Saturday, 21 December 2019

Ringkasan Etika perbandingan


BAB 1: ETIKA
Nilai merujuk kepada idea atau pegangan kita mengenai apa yang kita percaya dan apa yang penting kepada kita. Nilai-nilai kita mungkin berasaskan etika atau keperluan dan kehendak semulajadi. Nilai-nilai kita mungkin betul atau salah, munasabah atau tidak munasabah. Ianya merujuk kepada asas yang membentuk tindakan kita.
Moraliti merujuk kepada tanggapan peribadi seseorang mengenai apa yang betul dan salah, dan yang baik dan buruk. Walaupun tanggapan seseorang individu itu tidak semestinya akan mempengaruhi orang lain, ia tetap akan menpengaruhi sikap dan nilai-nilai sesebuah masyarakat.
Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi antara individu dan masyarakat.
Etika bertempat menyatakan bahawa aktiviti membuat keputusan bergantung kepada situasi dan bukan berasaskan undang-undang tetap. Hanya Cinta sahaja yang mutlak di dunia ini.
Etika bermutlak berasaskan kepercayaan yang terdapat hanya satu kebenaran dan bahawa kebenaran ini sentiasa tetap tidak mengira keadaan atau situasi.
BAB 2: ETIKA AGAMA ISLAM
Perkataan deen berasal daripada Bahasa Arab “dyn” dan mempunyai empat maksud;
1.      Terhutang budi
2.      Menyerah diri
3.      Kuasa penghakiman
4.      Kecenderungan semulajadi
Mengikut ajaran Islam, Allah telah memberi manusia kehidupan dan dengan itu, keupayaan serta kuasa untuk memilih antara kebaikan dan keburukan.
Manusia tidak boleh bersikap jahil kerana al-Quran telah mengingatkan manusia mengenai nilai-nilai etika dan moral ini. Namun demikian, manusia sudahpun mempunyai pengetahuan semulajadi mengenai nilai-nilai ini dan alasan kejahilan tidak akan menyelamatkan mereka daripada menerima balasan.
Menurut Islam, pengakuan iman yang tidak diikuti oleh perbuatan yang baik berupakan sikap hipokrit atau jahil.
Kebersihan dan kesucian rohani merujuk kepada menyucikan diri daripada segala kecelaan misalnya kekufuran, amalan syirik dan dosa dan mengamalkan nilai moral yang suci. Kebersihan dan kesucian diri merujuk kepada membersihkannya daripada segala kekotoran dan mengamalkan sikap yang cermat dan bersopan santun.
Oleh sebab keluarga merupakan unit masyarakat yang paling asas, Islam menekankan sistem kekeluargaan dan nilai-nilainya. Asas kepada keluarga adalah perkahwinan. Islam menyarankan peraturan tertentu untuk mengatur kehidupan berkeluarga supaya setiap ahlinya dapat hidup dengan aman, selamat dan saling sayang-menyayangi.
Islam memberi kebebasan yang penuh kepada umatnya untuk berniaga. Setiap individu dalam masyarakat yang berunsur Islam bebas untuk menerima nafkah melalui apa jua kaedah yang halal asalkan ia halal. Seseorang itu boleh memulakan, menguruskan dan mengatur apa jua perusahaan perniagaan selagi ia selari undangundang Shariah.
Mengikut ajaran Islam, seseorang peniaga itu perlu:
·        Menerima nafkah secara halal
·        Menjauhkan diri daripada urusan yang haram seperti memperdagangkan bangkai dan daging khinzir, pakatan harga, muslihat dan sebagainya
·        Berurusan melalui persetujuan bersama
·        Mengotakan janji dan kontraknya
·        Sentiasa jujur dalam semua urusannya
Badan yang sihat dan bumi ini merupakan pemberian daripada Allah. Oleh sebab itu, kita seharusnya menjaganya dengan sebaik mungkin.
BAB 3: ETIKA AGAMA HINDU
Prinsip asas agama Hindu adalah kepercayaan mengenai kelahiran semula dan penerimaan karma sebagai unsur utama yang menentukan perkitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula.
Karma merujuk kepada konsep sebab dan kesan di dalam agama Hindu. Penganut agama Hindu mempercayai bahawa tindakan kita di dalam kehidupan yang lepas akan mempengaruhi kehidupan kita sekarang.
Bhagavad-Gita merupakan ekspresi falsafah agama Hindu yang tertinggi. Ia adalah salah satu kitab yang terpenting dan tersuci dalam agama Hindu dan merupakan mesej secara langsung dari Vishnu ke penganut agama Hindu dalam bentuk avatar Krishna.
Upanishad bermaksud “duduk berdekatan dengan sesuatu” dan merujuk kepada penuntut yang duduk di kaki guru-guru mereka. Kebebasan dapat dicapai dengan menimba ilmu dan mencapai kesedaran diri.
Perhubungan rapat tindakan beretika antara manusia dan alam sekitar sentiasa ditekankan dalam kitab agama Hindu.
Setiap usaha untuk mencapai kerohanian tidak akan berjaya sekiranya pertimbangan beretika tidak diambil kira. Secara umumnya, etika mesti dihormati.
Setiap insan harus memenuhi tanggungjawabnya tanpa mengharap apa-apa sebagai seorang ahli masayrakat atau keluarga.
Kecemerlangan di dalam bidang perniagaan dapat ditentukan dengan mengimbangkan keperluan semua pihak yang terlibat. Kita akan dapat mendekatkan kepada Tuhan dengan mencapai kecemerlangan di dalam semua perbuatan kita.
Setiap individu di dalam sesebuah organsasi haruslah memainkan peranan mereka untuk memperbaikkan lagi diri mereka supaya dapat mendatangkan faedah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Ayurveda merujuk kepada satu bidang dalam perubatan agama Hindu. Ia merupakan sistem perubatan yang berasaskan etika praktikal prinsip agama Hindu. Prinsip-prinsip tersebut termasuklah anti-kezaliman, kesucian semua makhluk hidup, perasingan jiwa daripada jasad dan kesanggupan menerima karma sebagai definisi hidup.
Setiap penganut agama Hindu haruslah beretika dalam memelihara alam sekitar dan biodiversiti. Oleh hal yang demikian. tanggungjawab setiap individu adalah untuk memelihara alam sekitar dan memastikan ianya digunakan secara lestari.
BAB 4: ETIKA CONFUCIANISME
Kepercayaan Confucianisme diasaskan oleh K’ung Fu Tzu (Confucius dalam bahasa Inggeris), seorang sarjana di China kuno yang amat berminat dengan kajian moraliti dan etika individu dan pelaksaan kuasa pentadbiran oleh pemerintah.
Antara ajaran etika Confucius termasuklah nilai-nilai seperti:
a)      Li, iaitu amalan, ibadah, kesopanan, etika, upacara, ihsan dan sebagainya.
b)      Hsiao, iaitu perasaan sayang-menyayangi dalam keluarga, termasuk perasaan sayang ibu bapa terhadap anak, anak terhadap ibu bapa, sesama adik beradik dan sebagainya.
c)      Yi, iaitu keadilan
d)      Xin, iaitu kejujuran dan amanah
e)      Jen, iaitu murah hati, berperikemanusiaan (nilai Confucianisme yang tertinggi)
f)        Chung, ketaatan kepada negara dan sebagainya
Si Shu atau Empat Buku, iaitu:
a)      Lun Yu atau Analekta Confucius (disusun 70 tahun selepas kematian K’ung FuTzu)
b)      Chung Yung atau Doktrin Min
c)      Ta Hsueh atau Pembelajaran yang Unggul
d)      Tulisan Meng Tzu (371-289 SM). Meng Tzu adalah seorang ahli falsafah yang telah mengembara dari negeri ke negeri seperti Confucius sambil menasihati pemerintah kerajaan.
Terdapat empat jenis perhubungan yang asas:
a)      Antara bapa dan anak
b)      Antara abang dan adik lelaki
c)      Antara suami dan isteri
d)      Antara golongan tua dan golongan muda
e)      Antara pemerintah dan diperintah
Confucius menyarankan tujung langkah di dalam strategi transformasi sosial ke arah mencapai masyarakat yang ideal:
a)      Penyiasatan benda-benda (pembolehubah)
b)      Melengkapkan ilmu
c)      Keikhlasan pemikiran
d)      Memperbaiki hati
e)      Pemupukan diri
f)        Mengawal selia keluarga
g)      Mentadbir urus negara
BAB 5: ETIKA AGAMA SHINTO
Shinto merupakan agama yang unik kerana ia tiada pengasas, kitab bertulis, perbadanan perundangan agama, kod moral yang ketat dan hanya diamalkan di Jepun.
Mengikut ajaran Shinto, maharaja Jepun berketurunan daripada Amaterasu. Oleh itu, maharaja dihormati oleh rakyatnya.
Perkataan Shinto berasal daripada penggabungan dua perkataan Cina, iaitu “Shen” yang bermaksud “Tuhan atau roh” dan “Dao” yang bermaksud “jalan, gaya hidup, atau falsafah hidup”. Shinto boleh dialih bahasa sebagai “Laluan ke arah Ketuhanan” atau Kami no Michi dalam Bahasa Jepun.
Kami merujuk kepada Tuhan atau prinsip “ketuhanan” yang wujud di pelbagai tempat dan dalam pelbagai benda.
Shinto wujud bersama dengan agama Buddha dan Confucianisme. Nilai etika Confucianisme berpengaruh besar ke atas nilai etika Jepun atau Shinto. Nilai-nilai seperti toleransi, mematuhi pihak berkuasa dan sebagainya amat dipentingkan dalam masyarakat Shinto.
Empat prinsip etika Shinto yang terpenting adalah keharmonian, kesucian, keikhlasan dan komuniti.
Shinto menekankan kepentingan kesucian, keikhlasan dan kebersihan serta perlakuan yang baik serta kefahaman mengenai alam semesta dan kesucian.
Etika agama Shinto menggalakkan kehidupan yang sederhana dan harmoni dengan alam semulajadi. Etika dan moraliti Shinto mengutamakan kepentingan bersama.
Penganut agama Shinto mempercayai bahawa Kami, alam semulajadi dan manusia wujud bersama. Kepentingan hidup secara harmoni dengan setiap makhluk dan berterima kasih atas pemberian Kami serta kemurahan hati moyang turut ditekankan.
Menurut agama Shinto, manusia dilahirkan dengan hati yang baik dan dunia ini penuh dengan kebaikan. Kejahatan merupakan unsur yang luar daripada dunia ini.
BAB 6: ETIKA AGAMA KRISTIAN
Asal-usul agama Kristian adalah berasaskan kehidupan, kematian dan kebangkitan semula Yesus Kristus. Ia merupakan agama monotheis dan berasaskan kehidupan dan ajaran Yesus Kristus.
Kitab suci agama Kristian adalah kita Injil dan ia terdiri daripada Perjanjian Baru dan Perjanjian Lama.
Kehidupan dan ajaran Yesus Kristus berpusat kepada konsep cinta yang taat setia. Setiap daripada tindakan Yesus Kristus merupakan tindakan yang paling baik dan setiap penganut Kristian patut mencontohinya ke arah mencapai kebebasan.
Mazhab Protestan menganggap bahawa Tuhan telah menurunkan kitab Injil sebagai sumber rujukan dalam membuat keputusan. Mazhab Katolik Roma pula mempercayai bahawa Tuhan menurunkan kitab ini untuk menyatakan perintahnya dan bahawa Tuhan berkomunikasi dengan manusia melalui Gereja Katolik Roma.
Nyawa adalah suci dan patut dihargai.
Penceraian bercanggah dengan perintah Tuhan. Namun demikian, sesetengah penganut Kristian berpendapat bahawa penceraian dibenarkan sekiranya tidak cara lain untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.
Matlamat sains adalah untuk mempelajari bagaimana alam semesta diwujudkan manakala kitab Injil pula menerangkan mengapa alam semesta wujud.
Kitab Injil menekankan bahawa setiap manusia patut dilayan secara adil tanpa membezakan mengikut kaum, gender atau status. Setiap individu patut saling hormatmenghormati dan menerima sebarang percanggahan pendapat demi Tuhan.
Secara umumnya, penganut agama Kristian berpendapat bahawa Tuhan mencipta alam semesta dan semua penghuninya. Mereka juga mempercayai bahawa manusia diamanahkan untuk menjaga ciptaannya dan patut menggunakannya dengan cermat tanpa mengeksploitasinya.
BAB 7: ETIKA AGAMA BUDDHA
Buddha telah menyedari bahawa semua penderitaan manusia disebabkan oleh nafsu.
Agama Buddha, seperti juga agama-agama lain, mengutamakan kebajikan manusia dan semua makhluk. Dengan berusaha untuk mencapai Nirvana, ia mengajar penganutnya untuk mematuhi kod etika yang tinggi.
Lima Prinsip Agama Buddha adalah:
·        Mengelak daripada membunuh
·        Mengelak daripada mengambil apa yang tidak diberi
·        Mengelak daripada kesalahan seksual
·        Mengelak daripada pertuturan yang palsu
·        Mengelak daripada perkara yang mengkhayalkan atau memabukkan
Empat Kebenaran Mulia ialah:
·        Penderitaan terdiri daripada penyakit, penuaan dan kematian, perpisahan daripada orang yang disayangi, mengingini suatu yang kita tidak mungkin dapat perolehi dan membenci suatu yang tidak dapat dihindari
·        Segala penderitaan disebabkan oleh nafsu dan usaha kita untuk memenuhi nafsu tersebut
·        Oleh itu, penderitaan dapat ditamatkan dengan menamatkan nafsu
·        Satu-satunya cara untuk menamatkan nafsu adalah dengan mematuhi Jalan Lapan Lapis Mulia.
Jalan Lapan Lapis Mulia terdiri daripada
·        Pandangan yang benar
·        Niat yang benar
·        Pertuturan yang benar
·        Tindakan yang benar
·        Rezeki yang benar
·        Usaha yang benar
·        Kepekaan yang benar
·        Perhatian yang benar
Agama Buddha dipengaruhi oleh agama Confucianisme, terutamanya dari segi menghormati ibu bapa dan perhubungan kekeluargaan.
Menurut agama Buddha, perkahwinan yang idea diseimbangkan oleh kewajipan sesame sendiri.
Etika perniagaan agama Buddha menggariskan jenis-jenis pekerjaan, pendekatan terhadap pekerjaan secara umumnya dan keusahawanan secara khususnya, penggunaan pendapatan, pengagihan harta, kritikan kapitalisme dan komunisme dan sebagainya.
Agama Buddha menganggap bahawa semua nyawa semua makhluk adalah suci dan tidak patut disia-siakan melalui membunuh diri atau euthanasia.
Mengikut sudut pandangan agama Buddha, manusia hanya merupakan sebahagian kecil dalam alam semesta ini dan hanya wujud kerana kebenaran makhluk lain. Manusia dan makhluk lain hidup bersama untuk menjaga alam semesta.
BAB 8: KESEJAGATAN ETIKA DI ASIA
Kesimpulannya, ramai antara kita sedang mencari falsafah yang dapat dijadikan panduan hidup. Falsafah ini mungkin berasaskan etika yang berunsur keagamaan atau tidak dan tujuannya adalah untuk memastikan bahawa kita melakukan perkara yang betul pada masa yang betul.
Mengembangkan dan mengamalkan etika perniagaan sebagai bidang yang formal merupakan konsep yang masih baru kepada kebanyakan organisasi di Asia. Kebanyakan daripada syarikat-syarikat di Asia mengasaskan program kursus etika mereka berasaskan pengalaman atau ajaran Barat tetapi initiatif kursus etika masa kini menggabungkan pendekatan Barat dan Timur.
Dalam etika Asia, hak asasi manusia merupakan tanggungjawab bersama: sekiranya wujud hak sejagat, maka tanggungjawab sejagat juga perlu wujud. Dalam erti kata lain, kita patut berfikir mengenai tanggungjawab kita kepada orang lain dan bukan sahaja tanggungjawab orang lain kepada kita.
Dalam perhubungan interpersonal, etika Asia menghubungkan etika yang berteraskan disiplin kendiri dengan perlakuan bersama (komuniti) yang bersesuaian.
Etika kekeluargaan Asia menghadapi berbagai rintangan dalam era globalisasi ini tetapi generasi muda masih mengamalkan sikap menghormati ibu bapa sebagai tanda menghormati budaya Asia sambil memenuhi jangkaan global.
Kemajuan teknologi dan perubatan telah membawa kepada isu-isu etika yang mungkin tidak wujud pada zaman pra-teknologi.
Pengamalan etika alam sekitar yang berteraskan nilai-nilai Asia akan memperteguhkan prinsip-prinsip keagamaan asasi dan kita akan belajar untuk lebih bertanggungjawab ke atas tindakan kita sambil meningkatkan kepekaan terhadap akibat daripada tindakan kita.
BAB 9: ETIKA ASIA DAN ETIKA BARAT
Etika dan agama bertindak sebagai panduan hidup bagi kita semua.
Hukum Emas mengajar supaya kita melayan orang lain sepertimana kita ingin dilayan dan merupakan unsur yang wujud dalam kebanyakan kod moral dan agama.
Antara aspek utama etika ialah “kehidupan yang baik”. Ramai ahli falsafah berpendapat bahawa ini lebih penting daripada kod etika atau moral.
Hukum Emas juga dikenali sebagai etika kesalingan dalam agama Kristian.
Hukum Emas juga wujud dalam agama Islam. Dalam dakwahnya yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. telah berkata: "Hindari daripada menyakiti sesiapa supaya sesiapa tidak menyakitimu.”
Dalam agama Buddha, Hukum Emas turut diamalkan dari segi etika. Dalai Lama telah berkata: “Sekiranya inginkan orang lain bahagia, amalkan sifat belas kasihan. Sekiranya inginkan dirimu bahagia, amalkan sifat belas kasihan.”
Hukum Emas juga wujud dalam etika agama Hindu. Dalam Mahabharata, Vrihaspati berkata bahawa “Manusia yang melayan semua makhluk lain sepertimana ia melayan dirinya sendiri, iaitu dengan mengenepikan seksaan dan mengabdikan dirinya kepada kemarahannya akan dapat mencapai kebahagiaan.”
Dalam etika Confucianisme, ”Jangan sekali-kali memaksa sesiapa melakukan sesuatu yang kamu tidak sanggup lakukan sendiri”. Ini menunjukkan bahawa Hukum Emas juga diamalkan dalam Confucianisme.
Topik ini juga telah membincangka empat ahli falsafah Barat.
         i.            Sistem etika falsafah Aristotle berasal daripada kesedaran kendiri di mana seseorang itu perlu mencapai potensi sepenuhnya untuk mencapai kebahagiaan.
       ii.            Plato tidak membincangkan agama atau kewujudan tuhan dengan jelas.
      iii.            Rene Descartes berpendapat bahawa mempercayai kewujudan Tuhan merupakan asas kepada semua ilmu.
     iv.            Immanuel Kant telah menyumbang kepada kajian etika dengan tiga formula kepentingan kategorikalnya.
·        Formula pertama: Hukum Alam
·        Formula kedua: Matlamat
·        Formula ketiga: Dunia Matlamat

Ringkasan Child Growth and Development


BAB 1 PENGENALAN
Semasa revolusi industry, kanak-kanak semuda enam tahun bekerja waktu yang lama untuk mendapatkan bayaran yang sedikit ataupun tidak langsung.
Perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan secara progresif dalam seorang manusia yang berlaku dengan corak yang dapat diramal sebagai hasil daripada interaksi di antara faktor biologi dan persekitaran.
Kaedah penyelidikan saintifik digunapakai semasa mengkaji kanak-kanak dengan bermula daripada memilih sebuah topik atau kelakuan untuk dikaji dan kemudian memfokus kepada suatu kaedah asas yang akan membenarkan maklumat dikumpul dengan cara yang cekap dan berkesan.
Dalam kaedah temubual, pengkaji bertanya soalan kepada peserta samada dalam suasana formal ataupun tidak formal dan merekod responnya.
Sebuah eksperimen merupakan suatu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk menentukan keberkesanan suatu aksi ataupun rawatan tertentu kepada satu ataupun sekumpulan organisma.
Kajiselidik melibatkan kajian populasi yang besar dan kecil dengan mengkaji sampel yang dipilih daripada populasi.
Sebuah kajian kes merupakan suatu penyiasatan yang mendalam tentang satu orang, kumpulan, kejadian ataupun komuniti.
Kaedah korelasi merupakan suatu teknik di mana dua atau lebih pembolehubah diukur secara sistematik dan di antara mereka ditaksir.
Sebuah kajian longitudinal merupakan suatu penyelidikan yang melibatkan pemerhatian berulang pembolehubah yang sama dalam jangka waktu yang lama.
Etika penyelidikan wujud untuk memastikan prinsip keadilan, hormat dan mengelak daripada mencederakan dipertahankan, dengan menggunakan standard yang dipersetujui.
Menurut Sigmund Freud perkembangan kanak-kanak dijelaskan sebagai suatu siri 'Tahap Psikoseksual‟ yang digariskan sebagai lisan, dubur, lingga, pendaman dan alat kelamin.
Teori Sistem Ekologi merupakan suatu teori bukan tahapan yang menerangkan perkembangan seorang kanak-kanak dan sebaliknya melabel aspek-aspek ataupun tahap-tahap persekitaran berlainan yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak.
Ahli sains telah bertahun-tahun mengetahui bahawa sifat seperti warna mata dan rambut ditentukan oleh gen khusus yang telah dikodkan dalam setiap sel manusia.
BAB 2 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN FIZIKAL
Suatu refleks ditakrifkan sebagai suatu respon otomatik kepada suatu stimulus luaran.
Seorang bayi yang sedang menangis cuba memberitahu anda sesuatu. Kerana dia tidak berupaya berbuat apa-apa sendiri, bayi bergantung kepada orang lain.
Bayi tidur banyak. Bayi yang baru lahir tidur di antara 14 sehingga 18 jam sehari sehingga lebih kurang umurnya sebulan.
SIDS adalah suatu kematian mengejut dan tidak dapat dijelaskan seorang bayi yang di bawah umur 1 tahun.
Kemahiran Motor Halus umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot kecil, seperti pada tangan, pergelangan tangan dan jari jemari.
Kemahiran Motor Kasar umumnya merujuk kepada pergerakan yang melibatkan otot-otot besar, seperti yang ada pada lengan, kaki, atau seluruh badan.
Ketetapan saiz adalah kesedaran bahawa saiz sebenar suatu objek kekal sama walaupun objek tersebut sedang bergerak lebih jauh.
Otak merupakan pusat sistem saraf semua haiwan.
Otak adalah pusat arahan yang menerima dan menghantar pesanan kepada bahagian-bahagian badan yang berlainan.
Ahli sains mengatakan bahawa hemisfera kanan otak nampaknya mengawal ekspresi emosi, imaginasi visual dan pemprosesan bukan verbal, manakala sebelah kiri mengawal pemprosesan verbal, analitikal, jujukan dan logikal.
Otak adalah tompok merah jambu-kelabu yang terdiri daripada lebih kurang 10 bilion sel saraf yang disebut neuron.
Kegemukan berlaku apabila seseorang mengambil lebih kalori daripada makanan berbanding yang dibakarnya.
Anoreksia merupakan gangguan pemakanan di mana orang mendera diri supaya kebuluran. Anoreksia selalunya bermula pada orang muda sekitar akil baligh.
Sambil kanak-kanak membesar dan dunia mereka meluas melewati rumah mereka kepada jalan raya setempat, mereka terdedah kepada bahaya dan risiko.
BAB 3 PERKEMBANGAN KOGNITIF – PIAGET & VYGOTSKY
Dengan menggunakan idea daripada biologi, Piaget telah memperkenalkan dua proses utama iaitu Penyusunan dan Penyesuaian.
Skema merupakan struktur mental atau kognitif yang membolehkan seseorang menyesuaikan dan menyusun persekitarannya.
Penyesuaian merupakan proses kognitif di mana seseorang menggabungkan maklumat ataupun pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada.
Penyesuaian merupakan penciptaan suatu skema baru ataupun mengubahan skema yang lama.
Keseimbangan merupakan imbangan antara penyerapan dan penyesuaian. Ketidakseimbangan merupakan keadaan tidak seimbang antara penyerapan dan penyesuaian.
Pengekalan objek merupakan kesedaran seorang kanak-kanak ataupun pemahamannya bahawa objek tersebut masih wujud walaupun ia tidak dapat dilihat ataupun didengar.
Istilah kognisi berasal daripada perkataan Latin cognoscere yang bermaksud “untuk mengetahui” atau “untuk mengenali” atau “untuk mengkonsepsi”.
Pengabadian merupakan keupayaan mengingati apa yang tidak berubah dan apa yang berubah pada objek setelah perubahan telah dilakukan kepada objek tersebut.
Dalam tahap sensorimotor, pengetahuan bayi mengenai dunia terhad kepada deria persepsi dan aktiviti motor.
Pada tahap praoperasi kanak-kanak belum dapat memahami logik konkrit dan tidak dapat memanipulasi maklumat secara mental, dan tidak boleh menerima pandangan orang lain (egosentrik).
Pada tahap konkrit, kanak-kanak dapat berfikir secara abstrak dan membuat pertimbangan yang rasional mengenai fenomena yang konkrit ataupun dapat diperhatikan.
Pada tahap operasi formal, manusia membina keupayaan untuk berfikir tentang konsep yang abstrak.
Teori perkembangan sosiobudaya Vygotsky menekankan peranan utama interaksi social dalam perkembangan kognisi.
Zon Perkembangan Proksimal merupakan suatu konsep penting yang berkaitan dengan perbezaan antara apa yang kanak-kanak dapat mencapai secara bersendirian dan apa yang kanak-kanak itu dapat mencapai dengan bimbingan dan galakan daripada seorang rakan yang berkemahiran.
BAB 4 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Pendekatan kognitif menekankan mengetahui, struktur mental (representasi) dan akal yang konstruktif, merancang dan aktif.
Ahli psikologi kognitif yang terawal telah menggunakan komputer sebagai perumpamaan.
Skema merujuk kepada penyusunan aktif pengalaman lampau.
Ingatan Sensori menerima maklumat daripada berbagai sumber (penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan rasa) dan otak akan hanya menumpukan kepada maklumat yang telah ditumpukan.
Selain daripada pereputan dan campur tangan, kegagalan mendapat kembali telah dikenal pasti sebagai suatu lagi proses yang menyumbang kepada kelupaan.
Teori reput (ketidakpakaian) mengandaikan bahawa ingatan akan reput lama kelamaan, seperti bahan radioaktif.
Adalah lebih mudah untuk mendapat kembali suatu kejadian yang khusus sekiranya anda berada dalam konteks yang sama dengan konteks di mana kejadian tersebut berlaku.
Teori jaringan mengandaikan bahawa mendapat kembali atau mengingat kembali maklumat daripada ingatan semantik melibatkan pencarian dalam laluan (ataupun hubungan) yang membawa daripada satu konsep kepada yang lain.
Ingatan semantik merupakan pengetahuan mengenai konsep umum yang tidak khusus kepada suatu tempat ataupun masa.
Ingatan prosedural merupakan ingatan mengenai pengetahuan prosedural iaitu mengingati cara melakukan sesuatu.
Latihan penyenggaraan adalah apabila kita sentiasa mengulangi maklumat untuk membiarkan ia terus „hidup‟ dalam ingatan kerja.
Latihan elaboratif adalah apabila makna diberikan kepada maklumat dengan menghubungkannya kepada sesuatu yang kita sudah ketahui bagi mengelakkan ia lenyap daripada ingatan kerja.
Suatu tanggapan stereotaip adalah sebuah peket pengetahuan tentang suatu peribadi ataupun sifat fizikal yang kita andaikan benar mengenai sekumpulan orang.
Pendekatan kognitif menjelaskan bagaimana manusia belajar dengan menekankan ingatan, pertimbangan, pemikiran dan penyelesaian masalah.
BAB 5 PERKEMBANGAN MORAL
Moral adalah berkaitan dengan prinsip atau peraturan mengenai tindakan yang betul ataupun perbezaan antara yang betul dan yang salah.
Moraliti merujuk kepada keupayaan untuk mempelajari perbezaan antara yang betul dan yang salah dan memahami bagaimana untuk membuat pilihan yang betul.
Kohlberg tidak begitu berminat sama ada subjek menjawab "ya" atau "tidak" kepada dilemanya tetapi beliau lebih berminat mengetahui sebab di sebalik jawapan yang diberikan.
Pada Tahap Hukuman-Pematuhan, kanak-kanak mengandaikan bahawa pihak berkuasa memberikan suatu set peraturan tetap yang mesti patuhi tanpa soal.
Pada Tahap Pertukaran Pemasaran, kanak-kanak mengenali bahawa tidak terdapat hanya satu pandangan yang betul yang diberi oleh pihak berkuasa.
Kawalan kendiri merujuk kepada keupayaan mengawal kelakuan dan respon apabila menghadapi godaan.
Keganasan ditakrifkan sebagai kelakuan yang berniat untuk menyakiti orang lain.
Punca-punca kelakuan ganas mungkin disebabkan oleh faktor biologi, keluarga, rakan sebaya, kemiskinan ataupun kegagalan di sekolah.
BAB 6 PERKEMBANGAN EMOSI
Emosi merupakan suatu perasaan yang sedar seperti kegembiraan, kesedihan, takut, benci atau sebagainya yang dialami oleh seseorang.
Perasaan Kompleks merupakan perasaan berjaya (kerana jangkaan seseorang dipenuhi) dan perasaan gagal (apabila jangkaan seseorang tidak dipenuhi).
Takut sekolah menyebabkan kanak-kanak enggan pergi ke sekolah dan biasa dalam kalangan budak lelaki dan juga perempuan, dan lebih berkemungkinan berlaku antara umur 5 hingga 11 tahun.
Ada kanak-kanak yang enggan pergi ke sekolah kerana mereka terlalu bimbang.
Keengganan ke sekolah ditakrifkan sebagai kelakuan menolak atau enggan menghadiri kelas yang khusus atau berada di sekolah sepanjang hari.
Ekspresi wajah adalah salah satu komponen emosi.
Tidak kira daerah atau budaya, semua kanak-kanak mempunyai ekspresi wajah yang sama untuk marah, sedih dan gembira.
Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi yang umum: seronok atau sedih.
Kajian telah menunjukkan bahawa bayi seawal 4 bulan dan tentunya menjelang 6 bulan boleh membezakan ekspresi wajah yang dikaitkan dengan emosi yang berlainan.
Ibubapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali tentang pergi ke sekolah sebelumnya dan ia harus dibuat walaupun selepas sekolah bermula.
Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan orang, tempat dan benda.
Ikatan merupakan asas yang di atasnya semua jenis hubungan akrab dan berjangka panjang terbentuk.
BAB 7 PERKEMBANGAN BAHASA
Bahasa dikatakan telah bermula apabila manusia terawal mula bekerjasama, ingin memahami hasrat masing-masing dan berkongsi maklumat.
Perkembangan bahasa merupakan suatu proses yang bermula awal dalam kehidupan manusia, apabila seseorang itu mula memeroleh bahasa dengan mempelajarinya sebagaimana ia dipertutur.
Teori behaviouris adalah berdasarkan kerja B. F. Skinner dan Albert Bandura yang mencadangkan bahawa bahasa dipelajari melalui pelaziman operan; i.e. melalui proses pengukuhan dan ajukan.
Chomsky berhujah bahawa semua kanak-kanak mempunyai apa yang disebut sebagai Jentera Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device – LAD) yang semulajadi dan membantu pembelajaran bahasa.
Penyokong teori Interaksionis berhujah bahawa perkembangan bahasa ditentukan oleh interaksi antara apa yang telah diberikan secara gen (i.e. senulajadi) dan pengaruh persekitaran (i.e. pupukan).
Semantik merujuk kepada cara sebuah bahasa menyampaikan makna. Ia adalah kajian maksud perkataan dan ayat dalam sebuah bahasa.
Bahasa merupakan suatu bentuk komunikasi yang paling kompleks yang digunakan oleh manusia. Ia membolehkan penghantaran pengetahuan, kemahiran dan nilai suatu budaya.
Bahasa terdiri daripada empat elemen: fonologi, tatabahasa, semantic dan pragmatik.
Pragmatik merujuk kepada cara manusia menggunakan bahasa (seperti bercakap) untuk mencapai tujuan.
Ledakan menamakan merupakan pembelajaran perkataan yang pantas dalam kalangan kanak-kanak kecil sambil mereka mempunyai interpretasi yang berlainan tentang sepatah perkataan.
Pertuturan telegrafik terdiri daripada ayat lisan yang mempunyai irama yang tidak normal.
Membaca kepada kanak-kanak memberikan peluang untuk belajar perkataan baru.
Perkataan yang telah terbiasa dalam sebuah ayat dapat berfungsi sebagai petanda kepada makna perkataan yang baru. Ini disebut sebagai “petanda ayat”.
Kanak-kanak yang dinafikan pembelajaran suatu bahasa atau disebabkan kecederaan otak mempunyai kesukaran yang serius bertutur dan pemahaman.
BAB 8 PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial menjejak bagaimana manusia daripada lahir sehingga dewasa belajar untuk berinteraksi dengan orang lain yang membolehkan mereka untuk akhirnya membentuk hubungan yang sihat dan memuatkan diri dalam situasi sosial dengan selesa.
Pemahaman kendiri adalah suatu proses yang kompleks, melibatkan beberapa aspek tentang diri, merentas kemahiran dan/atau keupayaan kognitif, sosial, latar belakang dan budaya sosioekonomi.
Konsep kendiri merujuk kepada penilaian khusus bidang tentang diri.
Harga diri, juga dikenali sebagai nilai diri atau imej diri, merujuk kepada pentaksiran menyeluruh tentang diri sendiri.
Harga diri boleh diukur dengan menggunakan ujian, melalui pemerhatian dan memeringkatkan kelakuan kanak-kanak dan remaja.
Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai harga diri yang rendah adalah dimotivasikan oleh perasaan rendah diri yang memandu mereka untuk mencari pengesahan tentang nilai daripada orang lain atau dengan berbuat sesuatu.
Erik Erikson (1902-1994) telah mencadangkan teori perkembangan psikososial yang menumpu kepada kematangan kognitif dan konteks social seorang individu.
Faktor yang mempengaruhi harga diri termasuk perubahan hidup, restu rakan sebaya, kelakuan guru, prestasi fizikal dan pencapaian akademik.
Kesan harga diri yang rendah termasuk gangguan makanan, prestasi rendah, kurangnya keyakinan diri dan kehidupan sosial yang lemah.
Persepsi orang merujuk kepada cara kanak-kanak ‗menganggar‘ atau menilai ciri-ciri orang yang mereka sudah terbiasa.
Mengambil perspektif adalah keupayaan untuk membayangkan apa yang orang lain mungkin berfikir dan berasa.
Penyelesaian masalah sosial adalah aplikasi strategi yang mengelakkan atau menyelesaikan perselisihan yang memanafaatkan kanak-kanak itu.
BAB 9 PENGARUH KELUARGA
Keluarga terdiri daripada individu yang mungkin berkait melalui darah, perkahwinan, atau pilihan.
Keibubapaan autoritarian adalah apabila kanak-kanak dijangka mematuhi peraturan yang ketat yang diletakkan oleh ibubapa.
Ibubapa yang autoritatif lebih responsif kepada anak-anak mereka dan bersedia mendengar soalan.
Ibubapa permisif jarang mendisiplin anak-anak mereka kerana mereka mempunyai jangkaan tentang kematangan dan kawalan diri yang secara relatifnya lebih rendah.
Gaya keibubapaan yang tidak terlibat adalah dicirikan oleh permintaan yang sedikit, keresponsifan yang rendah dan komunikasi yang sedikit.
Kanak-kanak banyak belajar daripada ibubapa mereka hanya dengan melihat dan memerhatikan mereka.
Dengan memberikan maklumbalas kepada anak-anak mereka, ibubapa memberikan indikasi samada suatu kelakuan adalah sesuai dan harus diteruskan ataupun tidak sesuai dan harus dihentikan.
Ibubapa dengan SES yang rendah selalunya mengekspresi ciri-ciri luaran seperti pematuhan, kesopanan, kekemasan dan kebersihan.
Ibubapa dengan SES yang tinggi menekankan sifat psikologikal, seperti sifat ingin tahu, kebahagiaan, pengarahan kendiri dan kematangan kognitif dan sosial.
Selepas perceraian, kebanyakan kanak-kanak mula tinggal dalam rumahtangga dengan satu ibu atau bapa, yang berbeza daripada sebuah keluarga asas ataupun keluarga dengan dua individu ibubapa yang dianggap sebagai sebuah struktur keluarga yang ideal.
Umumnya, tidak ramai yang akan menafikan bahawa perceraian adalah menyedihkan untuk anak-anak kerana ia melibatkan konflik antara ibubapa dan selalunya perpisahan daripada salah satu daripada mereka.
Sebuah keluarga teradun merupakan suatu terma yang menerangkan sebuah keluarga di mana ibubapa yang telah berkahwin dengan pasangan yang lain sebelumnya, membawa anak-anak mereka daripada perkahwinan yang sebelumnya itu untuk tinggal bersama atau 'teradun' bersama dalam struktur yang ada sekarang.
Jenis pengabaian yang paling biasa adalah penderaan fizikal, penderaan seksual dan pengabaian.


Friday, 20 September 2019

Rumusan Dakwah Islamiah


宣教 (Rumusan Dakwah Islamiah)
招人于主道,以智慧聪敏,秉直地忠告,明白地争辩。
稳麦职责
学者宣以据,战士宣以剑,唤礼员以唤,公众宣以传。
宣教士素质
自知优缺点,圣伙为参考;复兴清真寺,出主道奋斗;
对于教法门,有深厚理解;坚守忠誓言,贡集团领袖。
宣教对象
尊敬老学者,取其教精华。对于老前辈,吸取其经验。
面对年轻人,温柔礼待之。女人与儿童,义方熏陶之。
对于无知者,不要侮辱之。沉思后世者,应当效法之。
宣教内容
只谈一神论,讲穆圣教门,记起后世苦,鼓励人精进。
决不谈政治,不究论教派,不贪积捐款,不揭发丑闻。
戒恶步骤
当看见恶行,戒以手中权,如果无能力,戒以舌鉴戒;
如果无能力,戒以心厌恶,如此之程度,为最弱信心。
正道
清真唯正宗,非邪门歪道。宣扬主正道,不会惹祸患。
宣教法正确,不会惹麻烦。宣教士谨慎,公众应醒目。
忠告
讲善功尊贵,激励人行善。讲主之刑罚,规劝人戒恶。
明辨
讨论得见和,对话得同解,协商得同行,争辩荣主道。
接受宣教
人接受宣教,不应该骄傲;谦虚与自谦,荣耀归真主。
反对宣教
人反对宣教,不应该失望;反躬与自省,改善自诚意。
宣教集团组织
各宣教组织,只要其方程,依据圣经训,都应支持之。