Friday, 22 April 2016

Lima perbezaan di antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif

Persoalan pencapaian akademik yang tidak seimbang di antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif  pada masa ini adalah merupakan satu isu pendidikan yang semakin ketara serta perlu diberi perhatian. Kesan jangka panjang ketidakseimbangan ini akan banyak mempengaruhi polisi pendidikan pada masa akan datang. Ketidakseimbangan yang begitu ketara dari segi bilangan pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif di pusat-pusat pengajian tinggi adalah menunjukkan bahawa pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif lebih baik pencapaian akademiknya dibandingkan dengan pelajar yang lain. Nampaknya trend ini bukan sahaja berlaku di negara ini malah juga berlaku di kebanyakan negara di seluruh dunia. Ia merupakan satu fenomena global.[1]
Kertas ini cuba membincangkan tentang perbezaan di antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif. Fokus kertas kerja ini merupakan salah satu aspek dalam kerangka kajian yang lebih besar yang sedang diusahakan oleh penulis iaitu kerangka berkaitan dengan meningkatkan pencapaian pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif. Penulis menjangkakan aspek kaitan di antara gaya belajar pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dengan format item tertentu mempunyai kesan ke atas pencapaian mereka dalam satu-satu ujian adalah merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam strategi untuk meningkatkan pencapaian pelajar.[2]
Gaya pembelajaran aktivis adalah orang yang melibatkan diri secara aktif an agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai ciri-ciri berikut: Mempunyai sikap tidak sabar dan tergesa-gesa.   Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-perkara baru di alam sekitar. Bergerak pantas dan cepat membalas. Gemar mencari pengalaman baru dengan cuba jaya diri sendiri. Penuh semangat, fleksibel dan berfikiran terbuka.  Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat dan sentiasa mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah sendiri. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya melibatkan diri dalam latihan amali, permainan, sukan dan aktiviti kokurikulum. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan ialah kaedah inkuiri penemuan, kaedah projek, penyelesaian masalah, kerja praktik, perbincangan, sumbang saran, buzz, simulasi dan main peranan.[3]
Gaya pembelajaran Reflektif ialah orang yang suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati, menyoal siasat mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran berfikir. Ciri-ciri gaya pembelajaran Reflektif ialah: Suka memikir perkara-perkara dalam alam sekitar diri sendiri. Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.  Suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi kendiri. Suka mencari hakikat yang sebenar. Sikap berhati-hati, berwaspada dan sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti. Seseorang pendengar yang baik tetapi lambat bertindak balas. Belajar dan membuat kerja secara sistematik. Tidak terburu-buru membuat keputusan atau kesimpulan. Pelajar yang tergolong dalam kumpulan Reflektif biasanya suka belajar mata pelajaran seperti Sejarah, bahasa dan suka melibatkan diri dalam aktiviti projek dan kajian luar. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan untuk kumpulan pelajar ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri-penemuan, projek dan perbincangan.[4]
Kesimpulannya, hasil perbincangan mengenai teori dan tinjauan kajian-kajian yang berkaitan jelas menunjukkan bahawa terdapat banyak kajian yang telah dibuat berkaitan dengan pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dan gaya pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik murid secara amnya. Malahan kebanyakan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dengan pencapaian akademik murid. Selain itu terdapat juga beberapa kajian di Malaysia mengenai kemahiran pembelajaran di kalangan murid dan kaitannya dengan persekitaran dan didapati perbezaan pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif mempengaruhi kemahiran pembelajaran murid-murid. Namun demikian masih amat kurang kajian yang dibuat berkaitan hubungan antara pelajar yang Aktivis dan pelajar yang Reflektif dengan kemahiran pembelajaran  dalam kalangan murid. Maklumat tentang perhubungan ini mungkin akan membantu usaha murid, guru dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan kemahiran pembelajaran secara optimum.[5]
Rujukan:




[1] https://arjunabelajar.wordpress.com/2011/12/01/gaya-kognitif-dan-gaya-belajar/
[2] https://arjunabelajar.wordpress.com/2011/12/01/gaya-kognitif-dan-gaya-belajar/
[3] http://psikologiduniaku2012.blogspot.my/2012/08/gaya-pembelajaran.html
[4] http://psikologiduniaku2012.blogspot.my/2012/08/gaya-pembelajaran.html
[5] http://paingagaudemokrasimalaysia.blogspot.my/2011/08/teori-teori-keluarga.html

Empat kaedah pengajaran yang sesuai untuk mengatasi perbezaan individu dalam kelas.

Perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah. Bagi jangka masa pendek perbezaan yang wujud di kalangan murid tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara.  Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur merenggangkan hubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif. Bagi memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, setiap guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak akan wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan oleh guru. Perbezaan gaya berfikir juga menentukan gaya pembelajaran seseorang murid. Sehubungan itu, guru haruslah mengkaji perbezaan murid-muridnya bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.[1]
Bagi mengatasi masalah perbezaan individu dalam kalangan murid, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. Kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru. Sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid secara individu. Tujuan pengumpulan ini ialah supaya setiap kelas mengandungi murid yang homogen mengikut markah ujian pencapaian. Tiga aras pencapaian dibentuk, iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Rasional mengumpulkan murid sedemikian adalah agar dia memperbaiki kecekapan dan keberkesanan guru kerana pengajaran guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan murid. Murid pencapaian rendah memerlukan perhatian yang lebih, pengarak pengajaran yang agak lambat, pengulangan serta latihan. Sementara kumpulan pencapaian tinggi pula memerlukan autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks dan mencabar.[2]
Kaedah seterusnya ialah kaedah Dalton. Melalui kaedah ini murid digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu supaya mengetahui apa yang patut dibuatnya. Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan perujuk kepada kanak-kanak. Guru mencadangkan kegiatan murid serta mengadakan perbincangan dengan mereka. Guru menyimpan graf kemajuan harian murid. Dengan cara ini dianggarkan setiap murid belajar dan berjaya mengikut kebolehan dan minat sendiri. Rancangan Dalton membolehkan murid bebas sediakan tugasannya dan guru sebagai pembimbing murid sahaja.[3]
Seterusnya Kaedah gerak balas. Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam suasana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat daripada pengajaran guru. Oleh yang demikian mereka digalakkan merancang projek menyelidik, merancang, menyusun dan membuat demonstrasi, dan melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan. Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan. Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Pengayaan boleh merupakan pengayaan mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran menegak adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.[4]
Seseorang guru perlu merancang strategi sama ada pendekatan,kaedah serta teknik yang bakal digunakan sebelum melaksanakan sesuatu sesi pembelajaran dan pengajaran. Strategi yang bakal digunakan haruslah pelbagai untuk menarik minat semua tahap murid untuk mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Setiap jenis pembelajaran perlu keadaan dan kaedah yang berlainan untuk perkembangannya, oleh itu program atau strategi pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza. Guru perlu merancang penggunaan bahan dan alat bantu mengajar  sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, penggunaan sudut pembelajaran juga merupakan salah satu faktor yang perlu diberi perhatian kerana bahan yang menarik dan pelbagai di sudut tersebut dapat mengatasi perbezaan individu dalam kalangan murid.  Penggunaan sudut pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai perbezaan individu dapat memberi keselesaan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar. Penilaian merupakan satu perkara yang penting untuk memastikan tahap pencapaian murid. Kadang kala guru perlu menilai murid berdasarkan minat atau kemahiran murid belajar supaya murid yang lemah turut merasa diri mereka dihargai. Untuk itu, semasa pengajaran dan pembelajaran guru harus memberi peneguhan positif untuk membentuk tingkah laku serta minat murid untuk terus berusaha mempertingkatkan diri mereka dalam pelajaran. Guru juga perlu mengagihkan tugasan yang sesuai  mengikut tahap murid dan bervariasi. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan tugasan seperti lakonan, nyanyian ataupun tugasan yang melibatkan penggunaan kecanggihan teknologi kini. Tugasan yang diberi haruslah sesuai dengan tahap keupayaan murid. Guru perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan sediakan tugasan selaras dengan setiap tahap.[5]
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan membawa impak yang besar kepada guru dan juga pelajar. Sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar pasti segala ilmu yang dicurahkan oleh para guru akan dapat diadaptasikan oleh para pelajar. Demi mencapai matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia, diharapkan beberapa tindakan yang dicadangkan di atas dapat membantu dalam melahirkan modal insan cemerlang, berminda kelas pertama dan bebas dari kelemahan disiplin dan gejala yang tidak sihat.[6]
Rujukan:








[1] http://cikgumuzikpsiko.blogspot.my/2012/08/implikasi-perezaan-individu-terhadap-p-p.html
[2] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[3] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[4] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[5] http://rtkasensei90.blogspot.my/2012/06/kaedah-bagi-mengatasi-perbezaan.html
[6] http://wansolehhah.blogspot.my/2012/11/mengatasi-kelemahan-pengajaran-dan_2527.html

Pemahaman tentang kepelbagaian individu dapat meningkatkan kerjaya guru.

Betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorakkan mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Imam Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Guru  merupakan tonggak asas dalam menjalankan sebuah pendidikan, mereka bukan hanya sekadar alat pendidikan akan tetapi juga sebagai pemangkin murid dalam merubah tingkah laku serta pemberi keahlian bagi murid dalam mempersiapkan kehidupannya. Semua kualiti ini perlu ada di kalangan pendukung utama dalam organisasi sekolah iaitu para guru sendiri. kualiti ini amat penting untuk membantu dalam membina daya pemikiran yang analitik, kritikal dan kreatif bagi membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras dengan hala tuju sistem pendidikan.[1]
Mereka melayan semua pelajar dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan menghormati dan pemahaman tentang kepelbagaian individu dalam diri seseorang pelajar. Mereka menunjukkan sikap, nilai dan tingkah laku yang positif yang mereka harapkan dari pelajar mereka. Mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan penjaga, menghormati peranan, tanggung jawab dan minat mereka dalam pembelajaran pelajar. Mereka dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran serta bertanggung jawab dalam sebarang tugas yang berkaitan dengan sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cara menilai semula amalan pengajaran masing-masing, mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkongsi pengalaman dengan rakan setugas yang lain. Mereka sentiasa bermotivasi dan boleh menjalankan tugas tambahan untuk perkembangan profesionalisme masing-masing. Mereka sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggung jawab berkaitan tugas harian yang berhubung dengan profesionalisme perguruan.[2]
Sebelum seseorang itu diakui sebagai seorang guru, mereka haruslah di akui mempunyai pemahaman tentang kepelbagaian individu itu. Pengetahuan dan kemahiran tersebut boleh mereka perolehan melalui pembelajaran teori dan latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang. Seseorang bakal guru perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah adalah untuk mengajar dan mendidik murid agar menjadi insan yang syumul. Guru juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya dan mengetahui kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Apabila guru menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu guru. Untuk menyempurnakan tanggungjawab pendidikan yang meliputi usaha-usaha pembentukan peribadi manusia sebagaimana yang dalam falsafah pendidikan juga untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban sebagai seorang guru yang bertanggungjawab maka bakal guru harus mempunyai kelayakan yang cukup dari segi akal fikiran, ilmu pengetahuan, kesihatan tubuh badan, gaya dan rupa, akhlak dan budi pekerti.[3]
Satu perkara lagi yang mencabar guru ialah pemahaman tentang kepelbagaian individu yang berkaitan dengan kecerdasan spesial, kinestetik, linguistik, muzikal, logik, interpersonal, intrapersonal dan kecerdasan yang pelbagai. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Perkembangan semasa menunjukkan bahawa peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan pemahaman tentang kepelbagaian individu dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi-strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan sering kali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran, harapan komuniti dan ibu bapa dan kurikulum yang sering berubah. Ini semua akan mewujudkan kepimpinan pengajaran. Namun begitu adalah menjadi cabaran yang sangat besar kepada guru untuk menghadapi perubahan yang berlaku secara berterusan ini. Kadang-kadang kita dapati kebanyakan guru di sekolah sering merungut kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas sampingan dan dalam masa yang sama perlu mengikuti kursus dalaman bagi mendapatkan input mengenai perubahan dalam pendidikan. [4]
Kesimpulannya, Falsafah pendidikan Negara kita ini jika dihayati dan di implementasikan sepenuhnya Insya Allah akan dapat menyelamatkan agama kita, bangsa kita, raja kita dan Negara kita dari sebarang anasir negatif yang tidak diingini sebaliknya akan memacu kita ke hadapan dan membangun dalam segala bidang kehidupan dan lapangan ekonomi, sains, kejuruteraan, perhubungan, pembinaan dan lain-lainnya kerana falsafah itu tidak sedikit pun menghalang kemajuan duniawi juga tidak menghalang untuk kita menunaikan kewajipan ukhrawi sebagaimana kata-kata hikmat ada menyatakan: Bekerjalah kamu bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan bagi dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu bagi akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Ini bermakna duniawi dan ukhrawi itu tidak terpisah atau tidak boleh dipisahkan sama sekali. Buktinya adalah jelas bahawa kejayaan umat Islam pada zaman kegemilangannya dahulu adalah kerana mereka mahu cemerlang di dunia dan di akhirat kerana itu mereka kuat bekerja, kuat beribadat dan tidak takut menghadapi seberang risiko. Tetapi apabila kecintaan mereka lebih kepada nikmat dunia semata-mata itulah yang membawa mereka lemah dan akhirnya ditelan oleh bangsa lain.[5]
Rujukan:





[1] http://engkizarqurancom.blogspot.my/2009/12/prfofesionalime-guru-dalam-pengajaran.html
[2] http://deriakacamata.blogspot.my/2008_10_01_archive.html
[3] https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/
[4] https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/
[5] https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/

Masalah yang guru hadapi dalam memupuk kerjasama dari murid dalam kelas

Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan di rancangkan. Terdapat beberapa golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik dan cemerlang. Antara golongan itu adalah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Secara sedar ataupun tidak, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing atas kesedaran untuk tidak meminggirkan kanak-kanak berkeperluan khas. Jika dilihat dari mata kasar pihak-pihak yang paling dekat dengan murid tersebut adalah guru dan ibu bapa. Di samping itu pihak-pihak lain juga turut memainkan peranan agar kanak-kanak berkeperluan khas ini boleh memajukan diri seiring dengan individu yang lain.[1]
Masalah yang guru hadapi dalam memupuk kerjasama dari murid dalam kelas dalam menjalankan tugasnya dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu;  Domisil berapa guru yang jauh sehingga mengalami kesulitan untuk melakukan kunjungan rumah. Kelas besar (jumlah pelajar lebih dari 42 pelajar sedangkan kelas yang ideal berjumlah 32 pelajar.  Kemajmukan karakter pelajar , sehingga perlu pendekatan personal untuk mengarahkan pelajar yang berkarakter keras, individualis dan mahu menang sendiri demi tercapainya kenampakan pelajar.  Latar belakang ekonomi yang berbeza-beza, sehingga mengalami masalah dalam pendalangan dana kelas untuk memenuhi keperluan kelas.[2]
Ruang Kelas adalah suatu ruangan dalam bangunan sekolah, yang berfungsi sebagai tempat untuk kegiatan tatap muka dalam proses kegiatan belajar mengajar (KBM). Perkakas dalam ruangan bilik darjah ini terdiri dari meja murid, kursi murid, meja guru, almari kelas, papan tulis, serta aksesori ruangan lainnya yang sesuai. Ukuran yang umum adalah 9m x 8m. Ruang kelas memiliki syarat kelayakan dan standard tertentu, misalnya ukuran, pencahayaan alami, sirkulasi udara, dan peralatan lainnya yang telah dibekalkan oleh pihak yang berkaitan. Peserta didik adalah anggota masyarakat yang berusaha mengembangkan potensi diri melalui proses pembelajaran pada jalur pendidikan baik pendidikan formal mahupun pendidikan non formal, pada jenjang pendidikan dan jenis pendidikan tertentu. Kegiatan pembelajaran merupakan kegiatan aktif pelajar untuk membangun makna atau pemahaman terhadap suatu objek atau suatu peristiwa. Sedangkan kegiatan mengajar merupakan upaya kegiatan menciptakan suasana yang mendorong inisiatif, motivasi dan tanggung jawab pada siswa untuk selalu menerapkan seluruh potensi diri dalam membangun gagasan melalui kegiatan belajar sepanjang hayat.[3]
Pentingnya sarana dan prasarana kelas adalah untuk kelancaran kegiatan belajar mengajar dan proses belajar mengajar di kelas, yang secara tidak langsung diharapkan mampu meningkatkan prestasi peserta didik dalam penguasaan semua mata pelajaran. Untuk mewujudkan pendisiplinan sekolah diadakan tatatertib pelajar yang fungsinya agar dapat menjadi kontrol pelajar-pelajar dalam berperilaku, bersikap, bertutur kata dan bertindak. Dengan adanya tata tertib juga dapat dijadikan pedoman pihak sekolah dalam menindak peserta didik yang melakukan pelanggaran baik melalui teguran lisan, teguran tertulis mahupun amaran pengeluaran sekolah.[4]
Guru di kelas biasa turut memainkan peranan penting dengan membantu mengenal pasti murid dengan masalah pembelajaran agar mereka tidak terus ketinggalan. Peranan pihak sekolah dan guru dari segi mengenal pasti murid iaitu Guru kelas biasa perlu peka apabila kanak-kanak kurang memberi tumpuan dan perhatian ataupun kuran cekap dalam pelajaran. Guru kelas biasa perlu sedar terdapat di kalangan kanak-kanak normal yang mempunyai masalah pembelajaran dan jangan meletakkan label ‘malas’ ataupun ‘bodoh’ kepada murid.  Guru kelas biasa perlu merujuk kes yang disyaki kepada guru yang mempunyai latihan dalam pendidikan khas (jika ada) kerana guru ini dapat mengenal pasti secara kasar masalah yang dihadapi murid. Kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan di tahun satu perlu disaring bagi mengenal pasti masalah pembelajaran spesifik. Merujuk kanak-kanak kepada pasukan kesihatan sekolah ataupun klinik kesihatan yang berdekatan bagi pemeriksaan lebih terperinci.[5]
Kesimpulannya, bagi memastikan murid-murid bermasalah pembelajaran seiring dengan murid normal Kementerian Pelajaran telah menubuhkan dan membuka sebilangan sekolah dengan program rintis disleksia. Sekolah-sekolah tersebut di buka setiap negeri. Kementerian juga membuka peluang kepada murid-murid yang di dalam kategori ini untuk menambah masa peperiksaan yang diduduki oleh mereka dari setengah jam hingga satu jam (bergantung kepada subjek). Untuk ini mereka boleh membuat permohonan dengan mengisi borang-borang BPKKK (Pindaan 2003-Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Keperluan Khas) berumur 0-18 tahun. Borang-borang ini boleh di peroleh daripada hospital kerajaan, unit pediatrik, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan cawangan Persatuan Disleksia.[6]
Rujukan:



[1] http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2012/01/peranan-komuniti-dalam-memupuk.html
[2] http://haslindahaslinda.blogspot.my/2012/12/program-wali-kelas.html
[3] http://haslindahaslinda.blogspot.my/2012/12/program-wali-kelas.html
[4] http://haslindahaslinda.blogspot.my/2012/12/program-wali-kelas.html
[5] http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2012/01/peranan-komuniti-dalam-memupuk.html
[6] http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2012/01/peranan-komuniti-dalam-memupuk.html

Bagaimana cara untuk mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif bagi murid-murid.

Mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif merupakan salah satu langkah awal yang harus dilakukan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika guru telah berjaya mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif semasa pengajaran dan pembelajaran bermakna guru itu telah berjaya mengajar. Namun pekerjaan ini tidaklah mudah. Mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif tidak hanya menggerakkan pelajar agar aktif dalam pelajaran, tetapi juga mengarahkan dan menjadikan pelajar terdorong untuk belajar secara terus menerus, walaupun dia berada di luar kelas ataupun setelah meninggalkan sekolah. Untuk meyakinkan diri kita bahawa mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif merupakan tugas guru dan berkewajiban pula melaksanakannya, maka pendekatan Behaviorisme perlu kita jadikan pedoman dalam mengajar. Para pakar Behaviorisme mengemukakan bahawa motivasi ditentukan oleh persekitaran. Guru merupakan persekitaran yang sangat berperanan di dalam proses belajar. Oleh kerana itu, mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif dalam pelajaran merupakan tugas yang sangat penting bagi guru.[1]
Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat  murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif  dalam proses pembelajaran.[2]
Secara semula jadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.[3]
Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa keter milikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.[4]
Seterusnya, penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu persekitaran fizikal yang ideal dan positif. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.[5]
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya dalam mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif.[6]
Kesimpulannya, persekitaran fizikal yang ideal dan positif tumbuh dengan subur kalau pelajar memiliki perasaan berjaya. Perasaan gagal dapat menghancurkan aspirasi pelajar dalam belajar. Oleh kerana itu guru jangan menjadikan pelajar selalu gagal, walaupun ini bukan bermakna guru harus menjadikan pelajar berjaya terus menerus. Suatu konsep yang harus ditanam oleh guru kepada pelajar agar ia memiliki aspirasi yang tinggi adalah bahawa kejayaan atau kegagalan ditentukan oleh usaha, bukan oleh kemampuan atau kecerdasan. Persaingan yang sihat dapat mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif dalam belajar. Namun memupuk rasa persaingan yang berlebih-lebihan, di kalangan pelajar dalam belajar dapat menimbulkan persaingan yang tidak sihat, kerana pelajar bukan menjadi giat belajar, tetapi dengan berbagai cara berusaha mengalahkan pelajar lain untuk mendapatkan status. Membangun persaingan dengan diri sendiri pada setiap pelajar akan mencipta persekitaran fizikal yang ideal dan positif dalam belajar.[7]
Rujukan:









[1] http://www.oocities.org/usrafidi/motivasi.html
[2]http://pendidikan-amy.blogspot.my/p/kesan-kesan-positif-semasa-mengikuti_470.html
[3] http://pendidikan-amy.blogspot.my/p/kesan-kesan-positif-semasa-mengikuti_470.html
[4] http://pendidikan-amy.blogspot.my/p/kesan-kesan-positif-semasa-mengikuti_470.html
[5] http://pendidikan-amy.blogspot.my/p/kesan-kesan-positif-semasa-mengikuti_470.html
[6] http://pendidikan-amy.blogspot.my/p/kesan-kesan-positif-semasa-mengikuti_470.html
[7] http://www.oocities.org/usrafidi/motivasi.html

Langkah-langkah untuk memupuk persekitaran pembelajaran yang positif di kelas.

Bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif di kelas, adalah penting bagi guru dan pihak sekolah untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru perlulah kreatif dan bijak dalam menyediakan pelan bilik darjah yang mesra budaya.  Umur, tahap persekolahan, minat dan keperluan murid-murid dalam kelas tersebut perlulah diambil kira dalam penyediaan pelan bilik darjah ini. Hasil daripada pembelajaran dalam persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, kita dapat melahirkan murid-murid tanpa mengira latar belakang sosio -budaya yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid-murid ini seterusnya akan membentuk masyarakat yang harmonis dan aman serta berjaya.[1]
Jika di dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum, maka murid- murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Contohnya dengan menggabungkan murid- murid Cina, India, dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti. Dengan mencampuradukkan murid- murid yang berbilang kaum ini, murid- murid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka. Hal ini boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran positif antara mereka. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi, pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.[2]
Untuk membina persekitaran pembelajaran yang positif, keselesaan, kegembiraan serta hasil pembelajaran murid perlu dititikberatkan. Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya ruang bacaan, sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan- ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. Selain itu, dengan mewujudkan ruang hasil kerja murid, guru boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar, mencuba sesuatu yang baru dan memperkembangkan bakat yang dimiliki.[3]
Persekitaran pembelajaran yang positif juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid- murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi.[4]
Persekitaran pembelajaran yang positif bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan, guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan ‘basou’ dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan.[5]
Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak.  Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid boleh belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting( melompat dengan satu kaki) dan pergerakan bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula boleh digunakan untuk dijadikan permainan kecil.[6]
Kesimpulannya, Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain jika persekitaran pembelajaran yang positif dapat diwujudkan. Persekitaran pembelajaran yang positif merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Persekitaran pembelajaran yang positif, keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan.[7]
Rujukan:





[1] http://faizahembi.blogspot.my/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html
[2] http://kopidangula.blogspot.my/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html
[3] http://kopidangula.blogspot.my/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html
[4] http://kopidangula.blogspot.my/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html
[5] http://kopidangula.blogspot.my/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html
[6] http://kopidangula.blogspot.my/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.html
[7] http://faizahembi.blogspot.my/2013/04/bilik-darjah-mesra-budaya.html