Monday, 13 January 2014

Peruntukan Istimewa Perlembagaan.

Peruntukan Istimewa Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengekalkan peruntukan hak asasi , kewarganegaraan , hak Istimewa orang Melayu, agama dan bahasa untuk merealisasikan cita-cita mewujudkan sebuah negara yang adil.

 Bahasa Melayu. 

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan ( lingua franca) semenjak abad ke-15 dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka, ia digunakan oleh pedagang-pedagang. Ketika zaman penjajahan British, bahasa Inggeris lebih diutamakan. Walau bagaimanapun ada juga pegawai British yang berminat dengan bahasa Melayu lalu menjadi sarjana bahasa Melayu. Pada hari ini untuk menyatukan penduduk Malaysia maka di peruntukan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, ha lini dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan untuk kegunaan maksud-maksud rasmi termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

 Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu. 

 Sejarah penubuhan Majlis Raja-raja Melayu bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896 untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama dengan pemerintahan Inggeris. Mesyuarat Durbar telah diadakan pada 13-17 Julai 1897 di Istana Nagara, Bukit Chandan , Kuala Kangsar, Perak. Mesyuarat Durbar telah diadakan sebanyak Sembilan kali hingga 1939. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948, namanya telah dipendekkan menjadi Majlis Raja-raja. Antara bulan Februari 1948 hingga Ogos 1957 mesyuarat Majlis Raja-raja telah diadakan sebanyak 50 kali. Ianya merupakan badan rasmi mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia segagai tempat raja dan Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang serta merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal agama Islam di Malaysia. Antara fungsi utama dan kuasa budi bicara Majlis Raja-raja ialah : memilih Yang dipertuan Agong dan Timbalannya; mengawal perbuatan , amalan atau upacara agama ; undang-undang dan pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;memberi ampun, meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42 dan dasar negara. Semua raja dan Yang Dipertua Negeri secara automatik menjadi ahli Majlis Raja-raja. Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-raja ialah Sembilan orang raja Melayu secara bergilir-gilir. Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun.

 Islam Sebagai Agama Persekutuan

 Islam berkembang di tanah Melayu sejak awal abad ke-13 dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1292 Masihi , ianya berlangsung sehingga abad ke-15. Perkembangan agama Islam tetap berlangsung walaupun selepas Tanah Melayu dijajah oleh British. Kedudukan agama Islam termaktub dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Raja Sultan bertindak sebagai Ketua Agama Islam negeri. YDPA sebagai ketua Agama Islam Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, serta Sabah dan Sarawak. Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1968 untuk mentadbir hal ehwal agama Islam, ianya dianggotai Perdana Menteri sebagai Pengerusi, seorang wakil dari setiap negeri dan lima orang ahli yang dilantik oleh YDPA. Antara bidang tugas Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ialah menasihati majlis Raja-raja, Kerajaan negeri dan Majlis Agama Negeri berhubung hukum syarak, pendidikan Islam, agama Islam dan penyeragaman hukum syarak dan pentadbiran Islam. Menurut perkara 11 (4) menyatakan Majlis Agama Islam mengurus hal ehwal agama Islam boleh mengawal dan menyekat apa-apa iktikad kepercayaan agama di kalangan orang Islam. Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan membolehkan penubuhan Yayasan Islam untuk membiayai pelajaran agama Islam kepada orang Islam. Agama Islam terletak dalam Senarai Negeri. Kesimpulan Perlembagaan berkaitan perjalanan pemerintahan negara ini untuk melicinkan pentadbiran negara, mewujudkan keamanan dan kestabilan negara, keamanan dan perpaduan kaum, persetujuan semua kaum dan pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia.