Friday, 22 April 2016

Akhlak Rasulullah SAW terhadap golongan bukan Islam.

Pengenalan.
Masyarakat kini mendahagakan contoh tauladan, yang boleh diikuti sebagai panduan untuk melayari kehidupan menuju ke alam akhirat. Islam telah menunjukkan satu bentuk akhlak dan batasan pergaulan terhadap golongan bukan Islam untuk dipraktikkan. Dalam konteks ini Rasulullah S.A.W mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama akhlak dan batasan pergaulan terhadap golongan bukan Islam yang mengutamakan Islam dan hak kemanusiaan daripada kepentingan individu. Sirah kehidupan baginda sering di sorot oleh ramai penulis sejak zaman dahulu lagi hingga sekarang, sama ada oleh sarjana Islam atau bukan Islam. Maka itu, tidak menghairankan jikalau Michael H. Hart (1978) telah meletakkan Rasulullah S.A.W sebagai manusia “pertama” dalam senarai manusia yang dianalisisnya sebagai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah ketamadunan dunia. Sirah baginda mempunyai keistimewaan yang wajar digali dan dilihat, terutama akhlak dan batasan pergaulan terhadap golongan bukan Islam.[1]
Akhlak Rasulullah terhadap golongan bukan Islam.
Islam merupakan agama yang dipenuhi dengan rahmat, maka pertemuan para ulama dengan pimpinan agama yang lain atas tujuan mewujudkan keharmonian, keamanan serta toleransi dalam kerangka  yang dibenarkan oleh syarak’ adalah diharuskan. Ini juga menunjukkan kepada dunia akan keindahan Islam itu sendiri dalam pergaulan sesama manusia. Al-Imam al-Bukhari Rahimahullah meriwayatkan hadis di dalam Sahihnya peristiwa kedatangan delegasi Nasrani Najran datang ingin bertemu dengan Rasulullah SAW. Mereka datang bertemu dengan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW tidak pula menghalau, menyuruh mereka pulang ke Najran bahkan berlaku dialog, antara mereka dan kisah ini masyhur dan dikenali dengan kisah al-Mubahalah.[2]
Al-Imam al-Bukhari Rahimahullah pernah meriwayatkan sebuah hadis mengenai kisah bagaimana perjumpaan pendeta Yahudi, Abdullah bin Salam bersama Rasulullah SAW setelah berita ketibaan Baginda SAW ke kota Madinah tersebar. Ianya sebuah hadis  yang telah diriwayatkan oleh  Anas bin Malik R.A. Baginda melayani permintaan Abdullah bin Salam, bahkan di dalam hadis tersebut, Ibnu Salam telah menanyakan tiga soalan kepada Nabi SAW yang mana soalan itu hanya diketahui jawapannya oleh para nabi dan Baginda SAW telah menjawabnya dengan betul. Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh Baginda SAW, maka terbuktilah kebenaran risalah Nabi SAW dan akhirnya Abdullah bin Salam telah memeluk Islam. Begitulah akhlak yang telah ditonjolkan oleh Nabi SAW dalam bermuamalat  bersama orang bukan Islam. Rasulullah SAW tidak pernah menolak pelawaan dan permintaan dari mereka bahkan Rasulullah SAW meraikan mereka seadanya. Inilah antara punca kejayaan dakwah Rasulullah SAW iaitu berdakwah melalui akhlak yang mulia.[3]
Akhlak Rasulullah dalam menjalankan dakwah kepada bukan Islam.
Seseorang pendakwah perlu mengetahui dengan jelas asas-asas ilmu dakwah dengan mempelajari metodologi-metodologi tertentu seperti mana yang telah diguna pakai oleh Baginda Nabi s.a.w kerana Baginda merupakan perintis kepada ilmu dakwah. Metodologi dakwah yang sama boleh diguna pakai dalam usaha berdakwah kepada golongan non Muslim dengan menerapkan sedikit elemen  atau disesuaikan dengan persekitaran semasa. [4]
Antara metodologi yang boleh diguna pakai ialah Hikmah dan Pengajaran yang Baik. Cara hikmah yang dimaksudkan ialah perkataan yang tegas dan benar yang membezakan antara yang hak dan yang batil. Dakwah harus disampaikan dengan cara yang berhikmah dan tidak menimbulkan perkara yang samar-samar dan boleh mengelirukan golongan Non Muslim. Pengajaran daripada cerita yang disampaikan juga harus dalam bentuk yang penuh hikmah dan lemah-lembut tanpa mengabaikan amaran yang terkandung dalam risalah dakwah.[5] Hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui firmannya:
Maksudnya:” Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (al-Nahl; 16:125) Peranan akhlak yang ditonjolkan pendakwah dapat membantu kejayaan seseorang pendakwah dalam menyebarkan dakwah kepada golongan Non Muslim. Para pendakwah boleh menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh ikutan. Hal ini kerana Allah s.w.t sendiri telah memperakui Baginda sedemikian dalam al-Quran. Karakter yang ditonjolkan oleh Baginda menambahkan lagi keyakinan dan kepercayaan golongan Non Muslim bahawa melaksanakan ajaran Islam bukanlah sesuatu yang sukar. Inilah yang sepatutnya diikuti oleh pendakwah masa kini dalam menyebarkan agama Islam kepada golongan Non Muslim.[6]
Membalas Kejahatan dengan Kebaikan Metodologi dakwah ini sesuai digunakan oleh seorang pendakwah dalam menarik golongan Non Muslim kepada Islam. Hal yang demikian juga telah diajarkan oleh Baginda Nabi s.a.w kepada seluruh umatnya iaitu membalas kejahatan dengan kebaikan. Seorang pendakwah perlu sentiasa berwajah ramah dan murah dengan senyuman serta sentiasa menjaga sopan dan santun ketika berinteraksi dengan masyarakat biarpun ketika itu pendakwah tersebut diuji dengan pelbagai cabaran daripada masyarakat. Kesabaran dan sifat pemaaf yang ditonjolkan oleh seorang pendakwah mampu mencairkan hati golongan Non Muslim untuk memeluk Islam. Sejarah dakwah Nabi s.a.w telah membuktikan bahawa membalas kejahatan dengan kebaikan mampu membawa seseorang individu kepada Islam. Kisah seorang pengemis buta yang sentiasa mencaci Rasulullah s.a.w boleh dijadikan iktibar. Dengan berkat kesabaran Baginda s.a.w yang terus berbuat baik kepada pengemis tersebut dengan member makan kepadanya telah melembutkan hati pengemis tersebut memeluk Islam. [7]
Tulisan Seorang pendakwah bukan sahaja boleh berdakwah melalui ucapan, bahkan mesej dakwah juga boleh disampaikan melalui tulisan yang ditulis kepada sahabat-sahabat dari golongan Non Muslim. Tulisan yang disampaikan kepada penerima dakwah boleh berbentuk seruan dan ajakan kepada agama Islam. Selain itu, pendakwah juga boleh menulis tulisan-tulisan yang berkaitan panduan dan ajaran yang terkandung dalam agama Islam agar lebih difahami oleh golongan sasar selain menceritakan kebaikan-kebaikan yang ada pada agama Allah ini berbanding agama yang mereka anuti. [8]
Kaunseling Untuk mencapai tujuan dakwah yang sebenar, ia memerlukan kepada peralatan dan prasarana yang mencukupi. Media dakwah ialah segala yang boleh digunakan sebagai alat untuk mencapai tujuan dakwah seperti yang telah ditentukan. Dakwah masa kini hendaklah sedikit berbeza berbanding dahulu. Selain lisan, dakwah boleh dilakukan melalui bimbingan dan praktikal dengan menggunakan cara yang lebih meluas. Kelompok-kelompok dalam masyarakat yang dikenal pasti boleh menjadi kumpulan sasar perlulah didekati. Kaunseling adalah salah satu metode dakwah yang sesuai bagi mendekati golongan sasar. Jangan menganggap bahawa kaunseling hanya kepada mereka yang bermasalah. Seorang pendakwah harus bijak menggunakan kaedah ini bagi menyebar luaskan ajaran Islam kepada golongan Non Muslim. Di samping menyampaikan nasihat, pendakwah juga boleh menyelitkan risalah-risalah dakwah di dalamnya. Metode ini telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya: Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (al-Nahl; 16:125) Perkataan nasihat pada ayat al-Quran di atas adalah sama konsepnya dengan kaunseling. Oleh itu dalam mendekati golongan Non Muslim, para pendakwah boleh menggunakan kaedah ini untuk menyebarkan dakwah di samping dapat membetulkan akidah manusia selain membantunya menyelesaikan kerumitan yang berlaku.[9]
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dengan adanya teknologi maklumat yang serba canggih kini, perhubungan antara manusia menjadi lebih mudah. Pelbagai medium komunikasi yang menggunakan teknologi seperti email, khidmat pesanan ringkas, facebook, twiter, blog dan sebagainya boleh dijadikan alat untuk berdakwah. Oleh yang demikian, para pendakwah perlu mengambil kesempatan dengan menggunakan segala medium ini untuk mendekati kumpulan sasar terutamanya golongan Non Muslim. Dengan adanya medium seperti ini risalah dakwah lebih mudah disampaikan dan cepat. Pendakwah tidak perlu lagi untuk keluar berjumpa golongan ini dan dakwah boleh dilakukan di pada bila-bila masa sahaja. Pendakwah boleh menulis kata-kata nasihat dan menceritakan kebaikan Islam dan disampaikan kepada golongan Non Muslim melalui email dan sebagainya.[10]
Batasan pergaulan dan akhlak dengan golongan bukan Islam.
Suatu kesalahan fatal yang terjadi pada sebahagian kaum Muslimin adalah melayani semua orang kafir atau Non Muslim dengan sikap yang sama. Padahal Allah dan Rasulnya membezakan orang kafir menjadi beberapa kelompok, sebagaimana dijelaskan para ulama: Kafir Harbi atau kafir Muharib, iaitu orang kafir yang berada dalam peperangan dan permusuhan terhadap kaum Muslimin. Kafir Zimmi, iaitu orang kafir yang hidup di tengah kaum Muslimin di bawah pemerintah Muslim dan mereka membayar jizyah setiap tahun. Kafir Mu’ahhad, iaitu orang kafir yang sedang berada dalam perjanjian dengan kaum Muslimin dalam jangka waktu tertentu. Kafir Musta’man, iaitu orang kafir yang dijamin keamanannya oleh kaum Muslimin. Masing-masing jenis orang kafir ini memiliki hukum dan sikap yang berbeza-beza. Namun secara garis besar, jika kita kelompokkan lagi, maka terbagi menjadi 2 kelompok besar sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhuma: “Dahulu kaum musyrikin terhadap Nabi shallallahu’alaihi wasallam dan kaum mukminin, mereka terbagi menjadi 2 kelompok: musyrikin ahlul Harbi, mereka memerangi kami dan kami memerangi mereka dan musyrikin Ahlul Ahdi, mereka tidak memerangi kami dan kami tidak memerangi mereka” (HR. Bukhari). Dalam kesempatan kali ini akan di bahas bagaimana kaedah-kaedah bermuamalat dengan orang  Non Muslim yang termasuk Ahlul  Ahdi, yang tidak dalam kondisi berperang dengan kaum Muslimin di negeri kita tercinta ini.[11]
Islam agama yang Samahah (toleransi), Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya agama Allah (Islam) itu Hanifiyah dan Samahah” (HR. Bukhari secara mu’allaq, Ahmad, Ath Thabrani). Hanifiyah maksudnya lurus dan benar, Samahah maksudnya penuh kasih sayang dan toleransi. Bahkan terhadap orang kafir yang tidak memerangi Islam telah diatur adab-adab yang luar biasa. Toleransi tentu ada batasannya. Dalam hal ibadah dan ideologi tentu tidak ada ruang untuk toleransi. Bahkan jika kita mahu jujur, seluruh agama tentu tidak memberi ruang kepada pemeluknya untuk meyakini aqidah agama lain, atau beribadah dengan ibadah agama lain. Demikian pula Islam, bahkan bagi kaum Muslimin telah jelas termaktub dalam Al Qur’an (artinya): “Untukmu  agamamu, dan untukku, agamaku” (QS. Al Kafirun: 6).[12]
Berikut adalah batasan-batasan dalam bermuamalat dengan orang kafir: Tidak menyetujui keberadaannya di atas kekufuran dan tidak Rida terhadap kekufuran. Karena Rida terhadap kekufuran orang lain termasuk perbuatan kekafiran. Membenci orang kafir, karena Allah Subhanahu wa Ta’ala juga benci mereka. Sebagaimana halnya cinta karena Allah, begitu juga benci karena Allah. Oleh karena itu, selama Allah Subhanahu wa Ta’ala membenci orang kafir karena kekufurannya, maka seorang mukmin harus juga membenci orang kafir tersebut. Tidak memberikan wala’ (kedekatan, loyalitas, kesetiaan) dan kecintaan kepada orang kafir. Allah Ta’ala berfirman :“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (teman akrab, pemimpin, pelindung, penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin.” (Qs. Ali Imran : 28) Bersikap adil dan berbuat baik kepadanya, selama orang kafir tersebut bukan kafir Muharib (orang kafir yang memerangi kaum Muslimin). Berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla,“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Qs. Al-Mumtahanah: 8) Ayat yang mulia lagi muhkamat (ayat yang maknanya jelas) ini membolehkan bersikap adil dan berbuat baik kepada orang-orang kafir, kecuali orang-orang kafir muharib. Karena Islam memberikan sikap khusus terhadap orang-orang kafir muharib.[13]

Mengasihi orang kafir dengan kasih sayang yang bersifat umum. Seperti memberi makan jika dia lapar, memberi minum jika haus, mengubatinya jika sakit, menyelamatkannya dari kebinasaan dan tidak mengganggunya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kasihilah orang-orang yang berada di atas bumi, nescaya Dia (Allah) yang berada di atas langit akan mengasihi kamu.” (HR. At-Tirmidzi, no. 1924) Tidak mengganggu harta, darah, dan kehormatan, selama dia bukan kafir Muharib. Karena itu merupakan kezaliman yang dilarang oleh Allah ‘Azza wa Jalla, berdasarkan hadis  kudsi  berikut ini: Dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau meriwayatkan dari Allah Ta’ala berfirman: “Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman  atas diri-Ku, dan Aku menjadikannya sesuatu yang diharamkan di tengah kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi”. (HR. Muslim, no. 2577) Boleh memberikan hadiah kepadanya dan boleh juga menerima hadiah darinya serta dibolehkan memakan daging sembelihan ahli kitab. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman,“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al-kitab itu halal bagimu.” (Qs. Al-Maidah : 5) Tidak boleh menikahkan wanita Muslimah dengan laki-laki kafir (walaupun lelaki ini Ahli kitab) dan laki-laki Muslim tidak boleh menikahi wanita kafir, kecuali wanita ahli kitab.[14]
Kesimpulan.
Kesimpulannya, akhlak Rasulullah S.A.W  terhadap Non Muslim dan batasan pergaulan dengan Non Muslim sepatutnya dicontohi dan diikuti. Non Muslim dihormati dan dikasihi sebagai hak kemanusiaan. Amat wajar sekiranya akhlak baginda itu ditelaah, ditekuni dan diambil mutiara darinya untuk menerangi kehidupan.  Rasulullah S.A.W adalah manusia paling sempurna untuk dijadikan teladan umat manusia bagi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat. Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah sesuatu yang mendukacitakan. Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan yang berakhlak buruk sebagai contoh ikutan mereka yang  mendorong mereka kepada kebinasaan dan kelalaian semata-mata.[15]







Rujukan:
Imam Al-Ghazali, 2009, Ringkasan Ihya’ Ulumiddin, Kuala Lumpur, Darul Nu’man.
Muhammad Nidzam Abd. Kadir, 2009, Fiqah Berinteraksi Dengan Non Muslim,Shah Alam, Telaga Biru Sdn. Bhd.
Ust. Hj. Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz, 2008, Panduan Berdakwah Di Malaysia, Selangor, HS Massyi Printing Sdn. Bhd.



[1] http://mahamadismail.blogspot.my/2011/12/kepimpinan-rasulullah-saw-sebagai-role_26.html
[2] http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=593:irsyad-al-fatwa-ke-99-hukum-ulama-islam-bertemu-dengan-pimpinan-agama-lain&catid=48&Itemid=395
[3] http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=593:irsyad-al-fatwa-ke-99-hukum-ulama-islam-bertemu-dengan-pimpinan-agama-lain&catid=48&Itemid=395
[4] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[5]http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[6] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[7] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[8] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[9] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[10] http://zakwanhalim.blogspot.my/2012/10/metodologi-dakwah-kepada-non-muslim.html
[11]https://buletin.muslim.or.id/aqidah/toleransi-terhadap-non-muslim-dan-batasannya
[12] https://buletin.muslim.or.id/aqidah/toleransi-terhadap-non-muslim-dan-batasannya
[13] https://muslimah.or.id/2320-batasan-bermuamalah-dengan-orang-kafir.html
[14] https://muslimah.or.id/2320-batasan-bermuamalah-dengan-orang-kafir.html
[15] http://mahamadismail.blogspot.my/2011/12/kepimpinan-rasulullah-saw-sebagai-role_26.html

Lima perbezaan di antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif

Persoalan pencapaian akademik yang tidak seimbang di antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif  pada masa ini adalah merupakan satu isu pendidikan yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian. Kesan jangka panjang ketidakseimbangan ini akan banyak mempengaruhi polisi pendidikan pada masa akan datang. Ketidakseimbangan yang begitu ketara dari segi bilangan pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif di pusat-pusat pengajian tinggi adalah menunjukkan bahawa pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif lebih baik pencapaian akademiknya dibandingkan dengan pelajar yang lain. Nampaknya trend ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah juga berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia. Ia merupakan satu fenomena global.[1]
Kertas ini cuba membincangkan tentang perbezaan di antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif. Fokus kertas kerja ini merupakan salah satu aspek dalam kerangka kajian yang lebih besar yang sedang diusahakan oleh penulis iaitu kerangka berkaitan dengan meningkatkan pencapaian pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif. Penulis menjangkakan aspek kaitan di antara gaya belajar pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dengan format item tertentu mempunyai kesan ke atas pencapaian mereka dalam satu-satu ujian adalah merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar.[2]
Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif an agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai ciri-ciri berikut: Mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa.   Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru di alam sekitar. Bergerak pantas dan cepat membalas. Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri. Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.  Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya melibatkan diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan ialah kaedah inkuiri penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbang saran, buzz, simulasi dan main peranan.[3]
Gaya pembelajaran Reflektif ialah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Ciri-ciri gaya pembelajaran Reflektif ialah: Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.  Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri. Suka mencari hakikat yang sebenar. Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti. Seseorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas. Belajar dan membuat kerja secara sistematik. Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan Reflektif biasanya suka belajar mata pelajaran seperti Sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan kajian luar. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan.[4]
Kesimpulannya, hasil perbincangan mengenai teori dan tinjauan kajian-kajian yang berkaitan jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak kajian yang telah dibuat berkaitan dengan pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dan gaya pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik murid secara amnya. Malahan kebanyakan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dengan pencapaian akademik murid. Selain itu terdapat juga beberapa kajian di Malaysia mengenai kemahiran pembelajaran di kalangan murid dan kaitannya dengan persekitaran dan didapati perbezaan pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif mempengaruhi kemahiran pembelajaran murid-murid. Namun demikian masih amat kurang kajian yang dibuat berkaitan hubungan antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dengan kemahiran pembelajaran  dalam kalangan murid. Maklumat tentang perhubungan ini mungkin akan membantu usaha murid, guru dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kemahiran pembelajaran secara optimum.[5]
Rujukan:




[1] https://arjunabelajar.wordpress.com/2011/12/01/gaya-kognitif-dan-gaya-belajar/
[2] https://arjunabelajar.wordpress.com/2011/12/01/gaya-kognitif-dan-gaya-belajar/
[3] http://psikologiduniaku2012.blogspot.my/2012/08/gaya-pembelajaran.html
[4] http://psikologiduniaku2012.blogspot.my/2012/08/gaya-pembelajaran.html
[5] http://paingagaudemokrasimalaysia.blogspot.my/2011/08/teori-teori-keluarga.html

Empat kaedah pengajaran yang sesuai untuk mengatasi perbezaan individu dalam kelas.

Perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah. Bagi jangka masa pendek perbezaan yang wujud di kalangan murid tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara.  Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur merenggangkan hubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif. Bagi memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, setiap guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak akan wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan oleh guru. Perbezaan gaya berfikir juga menentukan gaya pembelajaran seseorang murid. Sehubungan itu, guru haruslah mengkaji perbezaan murid-muridnya bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.[1]
Bagi mengatasi masalah perbezaan individu dalam kalangan murid, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. Kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru. Sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid secara individu. Tujuan pengumpulan ini ialah supaya setiap kelas mengandungi murid yang homogen mengikut markah ujian pencapaian. Tiga aras pencapaian dibentuk, iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Rasional mengumpulkan murid sedemikian adalah agar dia memperbaiki kecekapan dan keberkesanan guru kerana pengajaran guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan murid. Murid pencapaian rendah memerlukan perhatian yang lebih, pengarak pengajaran yang agak lambat, pengulangan serta latihan. Sementara kumpulan pencapaian tinggi pula memerlukan autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks dan mencabar.[2]
Kaedah seterusnya ialah kaedah Dalton. Melalui kaedah ini murid digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu supaya mengetahui apa yang patut dibuatnya. Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan perujuk kepada kanak-kanak. Guru mencadangkan kegiatan murid serta mengadakan perbincangan dengan mereka. Guru menyimpan graf kemajuan harian murid. Dengan cara ini dianggarkan setiap murid belajar dan berjaya mengikut kebolehan dan minat sendiri. Rancangan Dalton membolehkan murid bebas sediakan tugasannya dan guru sebagai pembimbing murid sahaja.[3]
Seterusnya Kaedah gerak balas. Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam suasana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat daripada pengajaran guru. Oleh yang demikian mereka digalakkan merancang projek menyelidik, merancang, menyusun dan membuat demonstrasi, dan melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan. Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan. Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Pengayaan boleh merupakan pengayaan mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran menegak adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.[4]
Seseorang guru perlu merancang strategi sama ada pendekatan,kaedah serta teknik yang bakal digunakan sebelum melaksanakan sesuatu sesi pembelajaran dan pengajaran. Strategi yang bakal digunakan haruslah pelbagai untuk menarik minat semua tahap murid untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Setiap jenis pembelajaran perlu keadaan dan kaedah yang berlainan untuk perkembangannya, oleh itu program atau strategi pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza. Guru perlu merancang penggunaan bahan dan alat bantu mengajar  sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, penggunaan sudut pembelajaran juga merupakan salah satu faktor yang perlu diberi perhatian kerana bahan yang menarik dan pelbagai di sudut tersebut dapat mengatasi perbezaan individu dalam kalangan murid.  Penggunaan sudut pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai perbezaan individu dapat memberi keselesaan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar. Penilaian merupakan satu perkara yang penting untuk memastikan tahap pencapaian murid. Kadang kala guru perlu menilai murid berdasarkan minat atau kemahiran murid belajar supaya murid yang lemah turut merasa diri mereka dihargai. Untuk itu, semasa pengajaran dan pembelajaran guru harus memberi peneguhan positif untuk membentuk tingkah laku serta minat murid untuk terus berusaha mempertingkatkan diri mereka dalam pelajaran. Guru juga perlu mengagihkan tugasan yang sesuai  mengikut tahap murid dan bervariasi. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan tugasan seperti lakonan, nyanyian ataupun tugasan yang melibatkan penggunaan kecanggihan teknologi kini. Tugasan yang diberi haruslah sesuai dengan tahap keupayaan murid. Guru perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan sediakan tugasan selaras dengan setiap tahap.[5]
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru dan juga pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar pasti segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru akan dapat diadaptasikan oleh para pelajar. Demi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, diharapkan beberapa tindakan yang dicadangkan di atas dapat membantu dalam melahirkan modal insan cemerlang, berminda kelas pertama dan bebas dari kelemahan disiplin dan gejala yang tidak sihat.[6]
Rujukan:








[1] http://cikgumuzikpsiko.blogspot.my/2012/08/implikasi-perezaan-individu-terhadap-p-p.html
[2] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[3] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[4] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[5] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[6] http://wansolehhah.blogspot.my/2012/11/mengatasi-kelemahan-pengajaran-dan_2527.html

Pemahaman tentang kepelbagaian individu dapat meningkatkan kerjaya guru.

Betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorakkan mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Imam Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Guru  merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya sekadar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.[1]
Mereka melayan semua pelajar dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan menghormati dan pemahaman tentang kepelbagaian individu dalam diri seseorang pelajar. Mereka menunjukkan sikap, nilai dan tingkah laku yang positif yang mereka harapkan dari pelajar mereka. Mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan penjaga, menghormati peranan, tanggung jawab dan minat mereka dalam pembelajaran pelajar. Mereka dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran serta bertanggung jawab dalam sebarang tugas yang berkaitan dengan sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cara menilai semula amalan pengajaran masing-masing, mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkongsi pengalaman dengan rakan setugas yang lain. Mereka sentiasa bermotivasi dan boleh menjalankan tugas tambahan untuk perkembangan profesionalisme masing-masing. Mereka sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggung jawab berkaitan tugas harian yang berhubung dengan profesionalisme perguruan.[2]
Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pemahaman tentang kepelbagaian individu itu. Pengetahuan dan kemahiran tersebut boleh mereka perolehan melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukan peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.[3]
Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah pemahaman tentang kepelbagaian individu yang berkaitan dengan kecerdasan spesial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan pemahaman tentang kepelbagaian individu dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan sering kali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah. Ini semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati kebanyakan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input mengenai perubahan dalam pendidikan. [4]
Kesimpulannya, Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implementasikan sepenuhnya Insya Allah akan dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja kita dan Negara kita dari sebarang anasir negatif yang tidak diingini sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun dalam segala bidang kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan, pembinaan dan lain-lainnya kerana falsafah itu tidak sedikit pun menghalang kemajuan duniawi juga tidak menghalang untuk kita menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana kata-kata hikmat ada menyatakan: Bekerjalah kamu bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bagi dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Ini bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak terpisah atau tidak boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya adalah jelas bahawa kejayaan umat Islam pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka mahu cemerlang di dunia dan di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut menghadapi seberang risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat dunia semata-mata itulah yang membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh bangsa lain.[5]
Rujukan:





[1] http://engkizarqurancom.blogspot.my/2009/12/prfofesionalime-guru-dalam-pengajaran.html
[2] http://deriakacamata.blogspot.my/2008_10_01_archive.html
[3] https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/
[4] https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/
[5] https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/