Tahap konsentrasi, Kekuatan dan daya tahan otot, Fleksibiiti individu semasa melakukan pergerakan, Ketrampilan da keyakinan diri, Proses tumbesaran tulang. Menurunkankan Berat badan, Mencegah kegemukan, Stres.
Apakah Senaman ? Pergerakan yang terancang dan berstruktur untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal seperti berjalan pantas, berbasikal, bersukan, senamrobik, tai-chi, seni mempertahankan diri dan latihan mengangkat beban di gimnasium.

Bab 5:Makan Secara Sihat
Anak-anak yang membesar memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan secara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Kanak-kanak perlu Didedahkan kepada makanan keluarga secara beransur ansur. Jika kanak-kanak tidak mendapat makanan seimbang, mereka boleh menghadapi masalah kurang Berat badan atau kegemukan.
Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan yang berbentuk pepejal dan cecair. Makanan terdiri dalam pelbagai bentuk, tekstur, rupa, rasa, warna dan bau yang berlainan. Makanan juga ialah gabungan pelbagai rasa iaitu pahit, masin, manis, pedas dan masam. Tekstur makanan bermaksud kelembutan, kelicinan, kekerasan, kegaringan dan kekasaran suatu makanan. Makanan merupakan keperluan asas primer setiap manusia. Fungsinya ialah memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial. Kuantiti dan kualiti makanan mempengaruhi tahap kesihatan individu.
Nutrien adalah bukan sekadar vitamin sahaja walaupun ramai menganggap kedua-duanya adalah sama. Karbohidrat, protein, lemak, minerals, vitamin dan air kesemuanya adalah NUTRIEN. Nutrien ini dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk kesihatan tubuh kita. Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, memastikan organ berfungsi dengan sempurna dan untuk perkembangan sel.
Pemakanan merupakan aspek yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan kanak-kanak. Amalan pemakanan yang tidak sihat dalam tempoh masa yang lama dikaitkan dengan masalah berlebihan berat badan dan obesiti. Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada masalah ini adalah pengambilan diet yang tinggi kalori, tinggi gula, tinggi lemak serta mengamalkan cara hidup yang kurang aktif. Obesiti turut menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit diabetes, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi dalam darah, penyakit jantung kardiovaskular, batu karang, masalah pernafasan dan sesetengah jenis kanser (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia, 2005).
Makan secara sihat penting untuk mencegah masalah kekurangan dan berlebihan berat badan; mengekalkan berat badan yang normal; mencegah masalah kekurangan nutrien dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan pemakanan. Piramid Makanan Malaysia adalah panduan yang boleh membantu kita merancang dalam pemilihan jenis dan kandungan makanan yang diambil setiap hari. Ia digunakan untuk mengimbangkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam sajian harian.
Berikut ini ialah beberapa panduan pemilihan makanan yang sihat: Pilih Makanan Kurang Lemak; Makanan Kurang Gula; Makanan Kurang Garam; Makanan Berserat Tinggi; Menggunakan Lebih Sayur dalam Masakan; Minum Air; Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal. Permasaalahan merupakan satu keadaan yang amat memenatkan kepada ibu bapa dan guru didalam soal pemakanan kanak-kanak: Kurang selera makan, Suka memilih makanan, Kurang berat badan, Berat badan berlebihan.

Bab 6: Pengurusan dan Perancangan Pemakanan
Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalak tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pada saban hari, masalah berlebihan berat badan dan kekurangan berat badan yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan pengambilan zat makanan yang tidak seimbang. Kekurangan zat makanan teruk menyumbang kepada penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia.
Pengendali makanan di premis prasekolah adalah individu yang mula terlibat dalam penyediaan makanan. Pengendali makanan juga dapat menentukan makanan yang disedia dan dihidang adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak.
Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan dan mempunyai sijil atau kad kesihatan untuk mengesahkannya. Perakuan tersebut hendaklah sentiasa disimpan di premis prasekolah berkenaan. Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah sentiasa diawasi.
Semasa bertugas, semua pengendali makanan hendaklah: berpakaian sopan, kemas dan sesuai; memakai apron berwarna cerah; memakai penutup kepala yang sesuai, bersih serta mudah dibasuh; dan memakai tanda nama dan kasut mengikut keadaan yang sesuai dan memakai sarung tangan pakai buang.
Makanan dan minuman berkhasiat disediakan di prasekolah kepentingan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial semasa mereka berada di prasekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan bagi memastikan hanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mencukupi serta bebas daripada bahan tambah contoh pewarna/perisa disediakan di prasekolah.
Sarapan merupakan hidangan yang sangat penting kerana banyak sebab:
 Sukar sekali untuk makan khasiat yang mencukupi pada waktu siang tanpa sumbangan khasiat daripada sarapan.
 Tidak bersarapan mengakibatkan rasa lapar kemudian, dan sering makanan kudapan yang kurang berkhasiat dimakan kerana tersedia pada masa itu.
 Memantapkan rutin yang sihat untuk kanak-kanak kecil yang melibatkan bersarapan sihat membentuk asas untuk pola dalam kehidupan mereka kelak.
• Kanak-kanak yang tidak bersarapan lebih mungkin berlebihan berat badan atau gemuk.
Sekiranya pernah  mengalami cirit-birit beberapa jam selepas makan bermakna anda telah mengalami keracunan makanan. Malangnya, ramai di antara kita menerima keracunan makanan seperti kejadian yang biasa dan tidak mahu menyalahkan pengendali yang meghidang makanan yang bahaya itu. Paling teruk apabila keracunan makanan berlaku di sekolah-sekolah dengan begitu kerap dan mangsanya ialah kanak-kanak (Rujuk kepada keratan dan tajuk-tajuk akhbar di atas). Mereka ini terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan segera. Justeru, guru dan pihak pengurusan prasekolah perlu tahu tentang keselamatan makanan.

Bab 7: Keselamatan
Bab ini akan membincang dengan mendalam tentang keselamatan kanak-kanak prasekolah. Tumpuan ialah beberapa jenis keselematan seperti keselamatan bangunan, keselamatan dalam bilik darjah, keselamatan luar bilik darjah, keselamatan barang permainan dan keselamatan diri.
Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.
Penubuhan sesuatu prasekolah (sama ada taska atau tadika) memerlukan kelulusan Majlis Perbandaran Tempatan yang akan merujuk kepada pihak-pihak tempatan. Adalah penting untuk memastikan bahawa jalan keluar masuk prasekolah berkenaan terletak sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama jalan. Juga ia tidak terletak di kawasan sesak atau di jalan utama. Perlu ditentukan bahawa jiran-jiran tiada halangan berkaitan bunyi bising dan kesesakan lalulintas. Walau bagaimanapun, kelulusan bagi sesuatu prasekolah boleh di tarik balik atau dipertimbangkan semula jika terdapat aduan dari orang ramai dan jiran-jiran.
Asas keselamatan dalam bilik darjah dan juga diluar bilik darjah meliputi aspek keselamatan emosi dan keselamatan fizikal: Keselamatan Emosi – Penting untuk memastikan kanak-kanak bebas daripada perasaan negatif, takut, resah, ragu-ragu semasa berinteraksi dengan guru dan orang dewasa lain di sekolah. Keselamatan Fizikal – Pembahagian ruang mestilah seimbang bagi memudahkan pergerakan pelajar didalam kelas.
Dapur hendaklah berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang diasingkan untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak. Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat dan kanak-kanak mestilah dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada setiap masa. Tandas bagi murid-murid lelaki dan perempuan hendaklah berasingan. (Tertakluk kepada keadaan bangunan).Kemudahan kebersihan, mesti menyediakan ; ‘elbow tap’.
Paling penting ialah pintu masuk ke kawasan bilik darjah hendaklah sentiasa ditutup dengan pagar geriji apabila kanak-kanak adalah di dalam kelas. Ruang diluar prasekolah haruslah dipagar dan hanya orang tertentu dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Sentiasa menutup pagar tangga untuk menghalang kecederaan daripada jatuh tangga. Pastikan lubang di penghalang itu kecil supaya tidak melepasi kepala kanak-kanak. Jangan menggunakan pagar jenis 'accordian'. Adalah sangat penting semua longkang di laluan utama sekolah di tutup menggunakan simen dan bukan besi konkrit bagi mengelakkannya dicuri selain menjamin keselamatan murid. Pastikan kawasan permainan air di kosongkan jika tidak digunakan.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa kanak-kanak bersukan atau ketika bermain di taman permainan ialah:
 pastikan kanak-kanak memakai kasut yang tapaknya tidak licin
 pastikan kanak-kanak memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti luar
 tempat memanjat seharusnya terletak di atas rumput atau pasir supaya anak-anak tidak cedera jika terjatuh.
 Pastikan tiada benda tajam yang menonjol
 Permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan
 Pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan serta berfungsi dengan baik
 alat permainan mesti dipasang dengan kukuh.
 jangan benarkan kanak-kanak membaling pasir semasa bermain di timbunan pasir. Ini kerana pasir boleh mencalarkan mata.
 semua alat permainan dipastikan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak. 
kanak-kanak  lebih terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya disebabkan beberapa faktor antaranya bentuk fizikal yang kecil, kognitif dan batasan sosial sekeliling mereka. Maka pendidikan keselamatan jalan raya amat penting. Adalah  mustahak diadakan kempen bagi mendidik murid mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri ketika berada di jalan raya ekoran kurangnya kesedaran mengenai perkara itu oleh golongan tersebut.
Bagaimana Api bermula:
 Bahanapi adalah semua bahan boleh terbakar samada pepejal, cecair atau gas.
 Udara untuk bernafas adalah 21% oksigen. Api hanya perlu 16% Oksigen untuk membakar.
 Haba adalah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bahan api ke tahap pengewapan bagi membolehkan penyalaan.
TINDAKBALAS KIMIA – tindakbalas rantaian boleh berlaku bila ketiga – tiga elemen ini wujud. Kebakaran berlaku bila terdapat oksidasi yang pantas. Hapuskan salah satu elemen ini kebakaran tidak akan berlaku. Cara penggunaan pemadam api melalui 4 langkah yang diberi akronim PASS yang bermaksu dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Pull’, ‘Aim’, ‘Squeeze’ dan ‘Sweep’.
Guru prasekolah perlu mendedahkan kanak-kanak prasekolah tentang cara menjaga keselamatan sendiri, cara ini boleh membantu mereka menjadi individu yang lebih bertanggungjawab. pendidikan keselamatan yang diperkenalkan kepada kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga enam tahun, bukan hanya untuk mereka mengetahui tentang keselamatan diri masing-masing tetapi mengetahui mengenai anggota badan dan penghargaan terhadap diri sendiri serta penggunaan akal dan perasaan untuk menjaga keselamatan diri.
Cara berkenaan lebih memudahkan proses untuk anak-anak mencerap apa yang diajarkan kepada mereka dan kanak-kanak cepat memahami apa yang ingin disampaikan. Ibu bapa juga perlu gunakan pendekatan yang sama untuk mendidik kanak-kanak mengenai keselamatan diri.

Bab 8: Pertolongan Cemas
Bab ini membincangkan tentang pertolongan cemas yang perlu diketahui guru prasekolah. Seperti pepatah, ‘Malang tak berbau’, guru prasekolah hendaklah sentiasa bersedia memberi bantuan kepada kanak-kanak yang mengalamai apa jua kecederaan sementara menunggu ketibaan ambulan atau pakar perubatan.
Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara tibatiba. Pertolongan cemas ialah bantuan diberikan sebelum ketibaan ambulan atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Pertolongan cemas diberikan untuk:
 Menyelamatkan nyawa
 Mengelakkan kecederaan mangsa menjadi lebih buruk
 Mengurangkan kesakitan mangsa
Individu yang memberi pertolongan cemas boleh menyelamatkan nyawa seseorang atau mengurangkan kesakitan yang dialami serta mengelakkan kecederaan yang alami menjadi lebih teruk.
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik. Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paruparu dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian.
Luka lecur/bakar amat menyakitkan. Luka lecur/bakar yang disebabkan oleh haba adalah yang paling biasa berlaku. Bahan kimia tertentu juga boleh menyebabkan luka lecur/bakar. Arus elektrik pula boleh mendatangkan kecederaan lecur/bakar luaran dan dalaman.
Jatuh adalah antara kemalangan yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.  Mereka bermain mengikut kehendak naluri dengan tidak menimbangkan bahaya yang berada di hadapan mereka. Apatah lagi tubuh mereka yang kecil dan otot yang tidak kuat menyebabkan mereka agar sukar mengimbangkan badan.
PATAH merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya.
Terkehel (Dislocation) bermaksud berlaku perubahan kedudukan tulang dari acuan persendiannya. Terkehel terjadi pada persendian tulang tanpa melibatkan kecederaan tulang.
Luka di mata ini berlaku apabila satu tamparan yang tepat dan tajam, terdapat serpihan logam, kaca dan batu-batu halus. Ia merupakan satu gejala yang serius. Sedikit geseran atau calar pada permukaan mata (kornea) membawa jangkitan atau parut yang boleh mengakibatkan penglihatan kabur. Luka yang tembus boleh merosakkan bebola mata dan membenarkan kandungan cecairnya yang jernih (humour) mengalir keluar.
Tekanan darah yang tinggi menyebabkan hidung berdarah. Gejala ini bahaya kerana ia menyebabkan mangsa kehilangan darah yang banyak Jika hidung berdarah diikuti dengan kecederaan kepala akan menghasilkan cecair dantidak pekat. Ini amat serius kerana terdapat kebocoran cecair ‘cerebrospinal’ dari keliling otak.
Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.
Kanak-kanak juga boleh pengsan bukan disebabkan oleh pitam tetapi kerana akibat daripada berlakunya gangguan di otak yang menyebabkan otak tidak berfungsi. Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan bekalan oksigen atau kecederaan di bahagian otak. Setengah pengsan (drowsiness), mangsa mudah sedar. Sesetengah situasi mangsa boleh merasa kesakitan tetapi tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Di dalam situasi lain pula, mangsa tidak sedar langsung (unconscious) dan tidak sedar dan tidak tahu apa- apa langsung.
Walau pun keracunan dalam kalangan kanak-kanak berlaku di rumah, pihak prasekolah perlu juga mengetahui tentang masalah keracunan. Kanak-kanak adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Sumber racun yang biasa terdapat terdiri daripada minyak tanah, petrol, ubat-ubatan, racun serangga, racun rumpai, hahan pencuci, pengilat dan lain-lain.
Resusitasi Kardio Pulmonari atau dalam Bahasa Inggeris Cardio Pulmonary Resuscitation atau dengan singkat CPR ialah satu cubaan memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik bantuan pernafasan dan tekanan pada dada. Teknik bantuan pernafasan atau teknik mulut ke mulut diperkenalkan oleh Dr. James Elam dan Peter Safar manakala teknik tekanan dada (Cardiac Compression) diperkenalkan oleh Dr. Kounwenhoven. Kedua-dua teknik ini gabungkan dan diperkenalkan pada tahun 1973. CPR berdasarkan prinsip bahawa pengaliran darah beroksigen ke otak dipulihkan dengan segera menerusi pernafasan dan mampatan dada.
Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas.





Ringkasan kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Bab 1: Apakah Masalah Pembelajaran?
 Istilah ‘bermasalah pembelajaran’ (learning disabilities) mula-mula sekali digunakan oleh Samuel Kirk pada tahun 1963.
 Kanak-kanak ini, diandaikan mengalami ketidakupayaan neurologikal yang memberi kesan terhadap kemampuan untuk memahami, mengingat, atau menyampaikan maklumat.
 Ketidakupayaan pembelajaran merujuk kepada gangguan pada proses psikologi yang mempengaruhi pemahaman dan penggunaan bahasa, sama ada lisan ataupun tulisan.
 Masalah membaca merupakan salah satu masalah utama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
 Antara masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar ialah kesukaran memegang pensil, menulis huruf yang berlainan saiz, bagi sesuatu perkataan, terdapat ruang di antara huruf bagi sesuatu perkataan dan organisasi perenggan yang tidak teratur.
 Dianggarkan antara 15 hingga 40 peratus pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsif, telalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya.
 Diskalkulia (dyscalculia) merupakan istilah yang digunakan secara meluas bagi ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.
 Walaupun amat sukar untuk membezakan sama ada masalah yang timbul adalah disebabkan oleh faktor genetik atau persekitaran, terdapat juga kajian-kajian yang menunjukkan kaitan genetik dan masalah pembelajaran.
 Ramai para profesional perubatan berpendapat kebanyakan masalah pembelajaran ada kaitan dengan kecederaan otak.
 Penempatan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran pada masa kini merupakan salah satu isu yang paling berkontroversi.
 Pelajar bermasalah pembelajaran dan pelajar biasa di tempatkan dalam bilik darjah sama.

Bab 2: Kanak-Kanak Bermasalah Pertuturan
 Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara.
 Masalah pertuturan dikaitkan dengan Suara, Bunyi, Artikulasi dan Kelancaran.
 Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap.
 Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
 Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada suara.
 Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.
 Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan.
 Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang gagap.
 Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak.

Bab 3: Bermasalah Pendengaran
 Kegagalan deria pendengaran untuk berfungsi dengan sempurna membawa kepada masalah berkomunikasi yang sekaligus menjejaskan kualiti kehidupan sosial dan peribadi.
 Pendengaran memungkinkan manusia menerima dan menyerap ilmu sebelum diproses oleh minda.
 Kegagalan untuk mendengar vowel dan konsonan menjadikan seseorang itu pekak dan sukar untuk mendengar bunyi dan apatah lagi untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain.
 Kanak-kanak bermasalah pendengaran sukar mengikuti arahan lisan dan sukar memahami arahan yang mudah.
 Kanak-kanak bermasalah pendengaran melengahkan penyelesaian tugasan dan meniru tingkah laku rakan sebaya kerana gagal mendengar arahan guru.
 Kanak-kanak bermasalah pendengaran kerap kali mengadu sakti telinga, sakit tekak, selesema dan cecair yang keluar daripada telinga.
 Sederhana - boleh mendengar bunyi setakat 1-1.5 meter daripadanya masih boleh memahami perbualan sukar melibatkan diri dalam perbincangan berkumpulan perlukan alat bantuan pendengaran dan terapi pertuturan.
 Masalah pendengaran konduktif berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah.
 Implan koklear ini dibuat jika sel rambut di telinga dalam (koklear) telah rosak teruk.
 Alat bantu dengar berfungsi untuk membesarkan atau menggandakan bunyi supaya mudah dikesan ole telinga dalam.

Bab 4: Bermasalah Membaca
 Disleksia (ejaan Bahasa Inggeris - Dyslexia) adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran’ dan “lexia” bermaksud “perkataan” atau penggunaan perkataan.
 MENDEKOD ialah proses menghuraikan perkataan kepada fonem-fonem tertentu dan mengenal fonem-fonem berkenaan.
 KEFAHAMAN ialah memahami maksud perkataan, frasa dan ayat yang dibaca.
 Elakkan membuat anak disleksia 'membaca dengan kuat dalam kelas.
 Disleksia tidak boleh disembur. Bagaimana pun, intervensi awal dapat menyakinkan kanak-kanak untuk mencari jalan mengurangkan kesan masalah mereka.
 Kawasan Broca ini (berwarna hijau) adalah berfungsi untuk membuat bunyi dan bertulis.
 Keturunan atau Genetik - Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.
 Keturunan atau Genetik - Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.
 Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad.
 Kematangan – Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf.

Bab 5: Bermasalah Matematik
 Diskalkulia atau dalam bahasa Inggeris “dyscalculia” terbahagi kepada "Dys" yang bermaksud "teruk" dalam bahasa Greek; dan "calculie" yang bermaksud "mengira" dalam bahasa Latin.
 Secara rasmi, DSM-IV (The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) telah mengklasifikasi ‘diskalkulia’sebagai ‘bermasalah matematik’
 Kesukaran Visual-Reruang (Visual-Spatial) kesukaran yang menyebabkan seseorang menghadapi masalah memproses apa yang mata melihat mungkin sukar menggambarkan corak atau rajah-rajah sesuatu masalah matematik.
 Perlu ditegaskan, tidak semua kanak-kanak yang menghadapai kesukaran menyelesaikan masalah matematik menghadapi diskalkulia.
 Kesukaran menyusun dan mengklasifikasi benda-benda secara logikal seperti melonggokan objek bulat dalam satu kumpulan dan objek tiga segi dalam satu kumpulan lain.
 Kadang kala kanak-kanak telah mengalami kecederaan pada otak disebelah kiri otak yang berdekatan denga telinga.
 Guru digalakkan bermula dengan konsep-konsep matematik yang mudah  dahulu supaya kanak-kanak dapat membuat generalisasi kepada konsepkonsep matematik yang lebih komplek.
 Menggunakan objek-objek atau bahan realia untuk memahami pengiraan.
 Ibu bapa hendaklah diberitahu iaitu mereka “jangan sekali-kali pun mengatakan anak mereka tidak pandai matematik”. Ibu bapa hendaklah sentiasa positif dan merangsang anak mereka.
 Gunakan objek-objek di persekitaran rumah untuk memperkukuhkan penguasaan matematik.

Bab 6: ADHD
 Kerap kali kedengara guru serta ibu bapa merungut tentang kanak-kanak yang tidak mendengar cakap mereka dan sukar memberi tumpuan.
 Kanak-kanak ini sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, impulsif, telalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya.
 Ciri-ciri kognitif kanak-kanak ADHD dianggap berkaitan dengan kelainan otak mereka.
 Ciri-ciri sosial dan emosi lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri dan kefungsian sosial secara menyeluruh.
 Disebabkan ADHD tidak berkaitan dengan keupayaan kognitif, adalah tidak memeranjatkan sekiranya terdapat perbezaan yang luas bagi ciri-ciri akademik kanak-kanak ADHD ini.
 Kekerapan dan keterukan masalah tingkah laku pelajar ADHD menunjukkan perbezaan yang besar.
 Bagi menentukan secara diagnostik sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi ADHD, Persatuan Psikologi Amerika telah menyenaraikan kriteria-kriteria ADHD dalam DSM-IV.
 Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang ADHD supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
 Proses mengenal pasti kanak-kanak dengan ADHD memerlukan kolaborasi di antara doktor, ahli psikologi, pendidik, dan juga ibu bapa.
 Kanak-kanak dengan ADHD adalah boleh dididik dan mempunyai potensi untuk berkembang seperti kanak-kanak lain.
 Ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan tentang ADHD supaya mereka dapat membantu anak mereka mengurangkan masalah yang timbul daripada ADHD.

Bab 7: Bermasalah Menulis atau Disgrafia
 Ramai orang tidak memikirkan tentang kerumitan dan kesukaran proses penulisan.
 Kanak-kanak pada peringkat umur taska dan tadika berpura-pura menulis dan mula sedar bahawa huruf boleh disusun untuk menjadikan perkataan
 Seperti semua masalah pembelajaran, bermasalah menulis boleh menjejas pencapaian akademik serta harga diri kanak-kanak dan masa depan mereka.
 Dysgraphia terdiri daripada dua perkataan Greek; iaitu dys yang bermaksud ‘masalah’ dan graphia yang bermaksud ‘tulisan tangan’.
 Secara amnya, ciri-ciri dalam disgrafia ini adalah seperti pegangan pensel dan posisi badan yang tidak betul, mudah penat apabila menulis atau menyalin ayat dan pembalikan kedudukan huruf dalam perkataan.
 Penulisan ialah suatu aktivit yang memerlukan banyak tenaga mental dan tumpuan atau konsentrasi pada suatu jangka masa yang panjang.
 Alat adaptif (alat bantuan teknologi rendah) boleh meningkatkan keupayaan menggenggam pensel melalui intervensi pendekatan biomekanikal.
 Kanak-kanak disgrafia kadang-kala sungguh kecewa dengan masalah yang dihadapi dan cuba mengelak terlibat dengan aktiviti yang memerlukan mereka menulis.
 Genggaman pensel semasa menulis penting untuk memastikan tulisan kanakkanak adalah baik. Genggaman pensel melibatkan otot halus pada bahagian tangan dan jari.

Bab 8: Kanak-Kanak Bermasalah Kognitif
Tumpuan ialah kepada tanda-tanda masalah kognitif, punca berlakunya masalah kognitif an tindakan yang boleh diambil oleh guru dan ibu bapa bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah kognitif.
Masalah kognitif atau masalah intelektual ditakrifkan sebagai kanak-kanak yang berfungsi pada tahap yang lebih rendah berbanding dengan kanak-kanak lain yang sama umur. Adalah dianggarkan daripada 1000 kanak-kanak, 2 kanak-kanak akan menghadapi masalah kognitif. Kanak-kanak bermasalah kognitif juga mendapati sukar mencampur gaul, berkomunikasi dan juga fungsi fizikal mereka terhad.
Perlu diingat bahawa terdapat pelbagai tanda-tanda masalah kognitif dan seorang kanak-kanak mungkin mempamerkan bukan semua tanda-tanda ini, tetapi beberapa antara tanda-tanda ini. Ini tertakluk betapa serius masalah kognitif yang dihadapi.
Pakar-pakar perubatan, psikaitri dan psikologi telah mengenal pasti pelbagai punca masalah kognitif. Antaranya ialah: Faktor Genetik, Semasa Ibu Mengandung atau Hamil, Semasa Kelahiran Bayi , Kesihatan & Nutrisi.
Masalah kognitif bukanlah sejenis penyakit boleh merebak. Juga ia bukan sejenis penyakit mental seperti gangguan emosi. Masalah kognitif tidak boleh disembuh. Bagaimana pun, kanak-kanak bermasalah kognitif boleh diajar untuk melakukan pelbagai jenis tugas. Cuma mereka memerlukan lebih banyak masa dan perlu berusaha lebih berbanding dengan kanak-kanak lain.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah kognitif boleh berfungsi dengan Berjaya di sekolah dan menjalankan kehidupan seharian dengan baik. Bagaimana pun kanak-kanak ini memerlukan bantuan individu bagi mempelajari kemahiran-kemahiran baru.
Satu kaedah yang berkesan ialah membahagi-bahagikan seuatu tugas kepada komponen-komponen kecil untuk membantu kanak-kanak bermasalah kognitif.

Aktivti-aktiviti sosial dalam komuniti juga merupakan kaedah pembelajaran yang berkesan. Kanak-kanak bermasalah kognitif digalakkan meniru atau ‘model’ rakan sebaya untuk mempertingkatkan kemahiran sosial mereka. Juga suasana dalam komuniti mendedahkan kanak-kanak ini kepada pelbagai situasi yang menyeronokan. Ibu bapa hendak bekerjasama dengan sekolah dan bersama-sama memahami kekuatan, kelemahan serta minat kanak-kanak bermasalah kognitif.

Monday, 11 September 2017

Islamik I Ching Terjemahan Bahasa Cina

伊斯兰易经64
1:真主是宇宙和众生的创造者。
2:神的地面宽阔,我们可以在任何地方寻找食物。
3:人类每个人生于善良的状态。
4:通过阅读练习可以打开知识之门,解除愚昧无知。
5:我们需要在信仰和慈善事业上工作,而不是等待末日到来。
6:在我们的宣教,我们被鼓励辩论和对话找到一个聚会点。
7:由于生活的许多经验,长辈和父母需要受到尊重。
8:互相帮助。
9:真主降下雨水,给干枯的陆地生命。
10:严肃的人不一定凶猛。
11:我们要感谢我国的和平。
12黑暗的不像光明的那么明亮。
13:聚集在议会中的人有神的恩典。
14:上帝祝福施舍并暴露高利贷。
15:谦虚可以荣耀而骄傲得耻辱。
16:在信徒的后期,要满足天国的应许。
17:遵循先知的圣战成功。
18:提供阅读Surah YasinTahlil为死者。
19:信徒的天堂世界和信徒的囚犯。
20:在拜拜前祈祷增添新鲜度和纯洁度。
21:吃食物,直到脆脆。
22:在旅行前鼓励作启程旅行拜。
23:残忍的统治者的人是上帝给人民的灾难。
24:我们都会死,回到神面前。
25:因为神正在看我们,我们不会任意行事。
26:为艰难的时刻省钱。
27:修复自己在世界和以后的生活的成功。
28:真主不爱过犯者。
29:世界的生活充满了不道德和吝啬的陷阱。
30:安拉的光启示整个大自然。
31:安拉允许婚姻并禁止通奸。
32:只有上帝是永恒的物质。
33:如果迷误了,回到原本基地。
34:神指示我们建立自己的优势,作为圣战的准备。
35:向前走欢迎感恩的宗教信仰,以求上帝的恩惠。
36:没有人能闭上神的光。
37:建立一个有宗教欣赏的幸福家庭。
38:改变上帝的创造,会得到上帝的愤怒。
39:圣门弟子们能够漫步远方学习。
40:用智慧解决问题,管理好。
41:虔诚在心里。
42:善行增加信心。
43:作出决定的预谋和咨询。
44:妇女需要严格守卫。
45:星期五聚集星期五的祷告,听到讲道。
46:穆圣夜游升天是不能否认的真相。
47:耐心被不幸和天国的应许所压倒。
48:在后世,信徒们可以从仙泉那里喝水。
49:面对死途同时就需要做出改变。
50:靠近神的人在神的眼中得荣耀。
51:闪电是上帝伟大的标志,我们需要佩服。
52:伪君子在方式妨碍人于真主的正路。
53:古兰经有智慧逐渐被揭露。
54:婚姻法允许丈夫和妻子关系。
55:服从神的谋生得谋生。
56:在神的地上徘徊旅行,看神的伟大。
57:信徒总是听从并遵守安拉的命令。
58:当谈到天堂来世时,可以利用欢乐。
59:最后的日子就像海洋中的泡沫。
60:要成功,我们需要正确的目标,纪律和生活原则。
61:奖励倍增的真诚做法
62:神的愤怒是在于一个超越界限的人。
63:成功的人将完成工作结束。
64:中途而废是失败的人

(孔子,四书五经)