Tuesday, 18 March 2014

ZIKRULLAH PENGUBAT HATI



DEFINISI ZIKIR
Zikir bermaksud mengingati Allah s.w.t. dengan hati, lidah, dan perbuatan seperti membaca tasbih, tahmid, takbir, dan sebagainya .  Zikir dapat menghubungkan manusia dengan penciptanya.
DALIL KEPENTINGAN BERZIKIR
Firman Allah Subhanahu Wa ta’ala :
  
191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka pelihara Kami dari azab neraka.

35. Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang Islam serta orang-orang perempuan Yang Islam, dan orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman, dan orang-orang lelaki Yang taat serta orang-orang perempuan Yang taat, dan orang-orang lelaki Yang benar serta orang-orang perempuan Yang benar, dan orang-orang lelaki Yang sabar serta orang-orang perempuan Yang sabar, dan orang-orang lelaki Yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan Yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki Yang bersedekah serta orang-orang perempuan Yang bersedekah, dan orang-orang lelaki Yang berpuasa serta orang-orang perempuan Yang berpuasa, dan orang-orang lelaki Yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan Yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki Yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan Yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.
  
41. Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya;

ADAB BERZIKIR
Ketahuilah bahawa dalam amalan zikir ini terdapat beberapa adab yang perlu anda jaga .  Anda perlu menyebut lafaz-lafaz zikir itu dengan sebutan yang betul serta memahami maksudnya dengan penuh penghayatan dalam hati anda.
Semasa anda berzikir , anda seharusnya merasakan kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah dalam sanubari hati anda dengan penuh kekhusyukan.
Apabila anda duduk berzikir sedangkan ada orang lain yang sedang melakukan amalan yang seperti solat , dan membaca al-Quran, maka anda hendaklah menggunakan suara hati yang perlahan supaya tidak mengganggu daya tumpuan orang lain. Firman Allah s.w.t. berikut merupakan dalil bagi ketentuan tersebut.

205. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.
Pastikan anda berzikir dalam keadaan pakaian, badan dan tempat sekitar yang bersih dan suci daripada hadas kecil dan hadas besar supaya anda lebih dapat khusyuk kepada Allah.
Anda boleh berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat. Contohnya:  membaca Basmalah ketika hendak memulakan sesuatu amalan dan pekerjaan; membaca Taawuz apabila berdepan dengan kejahatan ; membaca Hasbalah ketika menghadapi sesuatu masalah ; dan membaca istirja’ apabila menghadapi ujian dan musibah.
Sebaik-baiknya anda mengamalkan Zikir dengan lafaz-lafaz yang terdapat di dalam Nas al-Quran atau as-Sunnah seperti wirid zikir Ma’thurat .
Kita dituntut memperbanyakkan berzikir ketika dalam suasana genting supaya menimbulkan keyakinan yang kuat bahawa sebaik pelindung dan sebaik penolong hanyalah Allah .
Janganlah anda berzikir semasa anda sedang qadak hajat di dalam tandas.
KERUGIAN ORANG YANG TIDAK BERZIKIR
Orang yang kurang berzikir kepada Allah mudah terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah seperti melakukan perkara yang syirik, melakukan dosa besar, dan menganiaya sesama manusia yang lain.
Orang yang kurang berzikir lebih mudah dikuasai oleh Syaitan dan hawa nafsu kerana hatinya dalam kekosongan dan kelalaian daripada mengingati Allah , maka hatinya cenderung untuk menuruti godaan syaitan dan hawa nafsu.
Orang yang tidak berzikir kepada Allah sentiasa jauh daripada peringatan ajaran agama maka mereka mudah melupakan tanggungjawab terhadap agama dan kehidupan mereka semata-mata untuk mencari keseronokan dan kesenangan .
Dalam mengingati Allah , kita akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa. Orang yang tidak berzikir sentiasa dalam keadaan kegelisahan.
HIKMAH BERADAB KETIKA BERZIKIR
Kita sebagai hamba Allah yang berusaha membaiki diri untuk mendekatkan diri kepada Allah hendaklah mengambil berat tentang adab-adab ketika berzikir supaya anda dikasihi Allah kerana Allah menyukai orang yang melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
Sesiapa  yang berzikir dengan menjaga adab-adabnya sentiasa mendapat ketenangan jiwa dalam minda dan rohani.
Dengan menjaga adab-adab berzikir ini lebih mendidik jiwa anda supaya sentiasa mengingati Allah s.w.t. setiap masa dan keadaan dengan sentiasa menjunjung perintah Allah dan takut melanggar larangan Allah.
Amalan zikir yang dilakukan dengan sempurna dan penuh beradab ini mudah-mudahan diterima oleh Allah dan mendapat pahala.
SEBAB-SEBAB PERLUNYA BERADAB KETIKA BERZIKIR.
Kita kena menjaga adab berzikir supaya kita tidak mengganggu ketenteraman orang lain yang sedang melakukan amal ibadat lain seperti solat, membaca al-Quran, menelaah kitab dan lain-lain, anda tidak perlu mengeraskan suara dengan kuat kerana Allah tuhan kita tidak pekak tetapi Maha Mendengar setiap aduan hamba -Nya.
Amalan zikir perlu dilakukan dengan penuh rendah hati bersih daripada semua penyakit hati seperti riya’ menunjuk-nunjuk, ujub bangga diri, sum’ah untuk diperdengarkan kepada orang lain, dan takbur sombung supaya zikir kita diterima oleh Allah s.w.t.
Anda perlu berzikir dengan menjaga adab-adabnya untuk mencapai kesempurnaan dalam ibadat.
Amalan zikir yang dilakukan dengan adab Sunahnya memang selaras dengan Sunah Rasulullah s.a.w. kerana setiap kebaikan itu adalah sederhana , dan apa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah tidak bertujuan memberatkan umatnya.
Kita perlulah berdisiplin dalam menunaikan ibadah dengan mengamalkan adab Islamiah ketika menunaikan ibadah tersebut supaya kita menjadi modal insan yang berkualiti.

LAFAZ-LAFAZ ZIKIR
AL-BAQIYATUSH SHALIHAT
1.      Tasbih ,سبحان الله العظيم
2.      Tahmid , الحمدلله رب العالمين
3.      Tahlil , لااله الاالله
4.      Takbir , الله اكبر
5.      Hauqqalah , لاحول ولاقوة الابالله العلي العظيم
TAAWUZ
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
BASMALAH
بسم الله الرحمن الرحيم
HASBALAH
حسبنا الله ونعم الوكيل
ISTIRJA’
انا لله و انا اليه رجعون
ISTIGFAR
استغفر الله العظيم
SHALAWAT
اللهم صل على محمد

RUJUKAN
1.      Huda wahid, Alidahlan, (2003), Majmu’ Syarif Kamil, Bandung, CV Penerbitan Jumanatul Ali-Art.
2.      Asy-Syahid Hasan Al-Banna, (2009) , Al – Ma’thurat & Surah Yaasin Doa-doa Pilihan, Kota Baharu, Syarikat Jaffar Rawas Sdn. Bhd.
3.      Zaid Husein Al Hamid, ( 2009) , Ringkasan Ihya’ Ulumiddin Imam Al Ghazali, Kuala Lumpur, Darul Nu’man.
4.      Khairunnisa’ Yusoff, Nadhrah Faqihah, (2013) , Xpress Bestari Pendidikan Islam SPM, Kuala Lumpur, Sasbadi Sdn. Bhd.
Rosmani Rifin, Nor Aslina Mamat, Nurul Hudha Omar, Junaidah Salehudin, (2010) , Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam,Puchong, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

简明兵法

简明兵法
领兵作战,国家大事;
纸上谋略,战场应变;
道必坚心,念主心活;
骑马射箭,兵器武术;
游泳跑步,扎营生火;
训练充沛,以逸待劳;
人合团结,小心歹猜;
互相关心,尊重穆民;
看清地形,分析战略;
山脉平原,峡谷旷野;
河流江湖,海洋岸岛;
森林园地,野兽飞禽;
随机应变,阴谋阳谋;
纸上容易,施行困难;
难中有易,苦中有乐;
忍中有成,急中有败;
精锐于勤,荒疏于戏;
谋远虑,坚决果断;
参天赞地,天气地理;
雾霜雨,干旱露雪;
风响雷,吹龙卷风;
恶魔私欲,不信道者;
及伪信士,穆民仇敌;
慎笃防备,奋斗精进;
兴风驶船,烽火紧急;
瀑水崩山,土防工程;
进退攻守,把握在手;
进退两难,唯有死战;
为教殉身,胜战利品;
钱银两,百斤稻粮;
养殖牲畜,食水共应;
立哈里发,施行政令;
抚百姓,深得民心;
上下同心,忠君敬臣;
回教行军,非耀军力;
自古圣战,少数胜多;
坚信主援,无畏死亡;
宣教传达,光复疆土;
皈和扶植,条约纳税;

悖逆回教,举兵讨伐。

Hidayat seluruh alam



Para sahabat
Bertebaran ke
Seluruh alam semester ini,
Untuk sebarkan agama Islam
Kepada seluruh umat manusia,
Mereka mendapat tarbiah Rasulullah,
Mereka mendapat keredaan dari Allah.
Oh kita sebagai umat mutakhir,
Mari ikut jejak mereka,
Hanyalah tarbiah
Cara Rasulullah
Lebih memberikan kesan baik,
Mujahadah!




 Nukilan Abdul Hadi Ong @ Ong Seng Huat

Monday, 3 March 2014

汉语法賦



1.       文言白话,南北方言;
2.       声母韵母,唇舌鼻音;
3.       平上去入,阴平阳平;
4.       拼音声调,说话明解。
5.       汉字进展,初甲骨文,
6.       商朝金文,秦大小篆,
7.       唐汉隶草,今用楷体。
8.       六书造字,象形指事,
9.       会意形声,假借转注。
10.     内外左右,上下包品,
11.     汉字结构,笔顺如是,
12.     各有次序,部首偏旁,
13.     识字辨音,说文解字。
14.     古今语法,进展远长。
15.     词语分类,实词虚词,
16.     万象虚实,名称行动,
17.     代号数量,形容声音,
18.     主意心思,连环匹副,
19.     辈分地位,普通特殊,
20.     过去现在,古今未来,
21.     雄男雌女,单双复数。
22.     句子结构,开头结尾,
23.     句身词节,外形内容,
24.     表文内涵,吟诵朗读。
25.     单句复句,易明难懂,
26.     深浅奇凡,褒贬优美,
27.     讥讽祷告,听言表情。
28.     修辞手法,文句趣味,
29.     暗明譬喻,重复对比,
30.     层递回排,警告奖励,
31.     长短不一,生动有趣。
32.     词汇丰富,多音多义,
33.     清楚字辨,善于引用,
34.     成语谚语,格言名句,
35.     同义反义,同音异义,
36.     汉字成万,通用六千,
37.     精要一千,逐渐背记。
王成发题